10 October 2011

Mak, nini lapar..

Entri pengalaman mengandung part 2 tu sambung next time okey.
Hari ni rasa nak tulis benda lain.

Macamni lah. Dah nama pun kehidupan kan. Ada pasang surut.
Bila kuat, memang rasa kuat. Semangat nak buat semua benda. Kalau boleh kaki ni taknak berhenti melangkah. Biarlah ke sana sini pun, badan tak terasa penat.

Tapi bila rasa lemah, waktu nilah rasa nak mengalah.
Rasa nak give up.

This is what happened to me, today.
Monday blues. Biasalah, semua orang pun rasa.

Tapi saya rasa lagi teruk kot, sebab campur dengan baby blues.
Baby blues in advance.
Campur lagi dengan husband-jauh blues.
Jangan lupa campur dengan no-family blues.
Agak-agak rasa macamana? Sedap tak?


GANGGUAN

Sejak suami balik malaysia, saya ada masalah tidur yang sangat ketara.
Bukan nak relate-kan dengan kemengadaan saya tak boleh tidur kalau tak ada suami.
Bukan.
Tapi rasanya ada kena mengena jugak dengan pregnancy ni. Pernah terbaca.
Ibu-ibu mengandung ni sangat prone untuk dapat weird dreams.

Kalau ada rezeki, badan penat sangat, dapatlah saya tidur solid dari malam sampai pagi. Tapi lately, saya dah tak boleh tidur tutup lampu. Tak boleh bergelap total. Sebab setiap kali tidur bergelap, mesti saya mimpi hantu.

Mimpi hantu yang sama berulang-ulang sepanjang malam. Rasa macam betul-betul dia tengah mendatangi saya kat katil. Tak scary ke kalau sampai macamtu?

Last-last memang saya bangun, bukak lampu, menangis. BBM suami, mintak dia call serta-merta. Pujuk-pujuk, lepas tu baru saya boleh tidur.

So kena tidur pasang lampu. Terang benderang je bilik. Susah sikitla nak lelap kan, unless kalau siang tu saya betul-betul penatkan badan sepenuhnya. Itupun asyik terjaga tengah malam. Every 2 hours terjaga. Nak buat macamana, lampu betul-betul atas kepala.

Dua hari lepas saya try untuk tutup lampu semula. Nak kembali normal, quality sleep. Then again, saya mimpi hantu. Saya dah tak boleh tahan. Ahhh! Ini dah melampau! Apa yang kau nak kacau aku sangat haa setannn? Aku dah baca doa pun kau boleh tak malu datang lagi! *Ayat bajet cover. Padahal terketar-ketar takut.*

Bila cerita kat suami, baru saya tersedar. saya bawak baby, patutlah ada saja yang nak ganggu.. Tak ada teman tidur pula.

Lepas tu teringatkan mp3 Al-Quran yang mama hadiahkan just before balik hari tu. Dah berhari-hari juga saya tak pasang sebab habis bateri. Saya memang paling lemah bab nak caj-caj barang. Selama saya tinggal dengan suami, memang dialah yang monitor bateri handphone saya setiap hari. Bila bateri low je, alih-alih saya tengok dia dah siap-siap cajkan. Nak harapkan saya sendiri, mimpilah. Kalau habis bateri fon saya, saya rembat guna fon dia. Tak payah risau apa-apa.

So semalam, suami dah keluarkan arahan. Bukan pesan-pesan lagi dah, tak main nasihat-nasihat dah. Sebab macam dah kronik saya asyik kena ganggu.

"Abang nak malam ni nini tidur pasang Quran. Please ye, abang serious ni. I want my babies to sleep with Qur'an."

Okey boss. Saya yang menurut perintah.

So pasanglah mp3 tersebut semalam. Saya pasang surah al-baqarah, biar lama sikit bertahan nak tunggu saya terlelap. Tapi lampu tetap terpasang. Rasanya dah cukup trauma dah nak tutup lampu. Serious, takut.


STRESS

Overall, saya suka apa yang aku belajar tahun ini. Saya rasa master 1st year lebih mudah daripada final year degree tahun lepas. Sebab bila masuk master, student-student datang dari macam-macam background. Ada yang degree in mechanics, ada yang electronics. Jadi dalam kebanyakan subjek, kami belajar secara basic dan general saja.

Buat masa inilah. Rasanya masuk semester depan, dah mula payah. Tapi normal lah. Tak perlu dikeluh-kesahkan. Kalau dah namanya student, tak ada apa yang mudah.

Cuma ada satu perkara yang saya selalu rungutkan. Punca utama stress saya setiap hari. Timetable.

Setiap hari kelas penuh pagi sampai petang, tak ada masalah. Memang kami sudah terbiasa begitu. Sudah masuk tahun ke-7 belajar di France ini, memang tak pernahlah kelas tak penuh.

Cuma tahun ini, setiap subjek memakan masa 3-4 jam. Kelas-kelas pendek selama sejam setengah dah pupus sepenuhnya. Bukan amali dalam lab ya 4 jam tu, memang purely lecture. Mengadap subjek yang sama, cikgu yang sama. Tak keterlaluan ke?

Balik kelas, dahi berkerut seribu. Setiap hari pun saya rasa geram dan seakan berdendam dengan si pembuat jadual. Memang tak syak lagi, inilah punca stress saya. Yang buatkan saya tak ada mood setiap kali balik kelas. Kesian mak bapak, sebab selalunya waktu itulah mak bapak nak telefon tanya khabar anak dan cucunya. Tapi anaknya pula tengah letih, exhausted, bengang, lapar, stress. Memang tak berapa bestlah perbualan jadinya.

Nak menambah perisa hari ini, semalam saya tak dapat tidur langsung. Tak tenggelam pun dalam tidur. Lagak saja baring, pejam mata, mimpi. Tapi selang setengah jam terpusing badan, garu-garu kepala. Mimpi pun bertukar-tukar. Macam khayalan semata-mata. Dari mula-mula tidur sampai pukul 6.30 pagi, completely rasa tak lena.

Bila bangun dari katil pun, tak rasa macam bangun tidur. Rasa macam bangun dari baring-baring rileks-rileks saja. Tak tahulah kenapa ya Allah..... Helpless sungguh rasanya.


NAK MAK

Bulan lepas, saya banyak betul spend duit untuk makan di luar. Asal lapar, pergi kedai kebab. Atau ke kedai briyani. Kalau tak tahan, singgah kedai sushi. Beruntung jugalah tinggal di Besancon ni, nak mencari makanan halal memang tak jadi masalah langsung. Kedai sushi pun ada yang halal lagi.

Tapi masuk minggu ni, saya rasa dah tak boleh nak sumbatkan perut dengan makanan luar. Dah muak. Sebulan ulang-ulang makan benda yang sama. Sushi pun tak teringin. Saya cuma teringin nasi. Nasi nasi nasi......

Tapi saya ada bad habit bila memasak. Suami cakaplah ini bad habit. Bila saya masak, susah sangat saya nak makan apa yang saya masak. Makan pun sepinggan, secoet saja. Sekadar cukup syarat, nak hilangkan lapar. Tak kisahlah walau sesedap manapun saya masak, walau berkilo-kilo orang memuji, saya tak teringin nak makan masakan saya.

Tapi kalau orang yang masak, sesimple-simple mana pun saya boleh tambah 2-3 pinggan. Walaupun nasi kosong dengan daging masak kicap. Terasa sungguh nikmat. Sedapnya orang masak!

Sebetulnya, masih ada lagi sisa-sisa loya sejak trimester pertama. Bila kita yang masak, kita nampak lauk tu sejak mentah sampailah masak. Bila mentah, of course meloyakan *untuk sayalah*. Walaupun tak terbawa-bawa sampai muntah, tapi still rasa tak lalu. Then bila dah siap masak, tup-tup benda mentah yang meloyakan ni tadi dah boleh dimakan pula. Ish, tak bolehlah!

Sekarang ni, memang saya hanya mengharapkan ihsan housemate baru saya saja, untuk makan apa yang dia masak. Memang terpaksa menembokkan muka yang tak malu ni. Nak tunggu saya masak sendiri, bolehlah seminggu sekali. Itupun jenuh juga nak tunggu. Mujur dia memang suka memasak. Sedap pula tuh! Ahah, bukan nak bodek, tapi memang sedap. Orang kelantan kan.


Kadang-kadang terfikir juga. Di besancon ni ramai malaysian, ramai adik-adik perempuan. Ikutkan hati, mahu saja saya singgah di rumah-rumah mereka cari makan. Tak kisah kalau kena bayar sekalipun. Asalkan dapat makan nasi dengan lauk sikit. Especially bila hari-hari kelas, dengan tak sempat masak, penat, nak makan luar dah tak lalu. Tapi buat masa ni belum sampai macamtu lagilah. Masih under control. Tapi taktahulah, lagi 2-3 bulan macamana. Kalau terpaksa, memang tebalkan sajalah muka mengemis nasi dan simpati di rumah orang lain. Bawak duit 5 euro, dapat sepinggan, pun dah nikmat.


Siang tadi, tiba-tiba jadi cengeng. Rasa melebih-lebih pula simpati pada diri sendiri. Sampai menangis. Hish, tak malu betul. Saya terfikir, mungkin lebih baik kalau takdir kami terbalik. Saya di malaysia, abgmas yang belajar di sini. Sekurang-kurangnya ada family dapat jaga saya. Dapat makan masakan mak. Atau sekurang-kurangnya, kalau tak dapat makan mak masak pun, terjaga juga makan saya. Tambah-tambah tengah mengandung ni, tak berapa lalu nak masak. Di malaysia kan senang saja nak cari makan.


Dalam cengeng-cengeng itu, perut sangat lapar. Pergi ke dapur, lagi sedih sebab tak ada lauk. Lagi laju airmata. Nasi semalam saja yang ada. Demi memenuhi perut, dan takut menzalimi si anak dalam perut ni, saya gagahkan jugalah. Maka terhasillah hidangan tengahari saya tadi :


Sedap tau. Saya makan licin sampai habis.
Nasi sejuk semalam + telur goreng masak-sambil-nangis + tuna kari fresh-from-tin
Nanti saya bagi resepi kalau sesiapa teringin.


Waktu-waktu macamni, sangat teringatkan mak. Betul cakap midwife, bila kita pregnant, selalunya kita akan sangat perlukan mak kita. Kalau boleh nak minta mak datang jaga Nini di sini, sebulan pun tak apa. Nak makan nasi berlauk, tak mahu dah makan kebab. Tapi susahlah kan, kalau mak datang sini, adik dengan bapak kat rumah nak makan apa. Nanti bapak pun makan macam dalam gambar kat atas ni. Kesian.


Makan kenyang-kenyang, solat, sambung tidur. Nak regain semula tidur yang hilang. Alhamdulillah, mudah untuk lena. Saya tidur sambil letak tangan atas perut. Pegang, usap-usap baby. Dalam hati terfikir-fikir saja, ya Allah, aku ni betul ke dah ready nak jadi ibu. Nak bagi makan diri sendiri pun sampai menangis-nangis ingat kat mak. Masih tak puas nak jadi baby semua orang, tapi dalam perut dah ada baby sendiri..


Nini akan jadi ibu setabah mak!

Baby, terima kasih sebab teman ibu setiap hari. Ibu tahu ibu tak sorang-sorang. Ibu sayang sangat baby. Ibu akan lalui semuanya, sesusah manapun, demi anak ibu.Ibu doakan baby nanti lahir jadi kuat dan tabah juga ya, bawa semangat ibu dan nenek dalam darah baby..


Tumbuh, tumbuhlah anakku..

6 comments:

  1. salam Nini comel,

    alahai sedih & sayunya baca entry kali ni.. takpe Nini, akak yakin Nini sangat kuat untuk berdepan dengan apa pun. Apatah lagi bila tengah pregnant, lagi bertambah kuat, kan! dengan izin Allah, Nini boleh tahan & sabar kat sana walaupun seorang diri..tapi ramai yg masih doakan kat Nini dari jauh tau.. part mimpi ngeri tu, tidur sambil dengar ayat al Quran tu sangat bagus, akak doakan moga Nini dijauhkan dari gangguan iblis & syaitan... kalau laa Nini dekat sini, akak boleh masakkan untuk Nini..sian Nini ye.. takpe takpe.. nanti Abg Mas pegi sana, Nini suh dia masak mcm² ye.. hehehe.. dalam gambar hidangan tu, tin kari tuna tu Nini buka sebelah bawah ye.. hehe comel je. :D

    Moga Allah sentiasa mudahkan urusan Nini, sentiasa pelihara Nini + baby & sentiasa kuatkan semangat & hati nini, insyaAllah! Takmo cedih² selalu tau.. ♥ ;)

    ReplyDelete
  2. Nini sayang,u still my baby girl. Tabahkan hati & kuat bergantung pada Allah. Mak sentiasa mendoakan Nini, siang & malam. Mak dapat rasakan apa yang Nini rasa.Nini kena kuat untuk baby. InsyaAllah Ni, sekejap je lg, 2014 Ni hbs Masters. Setiap orang ada cabaran masing2. Kita hadapilah dgn hati terbuka.. Mak cuba untuk datang cuti akhir tahun ni. Tapi Ni kena tunggu mak kt CDG tau. Sabar ya sayang.. Ujian tanda kasih sayang Allah pada kita,ingat tu !

    ReplyDelete
  3. salam..

    hi nini=) saya penah juga datang ziarah 'rumah' awk ni b4 ni senyap2..pembaca senyap gitu; ) anyway try to make your day happy and seronok sbab little caliph dlm perut tu teman mum die hari2..ade cinta hati teman hari2..suami kat sana lagi kesian xde org teman; ) so happy2 kan diri dgn apa saje kite buat as if kite buat sume benda hari2 dgn die=) saya tak pregnant lg..tp org kata klu kite asek sedih je time preggie nnt anak klua jd pemalu..pemalu yg xbertempat la kot i guess..hehe..be happy ya!=)

    ReplyDelete
  4. k nini..dtg la rumah kitorg makan2, more than happy to serve u n baby.:) ni ajak betul2 tau.

    ReplyDelete
  5. kak izz sayang,
    nini tahu akak salah seorang yang selalu doakan nini.trime kasih akak!nini dah tak sedih sangat.nini pun dah tak mimpi takut², sejak pasang quran sambil tidur.alhamdulillah,tengah cuba nak tenangkan diri je skrg.tq akak.nini tahu, kalau akak ade sini, konfemlah akak kene buli dengan nini masak macam².siap request kek lagi.heheheh

    Mak sayang,
    mak,nini habis master 2013 lah mak.2014 tu dah boleh dapat baby kedue kot.hihihiiiii.
    Nini tunggu mak datang bulan 3 ni.dun wori,mak akan selamat smpai ke besancon dengan jayenye.

    ReplyDelete
  6. triple H,
    terime kasih sbb masih sudi membace walaupun hakikatnya sy sangat malas nak tulis selalu.oh ye, betul ye nnti baby jadi pemalu?yg saye tahu, kalau ibu selalu sedih, anak pun kuat monyok la nnti.mane² pun, due² taknak.insyaAllah, sy dah mula happy²kan diri, cube sedaye upaye.esp lepas bace komen awak ni.trime kasih eh!

    diyana,
    my sweet little girl, thank you for the invitation.insyaAllah nnt bile keadaan dah jadi darurat utk akak, akak buat muke tak malu datang eh? bertuahnya akak preggy di besac,ade adik² penyayang macam korang.*hugss*

    ReplyDelete