15 October 2011

Kan dah kena bedrest

Pengalaman pertama. Doktor prescribe bedrest 2 minggu, tak boleh pergi kelas, semua aktiviti luar mesti dihentikan. Yang boleh, duduk berbaring dalam rumah. Tak kisah lah nak baring atas katil ke, atas sofa ke, atas carpet ke, asalkan baring.

Waktu doktor cakap macamtu, saya macam blurr, tercengang. Teruk sangat ke keadaan aku ni? Sambil doktor tulis surat untuk universiti, saya hanya dapat pandang terkebil-kebil. Tak boleh nak bersuara. Walhal dalam kepala berdentum-dentam soalan menerpa. Apa masalah aku ni? Again, teruk sangat ke? Tak boleh pergi sekolah 2 minggu? Oh noooooo!

"Dr, pregnancy saya ni berisiko ke kalau saya pergi kelas jugak?"

"Tak, pregnancy awak tak ada masalah. Tak ada risiko, buat masa ni. Baby awak dalam keadaan sangat baik, keputusan ujian darah awak, ujian klinikal awak, semuanya meyakinkan. Cuma badan awak dah sangat penat. Awak baru 19 minggu tapi dah mula rasa contraction. Itu petanda awal. Kalau tak jaga, boleh jadi berisiko."

Lebih kurang begitulah doktor terangkan, selepas berkali-kali dia bilang, sangat penting untuk saya berehat dari apa-apa aktiviti.

******************************************

Ini kisah hari khamis lepas. Bilamana saya admitted di bahagian urgence (emergency) di service maternity dan diperiksa dengan detail. Pagi itu, saya ke kelas seperti biasa. Masuk ke kelas terlewat 10 minit, sebab tertinggal bas. Pagi itu juga sebenarnya saya rasa sangat-sangat liat dan tak larat mahu bangun ke kelas. Tapi tak boleh. I can't afford to miss even one class. Missed out, imej tercalar di kalangan cikgu, dan tak suka depends pada nota-nota kawan yang tulisannya boleh buat saya beristighfar berkali-kali membacanya. Cukup kukuh kan sebabnya.


Sejak bangun pagi, sampailah ke dalam kelas, dada saya sesak, sempit, sakit. Susah nak bernafas. Sudahlah duduk di barisan depan sekali (dah masuk lewat kan, nasiblah), segan pula asyik nak pegang-pegang dan urut-urut dada depan cikgu lelaki. Tapi tak tahan, sampai tertunduk-tunduk saya untuk bernafas. Akhirnya, tak tahan sangat, sampai terkeluar airmata. Tak berniat nak menangis, tapi memang sumpah tak tahan.


Kelas elektronik itu sepatutnya 4 jam, tapi selepas 2 jam, masa berehat, terus saya kemas beg dan keluar. Hanya nampak hospital saja depan mata. Jalan pun perlahan, sebab pagi itu sejuk, lagi akan memudaratkan sesak nafas. Tambah pula sejak seminggu ini, saya semakin rasa lenguh di bahagian rahim. Rasa sengal yang berterusan. Kadang-kadang sakit memulas macam 'period pain'. Nak kata sebab baby, belum besar mana pun perut saya ni. Adik-adik junior pun ada yang cakap, tak nampak sangat saya sedang pregnant.


Mujur di bahagian emergency tak ramai orang. Saya cuma menunggu 15 minit saja. Selepas disoal-siasat masalah saya, doktor pun mengumumkan sesuatu yang paling saya takuti, dan amat saya benci. "Kita akan buat pemeriksaan ginekologi. Sila masuk ke dalam bilik ini, dan tanggalkan apa-apa yang patut ya."

"Tanggalkan apa-apa yang patut tu tanggalkan apa doktor?" Entah macamana saya boleh pulak tertanya soalan bodoh di situ.

"Tanggalkan semua yang bawah, yang atas tak apa, awak boleh pakai."

Amik kau, nak sangat jawapan terus-terang kan.

Ah sudah. Sudah sudah sudah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sudahlah saya memang takut, doktor lelaki pula. Mujur ada nurse pembantu yang bawa saya masuk ke bilik tersebut. Rasa reassured dengan kehadiran perempuan. Tapi still, cemas dan takut. Tiba-tiba rasa menyesal pula datang hospital. Tapi mahu lari ke mana lagi. Kalau masih budak sekolah, masih diterima akal dan berbunyi kelakar kalau lari keliling sekolah takutkan doktor gigi. Kalau ibu mengandung 5 bulan lari keliling hospital takut kena check? Buruk bebeno.


Kalian yang pernah mengandung mesti tahu kan apa itu pemeriksaan ginekologi? Dalam french, examen gynécologique. Saya tak mahulah cerita detail. Ringkasnya, doktor akan periksa leher uterus kita, untuk pastikan samada baby betul-betul secure atau tidak di dalam rahim. Dan untuk pastikan tak ada sel-sel kanser atau penyakit yang berkembang, sedikit sel leher uterus akan diambil (dikikis).

Ohh, saya menulis lagak student medik pula! Padahal hantam sajalah. Ini apa yang doktor cakap. Kalau saya tipu, maknanya doktor itu penipulah.


Alhamdulillah, lepas juga ujian ginekologi yang dibenci itu. Legaaaaaanya ya Allah. Lepas ni jangan ada mana-mana doktor nak ulang ujian ni pada saya lagi. Saya lepuk kang. Sekali cukuplah. Apa reaksi dan perasaan saya? Tak boleh cerita sinilah. Kalau ada siapa-siapa curious dan nak tahu, boleh tanya depan-depan. Oh, mestilah, perempuan sahaja. Saya tak lokek cerita, walaupun melibatkan hal-hal intimasi sebegini. Untuk pengetahuan dan persediaan diri, apa salahnya. Lainlah kalau untuk jadi bahan ketawa dan dijaja cerita. Memang nak kena lepuk.


Tapi kan tapi kan, hati saya macam lompat-lompat gembira bila doktor keluarkan satu mesin ini. Saya kenal betul mesin ini! Hati saya senyum sangat-sangat bila doktor cakap, "okey, kita scan baby sekejap ya. Tengok apa dia buat di dalam." Happynya!! Tuhan saja yang tahu. Tapi saya cover-cover senyum supaya tak nampak obvious sangat. Nanti doktor ingatkan saya buat helah pula, konon-konon sakit tapi sebenarnya nak tengok baby. Walaupun hakikatnya saya memang sangat-sangat teringin nak scan baby sejak 2 minggu ini. Sekejap pun tak apalah. Risau bercampur rindu.


Alhamdulillah, dapatlah saya jenguk baby di dalam. Waktu doktor scan, nampak baby tengah tertonggeng. Doktor cakap, baby tengah tidur ni. Alahai, baby ibu ni suka tidur menonggeng ya. Ikut siapa ni. Ibu dengan abah tak ada pula perangai macamtu. Sumpah, nehi nehi nehi. Masa doktor gerakkan alat scan untuk cari jantung baby, baru baby bergerak. Oh, dia telentang pula. Mesti baby rimas ni tidur kena kacau bila doktor tekan-tekan alat itu di rahim saya. 3-4 kali jugalah dia memusing, kejap telentang kejap mengiring kejap menonggeng. Doktor pun tergelak sebab susah betul nak dekatkan alat pada jantung dia, untuk dengar bunyi degupan jantung baby. Saya lagilah, tergelak sambil berair mata. Oh, moment seperti ini, syahdunya. Indahnya kalau suami ada sekali di sebelah. Sambil pegang tangan, kita tengok baby dan tersenyum tergelak sama-sama. Kan sayang?


Selepas scan baby, masuk semula ke bilik doktor, untuk doktor bagi nasihat macam-macam. Prescribe ubat untuk sakit saya. Temasuklah arahan bedrest itu.


***************************************************

Selepas jumpa doktor, malam itu, adalah malam yang paling lena dan puas saya tidur. Tak terjaga langsung. Mimpi pun tak ada. Dah 2-3 minggu saya tak dapat tidur begitu. Tapi lepas doktor arahkan bedrest, tak perlu lagi pergi kelas, barulah saya dapat lena dengan nikmat. Completely tenggelam dalam tidur. Betul rasanya hipotesis suami. Katanya, badan saya penat sebab banyak berjalan, campur tak cukup tidur. Tapi punca tak cukup tidur, sebab stress dengan kelas. Kesimpulannya, memang patut berhenti kelas buat masa ini.


Tapi kalau tak pergi kelas lagilah stress! Stress nak catch up balik, nak salin nota dari kawan. Mujur cuma tinggal seminggu saja lagi kelas. Minggu depan lagi satu, cuti easter selama 10 hari. Maknanya, tak perlulah saya miss class sampai 2 minggu. Tapi satu minggu pun, banyak yang akan tertinggal! Tak apalah, saya catch up semuanya masa cuti nanti. Memang tak pergi ke manapun. Uhh, nak pergi mana pun dalam keadaan macamni. Pergi cari penyakit?


Semalam, hari jumaat, saya buat eksperimen sendiri. Memandai-mandai. Hari khamis doktor suruh bedrest kan? Jangan pergi kelas, jangan pergi mana-mana kan? Okey, saya tak pergi kelas. Tapi saya keluar pergi bandar. Nak makan je, lepas tu saya balik. Saya nak tengok, betul ke badan saya ni dah tak boleh afford apa-apa aktiviti luar. Sebenarnya dalam hati, saya tak berapa yakin dengan doktor. Doktor kata badan saya penat, tapi saya rasa okey!


Hajat di hati cuma mahu keluar makan. Tapi nan adoo lah. Mana saya reti duduk diam. Bila rasa lincah sikit, saya extend lagi langkah kaki saya, dengan penuh keyakinannnya singgah supermarket. Cari barang-barang untuk rumah. Saya memang suka shopping barang rumah. Terjumpa stand lamp, yeah, terus ambil! Padahal boleh tahan berat, dalam 5 kilo. Tapi saya rasa macam okey saja, tak berat sangat.


Bawak balik, terus pasang. Lepas tu kemas-kemas barang di ruang tamu. Tolak kotak-kotak, asingkan barang peninggalan orang. Angkat periuk, masuk dalam kabinet. Yeah, puas hati. Sedap sikit mata nengoknye!


Nak bajet superwoman lah sangat kan. Lepas je makan, solat isyak, terus mengaduh sakit. Aduh, sakit belakang. Tak boleh gerak. Tak boleh pusing. Perlahan-lahan baringkan badan atas katil sambil mengaduh adudududuiih. Mengadu dekat suami di BBM. Mujur servis BBM dah pulih lepas 2 hari buat perangai di sini. Kalau tak, dah selamatlah 200 euro beli iPhone baru. Heh.


Suami bangun tidur, terus call saya. Dan saya pun cerita, sambil takut-takut sebab langgar arahan doktor. Tapi buat-buat manja, minta simpati suami sebab sakit belakang. Dengan harapan suami tak marah.

Silaplah. Selalunya dia tak marah kalau saya degil. Paling-paling pun dia berleter sikit. Tapi bila saya pujuk-pujuk manja "Abang, jangan marah Nini..", terus dia tak jadi marah. Terus "tak tak, abang tak marah..."


Tapi semalam, sampai menangislah saya dibuatnya. Oh, suami dah marah. Abgmas marah. Mana pernah Abgmas marah Nini macamni. Sedihnya rasa. Sikit pun dia tak cair dengan tangisan dan pujukan 'abang-jangan-marah', modal biasa saya tu. Dan last-last dia cakap, semacam ugutan jugalah,

"Abang taknak sebut. Abang taknak sebut. Tapi kalau rahim Nini dah tak kuat, apa-apa jadi dekat baby, menyesal 10 tahun pun tak guna Nini.."

Okey, diam saya. Tak cakap apa-apa dah.


Waktu ini 14 minggu.
Saya pening memusing dan nak jatuh tengah-tengah fakulti.
Mujur Abgmas masih ada, boleh pinjam peha.


**************************************************

Hari ini, hari sabtu. Saya behave. Dengar arahan doktor, ikut cakap suami. Dari pagi sampailah ke petang, saya cuma baring atas katil. Memang itupun sebenarnya yang dipanggil bedrest. Kalau ikut term mediknya, bila doktor dah arahkan bedrest, memang pesakit kena berbaring saja atas katil. Makan minum orang yang bawakan. Nak mandi pun sekejap-sekejap saja. Itu yang saya faham, lepas baca-baca di internet. Dan memang itupun yang doktor saya sebutkan khamis lepas. Saya kena baring saja, rehat. Untuk 2 minggu.


Tapi suami cakap, dia izinkan saya untuk keluar sekejap-sekejap sekitar rumah, untuk beli barang-barang dapur di kedai belakang, 5 minit jalan kaki dari rumah. Tapi pergi bandar, tak boleh. Kelas, tak payah. Walaupun saya ada presentation hari rabu dan exam hari khamis ini, tak payah fikir. Dah dapat cuti seminggu. Tak payah risau-risau.


Hehe. Tak perlulah cemburu sebab saya dapat cuti seminggu. Rasa legalized tak payah pergi kelas. Seksa kot saya nak duduk rumah saja seminggu dua ini. Saya bukan jenis macamni. Selagi ada daya, saya akan keluar, berjalan, cari barang, jumpa orang. Setiap hari pun aktif. Sebelum inilah. Sekarang ni memang silap besarlah bila saya apply rentak hidup yang sama macam tahun lepas. Tengah mengandung, tapi gaya macam orang tak mengandung pun. Mana tak kena bedrest. Padanlah muka.


Doakan saya dapat behave dan betul-betul ikut arahan doktor ya. Saya ni selalunya terlebih yakin dengan diri sendiri. Takut-takut tak mampu kawal diri, kawal kaki. Alih-alih keluar jugak pergi bandar. Atau tiba-tiba tersesat di kedai furniture sambil angkat penyangkut baju yang memang saya berhajat nak beli minggu lepas. Kalau ada siapa-siapa nampak saya keluar, tolong marah ya. Ye adik-adik, marah je kak nini ok. Memang jenis nak kena marah dulu baru makan saman.


Buat masa ni, saya dah buat what-to-do list. Untuk isi kekosongan masa yang akan membosankan di rumah seminggu dua ini. Nak buat apple crumble, moist chocolate cake, carrot cake. Bahan tak cukup lagi, tapi sikit-sikitlah beli. Atau minta tolong housemate beli. Oh, kesian housemateku! Dapatlah saya tingkatkan skill di dapur sambil-sambil bedrest. Heh, kalau dah masuk dapur tu bukan bedrest lagi namanya. Tak apalah, kita upgrade jadi homerest. Boleh kan? Tolonglah cakap boleh. Kalau tak, terpaksalah pukul telur dan hias kek atas katil juga nampaknya. Huuu.

2 comments:

  1. take care akak. semoga tabah dan dipermudahkan segala urusan! fighting!! -azza :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih azza! may Allah bless you with His love.jage diri baik².;)

    ReplyDelete