29 October 2011

Tak semudah yang disangka. *Emotional entry. Mind you.*

Seminggu tak tulis blog. Kejap sungguh. Rasa macam baru 2-3 hari lepas aku publish latest entry. Ooh ya, jangan terkejut bila masuk blog ni tiba-tiba keluar music baby. Aku saja pasang lullabies ni sebab baby suka nampaknya. Aku rasalah dia suka, sebab dia respond lebih bila pasang lagu ni dekat perut. Tapi kalau kau tak suka, tolong off sendiri ya. Ada dekat sidebar sebelah je, nampak butang pause kan? Aku tahu ada orang tak suka membaca sambil dengar apa-apa bunyi. So tekan je pause k. Tak susah pun. No muss no fuss. Tak payah susah-susah mengeluh dalam hati. Tak payah tulis status marah-marah dekat fb. Hoho, ade ke orang macamni?


Hari ni genap 21 minggu aku bersama baby dalam perut, melayari kehidupan seharian bersama-sama. Eheh, melayari tu. Apa-apa pun, alhamdulillah syukur nikmat. Minggu depan kena pergi check-up untuk bulan ke-5 dengan midwife di hospital. And the next week, saat yang paling ditunggu-tunggu. Second trimester scan! Tak sabar rasanya nak tahu jantina baby. Orang-orang sekeliling pun dah mula bertanya-tanya ni. Sabo ek. Nanti aku buat pengumuman ekslusif di sini. Itupun kalau baby tak segan-segan nak tunjuk jantina dia. Kalau tak, tunggulah lagi 2 bulan.


Sempena meraikan 21 minggu ni, dan cuti Easter yang tinggal lagi 3-4 hari saja, hari ni aku keluar shopping sikit-sikit. Tapi sorang-sorang jewww lewww *oh gediknya*. Dah lama betul aku tak spend untuk manjakan diri sendiri. Asyik-asyik habis duit dekat barang rumah, perabot, deko. Ataupun dekat travelling yang tak sebanyak mana tu. Tapi paling banyak habis dekat makanlah. Tidak ragu-ragu lagi. Untuk diri sendiri, dah 4 tahun tak terbuat. Sampai aku lupa taste diri sendiri masa nak beli baju tadi. Canggung okey rasa.


Sedikit snapshot untuk hari ni. Tapi ambil gambar sendiri je. Nama pun shopping sorang kan.


Untuk 5 bulan pregnancy, aku rasa perut aku kategori kecik.
Kan, macam tak nampak pregnant pun kan.
Kena pakai baju ketat baru nampak baby bump sikit.


Sekali.. haa amik kau. Baru sedar diri.
Kalau kembang setaman cantik lagi. Ini kembang sebakul.
Rasa macam pakai bakul dekat pinggang.
Waistline memang dah totally out.
Silhouette anak dara lagilah, dah lama pupus ditelan zaman.
It's ok baby, ibu is still very happy to have you no matter what.


Tapi baju tu cantik kan? Murah pulak tu. Tapi tak jadilah ambil. Kalau beli, tahun depan punya autumn baru boleh pakai. Bulan 4 nanti dalam pantang, bukan boleh keluar pun. Jauh sekali nak melaram melawa bagai. Bulan 5 pulak dah panas, nak masuk summer. Memang mengadalah nak pakai baju macamni. Bulan 6 dah balik Malaysia. Lagilah mengundang senyuman kambing orang kalau pakai baju ni tengah-tengah panas terik tu. Jadi, terpaksalah buat muka tebal letak balik baju ni lepas test dan ambil gambar. Bengkek je muka makcik kedai tu.


********************************************************


Just so you know, tulisan aku lepas ni penuh dengan emosi. Kalau tak suka, lebih baik jangan teruskan baca. Nak baca juga, terpulang. Jangan cakap aku tak warning.


Seminggu ni, sangat banyak emotional swing yang berlaku. Sebab tu aku withhold dulu tulis apa-apa di blog. Takut entri aku berbaur mereng. Nanti orang yang baca pun jadi mereng sekali. The worst part is, i've reached the highest peak of my emotional turbulence. The boiling point. The climax. It was spiraling out of control, believe me. This week in history.


Tiga hari lepas, aku menangis sedahsyat-dahsyatnya pada suami. Rasanya itu kali pertama aku menangis seteruk itu sejak berpindah ke Besancon, pertengahan tahun lepas. Sebelum pindah sini, waktu aku di Rouen, memang selalu jugalah menangis macamtu. But that is another untold story. Tiga tahun dalam kegelapan. The darkest side of me. Belum bersedia untuk cerita. Nantilah bila aku dah grad tahun depan, bolehlah aku cerita. Buat pedoman dan pengajaran.


Selama ni aku sedaya upaya control diri. Jangan burst, jangan burst. Susah macamana pun, tahanlah. Ingat Allah, ingat suami, ingat baby, ingat mak bapak, dan semua yang menyayangi. Simpan dalam hati, lama-lama hilanglah. Jangan dilayan sangat, mainan perasaan je semua ni. Serious, aku memang buat effort untuk contain semua ni sorang-sorang. Dengan suami pun aku tak cakap sangat pasal ni, nanti aku boleh burst. Dengan mak bapak pun tak. Aku taknak mak bapak risau. Aku tak suka menangis depan orang. Aku benci tunjuk lemah depan orang. Pantang airmata aku jatuh depan orang, kecuali suami aku. Dia seorang saja.


Lagi satu, aku taknak orang kaitkan stress aku dengan pregnancy ni. Walaupun mungkinlah sebenarnya ada sedikit kesan dari pregnancy, tapi aku tak pernah menyesal. Sekelumit pun aku tak pernah terfikir atau berharap untuk undur masa dan start all over again. I want this baby. Aku sangat kecewa, sedih, terkilan, tak suka, panas hati bila orang sindir-sindir yang aku tak beringat sebelum dapat baby ni. Come on, please, show some support. Baby ini tak pernah bersalah atas apa-apa. Memang, kami tak merancang untuk halang pregnancy sebelum aku habis belajar, walaupun itulah yang sebaiknya pada pandangan kasar semua orang. Tapi kami pun tak merancang untuk cepat-cepat dapat zuriat. Buat biasa-biasa saja. Dan bila baby ini datang, kami anggap ini memang purely rezeki dari Allah. And we are so thankful.


Aku ingat lagi, sebulan sebelum aku disahkan pregnant, selama sebulan penuh aku lihat suamiku solat dhuha. Setiap hari, sebelum pergi kerja. Solat dhuha kan memang pembuka rezeki dari langit. Walaupun aku rasa niat sebenar Abgmas memang mengharapkan rezeki dari Tuhan dalam kerjayanya, tapi aku tahu dia tak menghadkan apa-apa expectation dari Allah. Cuma berusaha untuk ditambahkan lagi rezeki kami, yang mungkin banyak tertahan di langit kerana dosa-dosa kami. Dan aku ingat sangat, setiap kali selepas solat bersama, suami pasti akan doa kuat-kuat begini, "Ya Allah, berilah kami zuriat yang soleh, pada waktu dan keadaan yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, dan kami tidak mengetahui." Aku aminkan saja, kerana aku pasti itu doa terbaik. Tidak meminta-minta, tapi serahkan semuanya pada kuasaNya.


Tanpa sedar, 'tangan' Allah sudah pun mula bekerja dalam rahim aku waktu kami berdoa dan berusaha begitu. And a month later, much to our surprise, i found myself pregnant. Kami percaya, Allah menjawab doa kami dan inilah masa yang terbaik untuk kami berdua membina keluarga. Jadi masih adilkah untuk disalahkan kami atau baby ini?


Orang nampak aku okey. Tapi dalam hati sangat-sangatlah terseksa sebenarnya. The fact that aku simpan semua rasa sedih dan susah sorang-sorang dan berlagak cool dan steady memang makan diri aku balik. At this moment, baru aku rasa. Tak semudah yang disangkakan apa yang aku kena lalui di sini. Selama ni aku banyak bagi kekuatan pada diri sendiri, aku boleh lalui semua ni. Aku sangat yakin dengan kekuatan aku. I know i am a strong woman. I am gifted, i am lucky. I have everything that anyone else could ever want, that any girls out there could envy me. I am actually more than i thought i could be.


Jangan kata aku bangga diri. Itu cuma kata-kata penguat yang aku bisikkan pada hati. Bila kau seorang diri, perlu sebenarnya untuk kau self-motivate begini. Supaya hati terus bertahan. Supaya tak mudah tersungkur walau macamanapun ujian.


Untuk tambahkan kekuatan, aku selalu membayangkan. Kurang dua tahun dari sekarang, kalau semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, insyaAllah aku akan graduate dengan master degree. Waktu tu, aku boleh berbangga dengan milestone yang aku lalui selama 8 tahun di France ini. Dan waktu tu, aku boleh tersenyum dan menangis kesyukuran menggenggam ijazah master, sambil dipeluk suami, dan mendukung anak aku yang dah berumur setahun lebih, waktu itu. Mak bapak pun akan sangat bangga dengan satu-satunya anak perempuan mereka. Sekarang mungkin nampak macam angan-angan saja, tapi aku dapat inner drive yang luar biasa setiap kali terbayangkan begini. Sebab tak semua orang Allah bagi peluang macamni.


Tapi, semua kekuatan yang aku usahakan ini hancur lebur berkecai tiga hari lepas. Aku kalah akhirnya dengan diri sendiri. I have finally come to realize, this is NOT as easy as anyone could ever imagine. Not easy babe, being alone miles apart from your husband and family, having to struggle and survive all by yourself. Hampir 40 minit aku di telefon bersama suami, cuma menangis tanpa sepatah kata. Semua beban di hati aku hamburkan dengan airmata saja. Dah tak ada kata-kata. Semua benteng kekuatan aku musnah. Punah. Aku hanya mampu menangis mengongoi, sampai terlupa aku sedang mengandung. Baby pun mungkin terdengar ibunya menangis tak berhenti. Oh, poor my little angel. Abgmas hanya terdiam dengar rintihan aku. Setiap kali dia bersuara memujuk makin kuat aku menangis. Aku rindu Abgmas, aku sangat-sangat perlukan Abgmas, especially di saat-saat kerapuhan begini.


Waktu itu, dalam kepala aku, memang aku give up. Give up sesungguh-sungguhnya. To such an extent that I was thinking of sending an email to JPA, telling them that i quit. Definitively. Aku hanya mahu masuk internet, beli tiket untuk first flight out to Malaysia esok harinya. Aku rasa marah dan berdendam dengan kawan-kawan yang buat tak peduli pasal aku. Yang langsung tak bertegur sapa dan bertanya khabar. Aku hanya mahu delete orang-orang begini dari friendlist FB aku. Plainly stalker. Tak kisahlah siapa pun kau. Orang usrah ke, orang kuat dakwah ke, aku peduli apa. Sikit pun aku tak terpukau dengan janji-janji manis 'ukhuwwah fillah abadan abada' tapi hakikatnya habuk pun tak ada.


Aku selalu cemburukan kawan-kawan yang bernasib baik, ada classmate sama-sama malaysian di universiti. Sebab aku tak pernah dapat peluang macamtu. Mereka sangat bertuah, sangat patut bersyukur, ada teman untuk bincang sama-sama kalau tak faham. In any case if you can't attend class, ada kawan untuk tolong update kau, pinjamkan nota. Kalau dalam kelas cikgu tiba-tiba tanya soalan nak test, kau boleh bisik dengan kawan sebelah minta dia tolong jawab. Boleh jeling nota dia di sebelah cari jawapan. Oh, bestnya. Kenapalah aku tak pernah rasa nikmat tu. Semua ni kau takkan dapat dengan kawan french, walau sebaik manapun kawan french tu. Lain. Apatah lagi bila kau seorang saja malaysian dalam course kau. Dan aku, bukan saja the only malaysian, tapi juga seorang saja perempuan dalam 30 orang lelaki. Gila.


Maybe ini antara penyumbang terbesar aku burst. The aftermath of my one-week bedrest. Aku dah cakap dah, nak jugak pergi kelas. Tapi semua orang tak bagi. Semua orang risaukan aku dan baby. Tak apalah, ada betulnya. Lebih baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa. Bila dah habis bedrest, aku contact seorang kawan untuk pinjam nota, Florent. Dia dah janji untuk tolong aku catch-up kelas, aku sempat tunjukkan surat doktor pada dia sebelum off for a week. Dia nampak concern, betul-betul boleh tolong. Sudahnya, lepas habis bedrest, 3 hari aku call tanya bila dia nak bagi nota, katanya esok. Esok jadi lusa, lusa jadi tulat, tulat jadi kulat. Last-last panggilan aku tak berjawab, sms aku tak dibalas dah. Classmate yang lain semuanya pergi bercuti, tak ada di Besancon. Habis tu aku nak harap pada siapa sekarang? Tell me.


Memang terketar-ketar dan basah mata aku tahan geram. Kalau aku tak kena rehat seminggu, no way lah aku nak kena mengemis pinjam nota pada orang. Ya Allah, tak tertahan betul rasanya. Tapi betul kata suami, tak boleh nak disalahkan diorang juga. Diorang lelaki, umur pun baya-baya awal 20-an. How on earth could you expect immature guys to understand the reality in pregnancy? Jangankan harap simpati, empati pun belum tentu kau dapat dari lelaki-lelaki hingusan macamni.


I was thinking, it would be different, kalau aku di malaysia, dan suami aku yang terpaksa merantau mencari rezeki. It would be much better, maybe. Sebab di malaysia, at least aku ada family. Biarlah susah pregnant macamana pun, aku ada mak bapak yang akan jaga aku. Yang ambil berat sungguh-sungguh dan bersusah payah untuk aku. Aku mungkin ada kereta, tak ada masalah untuk commute settlekan keperluan harian aku. Bukan perlukan kereta besar-besar pun. Cukup untuk muat dua orang pun jadilah. Tak payah naik bas, seksa. Especially dengan baby dalam perut, dan manusia-manusia tak sensitif yang selamba badak duduk di seat orang kurang upaya. Perut aku pulak kecil lagi, orang tak nampak aku pregnant dan perlu duduk. Takkan aku nak menjulur hulur perut sambil mintak duduk. Biarlah, lantak kau lah. Tak mati pun kalau aku tak duduk. Paling-paling pun aku terpusing tergelincir sambil berpaut pada handle bila driver bus brek tiba-tiba. Memang ramai driver bus yang suka menggila macamni. Kalau kau dapat duduk pun boleh tertonggeng dibuatnya. Serius.


Di sini, memang tak ada keluarga. Tapi aku ada kawan. Walaupun bukanlah kawan baik atau BFF yang pergi ke mana pun akan sama-sama, travel pun sama-sama, tapi aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada adik-adik yang ambil berat. Merekalah keluarga aku. Tapi of course, takkan sama dengan family sendiri. Setakat manalah kawan-kawan sanggup nak bersusah payah untuk kita kan? Dan setakat mana kita sanggup nak susahkan kawan-kawan untuk kepentingan kita, walaupun kita sangat-sangat memerlukan? Aku tak sanggup, tengok orang berkorban susah payah untuk aku. Aku tak suka berharap pada orang. Sebab tu aku akan cuba settlekan semua benda sendiri, sampai lelah dan sakit-sakit badan. Sampai kena bedrest seminggu. Sampai hati dah tak tahan then give up. Padan muka.


Awal-awal tahun begini, sangat banyak urusan admin yang memerlukan aku bergerak. Hal pregnancy, subsidi rumah, student visa, cukai pendapatan, macam-macam hal. Tambah pula dengan public service di France ini taklah lebih baik dari Malaysia pun. Opening hour to public sangat restricted. Hari sabtu tutup. Setiap hari buka sampai pukul 12 tengahari saja. Sangat lousy! Sebab tu aku panas hati juga bila ada orang tak habis-habis complain pasal public service di Malaysia. Abgmas sendiri observe dan perhati, and he said, it is wayyy better in our country. Cukup-cukuplah kutuk negara sendiri. Kalau tak puas hati sangat, bawak-bawaklah keluar tengok tempat orang. Tengok sendiri, tak ada lebihnya sangat pun negara orang ni. Walaupun sehebat-hebat France. Kononnya lah. Puuiii.


Tiga hari lepas aku menangis dekat suami. Petang tadi akhirnya aku menangis atas sejadah, dalam solat maghrib. Tengok, sombong gila kan aku. Nak tunggu tiga hari baru aku cari Allah. Aku rasa memang ini yang Allah nak dari aku sebenarnya. Nak dengar rintihan aku, mengadu dan mengaku kelemahan aku depan Dia. Dah lama aku tak merendah diri depan Allah macam tadi. Maybe aku terlebih sombong selama ni, itu yang aku diuji dari setiap arah. Sampai aku hilang arah. Aku menangis minta pada Allah, tolong jangan tinggal aku. Jangan lupakan aku. Aku lemah sangat-sangat. Aku tak ada siapa, tak ada kekuatan yang boleh bantu aku melainkan Dia.


Yang paling aku minta, tolonglah ya Tuhan, kembalikan nikmat tidur pada aku. Dah seminggu aku tak dapat tidur macam orang normal. Setiap malam sekurang-kurangnya ambil masa 2 jam untuk aku terlena. Puas aku pusing, berguling, meniarap, angkat kaki sebelah, sembam muka dalam bantal, tutup telinga, and whatnot. You tell me, semua posisi aku dah cuba. Sampai katil yang untuk dua orang tu pun aku rasa sempitnya! Dua hari lepas aku start baring pukul 12 tengah malam, pukul 5 pagi baru terlena. Sebelum ni memang aku taknak rungutkan sangat pasal tak cukup tidur ni, sebab memang normal untuk pregnant mums. Tapi sekarang memang dah serius, dan akan bertambah serius sebab cuti sekolah dah nak habis. Baru pertama kali aku rasa seksanya insomnia. Sleep disorder ni boleh bawak mental disorder kalau tak kuat iman. Uhh, na'uzubillah. Aku tak mahu kena darah tinggi, sebab time pregnant memang sangat prone untuk dapat high blood dan diabetes. Dan aku sangat tak mahu bedrest untuk kali kedua. Noo wayy doctor!


Alhamdulillah, sekarang, at this hour, aku tenang-tenang saja. Walaupun masih ada baki-baki kerisauan dan stress fikir macamana aku nak catch up kelas yang seminggu aku tertinggal, dengan tak ada siapa nak tolong. Tak apalah, aku dah serahkan pada Allah. Aku yakin Dia dengar dan akan tolong. Kalau tak ada juga, aku akan minta lagi sampai Allah tolong. Tapi Allah tak pernah berkira dan kedekut. Tambah dengan doa-doa mustajab dari mak bapak dan kawan-kawan yang kirimkan doa dalam diam. InsyaAllah, adalah nanti keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba ada malaikat berupa manusia hulurkan nota seminggu untuk aku ke. Hoho. Beranganlah.


Dengan tercatatnya semua dalam entri ni, insyaAllah hati dan fikiran aku dah clear. Aku nak buang semua-semua negative thinking dan najis lembu (baca dalam english) ni. Tapi memang sengaja aku nak abadikan semua bebelan, rungutan, rintihan penuh emosi ni di sini, sebelum aku tutup buku dan buka buku baru esok. Supaya ada kenangan pahit untuk diflashback bila aku dah berjaya lepasi semua ni nanti. Waktu tu, semua kepahitan ni akan jadi kenangan manis. As for now, i will move on. Tiada give up. I will finish this race. I will make my husband, my parents, my in-laws all proud of me. Walaupun keadaan moral aku belum betul-betul kuat lagi sekarang, tapi insyaAllah aku akan bina semula kekuatan sikit-sikit. Biarlah cuma sekali itu saja aku crack. Aku tak mahu lagi ada boiling point yang kedua. Cukup sekali mata aku bengkak dan sepet macam orang naik ketumbit seribu.


Dah banyak kali sangat aku cakap. Tapi aku memang berterima kasih sangat-sangat pada semua yang concern dan ambil berat. Yang bertanya khabar, tegur-tegur di facebook atau BBM, yang calling-calling. Tak kisahlah kau buat dengan ikhlas atau terpaksa, it is NONE of my business. Yang penting ingatan dan effort kau buat aku rasa makin sayang pada kau. Dan aku nak selalu berdoa untuk kau. Ramai sebenarnya yang sayang dan disayangi aku. Tak tersebut nama-nama di sini. Kalau kira dengan jari tangan campur jari kaki aku memang confirm tak cukup. Kalau campur jari kaki dan tangan Abgmas pun tak cukup jugak. Kena campur jari-jari baby baru cukup kot. Ke tak jugak. Tak tahulah. Tak larat nak kira.


Kepada yang rasa tak senang dengan entri ini, rasa aku plainly mengada-ngada and being nothing more nothing less than emotional, aku minta maaf sebab terambil beberapa minit dari hidup kau untuk habiskan baca sampai sini. Untuk kebaikan bersama, lepas ni jangan masuk sini lagi. Aku tak tulis blog ni untuk kau. Kalau kau ada dalam friendlist FB aku, tolong unfriend aku. Tolong ya. Itu saja aku minta.


Dahla. Aku malas nak emo. Pikir-pikir sendiri. Penat dah menulis ni.


Abgmas cakap, aku nampak manis macamni. Hahaha. Sukalah tu.
Aku mahu terus tersenyum melangkah ke depan.
Walaupun hidup semakin berat.
But at least, it is worth trying and worth dying for.
A second chance.
Bismillah.
Hupppp.
*Ambil nafas dalam-dalam*


#1 : Kalau tak ada aral, dan tak penat sangat, i'm going to Paris this monday. Masih cuti lagi di sini. Saja mahu ambil angin sedikit sebelum mula kelas hari rabu. Thinking of makan nasi biryani yang famous itu, dan hirup udara di Eiffel Tower sambil tengok gelagat tourist. Oh ya, mahu pergi jalan-jalan champs elysees juga. Abgmas dah bagi greenlight dalam keterpaksaan. Kalau tak ada siapa sudi teman, memang pergi seorang jugalah nampaknya. Eh tak, baby kan ada. :)

11 comments:

  1. allah yusahhil alaik kak.. Tak terkata apa bila saya baca entry nih. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya doakan semua baik-baik untuk akak dekat sana..

    dan lagi satu, tak ramai orang yang boleh lalu benda macam ni. Allah tak uji kita kalau kita tak kuat kak. Insyallah saya yakin akak antara orang-orang terpilih yang Allah tahu mesti boleh. Tinggi darjat akak hujung-hujung nanti. Sabar ya akak. Hopefully yang susah-susah tu nanti ada jalan keluarnya. Saya doakan~

    p/s: Lagu2 ni sedap lah! Ainul suka sangat!

    ReplyDelete
  2. Salam, nini... Jaga diri baik2 di tempat orang k.
    Allah tahu yang terbaik...

    ReplyDelete
  3. nini, sedih akak baca entry ni.. dah bergenang airmata.. sian nini.. entry ni mengingatkan akak pada entry² nini 3-4 tahun yg dulu tu.. takpelah nini, apa yg boleh akak cakapkan pun, akak doakan moga Allah mudahkan segala urusan nini kat sana.. moga yg Maha Pengasih & Penyayang dengar rintihan hambaNya.. kawan waktu senang, ramai, tak perlu cari pun kan, tapi bila susah, semuanya hilang..memang susah nak cari.. kan.. akak tau mesti rasa susah bila other half kita tiada di sisi, akan jadi amat susah di saat kita sangat perlukan semangat dia, kan.. mungkin itu antara cara Allah nak uji kita, kan.. akak yakin nini boleh harungi semua ini sampai ke akhir, selama ini pun nini dah jadikan semua halangan sbg peluang untuk terus ke depan, kan.. insyaAllah.. takpe, nanti abg mas datang, lagi beberapa minggu je kan? :) nini, teruskan tulis, suka atau duka, akak akan terus membaca.. moga nini & baby sentiasa dalam rahmah & lindungan Allah..

    *kalaulah boleh temankan nini gi jenjalan ngan baby kan bestttt?? hihi

    ReplyDelete
  4. kuatkan semangat nini..
    semua ni akan terbayar dgn kejayaan yg nini akan capai in less than 2 years lagi.. sabar ye nini.. dan jgn penah give up!!

    ReplyDelete
  5. mungkin thia dapat memahami sikit2 perasaan kak. mungkin sedikit sgt, sebab long distance relationship. tapi thia pun belum pernah alami mengandung sorang2.
    im sorry.

    kakak, semoga bertabah bersama si kecil. dia akan kuat macam ibunya. dan kak akan terus menjadi inspirasi dan kekuatan thia di sini..

    love from cairo,
    thia

    ReplyDelete
  6. Nini dearie,

    Sabar ye dik.. sentiasa ingat, kalau kita susah, ada org lain yang lebih susah dari kita... ramai lagi yang ada dibelakang nini dan memberi sokongan kat nini... nini jaga diri baik2 ye...

    ReplyDelete
  7. Salam nini sayang,
    Akak harap nini jgn terlampau stress especially tang remeh temeh, just take it easily, anggap cam takde mende pon. Tang study tu normal kot stress hehe.. tapi nota2 tu kalau akak la, better mintak direct dr prof drpd bergantung ngan kawan2. Atleast prof tau yg nini berusaha utk belajar dlm situasi camni. Pastu kalau tak faham pls jumpa prof direct.. ini pengalaman akak lah. Akak x pernah harap kat classmates, apa2pon jumpa prof terus.

    Voila...

    p/s:akak kalau stress makan coklat, terus ok hehe. Tuh psl tembam.

    MamaIyad

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan nini,

    am a silent reader all this while. akak doakan agar nini diberi ketenangan n kekuatan untuk meneruskan perjuangan nini. moga nini sukses.

    masa preggy dulu, akak pun having difficulty to sleep. memang sgt restless sepanjang tempoh pregnancy. sabar yer for the sake of the baby. insyaallah, bila baby kluar nanti, e'thing will be much better.

    salam perkenalan n salam sayang buat nini. u'll FINISH STRONG.b :)

    ReplyDelete
  9. salam kak nini..mga terus tabah:)
    take it positivly...Allah knows the best for u

    ReplyDelete
  10. Salam Perkenalan Nini..Baru 1st time masuk blog Nini..tersentuh hati akak baca luahan hati Nini..Akak doakan Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada Nini dan baby...Dan akak doakan semoga orang2 yang berurusan dengan Nini berlembut hati dengan Nini..InsyaAllah...

    Erm, utk masalah tak boleh tido cuba Nini amalkan zikir subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..kalau tak silap akak zikir ni diajarkan oleh Rasulullah kepada Fatimah untuk mengurangkan rasa beban kepenatan..InsyaAllah boleh membantu ke...Wallahulam...

    ReplyDelete
  11. Himnae!!!
    Be strong dear coz u r strong..u can do it. Aku sentiasa doakan hg. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.

    Salam sayang..
    Hugs n Kisses from penang

    ReplyDelete