27 May 2014

Sebelum dan selepas Armand pergi

'There's no tragedy in life like the death of a child. Things never get back to the way they were.' 
- Dwight D. Eisenhower

Tahun lepas pada tarikh ini, 28 Mei, saya menangis kesyukuran dalam bath tub bilik mandi selepas discover saya pregnant untuk kali kedua. Hari ini Rabu 28 Mei, genaplah 42 hari atau 6 minggu anak yang dikandung dan ditatang penuh kasih itu terpaksa saya lepaskan untuk pulang kepada Allah.

Terlalu banyak hikmah yang hadir bersama ujian ini. Kerana inilah saya akan terus menulis. Untuk dikongsi segala kebaikan yang saya dapat melalui pemergian Armand. Perginya anak syurga saya secara tiba-tiba takkan saya biarkan jadi sia-sia. Rasanya selepas ini seluruh blog ini ingin saya dedikasikan buat Armand. Untuk diabadikan semua kenangan-kenangan manis dan kisah suka duka yang sempat dilalui bersama sepanjang 3 bulan. Dan gambar-gambar Armand yang suka untuk saya kongsikan. Rasa macam mahu beritahu satu dunia, lihatlah anak syurga ini. Terlalu indah kan?
                                            
Dalam flight balik Malaysia bulan Mac lepas.
Tengok gambar ni buat saya rasa sayu sangat.
Wajah tenangnya sangat seiras seperti yang saya lihat sewaktu Armand telah dikafankan.


Kalau sekilas dinilai, perpisahan saya dengan Armand ini adalah perkara terburuk yang pernah terjadi sepanjang hidup saya. Yang tak pernah diingini oleh mana-mana ibu atau sesiapa saja. Tapi Allah mahukannya terjadi. Dan harus saya katakan, walaupun ini perkara paling buruk dan yang paling saya tak ingini berlaku, tapi sangat banyak perkara-perkara terbaik yang terjadi satu demi satu selepas Armand pergi. 

Sikit-sikit saya dikelilingi oleh kawan-kawan baru yang ikhlas mendoakan saya sekeluarga. Yang tumpang sayang pada Armand walau tak pernah melihat dan berjumpa depan mata. Bila dijumlahkan, beribu-ribu mesej dan doa saya terima di blog, Facebook, Instagram, SMS. Itu belum dikira mereka yang mendoakan senyap-senyap. Masya Allah, betapa besarnya rahmat datang bersama dengan hadiah istimewa ini.

Saya speechless sangat membaca setiap komen dan message yang saya terima. Dan sampai sekarang, saya belum habis reply lagi. Harap jangan berkecil hati ya. Kalau boleh saya nak reply dengan message yang personnalised juga. Bukan setakat seringkas terima kasih saja. Macamana orang ambil masa untuk tulis dan memujuk dari hati, macam itu juga saya mahu berterima kasih benar-benar dari hati.

Juga kepada kalian yang sudi berkongsi cerita dan duka pada setiap tulisan saya. Allah sajalah yang dapat berikan sebaik-baik balasan atas bantuan kalian dalam meredakan kesedihan di hati saya. Ucapan terima kasih seribu kalipun takkan pernah cukup untuk menggambarkan betapa saya amat menghargai setiap perkongsian yang diterima. Kepada jiwa-jiwa yang diuji, saya jemput bacalah setiap komen yang ada pada entri saya sebelum ini. Satu treasure sebenarnya, sangat mujarab untuk merawat luka. Melihat dan membaca tentang ujian orang lain akan mengusir kesedihan dan keluhan yang selalu mahu bertandang di hati. 

                            
                           
                                           Tinggal bertiga di dunia. Satu sudah di syurga.
                                                                  Alhamdulillah.

Tanda-tanda pelik

Selalu bila ada orang meninggal, orang akan tanya kalau-kalau si arwah ada tunjukkan apa-apa tanda atau berkelakuan pelik beberapa hari sebelum dia pergi. Saya dari dulu tak percaya pada kefahaman tanda-tanda pelik ni, dan selalunya tak berminat untuk layan dan ambil tahu. Ustaz Zaharuddin pun pernah tulis di FBnya, ini satu kepercayaan mengarut yang sangat perlu dibuang dari kalangan kita.

Macam dalam kes Armand ni, memang tak ada langsung pun tanda-tanda pelik Armand atau apa-apa yang luar dari kebiasaan. Dia minum susu macam biasa. Baik dan behave sangat walau dibawa ke mana-mana. Sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan Armand, saya pun tak diberi gerak hati atau rasa tak sedap yang anak saya akan pergi sekelip mata. Macam tak logik kan. Selalunya apa-apa yang bakal terjadi pada anak, si ibu yang akan dapat rasa dahulu.

Tanda-tanda pelik memang tak ada. Tapi bila diimbas dan difikir kembali rentetan hidup dan kelakuan saya sepanjang mengandung dan menjaga Armand, baru nampak bahawa dah lama rupanya Allah mempersiapkan saya untuk menghadapi ujian kematian anak ini. Sungguh saya tak sangka. Ucapan dan gerak hati yang saya rasa sangat biasa saja, rupanya salah satu latihan untuk saya semakin kuat dan bersedia.

Persiapan hati

Di sini saya akan kongsikan bagaimana Allah mempersiapkan hati saya dalam keadaan saya langsung tak menyedarinya. 

Pertama sekali, sejak awal-awal tahu saya mengandungkan Armand, saya dah mula tak senang duduk memikirkan tentang pengasuh Armand. Perkara pertama yang selalu orang perempuan buat selepas dapat tahu berita kehamilan selalunya adalah mengira tarikh dijangka bersalin. Dan bila saya kira, Armand dijangka lahir ke dunia hujung Januari 2014. Memandangkan saya masih dalam tahun akhir pengajian untuk dapatkan Master di Perancis, saya amat sedar bahawa beberapa bulan selepas kelahiran Armand, saya perlu dan wajib jalani latihan industri atau praktikal. 

Siapa nak jaga Armand?

Kerisauan yang saya rasa bukan di tahap biasa. Sampai termenung di meja makan, di bilik tidur, tak putus memikirkan dengan siapa saya boleh senang hati pergi kerja dan tinggalkan Armand. Yang menjadi kerisauan sangat adalah sebab saya perlu jalani praktikal di Malaysia. Suami sudah habis Master dan perlu sambung kerja. Kalau saya boleh praktikal di France, hilanglah segala kerisauan ni sebab saya tahu hal penjagaan bayi dan kanak-kanak di France sangatlah established dan bersistem. Ada juga beberapa kali saya usulkan pada suami, macamana kalau saya praktikal di France? Tapi cadangan saya selalu tak dapat pergi jauh sebab balik-balik saya rasa, lebih baik di Malaysia juga. Tak sanggup rasanya nak duduk berjauhan dengan suami bila anak dah bertambah. Saya tak mahu mana-mana anak kekurangan kasih sayang ibu atau abahnya. Maka tak apalah, saya mengalah. Suami dah pun berkorban untuk keluarga sewaktu kelahiran Aliff dulu. Sekarang ini memang giliran saya.

Tapi siapa nak jaga Armand?

Semakin sarat kandungan, semakin dekat hari nak melahirkan, semakin saya sensitif dan emosional bila fikir tentang hal ni. Suami pula tak berapa risau, dia selalu cakap. Kita balik Malaysia nanti mesti Allah akan lorongkan jalan. Mesti kita dapat jumpa babysitter yang baik untuk Armand. Tapi saya tak percaya. Kadang-kadang dek terlalu emosional, saya bermasam muka dengan suami bila saya lihat dia tak risau macam saya dan tenang saja. Saya sangat tak sedap hati. Tambah pula waktu tu saban hari ada saja berita tak baik tentang kematian baby di taska atau babysitter. Sampai saya pernah luahkan pada suami, bila lihat dia tak risau tentang pengasuh Armand.

“Abang.. Malaysia bukan macam France.. Abang tahu tak banyak sangat kes budak meninggal dekat taska/babysitter sekarang ni.. Macam setiap hari ada kes Nini baca dekat FB. Macamana Nini tak risau....”
                                   
Memang, selepas Armand pergi, baru saya tersedar. Itupun suami yang sebutkan. Katanya, sepanjang saya mengandungkan Armand, saya cukup tersentuh dengan setiap berita yang melibatkan baby. Terutamanya tentang berita baby meninggal tersedak susu. Setiap kali baca tentang itu, memang saya akan berair mata dan ceritakan sungguh-sungguh pada suami. Demi Allah, waktu suami ingatkan balik pada saya tentang ni, meremang bulu roma. Sangat betul dan tepat apa yang dia katakan. Memang saya exceptionally sangat tersentuh hati dengan berita-berita begitu. Saya pun tak tahu kenapa, sedangkan sebelum ni saya taklah sensitif tahap macamtu.

Rupa-rupanya Allah sedang mempersiapkan hati saya.

Kerisauan saya surut sekejap selepas Armand lahir, dek terlalu happy dengan kurniaan Allah yang sihat dan sempurna. Masya Allah. Tambah pula waktu tu, Allah sajalah yang tahu macamana kalut dan sibuknya keadaan kami sekeluarga. Dengan saya nak final exam, nak packing barang satu rumah untuk balik Malaysia for good, nak berpantang lagi. Berpantang pula sendiri, hanya suami yang jaga pantang saya dan uruskan semuanya from A to Z. Kebetulan pula seminggu selepas Armand lahir, pengasuh Aliff ada masalah kesihatan dan tak dapat jaga Aliff lagi. Waktu tu, semuanya tergantung pada bahu suami. Dialah yang masakkan lauk-lauk pantang, dialah yang layan, jaga dan masakkan untuk Aliff, dialah yang uruskan rumah, dia jugalah yang bantu uruskan Armand. Seingat saya, sempat 3 kali suami demam kerana terlalu letih menguruskan semuanya. Semoga Allah merahmatimu sayang. Memang sampai mati pun saya tak dapat lupakan dan balas jasa dan pengorbanan yang suami lakukan sepanjang tempoh yang paling menggilakan itu.

Betul cakap suami. Alhamdulillah selepas balik Malaysia, dalam tempoh yang amat singkat, cuma seminggu selepas balik Malaysia, kami temui seorang pengasuh yang sangat baik. Yang saya dan suami kedua-duanya rasa tenang dan senang hati untuk tinggalkan Aliff dan Armand bersamanya. Tambah pula rumahnya dekat dengan tempat praktikal saya. Akhirnya hilanglah kerisauan saya.

Tiada yang akan kekal

Armand dijemput pulang kepada Allah pada pagi hari Rabu 16 April 2014. Hari sebelumnya, pagi hari selasa 15 April, saya ingat lagi, saya terbaca di Berita Harian di internet tentang tragedi sebuah van sekolah tergelincir masuk ke kolam loji kumbahan, dan seorang kanak-kanak meninggal. Mesti ramai yang boleh ingat tentang berita ni kan? Wallahi, saya terus menangis teresak-esak di meja office. Rasa sedih amat sangat sebab saya membayangkan saya berada di tempat ibu arwah kanak-kanak itu. Tanpa saya sangka, oh, siapalah yang mampu menyangka, esok saya akan dapat rasa perasaan yang sama.

Pada pagi yang sama juga, saya kongsikan satu link blog pada suami. Tentang cara bersabar dengan kerenah anak kecil. Saya hantar di emel pada suami, dengan satu pesanan yang ringkas saja,

Sayang, something to work on our sabar...
Kita jangan kasar sangat dengan Aliff ya abg.. Bila2 masa je Allah boleh ambil balik kalau Dia nak.:'(

Love you

Ini adalah copy-paste dari emel yang saya hantar pada suami pada pagi Selasa 15 April, tepat pukul 9.27 pagi.

Saya pun tak tahu. Allah gerakkan hati dan jari saya untuk tulis ayat itu. Mungkin sebab terkesan dengan berita yang baru saya baca, saya terus mahu ingatkan suami, bahawa anak ini Allah yang punya. Aliff dan Armand, bila-bila saja Allah boleh ambil semula.

Masih hari yang sama. Kali ini di sebelah petang. Selepas habis kerja, kami bawa Aliff dan Armand ke Klinik Shanaliza di Wangsa Maju. Hajatnya nak bawa Armand untuk check-up 3 bulan, tapi alih-alih hanya sempat periksa Aliff saja. Saya ada ceritakan di entri sebelum ini tentang Aliff demam hari Armand meninggal kan? Di klinik, suami sempat letakkan Armand di atas penimbang untuk timbang berat Armand. Alhamdulillah, berkembang dan membesar bagaikan johan. Berat Armand 6.6kg untuk 3 bulan. Suami cakap, waktu tu Armand senyum manis sangat-sangat. Mungkin Armand ingat suami nak bermain dengannya. Senyuman malam itu yang suami saya terkenang-kenang sampai sekarang. Sayangnya saya tak berpeluang lihat senyuman terakhir Armand tu kerana melayan Aliff di tempat bermain. Selepas itu, sepanjang dalam bilik doktor, Armand tertidur dengan sangat tenang dalam pelukan dan ribaan saya. Saya ingat lagi, saya tatap dan tenung Armand dalam-dalam. Saya cium dahi, pipi dan bibir Armand. Entah, tenang betul wajah Armand tidur malam itu. Benar-benar lain macam ketenangan yang terpapar di wajah anakku Armand.

                                     
Ketika check-up Armand 2 bulan, sebelum pulang ke Malaysia.


Selepas ke klinik, kami singgah di restoran yong tau foo untuk beli makan malam. Kebetulan di restoran itu ada tersedia surau. Kami solat maghrib terus di situ. Malam itu saya diselubungi rasa ketenangan yang luar biasa. Selesai suami solat, saya pula ke surau. Armand masih tidur dengan tenang dalam kereta. Di hujung solat itu, saya tergerak hati untuk lakukan sujud syukur. Dah lama rasanya saya tak lakukan sujud syukur. Dalam sujud itu, saya panjatkan setinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah kerana melengkapkan hidup saya dengan kehadiran suami dan dua orang anak yang sangat sempurna. Dan sujud itu saya akhiri dengan doa ini,

‘Ya Allah, kekalkanlah mereka di sisiku, kerana aku tak mampu hidup tanpa mereka ya Allah.”

Terlupanya saya.
Tiada apa yang akan kekal di dunia ini. Tiada yang akan kekal melainkan Allah.

Saya tak perlu menunggu lama untuk disedarkan akan hakikat ini. 
Cuma esok paginya saja.

Berhenti mengharap simpati

Memang semuanya berubah selepas Armand pergi. Diri saya sendiri banyak yang lain.
Dulu saya cukup suka bersendiri. Sekarang saya lebih suka ditemani. Sebab saya rasa kuat dengan aura orang yang mengelilingi. Saya suka bercerita tentang Armand. Jangan takut atau risau nak tanya saya apa-apa tentang Armand. Alhamdulillah Allah selalu ringankan mulut saya untuk bercerita sambil senyum atau ketawa. Seolah-olah Armand tak jauh dan masih bersama saya.

Satu perkara yang saya amat suka, cukup suka setiap kali cerita tentang Armand, bila saya mendapat hadiah kata-kata begini yang cukup menyenangkan dan memujuk hati. 

"Alhamdulillah, saham akhirat tu."

"Tak apa, dia tunggu awak dekat sana."

"Dah ada seorang anak awak dalam syurga."

"Tak apa, banyak hikmahnya. Allah sayang sangat dekat awak."


                         
Armand jangan lupa abang Aliff tau..


                         
Armand tunggu Abang dekat syurga. Janji.


Tapi ada lagi satu perkara di luar jangka yang selalu terjadi bilamana saya bercerita tentang Armand. Selalunya akan terjadi bila bersembang dengan sesiapa yang tak dikenali secara rambang di mana-mana. Orang selalu akan bertanya,

"Anak berapa orang?" 
Atau "Anak seorang je ke?" bila melihat saya bermain dan melayan Aliff.

Dan saya selalu akan senyum dan pause sebelum jawab,
"Anak dua orang.. Tapi yang adiknya baru meninggal bulan lepas.."

-"Oh ye ke. Innalillah.. Samalah, anak akak pun meninggal jugak tahun lepas."

Bukan sedikit orang yang cakap begini. Maknanya bukan sedikit hamba Allah yang diuji dengan kematian anak kecil ni. Saya selalu rasa macam terpencil. Rasa macam kenapa Allah uji aku. Tapi hakikatnya Allah makin nampakkan depan mata. Ramai sebenarnya yang diuji. Malah diuji dengan lebih hebat. Tapi dia mampu bangun semula dengan lebih kuat dan bersemangat.

Percaya tak, ada satu minggu tu, hampir setiap hari kami ditemukan dengan mereka yang senasib diuji. Sampaikan saya cakap pada suami,

'Abang, kenapa tiba-tiba Nini rasa macam orang yang ada sekeliling kita ni semuanya kematian anak ye?'

Dan alhamdulillah, makin lama, pandangan hati semakin terbuka bila sekarang ramai yang ikhlas ingin bersahabat di FB atau di mana-mana. Dan antara mereka ini, ramai sebenarnya ibu-ibu yang turut memiliki kunang-kunang syurga atau yang jauh lebih hebat diuji. Melihat ibu-ibu tabah ini kuat dan positif meneruskan hidup buat saya terduduk malu mengenangkan betapa kerapnya saya merasa lemah dan sedih dengan takdir Allah ini. Terima kasih kepada mereka atas percikan kekuatan dan perkongsian semangat yang menyedarkan saya untuk banyak bersyukur dengan segala yang telah Allah tetapkan.

Syukur, kerana Armand pergi dalam keadaan tubuhnya sihat dan sempurna. Syukur, kerana Armand tidak pergi dalam keadaan sakit terseksa atau diseksa. Syukur, kerana saya tahu ke mana Armand pergi. Armand tidak hilang dan kuburnya ada untuk saya ziarahi.

Masih teringat lagi betapa saya memaknai dan menghayati sujud syukur saya kepada Allah pada malam sebelum Armand meninggal. Merelakan Armand pulang kepada Allah benar-benar menguji sejauh mana saya ikhlas dalam ucap syukur yang selalu terlafaz. Apakah saya akan terus dan tetap bersyukur bila diambil satu nikmat pinjaman yang amat saya sayangi. Dan masihkah saya mampu melihat dan mensyukuri berjuta nikmat lain yang masih dipinjamkan?

                                 
Alhamdulillah masih ada Aliff yang sangat menceriakan hati.
Alhamdulillah masih ada seorang lagi anak untuk dipeluk dan disayangi setiap hari.


Teringat kata-kata seorang ustaz yang saya dengar di TV tempoh hari.
Besar bezanya di sisi Allah antara seorang yang bersyukur bila dia ada semuanya, dengan seorang yang tetap bersyukur dalam keadaan ada dan tiada.

Pelajaran dari Allah tak pernah surut sehingga ke hari ini. Baru sekejap tadi saya selesai solat zohor di surau dan ditegur oleh seorang aunty yang dah lama bekerja di sini.

"Eh you ke yang anak meninggal tu?"
-"Ya aunty. Saya."
"Alhamdulillah awak dah ada yang tunggu di sana. Aunty ni takda siapa.." Dan dia terus sebak. Matanya merah bergenang airmata.

Sumpah, saya kelu tak ada kata-kata. Ya Allah, saya tak tahu apakah ucapan terbaik yang boleh saya hadiahkan pada makcik ini. Saya terdiam bingung, betul-betul tersentak. Saya ingin katakan sesuatu tapi takut tak sesuai, kerana saya tak tahu kisah hidupnya. Bimbang lebih menambah sedih di hatinya. Ya Allah, tak pernah Allah biarkan saya sekelu itu bila bercakap dengan orang. Tapi tadi saya betul-betul kelihatan bodoh, tiada kata-kata, cuma mampu memandang sejadah. Sangat-sangat tersentak dengan ucap katanya yang cukup candid dan sebak yang ditahannya.

Dah selalu sangat jadi macamni. Dan saya akan termalu sendiri.

Kadang-kadang, kita rasa suka sangat mengharap belas dan simpati bila ditanya tentang dugaan dan kesusahan kita. Tanpa kita tahu, yang gagah bertanya itu jauh lebih perit menahan derita.

                                 
Armand sayang, sempat 3 bulan saja Armand tinggal di bumi Allah ni. 
Tapi terlalu banyak Armand mengajar ibu dan abah tentang hakikat kehidupan.
Terima kasih sayang.
Sesungguhnya syurgalah tempat buatmu.

26 comments:

  1. Allahuakbar, I can't help crying... I could feel you feel dear... Tabahkan hati dan sabar yer.. I know that you are strong... I couldn't imagine if I were in your place... Al-Fatihah buat Armand...

    I can't even finish quarter of the entry...cause I know that I will cry...and yes... I force myself to read from A to Z... And I've cried again... Furthermore, Armand reminds me of my baby son now...

    Take care and be strong...

    ReplyDelete
  2. nini.. u r strong mom....

    *huggssss*

    semoga tulisan dan cerita2 awak menjadi inspirasi untuk ibu yang senasib.

    speechless.. tak tahu nak kata apa lg. semua caturan Allah itu indah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..u are strong mummy..

    ReplyDelete
  4. yaallah tabahnya...
    kelu tak terkata..
    semoga allah merahmati arwah arman,

    ReplyDelete
  5. masmarini.. i know ur blog from my ex ofismate Lina.. dia ckp dia senior u ms kt france.. tersentuh sangat baca blog u... thanks for sharing.. u sangat positif.. huhu.. semoga your family dibawah rahmatnyaa..AMinnn

    ReplyDelete
  6. be strong sis... sesungguhnya Allah sangat sangat menyayangi sis dan armand.. die perlukan armand untuk dikasihinya di syurga dan die rindukan rintihan doa dr sis jugak.. Al-Fatihah buat Armand... i'm crying...

    ReplyDelete
  7. Sis..
    Awk pilihan Allah utk d uji..
    Sbb Allah tahu kmampuan sis..
    Moga sis trus kuat..

    ReplyDelete
  8. Moga k.marini tabah n kuat..sedih bila bce blog nih..

    ReplyDelete
  9. Salam Nini, tersentuh saya membaca coretan awk tentang pemergian anak awk. I'm currently pregnant & staying in Paris, theres so much I can relate. My prayers with you & lil angel Armand... let me know if u need someone to talk to if u r coming back to france, I'm a willing new friend..

    ReplyDelete
  10. salam kak, tersentuh bila baca cerita akk.. akk kehilangan anak ketika dia berumur 3 bulan dan sy kehilangan kandunan ketika genap 3 bulan. sesungguhnya ujian akk lebih besar dr saya..

    takziah kak. u r very strong mum. tahniah krn dah ada saham di akhirat juga :)

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum w.b.t,

    Nini...akak doakan yang baik-baik saja untuk nini dan keluarga. alhamdulillah nini diberi ujian dan nini tabah dan mampu cari yang positif dalam ujian tu dan mampu jugak nak educate orang lain...

    nurulni

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum w.b.t,

    Nini...akak doakan yang baik-baik saja untuk nini dan keluarga. alhamdulillah nini diberi ujian dan nini tabah dan mampu cari yang positif dalam ujian tu dan mampu jugak nak educate orang lain...

    nurulni

    ReplyDelete
  13. saat ini air mata sy tak mampu ditahan lagi..awk, bertabahlah..sy tahu awk juga kuat seperti ibu2 lain yg juga kehilangan anak mereka...walaupun sy tidak berada di tempat awk...dan sy tahu mungkin sy tidak setabah awk. Igtlah bahawa Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan org2 yg sabar.

    al-fatihah armand..

    ReplyDelete
  14. nini, kamu sorang ibu yg sangat tabah....saya juga ingin tabah seperti kamu...

    ReplyDelete
  15. semoga terus tabah..taks anggup nak baca tapi tetap baca..

    ReplyDelete
  16. allahuakbar...sedih membacanya...

    ReplyDelete
  17. Al-Fatihah buat Armand..

    be strong sis.

    i'm crying =(

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah perkuatkan hati dan tingkatkan kesabaran Nini dalam menempuhi ujian Dari Illahi insyaAllah.

    Be strong .... Allah selalu ada untuk kita.

    ReplyDelete
  19. Moga Marini terus tabah menghadapi ujian. Selagi kita hidup kita tak akan pernah sunyi daripada ujian Allah dan Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya. Jagalah amanah yang tinggal; Aliff sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  20. Tiada satu ayat pun yang buat saya tak menangis. Semoga Allah terus beri kekuatan. Kami juga meminjam semangat dan ketabahan Nini sekeluarga.

    ReplyDelete
  21. Thnx berkongsi, stelah folow blog ni, sy lbh menyayangi dan menghargai pinjaman Allah yg 1 ini..

    ReplyDelete
  22. Dear Masmarini,
    I dont know you, but your writing made me cried a river.
    i also attempted to read your blog more than 10times, but baru sampai separuh dah basah tudung saya nanges.
    I cannot possibly imagine how you feel and what you've gone thru, but i pray Allah kurniakan kekuatan dan kebahagiaan untuk puan, sekeluarga insyaallah.
    betul anak2 kita dan apa yang kita ade semuanya pinjaman dari Allah..
    terima kasih dear masmarini sebab byk bagi inspirasi pada semua mothers out there..
    You take care dear.
    Allah always with us all.

    Anna.

    ReplyDelete
  23. I cannot stop crying. May you stay strong and positive. Allah loves you. Allah loves him. May Allah bless your family. :')

    ReplyDelete
  24. Salam kak....sangat terkesan dengan ketabahan akak...utk pngetahuan akak, di akhir kehamilan sya, sya trbaca kisah akak n arwah...n sya dh terniat klo anak saya boy, saya akan nma kan anak saya ARMAND..mcam nma anak akak coz sya ingin jadi seorang ibu yg tabah sebagaimana akak,,, Alhamdulillah sya telah selamat melahirkan anak lelaki n bagi nma PUTERA ARMAND SHAFIQ...akak boleh anggap anak saya mcam anak akak...

    ReplyDelete