12 October 2012

Cabaran hidup baru

Alhamdulillah. Buat siapa-siapa yang masih tak tahu, saya dan suami kini sedang sama-sama sambung belajar di France. Sama-sama kini di peringkat Master. Ini impian bersama kami sejak bertahun yang lalu. Saya mula kenal Abgmas pada Jun 2005. Masuk bulan Ogos sudah masuk fasa serious relationship. Sudah beritahu mak bapak. Bulan September Abgmas bertemu mak bapak untuk sesi interview. Hehe. Akhir bulan 9, terus saya diterbangkan ke France untuk melanjutkan pelajaran selama 7 tahun dalam bidang Engineering. Waktu tu saya 18 tahun. Masih muda-muda remaja gitu. Sejak saya fly itulah, kami berdua berusaha sungguh-sungguh cari jalan supaya dapat sama-sama belajar di France. Semata-mata nak mendapatkan tiket kahwin awal. Bapak bagi syarat, kalau dapat sama-sama di France, ataupun di Europe tak kisahlah di mana sekalipun, boleh kahwin! Weeehuw!


Tapi tak semudah yang disangka. Sangat tak mudah. Alih-alih kahwin juga selepas 5 tahun sudah serious, alhamdulillah dengan keizinan Allah. Itupun kahwin dalam keadaan tak memenuhi syarat perjanjian dengan bapak, masih hidup berjauhan France-Malaysia. Oh, seksanya perasaan waktu tu, tak payahlah diungkitkan. Asyik menangis saja, cengeng betul. Semua kenangan itu banyak tersimpan kemas dalam entry-entry saya di sini. Sekarang tinggal banyak kenangan untuk disenyum-senyumkan. Setahun setengah jugalah kami melalui perkahwinan jarak jauh itu. Dan dengan kuasa Allah, tanpa apa-apa perancangan, kehadiran Aliff mengubah segala-galanya. MasyaAllah, kami berdua sampai sekarang masih takjub dan kagum dengan cantiknya susunan perancangan Tuhan. Tiba-tiba saja urusan kami dipermudahkan. Semua laluan tiba-tiba terbentang luas, dan memang dipermudahkan! Bayangkan ya. Bulan Disember 2011 Abgmas nekad dengan keputusan untuk sambung belajar di sini tahun ini. Bulan Februari 2012 Abgmas sudah boleh terbang ke sini, dengan title student. Semua urusan permohonan cuti, permohonan visa, permohonan Master di Business School Dijon, semuanya selesai dalam masa sebulan saja!


Alhamdulillah.

Kalau dulu hidup berjauhan, cabaran dari segi perasaan dan mental sangat menguji. Bila kini hidup bersama, cabaran lain pula yang datang mengasak. Adatlah, selagi hidup selagi itulah ada cabaran kan. Sekarang kami melalui pengalaman baru, diuji dari sudut pengurusan masa, kewangan, fizikal, mental, rohani. Semua datang satu pakejlah. Orang dari luar yang melihat, mungkin akan nampak bahagia dan indahnya hidup saya. Diulit kasih sayang suami dan anak di sisi. Hakikatnya, kami berhempas-pulas dengan ujian-ujian yang baru. Tapi syukur, saya tetap merasa bahagia dan indahnya hidup. Saya tetap merasa bersyukur diberi peluang merasai suasana hidup baru yang penuh cabaran ini.


Walau banyak mana sekalipun ujian, tak boleh menandingi limpahan nikmat yang Allah beri percuma. Memang, saya kini tak boleh berbelanja suka-suka hati macam dulu. Setiap kali cek akaun bank, rasa macam malu dan takut sangat-sangat nak tengok jumlah yang tinggal. Tidur 6jam waktu malam terasa satu luxury. Tak ada lagi peluang nak memanjang-manjangkan tidur lepas subuh. Nak study dan buat assignment, kena bergilir dengan suami. Pagi turn saya, suami jaga anak dan tolong masak. Petang suami pula di meja study. Saya layan Aliff. Bekalan tenaga untuk seminggu selalu tak cukup. Banyak yang drain energy keluar setiap hari. Berjalan kaki 2km sehari, mengepam susu, tidur malam tak pernah uninterrupted. Baru masuk hari rabu saya dah melepek terbaring atas lantai, sambil supervise Aliff yang kini lasak mengengsot di sekeliling rumah. Memang sekarang kami tak perlu mop lantai rumah sebab Aliff yang akan mop setiap hari. Bukan main laju dia mengengsot. Tak dapat saya bayangkan macamana kalau dia dah mula merangkak nanti. Rasanya dah tak lama lagi pun.


Itu kalau nak cakap tentang cabaran. Tapi kalau nak sebut tentang nikmat yang kami rasakan, lagi tak terbilang! Kami bertuah kerana dipertemukan dengan pengasuh yang sangat baik untuk Aliff. Sehinggakan saya dan suami tenang bila tinggalkan Aliff di tangannya. Dan pastinya, tawakkal pada Allah mengatasi rasa kepercayaan kami pada pengasuh Aliff yang digelar Nounou di sini. Kerana rasa tenang itu, saya dapat tumpukan perhatian 150% dalam kelas setiap hari. Tak pernah saya sefokus ini, sepanjang 7 tahun saya belajar di France. Kalau tahun-tahun sebelum ini, dalam kelas pun saya asyik menjeling handphone, sambil senyap-senyap message suami di Malaysia. Rindu maut punya pasal. Sekarang, tak lagi. Habis kelas selama 4jam, barulah saya teringat handphone. Bila sharing dengan Abgmas, rupanya dia juga begitu. Kelas yang sangat engaging telah ambil kesemua fokus dan perhatiannya. Tak ada kerisauan tentang apa-apa. Kerinduan pada anak isteri semua tersimpan sekejap dalam hati, memberi laluan kepada akal dan fizikal untuk berfungsi dengan kadar maksima.


Bila tamat saja kelas setiap hari, tak adalah yang lebih membahagiakan selain menantikan saat-saat bertemu Aliff. Oh tak dapat digambarkan perasaan itu. Laju saja kaki melangkah keluar universiti, tersenyum-senyum seorang diri. Terasa berbaloinya mengekang perasaan rindu selama 8jam kelas, untuk savour the moment dengan anakanda si jantung hati di senja hari. Sumpah, sangat membahagiakan perasaan itu. Lenyap segala masalah kami tentang penat, duit, urusan admin yang banyak tertunggak, assignment, semuanya. Sesiapa yang bergelar ibu atau ayah pasti sangat memahami perasaan ini kan.


Doa saya, semoga Allah terus menguatkan kebergantungan kami pada taliNya, menguatkan keyakinan kami pada kekuasaanNya. Walaupun jauh di sudut hati, saya sangat runsing sekarang memikirkan satu-persatu hal yang banyak tak selesai - dan kerana itulah saya menulis malam ini, saya sangat yakin semuanya akan kembali normal seperti sedia kala. Sooner or later. Tak ada masalah yang tak dapat selesai. Saya cuma perlu merombak semula pengurusan diri untuk menjadi pengurus rumahtangga yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Saya tak terlalu risau akan terhadnya kewangan, sebab itu memang rezeki direct dari Allah. Minta saja pada Dia, doa banyak-banyak, pasti tak akan kecewa. Apatah lagi bila dalam kekurangan sumber hidup - makanan atau duit misalannya, manusia memang naturally akan berusaha mencari sumber itu dari segenap arah. Bila dicari dengan bersungguh, pasti akan jumpa. Saya cuma sangat risau melihatkan banyak urusan tak terlangsai. Kerana itu petanda lemahnya pengurusan diri saya. Ubatnya cuma satu, perubahan diri secara berterusan konsisten. Dan itu memerlukan kekuatan dalaman dan kemahuan yang kuat, tidak hadir secara alami seperti mencari makanan di waktu lapar. 


Semoga Allah melapangkan urusan dan menunjukkan jalan kehidupan yang sebenar untuk kita semua. InsyaAllah.

p/s : Saya sangat sukakan template baru ini. Simple seperti menulis di kertas A4 saja. 

5 comments:

  1. salam adik ni2

    selama ni selalu SR,bykkan bersabar ya.

    mana pic alif?nak tgk :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, akhirnya awak kembali menulis. Saya folllow blog ni bukanlah dah lama, saya pun lupa sejak bila. tapi bila saya baca, saya spend almost satu hari sampai ke malam untuk baca semua entry awak. saya harap awak terus menulis :)

    ReplyDelete
  3. ana,
    puas saya duk pikir apa makna SR tu ya. kepala ni asyiklah berpusing pikirkan secret recipe. lepastu baru jumpa, haha jauh sungguh menerawang. terima kasih ya. nanti saya letak pic aliff.:)

    bungolale,
    terima kasih, awak buat saya lagi bersemangat untuk kembali aktif menulis. eh awak spend satu hari baca?huhu,maaflah ya kalau tak jumpa apa-apa yang berharga di sini.semuanya sekadar catatan peribadi yang tak ada apa-apa.:)

    ReplyDelete
  4. salam dari malaysia.sy secara tak sengaja jumpe blog akak n i enjoy reading it, keep it up kakak! dah lame tak menjengah blog ni, tau2 baby dah kuar..haha

    ReplyDelete
  5. Macam biase, entry nini baik gembira / duka, sure buat akak sebak! moga Allah permudahkan segala urusan nini sekeluarga di sana ye! akak sgt2 kagum dgn ketabahan & kekuatan nini dari duluuuu lagi sampailah kini! moga terus kuat ye! insyaAllah! <3

    ReplyDelete