8 November 2013

Motherhood sepatutnya membina

Sejak mengandungkan anak kedua ni, alhamdulillah, Allah semakin banyak menyuntik naluri keibuan dalam jiwa saya. Bukan bermakna selama mengandung dan membesarkan Aliff saya tak rasa naluri ibu tu, tapi partly sebenarnya sebab melalui hari² sebagai ibu kepada Aliff jugalah yang menguatkan perasaan ni. Perasaan untuk sentiasa baiki diri sendiri. Perasaan untuk beralah dan korbankan apa saja, walaupun hati sangat² nak buat. Terima kasih Aliff, sebab jadi anak yang sangat baik dan bijak, sampai buat ibu selalu merenung dan muhasabah diri. Betapa berharganya nilai seorang anak. Betapa banyaknya dosa ibu, yang boleh menjejaskan cara ibu mendidik dan membesarkan Aliff dan adik² nanti.


Jujur cakap, saya bukanlah seorang yang sukakan budak². Naluri keibuan bukanlah sesuatu yang semulajadi dalam diri saya. Dalam satu buku tentang motherhood, ada satu frasa yang tulis, "when a baby is born, a new mother is born". Walaupun bukan anak pertama, tapi kelahiran setiap anak akan melahirkan a new version of the mother. The better version. Macam sekarang, sejujurnya saya masih berperang dengan perasaan sendiri bila perlu buat keputusan, samada pilih Aliff atau kawan². Samada nak pilih kebaikan keluarga atau kepuasan diri sendiri. Dan memandangkan saya berkahwin di usia yang agak muda juga, 23 tahun, banyak perkara yang saya belum lalui, yang saya miss untuk lalui, tapi terpaksa dilupakan demi anak. Mula² memang rasa terpaksa, tapi lama-kelamaan Allah tanamkan dalam hati kita sebagai ibu, untuk lihat semua tu sebagai satu pengorbanan yang wajib dibuat.


Dan sehingga satu masa nanti, kita takkan rasa menyesal sebab terlepas nak pergi jalan dengan kawan² waktu cuti sebab anak kita kecil lagi dan ada suami. Orientasi hidup berubah sepenuhnya. Semua perancangan yang diatur untuk masa depan kena ambil kira setiap jiwa dalam keluarga. Macam sekarang, saya selalu cakap pada suami, kita bukan lagi berdua, kita dah berempat. Apa² kena ambil kira semuanya. Tak boleh pentingkan kehendak sendiri. Orang kata itulah pengorbanan. Tapi saya lebih suka kata, inilah tanggungjawab.


Sikit hari lagi, Aliff akan masuk usia 20 bulan. Sikit masa lagi, Aliff akan berkongsi kasih-sayang dengan satu lagi jiwa dan nyawa kurniaan Allah dalam keluarga kecil kami. Sekejap sangat masa berlalu. Tambah² bila dah ada anak. Tadi lepas Aliff tidur, saya dan suami dua² duduk terdiam menatap wajah suci Aliff, yang sangat tenang dalam tidur. Sebak hati rasanya. Saya cakap pada abgmas, "waktu dia tidur jelah kita boleh nak tatap muka dia macamni kan abang. Kalau dia dah bangun, seminit pun kita dah tak ada peluang."


Memang, sebab Aliff anak yang sangat aktif. Nounou yang dah mengasuh hampir 100 baby sepanjang kerjaya dia pun cakap, Aliff memang extraordinarily aktif. Tak, dia bukan lasak. Apatah lagi ganas. Dia cuma aktif, tak boleh duduk saja. Perlu sentiasa get into action. Sebab tu sekarang ni memang kami langsung tak berpeluang nak tatap wajah dia betul² kalau dia tak tidur. Sebab muka dia selalu berpaling ke tempat lain², ke segenap arah, cari barang baru dan tempat yang menarik untuk main². Kadang² hati saya berbisik, anak ibu, cepatnya besar. Bila Aliff besar ni, kenapa ibu tak perasan...


Ada sedikit rasa kesal dan terkilan di hati, untuk setiap masa² yang dah berlalu. Yang berlalu tanpa dihargai betul². Waktu Aliff masih merangkak dan sangat mahu didukung setiap masa. Waktu itu kadang² saya mengeluh penat. Mengeluh susah. Sebab dalam kepala teringatkan assignment dan homework yang kena siapkan. Waktu Aliff masih menyusu badan dengan saya, yang kadang² saya menangis sebab berperang dengan perasaan sendiri. Assignment banyak tak siap. Betapa saya sangat komited dengan studies tahun lepas. Sebab aim saya untuk dapat markah terbaik dan nombor satu dalam kelas. Saya nak buktikan pada diri sendiri, pada mak bapak, pada ramai orang. Dan alhamdulillah, Allah kabulkan impian tu. Saya dapat nombor satu dan pointer tertinggi untuk kedua² semester. Memang saya puas hati sangat². Penat lelah terbayar. Tapi macam ada something missing. Macam tak lengkap rasa puas hati tu. Sebab macam Aliff yang terkorban dek kerakusan saya nak jadi yang terbaik dalam studies.


Menyesal. Maka tahun ini takkan sama macam tahun lepas. Bukan tak aim untuk jadi yang terbaik, tapi saya takkan utamakan apa² di dunia ni to the detriment of my children. Bapak saya selalu sangat ulang²kan dari dulu sampai sekarang, "ingat Nini, your studies are your biggest asset". Dan selalunya saya diam dan iyakan saja, knowing that bapak memang sangat pentingkan pelajaran anak². Tapi lepas ni mungkin saya perlu balas dan tegaskan, "Sorry pak, but my children are my biggest asset".


Saya doakan semoga alam keibuan ini menjadi inspirasi yang kuat untuk semua yang bergelar ibu sentiasa belajar dan membaiki diri. Untuk kita berubah menjadi isteri yang lebih berlembut dengan suami, ibu yang lebih penyayang, anak yang lebih mengasihi mak ayah. Untuk kita jadi lebih peka dengan dosa dan pahala, lebih kuat dalam menjadi hamba Alah yang taat, dan lebih terdorong untuk menutup aurat.  Untuk kita lebih alert dengan kesihatan keluarga, lebih bijak menguruskan emosi, dan lebih kurang berboros dan arif berbelanja. Semuanya terletak di tangan kita. Saya dah pernah tulis tapi saya nak tulis lagi sekali. Kuasa seorang isteri dan ibu sangat besar dalam membentuk keluarga. Biarpun kita bukan ketua keluarga, tapi percayalah, semuanya ada dalam tangan kita. You just have to discover it yourself. 


Dan ya, melalui alam motherhood itu sepatutnya membina.
Saya doakan semoga semua wanita yang saya kenali, baik dah berkahwin ataupun masih gadis sunti, akan berpeluang melahirkan dan menjadi ibu kepada zuriat sendiri. Cepat atau lambat, saya berdoa dengan sangat, semoga Allah murahkan rezeki semua wanita mendapat zuriat, untuk mendidik dan melahirkan generasi yang lebih hebat. Amin

Melangkah ke alam baru

Walaupun hati dah berazam nak menulis tiap² hari, tapi still gagal nak capai standard yang diri sendiri tetapkan. Susah sebenarnya ye. Walaupun boleh menulis on the go macam dalam bus, tapi feeling tetap tak sama berbanding dengan duduk properly di meja sambil menaip macam sekarang. Aliff pulak tidur awal malam ni, pukul 9 dah tarik tangan saya masuk bilik sambil cakap 'dodo'. Dan sekarang pukul 10 malam, rumah dah senyap sunyi dan tenang dari segala macam gangguan. Apa lagi, ke blog lah ibu. Hati dah meronta² mintak nak menulis.

Sebenarnya lately, sejak minggu ni especially, saya disibukkan dengan urusan² nak apply internship. Tahun ni kan saya final year master, so memang wajib buat practical training 6 bulan, bermula bulan march ni. Dan memandangkan sepanjang belajar ni memang saya jarang sangat buat internship (bukan tuntutan course yang saya pilih sebelum ni), so baru sekaranglah terkedek² belajar nak tulis resumé dan cover letter. Omaigod, dalam kepala sebelum ni rasa macam senang je. Tapi banyak trick rupanya ye, especially bab cover letter tuh.

Since saya akan buat di malaysia, maka semua benda kena tulis dalam English. Alamak, ni yang lemah ni. Bukan tak tahu, tapi dah tak confident nak tulis dalam english. Kepala saya sangat dah tuned in french. Rasanya kebanyakan student malaysia kat France memang ada trouble bab ni. Sebab dekat France ni daily life cakap french, dalam kelas belajar semua benda dalam french. Habis bilanya nak praktis english kan. Memang bergantung kepada effort masing²lah nak tajamkan balik skill english. Dan belajar bahasa ni memang kena praktis. Kalau tak, tak gunalah belajar sampai 5-6 bahasa sekalipun kalau tak guna kesempatan untuk praktis. 

Mujur ada suami yang kepala dia masih kuat tuned dalam english, walaupun sebenarnya dia sangat banyak progress dalam french. So memang mengendeng dengan abangmas lah mintak dia cekkan resumé dan cover letter. Dari segi grammar dan juga isi. Sebab abgmas dah ada banyak pengalaman kerja, so satu bonuslah di situ. Dia perbetulkan dekat mana yang tak sesuai tulis, apa yang patut tambah, dengan vocab² yang lebih bombastik. Hasilnya, diri sendiri rasa seronok dan bangga baca cover letter sendiri. Hehe. Padahal kalau baca draft yang diri sendiri tulis, macam malu je nak mengaku tulisan sendiri. Haih, rendah betul self-confidence bab ni.

Selain tolong cek dan perfectkan cover letter, saya yang memang sejak dari dulu sangat dependent dengan abgmas ambil kesempatan mintak dia yang carikan company mana nak apply. Hehe, mengada sungguh bunyinya, tapi bila lagi kan. Suami pun willing nak layan, jadi takde salahnye. Dalam duk sibuk² search company tu, tiba² terkeluar statement yang tak disangka² dari mulut abgmas,

"Heh, dah nak kerja dah isteri abang ni....". Sambil senyum tengok saya.


Best pulak dengar statement macam tu. Macam tak terpikir, eh, betullah, dah nak kerja pun. Selama hampir 9 tahun saya kenal dengan abgmas, memang sepanjang tulah status saya sebagai student je. Boring ok. Balik² mengadu masalah yang sama. Pasal assignment, pasal cikgu tak best, tak faham cikgu ajar, pasal kawan yang suka ambil kesempatan. Sebab tu dari segi penampilan diri sendiri pun takde apa yang berubah sangat berbanding awal² kenal dulu dengan sekarang dah nak masuk anak dua. Balik² pakai beg sekolah sandang belakang. Beg berat pulak tu bawak buku² yang tak perlu. Padahal nak pergi grocery shopping. Selalulah kena berleter dengan abgmas. My MIL, mama, pun pernah tegur dulu, "nini ni mama tengok dari dulu macam student....je gaya". Huhu, nak buat macamana mama, memang nini student lagi. Tengoklah nanti dah kerja nanti, baru nak berjinak² pakai kasut dan handbeg cantik² kut. Sekarang ni kan student, budget limited. Pakai jelah apa yang ada.


Orang selalu cakap, bila dah kerja nanti kita selalunya akan sangat² rindukan zaman belajar. Zaman kita boleh rileks² bila ada hari takde kelas. Tak banyak workload pressure. Tak banyak expectation kiri dan kanan. Mungkin betullah kan. Saya tak dapatlah nak komen sebab tak pernah kerja lagi. Tapi buat masa ni, actually saya dah mula rasa excited untuk mulakan hidup dan episod baru dalam hidup. Macam dah lama sangat dah jadi student. Sejak tadika kot. Sejak 6 tahun sampai sekarang 26 tahun. So sangatlah teringin nak mencuba sesuatu yang baru, walaupun memang dah boleh anticipate, zaman kerja nanti lagi mencabar. Tapi mana ada fasa dalam hidup yang tak mencabar kan? Tambah pulak dengan bertambah tanggungjawab, mimpilah kalau nak hidup yang takde cabaran. 


Mungkin bila tiba satu masa, bila dah hilang satisfaction dalam kerja, mungkin waktu tu sesuai untuk ambil break dan sambung belajar balik. Kalau ikut perancangannya begitulah. Saya dan suami memang berazam untuk kembali semula ke France, atau kalau tidak pun ke UK, untuk abgmas sambung Phd. Itu antara harapan mama dan baba, dan abgmas sendiri. Saya? Belum terlintas di kepala nak sambung Phd. Bukan taknak set cita² tinggi, tapi saya ada impian lain. Yang lebih terorientasi ke arah keluarga, dan impian peribadi. Waktu suami sambung belajar, mungkin waktu tu nanti nak tambah lagi seorang anak. Dapat anak ketiga di France, then most likely boleh tutup kilang. Hehe, amin. Manusia ni memang laju je bab nak buat perancangan kan. Serahkan semuanya pada sebaik² Perancang lah.


Kalau nak sambung belajar pun, saya dah cakap siap² pada suami, minta izinkan saya belajar lagi satu bahasa. Sambil² jaga anak dan rumahtangga, boleh occupy diri sendiri dengan buat something yang memang saya minat. Kan dulu saya pernah tulis di entry mana entah, impian saya nak kuasai 7 bahasa. Lebih pun boleh, kalau mampu lah kan. Itu impian terbesar yang saya takkan biarkan terpadam sampai bila². Sebab tu saya berani untuk buat public pledge di sini. Sebab tu juga saya selalu ulang²kan pada abgmas. Supaya dia tahu, bila² masa di mana keadaan memerlukan, saya bersedia dan sanggup untuk korbankan kerjaya demi keluarga. Untuk jaga anak², untuk mahir dalam memasak, buat kuih, atau mana² skill yang meningkatkan nilai diri. Semua tu ada added value yang besar untuk diri kita sebagai perempuan. Dan kalau buat dengan ikhlas, in sha Allah memang ada kepuasan. Tapi tolong jangan halang saya capai cita² yang satu ni.

Minta² Allah izinkan dan bukakan peluang walau di mana² pun kami sekeluarga tercampak di tahun² yang akan datang ni.


4 November 2013

Setiap kali rasa nak marah anak

Masa mula² kawin dulu, ramai orang ucap tahniah sambil selitkan satu pesanan yang sama je. "Banyakkan bersabar yea..." Balik² itulah yang orang duk pesan, lagi² orang tua. Tapi selalunya pesanan tu disampaikan pada abgmas. Yelah sebab dia suami kan, dia kapten kepada bahtera rumahtangga ni. Semua kuasa dan tanggungjawab dalam tangan dia yang pertama²nya.


Tapi rasanya pesanan banyakkan bersabar tu lagi valid diucapkan untuk couple² yang baru dapat anak, di samping ucapan tahniah of course. Tak kisahlah new parents ke, dah ada 3 orang anak ke. Pada saya sabar tu satu tuntutan utama dah dalam mendidik dan membesarkan anak². Bukan senang tau nak sabar dengan anak. Kalau nak diberi contoh, abgmas ni bagi saya seorang lelaki yang sangat penyabar. Masa mula² kawin dulu saya banyak sangat merajuk. Yelah kan, masih baru. Sayang sangat. So balik² jealous tak tentu pasal. Tapi cara dia handle semua situasi tu memang clap². Kagum saya tengok tinggi betul sabar si suami. Saya pulak memang jenis kurang sabar. Cepat je nak marah, melenting kalau ada benda² tak kena. Terbalikkan. Patutnya yang perempuan lagi penyabar daripada lelaki. Nak buat macamana, it's in the blood orang putih kata.


So bila dah ada anak ni, sesabar² abgmas pun boleh termeletup beberapa kali jugak bila tiba masa yang sangat menguji dengan anak ni. Kalau abgmas pun meletup saya apatah lagi kan. Banyak kali juga tinggi suara marahkan Aliff yang suci tak berdosa tu. Cuma lately, especially lepas tahu akan dapat anak kedua, satu persoalan kerap bermain² di kepala. Sampai bila nak handle anak macamni? Tak bestlah suasana dalam rumah bila salah seorang marahkan anak. Antara suami isteri yang tengah okey pun boleh jadi tegang tau tak. Tetiba eh pasangan kita pun sentap sebab tension tengok kita tak boleh tahan sabar dan marahkan anak. Lagi tension bila tengok anak tu menangis sebab kena marah. Lepas tu mulalah kita pun menyesal, sedih sebab terlanjur marahkan anak. 


Ini baru cakap bab marah. Let alone kalau sampai pukul anak, atau berkasar secara fizikal. Na'uzubillah, minta dijauhkan dari kami suami isteri dari sikap kurang penyabar sampai ke tahap macam tu. Seriously cakap, buruk sebenarnya perilaku sebagai mak ayah bila kita pukul anak hanya sebab tak tahan sabar. Dan most of the time, bukan sebab salah anak sangat pun. Adelah sebab lain yang buat kita stressed. Homework tak siap lagi, kena marah dengan bos, dateline dah dekat, rumah bersepah, gaduh dengan laki/bini. Bila anak terpush button sikit, nah amik kau pelempang. Mengada sangat kan. Ya Allah ya Allah. Moga dijauhkan dari kita semua jugak.


Nak tau tak apa? Lepas dapat pukul mungkin kita akan rasa puas sebab terlepas semua tension yang menggunung dalam dada. Tapi sebenarnya, kesan emosi pada anak sangat hebat. Terlampau dahsyat. Mungkin dia takkan tunjuk melalui kemurungan atau apa² tanda yang obvious. Tapi percayalah, anak akan ingat apa yang kita marahkan atau pukul dia, even sampai dia besar, even sampai dia dah kahwin dan ada anak sendiri. Dia akan ingat. Sebab tu, please, jangan pukul anak. Saya tulis ni sebab nak jadikan reminder paling kuat untuk diri sendiri. Sebab takkan saya nak senang² pesan kat orang tapi diri sendiri pun buat kan. I know how it feels. Sedih sangat. Apatah lagi kalau anak² masih kecik, tak ada dosa pun. Yang banyak dosa ni mak dan ayah. Sebab tu kita susah nak tahan sabar. 


Sekarang ni saya tengah banyak baca buku² pasal parenting, dari segenap segi. Biarlah kita jadi mak dan ayah yang sentiasa willing untuk belajar, melengkapkan diri dengan ilmu walaupun sampai dah tak ada gigi nanti. French parenting, islamic parenting, semuanya ada ilmu yang berguna untuk kita apply. Tak boleh tidak, kalau kita nak lahirkan generasi yang lebih baik dari kita, maknanya kita kena parent dan didik anak kita lebih baik dari cara mak ayah kita didik dan besarkan kita. Dan tambah pulak sekarang ni, sumber ilmu ada di merata². Boleh dikatakan takde reason lagi untuk kita salah mendidik anak. Semuanya berbalik kepada kesedaran dan keinginan sendiri je. Saya tujukan message ni terutamanya kepada kaum ibulah. Sebab sebagai ibu kita dikurniakan instinct yang fitrah, yang sentiasa nak melindungi dan berikan yang terbaik pada anak. Instinct direct dari Allah, gerak hati dan firasat selalunya betul bila melibatkan anak². So sebagai ibu kita sepatutnya ada vision dan mission terhadap rumahtangga yang nak dibina kan. Malanglah kalau kita hanya nak besarkan dan didik anak setakat go with the flow je bak kata orang. 


Ramai orang bila sebut pasal mmembesarkan anak, cuma teringat untuk penuhi keperluan fizikal anak je. Bagi makan, sediakan pakaian dan rumah yang selesa. Tapi ada banyak aspek lain yang kita selalu terlepas pandang. Bab pendidikan, kita selalunya tak pernah ketinggalan. Kita usaha susah payah cari duit untuk sekolahkan anak, bagi pendidikan yang terbaik di sekolah. Kadang² kita punya keinginan nak tengok anak jadi bijak pandai sampai jadi detrimental, sampai kita boleh tampar anak bila dia fail. Kesian sangat. Yes, mungkin kita kecewa, sebab banyak duit dah habis. Penat lelah tak perlu cakap. Tapi di sinilah perlunya mendidik emosi anak dan kita sendiri. Mesti ada sebab yang besar kenapa anak tu boleh fail. Dan salah satu sebabnya, maaf cakaplah, mungkin ramai tak suka dengar tapi ini realiti. Salah satu sebabnya mesti ada datang dari kesilapan mak dan ayah. Cuma ego kita terlalu tinggi, maka nak admit kesilapan sendiri (walaupun tak perlu pun mengaku depan² anak) adalah sangat sukar untuk dibuat berbanding bagi penampar pada anak.


Saya sedar apa yang saya cakap dan macamana setiap perkataan ini akan berbalik diuji kepada saya kembali pada bila² masa. Tapi itu tak bermaksud kita boleh menidakkan realiti sebenar. Macamana seorang ibu dan ayah bertanggungjawab terhadap wujudnya benih cinta mereka dalam rahim si ibu. Sampai akhirat pun ibu dan ayah bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi pada anak. Sebab itu saya sangat percaya, apa² masalah yang berlaku sekarang, tak merujuk kepada masalah remaja je, orang dewasa dah beranak-pinak pun boleh buat hal kan. Orang yang patut merasa bertanggungjawab adalah mak dan ayah kepada anak yang buat salah tu. Samada disebabkan tak cukup kasih sayang, tak cukup rasa percaya dan support, ada kelompongan dari segi keperluan emosi anak sejak kecil. Ibu dan ayah, bertanggungjawablah.


Besar sangat tanggungjawab kita sebagai mak ayah, kita selalu tak sedar. Sebab selalunya dalam ceramah² nasihat agama, orang selalu tekankan tentang tanggungjawab anak pada mak ayah. Betapa perlunya buat baik pada mak ayah, balas jasa mak ayah. Itu saya tak nafikan, sebab itu termaktub dalam Quran. Itu waaaajib sebagai anak. Tapi yang waaaajib sebagai mak ayah kita jarang tekankan. Tanggungjawab besar mak dan ayah sepanjang hidup anak, kita jarang sekali dengar. Perasan tak? Hasilnya, mak dan ayah akan nampak jasa² mereka sebagai pengorbanan yang akan dituntut² malah disebut² sampai anak² besar. 


Sedangkan semua jasa dan pengorbanan yang dibuat tak lain tak bukan adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Sama macam kewajipan anak berbuat baik pada mak ayah, bukan sebab nak balas jasa dan pengorbanan, tapi sebab itu tanggungjawab si anak dengan Allah. Even kalau mak ayah jenis tak buat baik dan tak banyak jasa dan berkorban pun, si anak wajib berbuat baik. Nampak tak?


So kesimpulannya, banyakkanlah tambah ilmu bila bertambahnya tanggungjawab kita sekarang. Dulu setakat jadi isteri, sekarang dah jadi ibu. Dan tak lama lagi, bertambah anak, bertambah tanggungjawab. Lagi banyak akan dipertanggung dan dimintajawabkan oleh Allah nanti. Macam yang saya cakap tadi, sekarang ilmu ada di merata². Buku² tentang parenting berlambak² yang bagus. Kebanyakan kita sekarang ni pulak semua ada smartfon. Tak ada sebab untuk tak tambah ilmu. Tak ada alasan untuk jawab 'aku tak tahu'. Kalau tak dicari, memanglah sampai² bila² pun takkan tahu kan.


So mothers, start now. It's never too late. Equip ourselves. And bring it on.
Sekian entri berbentuk ceramah percuma di pagi isnin yang mulia.
Wishing all of you a blessed week ahead. Assalamualaikum.

Ibu akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atasmu Aliff sayang.
I will do my very best, with my uttermost capacity Allah has endowed me with.

31 October 2013

Jaga berat badan masa mengandung

Hari ni, khamis 31 oktober, genaplah 7 bulan adik aliff bernyawa dalam rahim saya. Lega lepas timbang berat badan. Kenaikan berat setakat ni masih setakat 7kg. Alhamdulillah, masih within the target.


Ada orang, sepanjang 10 bulan mengandung naik tak sampai pun 8kg. Ada orang lain naik sampai hampir 30kg. Tak kisah kita di sebelah yang mana pun, yang penting jangan bandingkan diri kita dengan orang. Badan kita tak sama langsung dengn badan orang. Metabolisme kita berbeza, pemakanan kita apatah lagi. Jadi untuk setakat ni, saya sangatlah berpuas hati dengan perkembangan sekarang.


Saya tak banding dengan orang lain. Tapi saya jadikan pengalaman masa mengandungkan Aliff sebagai kayu ukur. Dari situ saya letak target baru yang rasanya attainable dengan effort yang perlu dibuat melalui lifestyle dan eating habit.


Kalau ada orang baca blog ni time saya mengandungkan Aliff dulu, dia mesti tahu yang dulunya saya melalui semuanya seorang diri, dengan baby dalam perut. Suami jauh di malaysia, tuntutan kerja. Bila dah hujung² nak bersalin, lebih kurang sebulan sebelum due date, barulah suami datang menetap duduk dengan saya di France sampailah sekarang. Jadinya waktu tu saya langsung tak jaga makan. Makan je apa nak makan, tak kira manis ke sihat ke, untuk baby mahupun untuk saya. Kadang² ada hari yang tak cukup makan, berlapar, sebab tak larat nak masak. Ada banyak hari lain, saya makan desert semata². Sampai ada satu kali tu, masa check up midwife macam risau sebab dalam sebulan boleh naik 3kg.


Jadi tak peliklah kan lalau awal² mengandung berat 54kg. Hari nak bersalin timbang di hospital berat akhir 69.5kg. Hampir 16kg kenaikan. Mana tak suffer nak hilang semua berat tu kan. Dah dapat balik berat asal dalam masa setahun pun dah kira untung sebenarnya.


Jadinya untuk kali ni, lepas dah belajar dengan kesilapan last time, saya jadi tersangat peka bab pemakanan saya. Tambah pula ada suami dan anak di sisi, memang sangatlah jarang kami makan di luar. Asyik² masak saja, tak kisahlah siapa pun. Kalau saya tak larat, ada suami tolong masakkan. Kiranya kali ni saya tak berlapar macam dulu. Perut selalu diisi dengan makanan yang berkhasiat. Of courselah bila kita masak, kita nak masak yang berkhasiat je kan. Selalunya meal kami cuma ada satu lauk dan satu sayur. Lauk tu memang berganti² hari antara daging, ayam, ikan, seafood, dan lain². Bila perut selalu diisi dengan sepatutnya, nafsu makan pun tak berapa nak layan desert² yang menggiurkan kat kedai² tepi jalan.


Dan lagi satu, ini sangat² penting. Minum air kena banyak. Maksud saya banyak is BANYAK. Kalau dalam iklan² kesihatan selalu cakap, seorangg adult kena minum at least 1.5L sehari kan. Dalam kes mengandung ni, make sure the intake is no less than 3L. Setakat ni memang saya minum sekurang²nya banyak tu. Of course, bila minum banyak memang selalulah pergi toilet. Lagi tak best bila tengah kelas kan, kejap² nak keluar pergi toilet. Tapi jangan peduli semua susah tu. Lagi banyak buang lagi bagus. Lagi banyak toksik yang dibuang.


Oh ye, ni lagi satu juga, since saya memang suka makan benda² manis, so tak boleh setiap hari kalau tak makan benda manis. Kalau dulu coklat hari². Siap ada sebalang coklat atas meja study. Tapi sekarang saya switch to fruits kalau tiba² ada sweet tooth. Sebab tu jugelah bekalan buah²an dekat dapur saya make sure sentiasa banyak dan variety. Ada kiwi, pisang, epal, oren. Kadang² kalau pergi supermarket dapatlah beli strawberry ke, raspberry ke (my favourite!). Tapi dekat France ni lainlah kan. Semua buah² kebanyakannnya murah. Sebab tu lagi tak ada alasan untuk tak makan buah, walaupun coklat² pun sama jugak murahnya.


Pokok pangkalnya, kita yang pilih apa yang kita makan. Sebab semua yang kita makan sekarang ni akan bagi kesan pada sistem badan. Cepat atau lambat, kesannya akan ada. Sekarang mungkin tak nampak sangat lagi, mungkin boleh rileks² lagi bila tengok berat naik setakat 2-3 kg saje, regardless of mengandung atau tak. Tapi tunggulah bila umur dah cecah 30-an, metabolisme dah slow down, sel² lemak dah banyak sangat terkumpul, tambah dengan toksin² dalam badan akibat banyak sangat makan entah apa². Waktu tu baru menyesal. Baru rasa nak work out sungguh². Baru rasa cemburu tengok orang lain badan sihat dan fit. Tapi nak put efforts dah susah sebab kerja banyak, nak uruskan anak² lagi, nak uruskan rumah lagi, kekangan duit lagi.


Better start now. Itu yang motivate saya sangat² sekarang. Sementara umur masih belum tua sangat, komitmen pun belum betul² mengekang. Masih boleh handle life. Inilah peluangnya. It's now or never. Alhamdulillah, sebab suami saya jenis yang health conscious. So dia sangat²lah happy dengan revolusi pemakanan dan lifestyle yang kali tengah adopt sekarang. Pantang kalau nampak saya kurangkan makan sikit, mesti dia pun jealous dan taknak makan. Last² dua tak makan, just dinner dengan cornflakes + susu + pisang aje. Lagi satu saya perasan, kalau saya pergi dapur makan buah, eh tiba² lepas tu dia pun makan buah. Semangat ni memang contagious, especially antara suami isteri. Samalah jugak saya pun. Kalau dia makan buah mesti saya pau sekali. Mana boleh makan sorang². Mana boleh kurus sorang². Kita kurus sama² lah. Kata sehidup semati kan.


Apa yang saya share ni cuma amalan kami setakat ni. Setakat ni memang berkesan untuk saya. Midwife pun puji masa checkup minggu lepas, bila tengok berat saya cuma naik 1kg je dalam sebulan. Tapi of course, banyak lagi nak kena improve sebenarnya. Banyak lagi boleh dibuat untuk lagi efisien. Kami pun sebenarnya baru je lagi start semua ni. Kira² selepas saya start mengandunglah. Memang baby ni jadi sumber inspirasi saya sungguh. Sebab saya nak sihat, dan nak suami dan anak² saya sihat. Bila kita sihat, badan fit, tak perlu risau tentang cantik atau tak. In sha allah memang banyak aspek akan jadi lagi cantik dari segi fizikal. Emosi pun lebih tenang dan stabil.


Banyak lagi yang nak dikongsi di sini. Bila ada kelapangan, saya tulis lagi k.

30 October 2013

Persediaan berpantang - azam kali ini

Minggu ni genap 7 bulan mengandung adik Aliff yang belum ada nama. Memandangkan saya sedang cuti seminggu di sini, maka setiap hari saya sibuk search dan survey tentang persediaan nak berpantang nanti. Walaupun ada 3 bulan lagi, tapi saya dah boleh bayangkan, keadaan akan jadi agak mencabar time berpantang nanti. Kenapa? Eheh, banyak sebabnya.


Pertama-tamanya, kali ni saya akan bergantung sepenuhnya kepada Allah melalui kudrat dan tulang 4 kerat seorang manusia bernama suami. Suami yang amat² memahami dan dicintai. Hehe nak jugak tambah tu. Dialah yang akan jaga isteri berpantang, dialah yang akan terus memenuhi keperluan Aliff di waktu mungkin saya tak larat lagi nak handle banyak benda, dan dialah juga yang akan tengok²kan baby. Eh macam tak adil kan. Habis tu saya duk melangut je ke? Kalau ikutkan, time berpantang memang si ibu akan direhatkan habis-habisan kan. Tak boleh jejak tanah pun kalau ikut kata orang tua. Keluar rumah, jangan harap. Tapi itu kes yang ideal lah. Untuk orang yang dapat berpantang di malaysia. Yang dapat berpantang dan dijaga sepenuhnya oleh orang tua, tak kisah samada mak sendiri atau mak mertua. Yang dapat berpantang sampai habis tempoh 44 hari, atau kalau lagi baik, sampai 60 hari.


Untuk kes saya kali ni, first sekali, memang takkan ada langsung orang tua yang akan datang tolong. Jauh di sudut hati, mula-mula dulu, ada rasa sedih sangat. Nak buat macamana kan, kami bukan tinggal di malaysia. Nak minta mak atau mama datang, semua orang pun ada tanggungjawab. Bukan senang² nak dilepaskan. Siapa nak jaga si ayahnye kan kalau mak nye kena datang sini, kurang² pun sebulan. Tapi takpelah, lama² lepas pujuk diri sendiri, sekarang saya dah redha. Tak sedih dah. Saya yakin Allah akan bantu walau macamana cara sekalipun. Dan saya percayakan suami yang sangat² nak tengok isterinya kembali sihat dan cergas menguruskan rumahtangga dan keluarga.


Mujur suamiku seorang yang rajin. Sangat rajin membantu, tak kisah di dapur, atau mandikan anak, memasak, membasuh, mencuci rumah. Semuanya dia tak pernah merungut. Kadang² saya yang malu tengok kerajinan suami. Setakat ni memang saya tak pernah lagi jumpa atau kenal seorang lelaki yang sangat ringan tulang bab menolong isteri menguruskan rumahtangga. Bab ini, memang kredit dan salute seratus-peratus patut diberi pada mama dan baba. Tak lain tak bukan, mama baba lah yang membentuk karakter suami, sejak kecil sampai besar. Alhamdulillah, ini rezeki yang sangat besar, dikurniakan Allah seorang suami yang rajin dan memahami.


Mungkin sebab tu jugaklah, kali ni saya punya semangat nak berpantang tu lain macam. Semalam saya dah order set berpantang yang nak digunakan lepas bersalin nanti. Minta pos ke alamat penang, nanti mak bapak poskan ke France. Barang² lain pun saya dah senaraikan dalam wishlist, nanti akan minta mak/mama belikan juga. Macam jeli gamat, pil haruan, kapur, minyak urut segala. Kali ni takkan biarkan apa² pun tertinggal. Walaupun akan berpantang sendiri dengan suami, tapi dengan semangat dan azam yang berkobar² sekarang, in sha Allah saya dapat berpantang macam orang lain jugak.


Plan untuk berpantang pun saya dah map out siap² dalam fon. Hari keberapa nak start berbengkung, minggu keberapa nak start makan jamu, apa resepi untuk dimasak, dan macam² lagilah. Nanti boleh hand over je pada mr confinement guy tersayang. Saya pun taknak lah membebankan suami. Semaksimum mungkin saya akan tolong mudahkan kerja dia nanti. Setakat ni perjanjian yang kami dah buat, nanti lepas bersalin, make sure abangmas kena layan aliff betul², jangan sampai dia rasa tersisih sebab dah ada baby. Sebab saya mungkin akan lebih disibukkan untuk urus baby. Bab tukar lampin, mandikan, menyusu, mengepam susu, rasanya tak ada halangan kan walaupun kita tengah pantang. Yang penting jangan buat kerja berat. Masak² tu rasanya kena mintak tolong abangmas untuk minggu² pertama. 


Tambah pulak, kemungkinan besar kali ni saya akan bersalin cser jugak. Ikutkan hati ni, tiba² terdetik untuk cuba bersalin normal. Baca di internet, ramai yang cakap, walaupun first time dah cser, untuk second time masih ada peluang besar untuk bersalin normal. Tapi lepas buat extensive reading, sebenarnya jangan lupa jugak, risiko untuk VBAC (vaginal birth after cesarian) ni agak besar juga. Dan risikonya melibatkan nyawa si ibu dan anak sekali. Dan semalam baru saya tahu, dekat France ni, kebanyakan hospital bersalin tak nak ambil risiko tu. Maknanya kalau dah first time cser, second time pun akan cser. Entahlah, bab ni saya kena discuss further dengan midwife bulan depan. Tapi apa²pun lah, saya tawakkal dan serahkan pada Allah untuk tentukan yang mana yang terbaik. Yang penting, saya dapat melahirkan anak kedua ni dengan sihat, selamat dan sempurna. Dan dapat recover sepenuhnya walau selama mana pun proses nak baik tu akan ambil masa.


Kalau ikutkan pengalaman cser yang lepas, lepas seminggu alhamdulillah dah boleh berjalan. Tapi still sengal² dan sakit² di bahagian luka operation. Dan seingat saya, luka operation pun dah bercantum elok selepas seminggu je. Kat france ni diorang tak guna jahit benang. Diorang cantumkan kulit guna gam dan stapler. Tapi bukan bermakna luka luar dah baik maka boleh ganas² kan. Luka dalaman yang ambil masa lama nak baik. Sebab last time, even dah 4 minggu bersalin, saya masih boleh rasa bisa² dekat dalam tempat bedah tu. Especially bila berjalan lama sikit. Kalau tak, okey je.


Tapi satulah kekurangan yang saya nak kena mention dekat sini. Sebenarnya time dulu tu, saya pantang tak betul² pun. Satu, memang sebelum bersalin saya langsung tak ambil tahu keperluan nak berpantang. Tak baca dan buat reseach apa² pun. Tahu² suami call kata dia dah belikan set bersalin amway untuk saya. Waktu tu kami PJJ lagi, suami still kerja di malaysia. Alhamdulillah suami sponsor set berpantang. Tapi kesian dia, sebab saya tak pakai betul² pun. Macam rugi je. Teruknya lah kan si isteri ni. Sampai sekarang still ada lagi herba² peramping perut, pilis, param segala. Tapi tengok² haritu, dah nak expired dah pun bulan november ni. Maka suami pun dengan redha cakap, takpelah, buang jelah. Tak boleh pakai dah pun. Kita beli lain je kali ni. Dan dah terbelilah semalam set yang baru, tapi brand lain pulak. Terima kasih suamiku sebab sponsor lagi. Kali ni saya janji sungguh sesungguhnya akan pakai betul². Sebab kali ni nak pantang betul². Taknak ngelat² lagi. Diri sendiri yang menyesal sampai sekarang.


Bila fikir² balik, ada hikmah jugaklah kali ni takde siapa pun orang tua yang akan datang jaga saya berpantang. Sebab saya tahu saya perlu bergantung sepenuhnya pada willpower dan kudrat diri sendiri, dengan bantuan suami. Selalunya bila kita kena independent baru kita boleh berjaya buat something kan? Taktahulah orang lain macamana, tapi rasanya saya macamtu. Kalau banyak orang tolong, kita cepat rasa spoilt dan mengada-ngada. Dan mulalah tak sedar betapa berharganya bantuan yang datang tu. Macam dulu, memang heaven sungguh lepas bersalin sebab mak saya pun datang jaga seminggu, mama pulak datang ganti mak. Mama pulak datang dengan uwan (nenek abangmas), dua² datang semata² untuk tolong kami handle baby dan jaga saya berpantang. Tapi bila dikelilingi dengan kemudahan macamtu, cepat sangatlah rasa complacent. Berbengkung saya langsung tak pakai, walaupun actually boleh je pakai walaupun cser. Cuma tak boleh pakai ketatlah. Then benda² basic pun saya tak buat macam pakai stokin on off je beberapa hari. Bab makan pun kadang² mengelat. Jamu langsung tak sentuh. Sebab tulah berat susah sangat nak turun. Lepas tu membebel sendiri kenapa gemuk, kenapa berat. Macam² hal lah.


Tapi alhamdulillah, akhirnya selepas setahun, saya berjaya dapatkan balik berat ideal saya, iaitu 51kg. Dapat capai dalam bulan april lepas. Itupun rasanya sebab busy sangat dengan kelas, nak siapkan assignment, projek, sampai badan asyik aktif je buat kerja. Dengan anak dekat rumah lagi kan. So tiba² je ramai orang tegur, "eh kak nini, dah kuruslah..". Padahal rasa macam tak ada banyak yang berubah pun. Bila timbang baru tahu, eh memang betul dah kurang sangat berat. Kalau tak, 6 bulan lepas aliff lahir, waktu september 2012 haritu, berat badan saya still 58kg macamtu. Masih tembam dan buncit. Lepas setahun, yang buncit pun dan meleper. Alhamdulillah. Puas hati walaupun lambat bebeno progressnya.


Tapi semua tu tak lama. Elok² lepas dapat berat asal, tiba² next month disahkan mengandung sekali lagi. Adoiyai, termelekat lagilah pulok. Hehe. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Kami terima dengan sangat² happy, langsung tak ada rasa risau atau menyesal. Rileks je dua². Orang tua kami yang risau. In sha Allah, setakat ni pregnancy sangat smooth sailing. Kita doakan proses kelahiran nanti pun jauh lebih mudah, dan berpantang pun lebih baik dari sebelumnya. Tunggulah beberapa bulan lagi, nanti saya tulis pula pengalaman berpantang kali ni. :)

18 October 2013

19 bulan bersamamu sayang

Semalam hari khamis 17 oktober, anakanda Aliff genap 19 bulan. Sekejap je lagi dah nak masuk 20 lebih bulan. Tak lama lagi masuk pulak 2 tahun. dan by the time 22 bulan, in sha Allah Aliff akan dapat adik pulak.

Sepatutnya ibu tulis entry ni semalam. tapi semalam ibu tak sempat sangat2. Padahal kelas 6 jam je, tapi ibu tak bawak laptop ke kelas so tak boleh tulis blog. Eh tapi hari ni ibu kelas 8 jam, macamana boleh ada masa nak tulis pulak?

Jeng3. Actually semalam sebelum tidur ibu godek2 fon cari macamana nak tulis blog dari fon je. Sebab ibu selalu on the move, kelas quite pack memandangkan tahun ni ibu dah final year master, dan ini semester terakhir ibu jadi seorang student. Semester depan, status ibu akan beralih kepada seorang budak intern pulak. Dan ibu dah berazam nak kembali menulis macam dulu. kalau boleh satu hari satu entry. Sebab hati ibu memang suka bercerita. Walaupun kadang2 tak ada added value pun pada orang lain, tapi menulis dapat nurture jiwa ibu. Dapat channel perasaan dan biar tersimpan pada satu tempat yang boleh jadi kenangan, sampai bila2. Atau selagimana blogger tak shut down.

So semalam just before tidur ibu dah jumpa apps untuk tulis blog on the move. Bestnye! Maknanya sekarang ni bila2 pun boleh tulis. Nak upload gambar pun senang. Dalam sehari kan ada banyak masa2 selingan yang kita tak dapat nak buat apa kan. Selama ni ibu mengelamun, mengimbau kenangan dulu2 ke, imagine tentang masa depan. Sekarang bolehlah ibu put everything in writing, di samping menggunakan masa2 yang terluang dan selalu terbuang macam tu aje. Ibu guna app nama bloggeroid. Everything is made easy, lagi senang dari app blogger sendiri. Kalau ada sesiapa yang macam ibu, nak selalu communicate melalui blog dan lagi banyak spend masa dengan fon, bolehlah try download app ni jugak ye.

So hari ni ibu nak cerita pasal perkembangan aliff secara keseluruhannya. Ibu jarang2 sangat cerita dekat orang tentang apa yang aliff dah pandai, milestone aliff dari bulan ke bulan. Semuanya ibu simpan dalam kepala je setakat ni. Tapi rasanya betterlah ibu start cerita balik sikit2 sekarang ye, sebab nanti bila aliff dah ada adik, confirm ibu akan lupa dan confuse banyak benda. sayang sangat kalau lupa milestone anak kita kan? sebab anak kita hanya melalui semua proses ni sekali je seumur hidup. bila dah makin besar, kita akan rindu sangat2 nak tengok semula dia merangkak, dia merengek helplessly mintak dukung, dan macam2 lagi.

Even sekarang pun, Aliff baru 19 bulan, ibu dah banyak rindu moment waktu aliff kecik2 dulu. Paling ibu rindu sangat, nak tengok aliff menyusu minum susu badan ibu. Sebab dah sebulan aliff berhenti dan berpisah sepenuhnya dari badan ibu. Satu proses yang amat menakutkan dan meresahkan semua ibu² yang menyusukan anak, bila nak lepaskan dan pisahkan anak dari susuan. Pisahkan selama-lamanya. Alhamdulillah, semuanya sangat mudah dan lancar. Ibu dan abah pun tak sangka aliff akan semudah itu untuk adapt dengan proses weaning off. Yang ni ibu akan cerita panjang lagi nanti.

Untuk setakat ni, banyak jugak milestone Aliff yang boleh dicatatkan dalam diari ibu ni. Antaranya :

  • Aliff dah taknak makan bersuap. Aliff nak suap semuanya sendiri. Kalau ibu suap, guna sudu ataupun tangan ibu, mesti Aliff larikan mulut dan geleng kepala. Bila ibu letak pinggan tu depan Aliff, baru Aliff jamah dan makan dengan berselera. Makan sampai habis pulak tu. Padahal sama je apa yang ibu suap tadi sayang.. Sayu ibu tengok, Aliff dah nak independent sendiri. Sanggup makan sikit sebab nasi banyak jatuh atas riba, asalkan aliff yang suap sendiri. Kalau ibu suap confirm tak tumpah², mesti aliff dapat makan banyak, mesti Aliff tak underweight sangat. Tapi aliff refuse sangat². Aliff suka makan sendiri. Aliff dah besar.
  • Sejak 2 bulan yang lepas, Aliff pandai sebut dap! Bila aliff makan benda² yang sedap, mesti aliff akan terus komen dap! Happy ibu dengar, sebab selalunya kalau ibu masak mesti aliff puji sedap. Seronoknya bila anak puji masakan ibu. Lagilah semangat ibu nak masak untuk abah dan anak² ibu. Tapi aliff ni memang sah² genetik ibu sungguh. kalau dapat makan coklat, macam berganda² puji sedap. Dap! Dap! Dap! Dap! Sambil tengok ibu. Ye, ye. ibu tahu sayang. Coklat memang sedap, favourite ibu dulu. Masa mengandung aliff dulu tiap² hari ibu makan coklat. Sebab tu ibu membesar dan menggemuk dengan mendadak sangat. Tapi sekarang aliff makan coklat sorang² lah ye. Ibu nak control makan. Abah pun. Tapi kadang² abah pun layan jugak coklat especially kalau ada stok dekat rumah. Dan especially sekarang kita dekat france, coklat murah je. Kesimpulannya, abah dah banyak terpengaruh dengan favourite ibu.
  • Aliff pantang tengok ibu dengan abah solat. mesti aliff terus capai kopiah abah. Tak sedar kepala tu kecik aje, sampai tenggelam kepala tak nampak mata. Lepas tu aliff mesti sembahyang depan ibu atau abah. sampai ibu tak boleh nak sujud, sebab aliff tengah sujud. Dah 3 bulan aliff pandai solat, sejak bulan 7 haritu lagi. Alhamdulillah, sejuknya hati ibu abah tengok. Betapa sucinya jiwa anak kecil ibu abah ni. Setiap kali lepas solat, ibu takkan lupa untuk doakan semoga ibu, abah, aliff, dan adik² aliff nanti jadi orang² yang selalu mengerjakan solat. Yang mendirikan solat dalam hidup. Bukan setakat berdiri solat macam yang kita selalu faham. Insha allah bila solat tertegak, yang lain² kita tak perlu risau sangat.
  • Sekarang ibu dah boleh harapkan Aliff tolong² sikit kemas rumah. Sebab Aliff dah pandai buang sampah. Bila ibu bagi sampah dekat Aliff, ibu akan sebut sampah. Then, Aliff akan sebut 'pah', dan terus cari tong sampah. Kalau tak jumpa tong sampah dekat ruang tamu, Aliff sanggup pergi sampai ke dapur. Lepas buang Aliff akan tepuk tangan, sebab ibu selalu tepuk tangan cakap bravo dekat Aliff.
  • Ini perkembangan yang agak terbaru jugak, kira² sebulan yang lepas. Aliff dah pandai bagi sign kat ibu bila Aliff poopoo. Wow yang ni memang ibu suka sangat². Sebab bila ibu tengok aliff tengah meneran muka merah² tu, Aliff akan tengok ibu balik sambil tepuk² pampers dan ulang 'meyak', 'meyak' dekat ibu. Yang lagi buat abah ibu ketawa sebab bila kentut je pun Aliff akan sebut 'meyak'. Kesimpulannya apa² yang keluar ikut belakang Aliff akan sebut 'meyak'. Rasanya tak lama lagi Aliff dah boleh start potty training dengan nounou. Sebab haritu nounou cakap, beberapa bulan lagi bila nampak Aliff dah ready, nounou akan practise Aliff untuk potty training. Ibu nampak anak bijak ibu ni dah ready. Ibu yakin Aliff boleh independent dari pampers sebelum masuk 3 tahun. We will see. Ibu harap nounou akan sempat untuk train Aliff. Sebab nounou sangat pandai bab ni. Budak² lain yang pernah duduk dengan nounou semuanya dah boleh independent dari pampers bila umur 2 tahun setengah. Atau kurang dari tu.
  • Sejak bulan Ogos lepas, satu perkembangan Aliff yang membanggakan ibu dan abah adelah bila Aliff dah pandai salam tangan orang. Bila ibu cakap salam, Aliff akan hulur tangan, ambil tangan orang dan bawak ke mulut, cium! Ibu suka sangat sayang. Mula² masa jumpa nounou haritu, aliff salam cium tangan nounou, nounou terkejut sampai ternganga dan terbeliak mata dia. Nounou kata dia rasa macam queen, sebab orang selalu kiss tangan queen. Orang kat sini bukannya biasa cium² tangan orang as salutation mode. Orang sini suka laga² pipi je kiri kanan. Teruskan macamtu sampai besar ye sayang. 

Dalam entry ni jugak, ibu nak abadikan perkataan² yang aliff dah kenal, yang aliff dah pandai sebut dan guna pada tempat yang betul. Ada yang aliff dah pandai sebut sejak umur 13 bulan lagi. Tapi yang perkembangan yang paling banyak adelah sejak 3 bulan kebelakangan ni. ada je perkataan baru yang aliff sebut, sampai tercengang ibu. Tak sangka ibu baru sebut sekali je depan aliff, tapi aliff dah boleh terus tangkap dan pandai guna. Ish ish aliff, memang ringan mulut sungguh anak ibu sorang ni. Ni perkataan² yang dah sebati dengan mulut aliff sampai ke hari ni :

  1. nak = nak
  2. yayat = lalat
  3. bacah = basah
  4. kat = lekat
  5. bik = ambik
  6. baju = baju
  7. tutin = stokin
  8. mate = mata
  9. idung = hidung
  10. uyut = mulut
  11. lenge-lenge = telinga
  12. abut = rambut
  13. lali = lari
  14. abih = habis
  15. pipi = pipi
  16. minak = minyak
  17. miyak = berak
  18. ka = tukar
  19. tak = letak
  20. jatuh = jatuh
  21. dog = anjing
  22. cat = kucing
  23. moo =  lembu
  24. bird = burung
  25. ngangan = tangan
  26. kaki = kaki
  27. mati = mandi
  28. inu = minum
  29. aik = air
  30. panah = panas
  31. cejuk = sejuk
  32. dap = sedap
  33. maciam = masam
  34. pida = pedas
  35. akit = sakit
  36. beta = besar
  37. banak = banyak
  38. apu = sapu
  39. pit = picit
  40. kan = tekan
  41. bukak = buka
  42. tutop = tutup
  43. totok = duduk
  44. tchom = jom
  45. adi = ada
  46. bebi = baby
  47. kakak = kakak
  48. ibu = ibu
  49. abah = abah
  50. nenek = nenek
  51. atok = atuk
  52. mane = mana
  53. apetu = apa tu?
  54. pah = sampah
Okey cukuplah tu ye. Tak pasal² jadi panjang entry ibu ni sebab nak senaraikan vocab Aliff. Rasanya macam cukup lengkap list ni, seingat ibu takde yang tertinggal. Dah 50 lebih kurang vocab yang Aliff master setakat ni. Alhamdulillah. Ibu doakan Aliff dapat terus expand vocab list Aliff sekarang ni, dan at the same time dapat sebut dengan sempurna. Ibu yakin in sha allah Aliff boleh sebut dengan baik dan tak pelat. Sebab setakat ni memang ibu dan abah tak buat-buat pelat bila cakap dengan Aliff.

16 October 2013

Pembawakan anak

Orang selalu cakap, mengandung ni lain-lain pengalaman. Lain anak, lain kesan untuk maknye. Tak dapatlah dinafikan langsung betapa betulnya apa yang orang cakap ni. Sebab saya sendiri pun sampai naik pelik dengan diri sendiri. Terasa betul lain dan banyaknya benda yang berubah.

Mengandung kali ni, saya jadi jauh lebih pendiam dan segan nak bercakap. Cakap dengan suami je yang boleh rancak. Orang utara refer segan as pemalas. Kalau orang biasa maybe terjemahkan as malu. Tapi untuk saya ni, dua² pon boleh. Malu dan malas. Dengan classmates yang selalu jadi geng gossip pun, hati dah tak berapa mahu nak bercakap. Kalau diorang tanya soalan, pun saya malas nak jawab sangat. Ya Allah penyakit apekah ini, rasa macam annoying sangat. Harap² tak menurun ke anaklah. Mudah-mudahan. Tapi saya lagi suka fikir macamni. Setiap anak tu kan dia dicipta dengan karakter dia sendiri. Walaupun dia belum lahir. Walaupun masih dalam perut. Anak tu dah ada energy profile sendiri. Dan energy profile si anak nilah yang affect mood, perasaan dan karakter si ibu waktu mengandung.

Ini cuma hipotesis sendiri. Jangan cepat percaya terus. Tapi bukan pandai² je saya buat teori. Saya sendiri tengah baca buku tentang energy profiling, especially of children. Kalau betul teori ni, nanti saya elaborate lagi kat sini k.

Suami selalu cakap, dia kata rasa² anak ni macam banyak ikut karakter dia jek. Time kecik² dulu, abgmas ni pendiam, pemalu, tak banyak cakap. Lain betul dengan Aliff yang asyik potpet potpet. Mama cakap, Aliff ni walaupun badan tak semangat, siap severely underweight lagi, tapi mulut dia, kussss semangat. Hehe, dengar mama komen macamtu, saya senyum jelah. Sebab rasanya aliff ni menurun saya time kecik² dulu. Banyak mulut. Ingat lagi everytime boring, waktu tu saya 4/5 tahun, saya akan capai fon dan terus dial number tok dekat kepala batas. Number telefon tok  memang dah lekat dalam kepala, even sampai sekarang pun saya ingat. Ni number tok dulu, 531593. Dulu number fon 6 digit jek.

Bila dapat cakap dengan tok, mesti akan tanya soalan wajib, "tok buat apa tu?". Then tok akan jawab, tengah basuh pinggan ke, sidai kain ke, masak ke, ape² jelah yang tok tengah buat kan. Tapi yang tak menahannya, mulut macam automatik akan tanya balik, "lepas tu?". Tok pun jawablah lagi, dan saya pun tanya lagi, "lepas tu?". Bila kira-kira, maunya ada at least 10 kali saya tanya "lepas tu?". Sampai tok mengadu kat bapak cakap tak laratnye la nak layan... Hehe, dasar budak².

Sebab tu dah nampak tanda² Aliff ni akan mewarisi keringanan mulut emaknye. Sebab di fasa sekarang ni, apa² yang saya cakap, kadang² bukan cakap dengan dia pun, dia akan ulang balik. Dan most of the time bunyinya dapat sebijik² pulak tu. Macam semalam, abgmas tengah cerita something sambil kami bertiga di meja makan. Dan ada satu part tu saya jawab pada abgmas, "Haa, logik!". Tak semena² budak kecik atas high chair tu pun menyampuk sambil ulang balik, "lojik!". Sebijik bunyinya. Terus berderai gelak kami berdua. Saya gosok² kepala Aliff. "Aliff...Aliff... dah tak sabar sangat nak cakap ya. Pandai anak ibu ni."

Itu cerita Aliff. Ini si adik Aliff pulak, rasa²nya macam lagi banyak gene abahnya. Banyak sangat kelainan pada diri saya, yang suami pun perasan. Dia sendiri pun cakap, "eh selalunya Nini tak macam ni. Ni mesti anak abah ni...".Antara tanda-tanda yang saya dapat rasa lainnya;

1. Saya suka sangat makan pisang. Kebiasaannya tak berapa suka. Asal ada je makanlah, tu pun bukan hari². Tapi kali ni asal habis pisang di rumah mesti cepat² nak beli. Rasa tak semangat kalau takde pisang.

2. Mengandung kali ni, saya rasa enjoy dan aktif betul memasak. Haa, ini memang kena sangatlah dengan abgmas yang memang sangat tersangatlah suka makan apa² yang homecooked. Dan saya amatlah terkenal di kalangan family mahupun family in law sebagai seorang yang sukaaaa sangat makan luar. Asyik² terbayang makanan kat kedai. Walaupun tahu memang tak berapa sedap, walaupun of course lagi mahal. Tapi nak jugak makan luar. Tapi kali ini tidak lagi. Dapur hari² berasap. Balik² kena pergi grocery beli barang dapur. Asal free je google resepi apa nak masak lepas ni. Selang 3/4 hari fridge kosong dan kena restock. Walaupun penat sebenarnya, tapi rasa kepuasan sangat dapat masak untuk diri sendiri dan suami.

3. Ini tanda yang sangat jelas lainnya dengan diri saya. Sejak anak ini bernyawa dalam rahim saya, saya telah menjadi seorang yang sangat health-conscious, which is another character of abgmas. Macam² yang saya belajar dan research sendiri untuk memasak dengan healthy, makanan apa untuk dapatkan nutrient apa, macamana nak eat clean dengan kalori yang baik. Air masak memang tak sah kalau tak habis 3 liter sehari. Dulu nak habis sebotol 1.5 liter pun belum tentu.

Kalau time muda² dulu, zaman awal² kenal dengan abgmas, saya adalah peminum air manis yang tegar. Sejak kecil memang tak biasa nak telan air kosong saja². Tak boleh telan, macam nak muntah. Paling² boleh pergi pun kena ada tin milo kat sebelah. Ngap sesudu milo, baru boleh telan seteguk air masak. Lepas kenal dengan abgmas, dia lah yang tiap² hari bagi nasihat dan motivasi suruh minum air masak. Dah lepas kahwin ni, lepas 5 tahun abgmas sekolahkan saya tiap² hari pasal air masak, alhamdulillah, air kosong dah jadi kawan baik. Bersepah² botol air dalam rumah. Tepi katil sebotol, atas meja study sebotol, kat dapur berpuluh² botol untuk stok 2 minggu.

Kalau nak cerita pasal health-conscious, memang kena tulis panjang lebar ni. Sebab perubahan yang satu ni quite life-changing untuk saya. Banyak benda yang berubah dari segi habit, pemakanan dan lifestyle kami anak beranak. Dan semua ni buat saya tersedar satu benda yang bukan baru, tapi sungguh eye-opening; bahawa kita yang bergelar ibu dan suri hidup suami ni sebenarnya memegang satu kuasa yang sangat besar dalam mencorakkan kesihatan keluarga. Will comment in detail on this later. Saya sudahi dulu entry ini dengan wabillahi taufik wal hidayah. Hehe. Till then, salam..




4 October 2013

Update diri dan family

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya masa yang ditunggu² pun tiba. Hari ni dah janji dengan diri sendiri untuk tulis something, dengan harapan dapat aktif semula berkongsi cerita di sini. Lepas banyak bulan tak aktif, of course tersangatlah banyak cerita dan perkembangan diri dan famili.

Yang pertamanya, rasanya ramai yang dah tahu, anakanda kesayangan Mas Aliff Shadan bakal dapat adik tak lama lagi. Semalam genap kandungan masuk 6 bulan. Dan in sha allah, lepas dah dua kali scan kat sini, doktor sahkan adik aliff adelah lelaki juge..! Uwayyy seronok tersengih² abahnye dapat geng lagi sorang. Tapi apa²pun alhamdulillah, setakat ni jantina lelaki ke perempuan tak pernah jadi kerisauan atau keinginan yang amat sangat. Kami suami isteri takde preference mana² pun. Walaupun yang pertama dah hero, kalau yang kedua ni heroin, alhamdulillah.. Kalau hero lagi, alhamdulillah.. Nikmat dapat anak dah cukup besar untuk disyukurkan kan.

Untung jugak yang kedua ni lelaki, aliff boleh ada geng lebih kurang sebaya untuk main dan membesar sama². Makpak nye pun tak payah belanja lebih nak beli baju² baru kan. Pakai yang abang aliff punye dah ye sayang. Banyak yang cantik dan elok² lagi. Nanti ibu dah keje, dah ada duit sendiri, kite beli baju lagi. Bab nama ramai yang dah tanya, tapi honestly kitorang tak pikir lagi. Ada start cari² dekat google tapi bila nak finalise mesti ade salah sorang yang tak setuju. Tapi yang penting abahnye dah chop, nama first kena Mas jugak. Redha jelah haha. Moga² next rezeki ada can nak impose nama Mar pulak kat anak ketiga, or keempat.

Tentang bersalin, in sha allah saya akan bersalin di hospital yang dulu juga. Cuma lokasinye dah berubah. Kalau dulu dekat je dengan rumah, suami datang melawat pun jalan kaki je. Tapi kali ni jauhnye mak aii, kalau naik bas pun lebih setengah jam. Sebab stop hospital tu hujung sekali. So suami dah pesan jangan mimpila kali ni nak naik bas lagi pergi hospital kalau dah start sakit². Macam time aliff dulu entah macamana darah hero ni mengalir sungguh dalam badan. Dah contraction pun sempat jalan kaki pergi bus stop tunggu bas. Nak pergi bersalin macam nak pergi pasar je. Disebabkan hospital kali ni dah pindah jauh, rasanya kemungkinan besar suami akan sewa kereta seminggu untuk ulang alik tengok saya dan uruskan aliff, hantar aliff ke nounou, etc.

Kadang² ada jugak terbincang dengan abangmas, apa kata kalau kita beli kereta second hand? 1000 euro pun dah boleh dapat. Lagi berbaloi dari sewa seminggu yang mungkin cecah 300 euro atau lebih. Tapi memikirkan proses nak beli kereta, dengan dokumen dan insurans, dan caj² lain yang akan bertambah, tak jadilah rasanya. Tambah² lagi, tinggal berapa bulan je lagi kami kat sini... Macam tak berbaloi untuk harungi segala hassle semata² untuk beberapa bulan.

And yes, in sha allah, kami sekeluarga akan balik ke malaysia for good pada bulan mac nanti. Akhirnya, penantian yang sangatlah ditunggu-tunggu bertahun lamenye. Abgmas akan sambung semula kerja sebagai pegawai PTD yang berwawasan tinggi, dan saya akan mulakan final year internship selama 6 bulan. Buat masa ni taktahu lagi di mana rezeki tertulis untuk kami sekeluarga tinggal. Tapi abgmas cakap, bergantung kepada tempat saya practical. Kalau boleh nak cari area serdang/seri kembangan/cyberjaya/bangi je. Most probably bangi lah kut sebab situ industrial area jugak kan. Wallahu'alam. Buat masa ni saya baru nak start tulis CV. Hoho ape ni CV pun tak tulis lagi! Aduh, doa²kanlah semua urusan dipermudahkan ye. Walaupun hati sangatlah sedih nak tinggalkan france, tapi sebenarnya dalam hati ni macam lagi kuat rasa excited dan rindu untuk mulakan hidup baru di tanahair tercinta, negara sendiri. Walaupun kos sara hidup lagi tinggi, dengan minyak mahalnye, takpelah, doakan kita semua dimurahkan rezeki dan bekerja lagi kuat untuk pembangunan keluarga dan negara. Walau macamana best pun dekat sini, sebenarnya Malaysia tetap lagi best.

Okey, terpaksa berhenti di sini dulu buat masa ni. Dah janji nak jalan² dengan abgmas petang ni sementara tunggu nak ambil aliff dekat nounou. In sha allah berjumpa di lain entry ye. Banyak lagi ni nak tulis. Till then, Assalamualaikum!

2 May 2013

baby steps

Assalamualaikum ladies!

Wah lamanya tak menulis kat sini. Selalunya saya masuk ke sini pun untuk blog hopping ke blog-blog favourite yang lain, mencari inspirasi dan aspirasi. Diam tak diam, tinggal kurang sebulan je lagi untuk tamatkan pengajian tahun ni. Kelas pun dah tak banyak, tinggal nak siapkan individual projek untuk dipersembahkan 31 mei nanti. Lepas tu, the most-awaited balik malaysia of the year!

Semalam 1 mei, Aliff telah mencapai satu lagi milestone yang besar dalam hidupnya sebagai seorang baby-toddler! Aliff has made his first baby-steps! Semalam dapatlah dia melangkah 3 tapak seorang diri, tanpa berpaut pada apa-apa. Saya di dapur waktu tu, menjerit-jeritlah abahnya excited tengok anakanda tercinta dah memulakan langkah untuk independant. Alah macamlah tak tahu, sebenarnya abahnya macam nak menangis pun tapi orang lelaki ni kan pandai cover. Tambah lagi pakai spec! Eh tapi saya pun sebak jugak huhu. Aliff dah nak berjalan ke sayang// Lepas ni Aliff dah pandai berjalan, berlari, entah-entah dah tak minta dukung dah. Ah, sedihnye!

Lebih kurang 2 minggu lagi, Aliff akan masuk 14 bulan. Anak-anak orang lain mungkin dah dapat berjalan seawal 11 bulan. Abgmas sendiri pun mula berjalan sejak 10 bulan. Awal betul. Tapi sebenarnya tak kisah pun anak kita berjalan umur berapa. Yang penting, dia sedang membesar dan berkembang mengikut rentak badannya sendiri. Jadi mak bapak ni buat saya belajar satu benda which is, don't put high expectations on your kids based on your own desire. Pendek katanya, jangan jadi parents yang selfish.

Memang normal rata-rata di kalangan kita nak anak sendiri tumbuh gigi awal, bercakap awal, berjalan awal. Bila anak berkembang dengan cepat, kita rasa bangga, rasa seronok nak bercerita pada orang. Bila anak kita lambat berkembang, tiba-tiba rasa risau dan rendah diri. Come to think of it, kesian pada anak. Kesian sebab mak dan ayah sebagai insan paling dekat dan yang paling dipercayai pun tak percaya pada kebolehan dan perkembangan dia. Tak kisahlah cepat atau lambat, all this while, it's not the parents who make the kids walk or talk or whatever we want. It's Allah. Let renew our understanding of our parenting role, to nurture the children, raising them to be who they are meant to be.

Sekarang ni saya banyak kumpul buku-buku tentang parenting, on various basis. Parenting cara islam, cara french, cara alami. Kumpul jelah baru, nak baca agak merangkak dengan kekurangan diri sendiri mengurus masa. InsyaAllah, saya akan kongsikan sikit-sikit ilmu yang dibaca di sini. Kalau ada orang baca, may the insights benefit them. If not, it would serve as my personal and timely reminder, in this long journey of parenthood in sha Allah.

Apparently my son is enjoying his new adventure in taking his very first baby steps. Love to see him smile heartily with his huge personal accomplishments. May Allah renforce my emaan as well as renforcing my baby steps to becoming a loving and faithful parent.

20 March 2013

Kisah kelahiran Mas Aliff Shadan

Inilah catatan kelahiran anak sulung saya, Mas Aliff Shadan yang lahir tepat pada tarikh EDDnya, 17 Mac 2012. Untuk kenangan diri sendiri, dan tatapan sesiapa yang sudi membaca. Untuk kawan-kawan yang sedang menunggu saat-saat bersalin sekarang, mungkin ada beberapa lesson yang boleh kalian ambil dari kisah saya, supaya tak perlu melalui kesusahan dan kesakitan yang sama.

Ringkasnya, ada 5 siri kesakitan yang saya lalui sepanjang detik-detik kelahiran Aliff ini. Pertama, sakit contraction selama 12 jam. Kedua, sakit epidural. Ketiga, sakit saat divakuum untuk keluarkan Aliff. Keempat, sakit saat ditoreh perut untuk cesarian. Kelima, sakit untuk berjalan sendiri tanpa bius, 2 hari selepas pembedahan.

Tapi antara lima kesakitan ni, yang paling tak boleh lupa sampai sekarang, dan takkan boleh lupa sampai bila-bila, sakit kedua dan ketiga. Itulah yang paling pahit sekali. Yang lain alhamdulillah, dah terlupa macamana rasa sakitnya. Seperti ibu-ibu lain juga yang mengaduh dan berjanji tak mahu mengandung lagi di saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak, tapi tup-tup mengandung lagi seorang tahun berikutnya. Hehe. Typically mother's.


Khamis, 15 mac 2012
Pertama kali keluar tanda untuk bersalin pukul 6 pagi. Tak ada apa pun, cuma turun darah yang tak banyak sangat. Tapi sebab memang dah selalu baca buku persediaan, kalau turun darah tu mungkin dah dekat nak bersalin, so saya dan suami agak panik juga. Selama 9 bulan mengandung memang tak pernah turun darah secalit pun. Terus saya bagitahu mak. Mak kata, "eh nini dah nak bersalin dah ni. dah tak lama dah ni kalau macamni.."

Terus mak suruh saya dan suami siap-siap untuk pergi  hospital sebaik saja lepas subuh. Mak telefon bapak di Malaysia, cakap saya dah turun tanda. Ada kemungkinan bersalin hari ni. Minta semua di malaysia doakan. Sampai di hospital lebih kurang pukul 7.30 pagi. Eh yeke. Entahlah, tak ingat sangat. Terus pergi bahagian wad bersalin emergency. Saya dimasukkan dalam bilik monitoring. Alat-alat ctg semua dipasang di perut, untuk monitor heartbeat baby dan kekerapan contraction saya.

Tapi sebenarnya pagi tu saya tak rasa sakit apa pun. Malam sebelum turun darah memang ada memulas-mulas contraction sampai pukul 3 pagi. Maybe sebab tu turun darah sikit. Tapi dekat hospital tak sakit apa dah. Boring pulak kena tunggu terbaring sejam untuk monitor. Kejap-kejap midwife datang nak cek bukaan. Tapi tak memberangsangkan. Gerak hati saya mengatakan, macam takkan bersalin hari ni. Walaupun sebenarnya saya harapkan baby keluar hari ni, boleh sama birthday dengan Atuknya di Bentong. 

Tekaan saya tepat sekali. Lepas lebih sejam ditahan, midwife datang bagitahu suruh saya balik. Katanya bukaan saya baru 1cm, dan tak ada progress pun dalam sejam. Tapi midwife pesan kalau keluar air ketuban, kena cepat-cepat datang hospital terus. Tak boleh tunggu. Saya pun happy dapat balik. Pimpin tangan mak sebelah, saut tangan suami sebelah lagi, kami pun berjalan kaki menelusuri sungai Doubs balik ke rumah. Sambil jalan sambil cakap telefon dengan bapak, gelak-gelak seronok sebab tak jadi bersalin lagi. Haha, saja nak coolkan diri sendiri. Saya sempat ajak mak dan suami makan nasi biryani di restoran india dalam perjalanan balik. Dapatlah makan biryani ayam dan udang puas-puas. Lepas ni nak kena pantang pulak. Boleh menangis teringat biryani udang.


Jumaat 16 mac 2012
Bangun subuh, masuk bilik air, terkejut sebab nampak darah turun lagi. Tapi kali ni banyak! Mengalir-ngalir. Sampai kena cadar katil tempat saya tidur. Muka mak dan abang kali ni dah panik. Dan kali ni saya tak cool macam semalam. Sebab pagi ni dah rasa sakit contraction. Sebenarnya sejak sebelum tidur dah sakit sangat memulas-mulas. Lagi sakit dari semalam punya. 

Kalau pagi semalam saya boleh senyum-senyum tengok darah, hari ni saya sendiri rasa gabra. Gerak hati mengatakan saya akan bersalin hari ni. Sakit masih tak berhenti, lepas sembahyang subuh kami terus bergegas siap. Suasana dalam rumah kalut semacam. Mak nampak panik, abangmas muka berkerut risau sambil siapkan beg untuk ke hospital. Mak telefon bapak cakap saya turun darah banyak. Suara mak macam terketar-ketar. Saya yang mulanya cool pun terus rasa nak menangis. Ya Allah, hari ni ke nak bersalin? Ya Allah, bersedia ke aku ni. Macamana kalau aku mati? Mungkinkah hari ni kali terakhir dapat tengok muka mak dan abangmas? Ini je yang bermain-main dalam kepala, sambil tengok mak dan abangmas berdesap-desup dalam rumah macam lipas kudung nak siapkan semua untuk bawak ke hospital. 

Dah siap semua, mak tanya sakit lagi ke? Saya kata, sakit lagi, tapi boleh tahan. Mak dan abang suruh call ambulans. Tapi saya taknak. "Ala tak payahla ambulans, seganla." Entah apa-apa je tengah sakit nak bersalin pun boleh segan. Tapi serious saya memang rasa tak perlu ambulans. Saya yakin boleh berjalan lagi. Tak payahlah susahkan orang ambulans untuk ambil orang yang masih boleh berjalan kan?

Last-last saya tetap berkeras untuk pergi hospital naik bas. Hospital taklah jauh mana dari rumah, cuma 800m je. Nak jalan kaki pun boleh. Tapi waktu-waktu macam ni sangatlah tak digalakkan untuk over-confident ye anak-anak. Nak naik bus pun mak geleng kepala je tengok saya. Sambil muka berkerut tahan contraction, saya berjalan slow-slow, menapak kecil-kecil sampailah ke bus-stop. Dalam bus pun muka berkerut-kerut setiap kali contraction menyerang. Baru tahu penangan contraction yang betul. Bukan macam kena gigit semut rupanya. Bila nak turun bus, beberapa makcik dalam bus wish saya 'good luck!'. Ahah bestnya. Terus rasa bersemangat nak push walaupun baru tengah terkedek-kedek melangkah turun bus.

Sampai hospital 7.45 pagi. Masuk bilik monitoring macam semalam, midwife cek bukaan, katanya okey dah 2cm. Saya kena tunggu sejam macam semalam, kalau ada progress masuk 3cm, dah boleh masuk labour room. Inilah part yang boring sekali. Dahlah tak boleh dua orang masuk sekali, jadi mak dan abangmas terpaksa berselang-seli teman saya dalam bilik. Lepas sejam cek bukaan lagi, katanya tak ada progress sangat. Tapi dari graf contraction, memang nampak pola yang agak regular. So tak boleh lepaskan saya balik. Saya kena tahan masuk wad, sambil terus kena monitor. 

                                       
Baru sampai hospital, di bilik monitoring sebelum dipakaikan uniform pesakit.
Muka tengah sakit contraction.
 Nak pergi bersalin pun saya tak lupa bawak beg sekolah.
Boleh dapat award pelajar contoh.
Sampai sekarang saya terpikir-pikir apa motif saya bawak beg sekolah tu.


Pukul 9 pagi, masuk wad. Mak asyik tengok jam nak tengok berapa kerap contraction saya. Buat masa ni every 20 minit sekali. Midwife tanya kalau saya nak epidural, saya refuse. Memang sejak awal lagi saya berniat untuk bersalin tanpa epidural. Bukan nak tunjuk hebat atau apa, tapi saya mahu rasa sakit bersalin secara natural. Sepanjang 2 bulan sebelumnya saya banyak baca kisah-kisah ibu yang berjaya bersalin secara natural. Merasai sendiri sakit bersalin secara alami. Dan saya teringin untuk merasai nikmat sakit bersalin itu. Kalau nenek-nenek dan mak-mak kita boleh bersalin tanpa epidural dulu, kenapa kita tak boleh kan?

Pukul 12 tengahari, kami masih di wad. Contraction kadang-kadang regular, kadang-kadang tak. Tapi sakit contraction makin kuat, selang 10-15 minit. Sakit sangat sampai saya tendang-tendang besi di hujung kaki katil untuk tahan sakit. Mak dan abangmas datang usap-usap kepala, sapu perut sambil baca doa, moga dilancarkan urusan kelahiran. Walaupun contraction sangat kuat dan kerap, tapi bukaan jalan masih tak memberansangkan. Dari 9 pagi sampai 12 tengahari, saya baru terbuka 4cm saja. Sedangkan sepanjang tempoh itu, sejak di rumah lagi, contraction sangat sakit. Mak kata, rasanya saya akan bersalin petang ini, petang jumaat. "Tengoklah, dalam pukul 4 petang nanti, bersalinlah nini. Insyaallah." Saya aminkan doa emak. Waktu dah sakit macamni, saya cuma mendoakan dan sangat berharap untuk cepat bersalin. Cepatlah laluan terbuka sampai 10cm. Cepatlah baby keluar. Ibu sakit ni tak tahan.

Pukul 4 petang, saya dah tak larat sebab sakit masih tak berhenti. Tengahari pula saya cuma makan roti baguette sebesar penumbuk. Tak ada selera untuk makan hebat-hebat walaupun abgmas belikan saya kebab. Setiap kali midwife datang nak cek bukaan, saya sangatlah berharap dah terbuka banyak. Tapi selalunya tak mejangkau harapan. Baru 5cm setelah 4 jam saya berperang dengan contraction yang mengganas setiap 7-8 minit. Sampai longgar besi katil saya kerjakan. Midwife tanya lagi, samada saya pasti untuk tetap tak mahu epidural. Melihatkan keadaan saya yang dah 7 jam berlawan dengan sakit contraction, midwife suggest untuk ambil. Boleh saya berehat. Tapi saya masih pasti dengan jawapan saya, "tak, saya tak mahu epidural. saya boleh bertahan lagi ni." Midwife cuma cakap, "awak memang kuat. Kalau saya, sejak pagi tadi lagi saya akan ambil epidural."

Pukul 6 petang, contraction makin kerap dan sangat sangat sangat sakit! Kalau tadi saya masih ada 2-3 minit untuk rehat dan ambil nafas bila contraction reda sekejap, tapi sekarang dah tak ada masa rehat. Ongoing sakit yang sangat sakit. Mulut saya tak berhenti sebut "Allah, sakit! mak, sakit! abang, sakit!" sejak pagi tadi. Tapi kali ni memang saya dah tak tahan sangat sampai menangis. Saya minta mak panggilkan midwife cepat. Kebetulan midiwife dah bertukar shift, jadi midwife baru yang datang cek bukaan. Dia panik tengok saya dah menangis-menangis, dan bila cek bukaan lagi dia panik! Dah 9cm!

Menjerit midwife di koridor panggil staff lain bawakan kerusi roda serta-merta. Saya perlu masuk labour room sekarang. Airmata saya dah macam empangan pecah. Mak pun dah menangis. Saya dipakaikan baju lain untuk masuk labour room. Tak sampai seminit dengar bunyi kerusi roda ditolak sambil orang berlari-lari. Semua berlaku dengan sangat cepat. Saya cuma sempat salam cium tangan emak, minta maaf, minta mak halalkan semua, sambil nangis-nangis lagi. Kemudian saya ditolak dengan lajunya naik kerusi roda, sampai terlanggar-langgar kerusi tepi koridor, sampai ke bahagian labour room. Semua staff kalut-kalut bising satu hospital. Pesakit lain pun terpusing-pusing tengok betapa lajunya saya ditolak atas kerusi roda, sambil saya menangis-nangis huhuhu. Kalau dah 9cm, baby akan keluar in no time!

Masuk labour room, kena cek bukaan lagi. Kali ni orang lain pula cek. Tapi muka dia berkerut semacam. Dia panggil lagi seorang midwife untuk pastikan bukaan saya. Rupanya midiwife yang kalut di wad tadi buat silap. Bukan 9cm, tapi baru 7cm. Aduh frustnya saya waktu tu. Macamana lah boleh tersilap ni. Terus rasa turned off, ingatkan nak bersalin dah sekarang. Buat penat je naik kerusi roda laju-laju tadi. Tapi saya tetap dimasukkan dalam labour room yang penuh dengan alat-alat dan kelengkapan yang menggerunkan. Tak boleh bayangkan sekejap lagi saya akan melalui semua ni. 

Pukul 7 petang, saya dah tak berdaya sangat-sangat. Mengantuk, penat, sakit. Itu saja yang saya rasa. Midwife datang minta saya practise push sebab kepala baby masih tak ke bawah. Tapi tiba-tiba saya tak pandai push. Berapa kali diajar pun, lain yang saya buat. Orang suruh lepas nafas dalam badan, bagi baby tertolak ke bawah. Tapi saya hembus nafas keluar. Padahal dah pernah belajar dalam kelas ante-natal. Dan saya tak pernah sekali pun skip kelas antenatal. Tak tahu kenapa tak boleh push. Mungkin sebab dah penat sangat-sangat. Sepanjang hari sejak pagi cuma makan sepenumbuk roti. Abgmas percik-percik air zamzam ke muka saya, tepuk-tepuk pipi saya yang dah longlai dan nak tidur. Yang anehnya, sebaik saja masuk labour room, contraction saya reda serta-merta. Tak sakit macam tadi. Sampai saya nak tertidur waktu tengah practise push.

Dan akhirnya, saya bisikkan kalimat yang ditunggu-tunggu pada Abgmas. Akhirnya saya mengalah. "Abang, boleh tak nini nak epidural..?" Abangmas langsung tak menghalang, malah dia sangat galakkan, supaya saya dapat rehat. Rasanya kalau ikutkan hati dia, dia mahu saya ambil sejak awal tadi lagi. Tapi sebab menghormati keputusan dan niat saya, setiap hari saya berkhutbah pada dia cakap tak mahu epidural, sebab itu abgmas tak cakap apa-apa tentang tu. Lagipun tak ada caj tambahan kalau ambil. Semuanya 100% ditanggung oleh kerajaan France. Saya pun taktahu kenapa saya minta izin abgmas untuk epidural sedangkan dia tak pernah menghalang. 

"Nini nak epidural bukan sebab tak tahan sakit tau. Tapi nini nak tidur sekejap. Takut nini tak ada tenaga nak push kejap lagi." Dalam longlai dan separuh sedar itu pun saya sempat nak justify diri sendiri. Macamlah ada pertandingan siapa paling kuat tahan sakit bersalin. Akhirnya pakar bius pun dipanggil. Dan bermulalah saat-saat yang takkan saya lupakan sampai saya mati. Tak pernah terfikir keputusan saya untuk terima epidural adalah keputusan yang paling menyakitkan. Kalaulah boleh diundur masa, mungkin saya takkan minta epidural malam itu. Tapi Allah ada rancanganNya, yang saya tak pernah langsung terlintas di kepala akan berlaku.

(Terpaksa disambung di episod seterusnya. Panjang rupanya cerita nak kena tulis. Tak larat dah adeh!)

11 March 2013

Pertama kali menukar pampersmu

Cukup 6 hari lagi anakanda tersayang akan genap setahun. Diri sendiri macam tak percaya tapi tak ada apa yang boleh dibuat melainkan terpaksa percaya jugak. Aliff dah nak jadi anak bujang. Kalau orang tanya baby berapa bulan, saya dah tak perlu jawab dalam kiraan bulan. 'Il a un an!', bak kata orang french. Nak panggil Aliff sebagai baby pun macam dah tak berapa sesuai. Tambah-tambah bila mengenangkan keletah dia sekarang, sangat tak macam baby lagi dah.


Tadi lepas hantar Aliff ke rumah Nounou, saya terus naik bus untuk ke pasar bulanan di Battant. Turun bus, sambil jalan di tepi kereta-kereta yang lalu bersimpang-siur, tiba-tiba teringat sesuatu. Setahun yang lepas, Aliff lahir hari Sabtu pagi. Isnin sebelum sabtu itu saya ke pasar battant ini juga, sambil ditemani emak dan suami. Waktu tu perut bulat. Waktu tu suami jinjit kerusi lipat nak bagi saya duduk sambil tunggu mak beli barang. Tahun ini, hari lahir Aliff jatuh pada hari Ahad ini. Dan hari ini, isnin, saya melalui jalan yang sama seperti tahun lepas dengan emak dan abgmas. Cuma tahun ni, perut dah slim (slim lah sangat!) Dah tak payah bawak kerusi. Emak pun tak ada di sisi. Aduhai, nostalgiknya!

                       
Bukti pergi pasar Battant tahun lepas.

Aaa. Nak nanges!

Lepas dapat Aliff, banyak sisi kehidupan yang berubah. Tapi yang paling banyak berubah adalah dalaman diri saya. Semangat saya, kekuatan emosi dan mental saya, subhanallah. Sesuatu yang tak pernah saya lalui sebelum ni. Seingat sayalah, sejak setahun ni, cuma berapa kali saja saya menangis. Boleh kira dengan jari sebelah tangan. Satu perubahan yang sangat besar untuk perempuan yang asalnya sangatlah cengeng dan emotional seperti saya. Menangis pun tak macam dulu. Setakat mengalir airmata senyap-senyap saja.

Oh ye, saya ingat ada sekali menangis sangat teruk. Waktu tu hari ke-5 lepas Aliff lahir. Saya masih ditahan di wad sebab saya bersalin cesarian. Tak boleh bergerak banyak lagi. Perut pun masih berbisa kena belah. Tapi malam tu, makcik nurse yang bertugas refuse untuk tolong saya cucikan pampers Aliff. Selalunya mereka yang tolong, sebab saya masih sangat lemah. Tapi entah angin makcik malam tu, dia refuse sungguh-sungguh. Walaupun saya merayu sambil keluar airmata. Dia kata, "cikpuan dah sepatutnya boleh bangun sendiri. Wanita-wanita yang bersalin di sini semua dah boleh uruskan anak sendiri sejurus selepas bersalin. Hari ni dah hari kelima. Cikpuan boleh bangun uruskan anak cikpuan sendiri." Bedebang. Pintu dihempas.

Sakit hati berdentum-dentum mendengar kata-katanya yang bagaikan halilintar. Ceh tetiba bersastera pulak. Dia tak tahu saya bukan suka-suka nak duduk hospital sampai 5 hari. In fact saya kena tahan seminggu tanpa rela. Dia tak tahu saya terpaksa melalui emergency cesarian selepas vacuum failure 5 kali. Dia tak tahu saya dah tahan sakit contraction tanpa epidural selama 12jam sebelum Aliff keluar. Doktor pun cakap kes saya exceptional. Macam bersalin normal campur bedah cesarian sama dengan kena duduk hospital lama. Makcik tahu ke? Entah-entah campur tolak darab bahagi pun makcik tak tahu buat. Oh marahnya hati saya waktu tu.

Terus saya telefon abgmas menangis sangat-sangat. Sudahlah suami tak dibenarkan stay malam. Kalau dia ada mesti boleh tolong. Saya cakap pada abgmas, "abang, nini nak lari dari hospital. Abang datang hospital sekarang. Tunggu nini kat luar pagar. Nini tak kira, taknak dah duduk sini. Nak balik nak balik nak balik..."

Saya dah berimaginasi sambil dukung baby sebelah tangan, sambil tekap perut kuat-kuat, jalan terhenjut-henjut keluar hospital. Tapi setakat imaginasi sajalah. Biasalah emosi wanita lepas bersalin, dramatik luar skala. Mujur rasional masih menguasai akal. Akhirnya dengan kekuatan lepas dipujuk suami, saya bangun juga. Seksa nak bangun satu, nak jalan azabnya Allah je yang tahu. Aliff yang masih kecil cenonet saya sandarkan atas bahu sambil pegang sebelah tangan. Sebelah tangan lagi saya pegang-pegang apa-apa untuk bertahan sambil jalan pelan-pelan. Alhamdulillah, berjaya jugak tukar pampers Aliff buat pertama kalinya sambil mengalir-ngalir airmata kesian pada diri sendiri.

Ye anak-anak, itulah pengalaman pertama ibu menukar pampers abang sulungmu. Dramatik kan?

Rasanya hari-hari akan datang menjelang birthday Aliff ni, kepala saya akan dipenuhi bayangan setahun yang lalu. Mengenangkan besarnya perubahan dan rahmat yang Aliff bawa dalam hidup saya, saya mahu menyelak semula rakaman memori-memori indah kami bertiga. Yang masam, pahit, manis, biarlah kebanyakannya disimpan di sini. Walaupun hidup segan mati tak mahu, tapi blog ini akan still standing sebagai tempat luahan perasaan dan perkongsian cerita bilamana saya ada masa dan mahu menulis.

Untuk hari Ahad ini, saya akan publishkan kisah penuh kelahiran Mas Aliff Shadan. Sesuatu yang saya belum pernah cerita publicly. Ada beberapa orang saja yang tahu, sebab saya malu untuk bercerita, dan pengalaman itu cukup membuatkan saya dan suami trauma. Sebab itu saya simpan sendiri-sendiri. Dengan family pun kami jarang bangkitkan soal itu. Semua orang akan sedih bila ingat balik kisah kelahiran Aliff, tambah-tambah lagi abgmas. Tapi takpelah, kita tulislah juga memandangkan ingatan saya pun dah makin terjejas sejak jadi mak orang ni. Walaupun cerita itu lebih pahit dari manisnya, tapi saya tetap mahu ingat sampai bila-bila. Kalau satu hari nanti, bila anak-anak dah berderet dan Aliff dah darjah tiga, bolehlah saya feeling-feeling mengenang semula kisah kelahiran Aliff di sini.

 Ambil darah kali terakhir sebelum.........................

.....
.....
.....


 Tada!
Kalau nak tahu cerita, stay tiung!

p/s : Terpaksa letak gambar² tahun lepas sebab tahun ni sangat tak banyak gambar. Entah ke manalah menghilang minat bergambarku yang dipupuk sekian lama.