23 October 2011

Jangan sedih. Rezeki kita tak sama.

Esok cuti sekolah. Di Malaysia cuti deepavali seminggu, di France cuti Easter 10 hari. Besancon pun dah semakin sunyi. Ramai adik-adik ambil peluang untuk merantau ke luar France, sementara cuaca belum sejuk sangat. Tapi ini pun dah kira sejuk, dah macam winter. Padahal baru nak masuk hujung bulan 10. Weather forecast pun cakap, tahun ni winter is coming very-very soon. Hurm, cuaca tahun ni sangat merisaukan. Awal oktober hari tu, masih ada bahang-bahang panas summer. Hujung oktober sudah sejuk macam winter. Within a month, drastic changes take place.


Housemate saya merantau ke 3 negara selama seminggu. Prague, Vienna, dan tak ingat lagi satu. Ada adik yang ke London, sakanlah bershopping you all! Ada yang ke German, Istanbul. Hurm, bisa melelehkan air liur kalau dengar cuti-cuti mereka. Saya? InsyaAllah akan ke tempat idaman bersama suami. Mana lagi kalau bukan New Zealand! Tapi bukan sekaranglah. Lagi 2 tahun mungkin. Hehe. =p


Nak bercuti ke mana sangatlah, dalam keadaan macamni. Hari tu ada tergerak nak pergi Ireland, walaupun dah banyak kali pergi. Entah, hati macam tertinggal di situ. Suka sangat. The people, the scenery, the weather. Tapi suami tak kasi. Sebab saya nak pergi seorang diri. Ahah! Beranganlah nak dapat keizinan suami. Saya berani saja nak bawa diri dan baby dalam perut ni. Dah pernah pergi kan, so insyaAllah tak ada masalah. Di ireland sana nanti pun ramai kawan. Cuma yelah, fahamlah kan. Tengah-tengah pregnant ni nak pergi holiday sorang-sorang. Semua orang takkan kasi kot.





Ooh, how can i not love you Ireland.


Tahun ni masuk tahun ke-7 saya belajar di France. Tapi kalau nak dikira negara-negara luar yang saya pernah lawati, boleh dikira dengan jari tangan saja. Itupun sebelah tangan dah mencukupi. UK, Ireland, Germany (Berlin). Okey, 3 jari saja nampaknya. Oh, menyedihkan sungguh! Orang kata, bila belajar oversea ni, waktu inilah patut ambil peluang sebanyak-banyaknya untuk merantau. Keluar tengok tempat orang. Luaskan pandangan, tambah pengalaman. Jangan duduk tempat sendiri saja. Rugi rugiii. Apatah lagi bekalan duit memang sangat cukup untuk holiday setiap bulan pun. Nanti bila dah balik Malaysia, dah berkeluarga dan berkerjaya, susah sangat dah nak cari peluang begini. Duit satu hal, masa lagi.


Tapi bukanlah saya sengaja tak mahu ambil peluang keemasan begini. Sekarang ni pun dah terasa rugi. 7 tahun, tapi baru pergi 2-3 negara. Cemburu jangan cakaplah. Meluap-luap setiap kali dengar plan holiday orang lain. Tengok gambar-gambar di facebook. Tengok poskad, fridge magnet, keychain, yang dikumpul. Dah masuk 20-30. Jeaaalousnya!


Cuma, entahlah. Maybe saya selalu ketinggalan bila kawan-kawan dan adik-adik sedang buat plan untuk bercuti. Dari tahun pertama sampai sekarang, saya memang jenis lone ranger. Batch JPA saya pun cuma ada 4 perempuan daripada hampir 30 students kesemuanya. Bila masuk universiti, masing-masing terpisah ke tempat lain-lain. Survive lah seorang diri. Automatik saya jadi sangat independent di sini. Tak bergantung pada sesiapa. Pergi ke mana-mana pun kebanyakan masa seorang diri. Discover setiap ceruk dan selok-belok Paris pun dah banyak kali seorang diri. Waktu malam pun pernah menyendiri di lorong-lorong Paris.


Tak apalah. Small matter saja. Rasanya memang rezeki saya tak memihak di bahagian ini. Ataupun, memang Allah akan bagi saya peluang untuk menjelajah ke setiap pelusuk tempat ini di masa depan. Bukan sekarang, maybe in the near future. Dan yang lebih indah, mungkin dengan suami dan anak sendiri. Dapatlah kami rakamkan potret keluarga bertiga, atau berempat di setiap negara. Memang itupun impian saya dan suami. Untuk bina keluarga, terutama di tahun-tahun awal ini, di luar negara. Kami berdua pun pasang cita-cita yang sama, untuk belajar sampai peringkat Phd, di oversea juga. Mungkin akan berPhd sama-sama, atau mungkin bergilir-gilir, seorang study dan seorang lagi jaga anak. Haha. Tengoklah macamana takdir hidup menyusun langkah kami seterusnya. Kalau ada rezeki, adalah.


Oh, kenapa di oversea? Mestilah kan, siapa taknak hidup di luar negara. Walaupun saya rasa dah lama sangat saya bermastautin di sini, tapi masih, rasa tak bersedia nak tinggalkan tempat ini. Masih lagi tamak dan dahaga. Walaupun banyak susah dan kepahitan yang pernah dilalui, tapi pengalaman dan nilai-nilai yang saya belajar, itu sungguh tak ternilai. Tak boleh dijual beli. Dan lagi satu sebab, mungkin kerana saya dan suami dua-dua dilahirkan di luar negara. Saya di California US, suami di Cardiff UK. Jadi hati kami macam terpanggil-panggil untuk explore life di sini. Tapi jangan salah faham, kami tetap anak malaysia. Walau macamanapun, tetap akan kembali ke tanahair tercinta. Anak yang mungkin membesar di sini tetap akan dididik dengan nilai-nilai agama dan budaya kita.


************************************************


Makin lama blog ini dah jadi macam blog ibu-ibu pulak ya. Balik-balik dengan cerita baby, pregnancy. Itu belum baby keluar lagi. Maaflah ya, kalau ada yang rasa tak selesa. Buat masa ini, memang inilah kecenderungan saya bila menulis blog. Kalau blogwalking pun, lebih tertarik dengan blog ibu-ibu. Nak baca kisah-kisah bersalin, pengalaman besarkan anak, tips-tips untuk semester ketiga nanti. Boleh saja baca di website yang lain. Tapi pengalaman real life ini lebih terasa 'kick'nya dan dekat di hati. Dan saya mahu menceduk ilmu-ilmu ini sebanyak-banyak mungkin.


Banyak sungguh yang saya belajar dari tulisan ibu-ibu di blog mereka. Most of the time, mesti menggugurkan airmata. Sampai bengkak mata jugalah saya menangis tersentuh. Hebat betul kuasa Allah yang meniupkan naluri keibuan yang penuh kasih sayang, sanggup berkorban apa saja untuk si anak, walaupun masih lagi dalam kandungan. Bukan saja manusia, binatang pun Allah kurniakan naluri keibuan. Subhanallah. Hebat hebat.


Dan bila saya banyak membaca, makin terjelaslah di mata betapa setiap manusia akan diuji dengan macam-macam cara. Beraneka ujian dan rencah kehidupan. Ada ibu yang selamat mengandungkan dan melahirkan anak. Ada yang kematian anak beberapa bulan kemudian, kerana kecuaian manusia. Ada yang kematian anak semasa bertarung maut untuk melahirkan. Tak kurang yang kematian anak dalam kandungan, cuma menunggu masa untuk dilahirkan. Dan ada ibu yang menanti sekian lama untuk mendapat zuriat tapi rezeki masih belum memihak padanya.


Lain-lain ujiannya. Yang pasti, Allah sudah pun tahu awal-awal kemampuan masing-masing. Maka diturunkanlah ujian mengikut kemampuan setiap orang.


Tapi kuasa Allah pasti mengatasi segala-galanya. Baru saja tadi saya baca blog seorang ibu. 6 tahun mendirikan rumahtangga dan berusaha untuk mendapatkan zuriat bersama suami. 6 tahun pasti bukan singkat, tapi kagumnya saya dengan kesabaran dan usahanya serta doanya yang tak putus-putus. Akhirnya, dengan kemurahan dan kasih sayang Allah, selepas 6 tahun penantian, dihadiahkan buat pasangan ini zuriat yang diingin-inginkan. Bukan seorang, bukan dua, tapi kembar tiga! Kalau sesiapa mahu baca, boleh jenguk ke blog kakak ini di SINI. Boleh selak tulisan-tulisan lama beliau. Dan kalau sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, bolehlah tanya-tanya pengalaman dan treatment yang dilalui. Pasti banyak yang boleh dikongsikan.

Maaf ya Kak Linda, saya promote blog akak tanpa bagitahu awal-awal. Semoga ramai yang dapat manfaat dan semangat dari kisah akak. InsyaAllah.


Oh, lagi satu kisah hebat bukti kekuasaan Allah. Seorang ibu yang kematian anak di dalam kandungan, beberapa hari sebelum due date. Sedih tak terkata. 9 bulan dikandung penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi tanpa sempat mendengar tangisannya. Hanya hati yang tabah dapat melalui semua ini. Tapi alhamdulillah, selang beberapa bulan, Allah gantikan semula anaknya dengan berita kehamilannya lagi. Dan kali ini, kembar sepasang! Subhanallah. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya yang membaca. Tapi maaflah, saya pun tak ingat link blog akak ini. Puas digodek-godek history tapi tak jumpa. Huhu.


Pokoknya, kita atas dunia ini masing-masing punya jalan cerita kehidupan yang tak sama. Ujian kita berbeza. Kerana di waktu Allah menciptakan kita, setiap seorang telah diukur kemampuannya. Sebab itulah ada orang diuji lebih berat dari yang lain. Kadang-kadang kita nampak orang lain sungguh bernasib baik, melimpah-melimpah rezekinya. Kita saja yang buruk, yang bodoh dan hodoh, yang malang, yang tak bernasib baik, seolah-olah Allah tertinggal dan 'terlupa' tentang kita. Oh, jangan macamtu.


Teruskan bersangka baik dengan Tuhan. Teruskan berusaha. Rezeki kita pasti ada. Cuma rezeki kita tak sama. Atau mungkin kita belum jumpa. Atau tak cukup berusaha. Dalam Quran banyak kali Allah tekankan, memang Allah sengaja lebihkan rezeki satu golongan berbanding golongan yang lain. Bila menyebut tentang rezeki kita, ia sebenarnya telah lama tertulis di Luh Mahfuz, sebelum kita tercipta lagi. Dan Allah menulis rezeki kita dengan ilmuNya yang luas, serta kehendakNya yang tak dapat dihalang oleh apa-apa kuasa dan kudrat sekalipun. Kalaupun memang Dia berkehendak kita dengan rezeki setakat itu, apalah daya kita untuk menolak atau mempersoalkan.


Buat hati yang kecewa, yang membentak dan memberontak, yang putus harapan, yang mencari-cari bukti keadilan Tuhan, beleklah Al-Quran. Dalami maknanya. InsyaAllah, di situ semua jawapan terbentang. Dan hati pasti akan kembali tenang.


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki, dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki).
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat." (Ar-Ra'd : 26)

Years went by. But this song remains my most favourite song of all.





p/s : Saya tahu ada beberapa kenalan yang bersedih kerana belum dikurniakan zuriat. Saya faham perasaan itu, walaupun tidak melaluinya. Pastinya kekuatan kalian jauh lebih hebat dari saya, kerana itu kalian dipilih untuk diuji. Apalah yang boleh saya katakan, melainkan berdoa dalam hati untuk kalian . Sungguh saya tak tipu. Memang saya sebut nama kalian dalam hati saya pada Allah. Kerana kalian memang dekat di hati saya. Moga Allah mendengar dan mengkabulkan doa ini. Ameen.

8 comments:

  1. kakak, bila mau datang mesir??

    jaga diri kak baik2. n jaga baby! thia nak jadi mak sedara dah. yeayy!

    doakan thia. nak baby jugak :(


    :D

    ReplyDelete
  2. terangguk-angguk baca entry kak nini nih.. ^_^

    take care akak. tak sabar nak tngok baby.

    ReplyDelete
  3. Ait,Basel trip da lupe ke..

    ReplyDelete
  4. sendiri pada zahir, tapi di sisi ada zat maha besar yang melindungi kita... xpe, lbh best rasanya bawak baby jalan-jalan bila dia dh dpt tgk dunia nnt :)

    ReplyDelete
  5. saya suka entry ini.. mengubat hati saya.. terima kasih..

    ReplyDelete
  6. congrats nini! due bile ek? heee..tak sabr nk jd auntie!! hehee... btw, take care, skrang nie brbadan dua..jgn stress2 sgt ek.. miss u! =)

    ReplyDelete
  7. thia,
    nanti baby dah besar sket akak datang k.mmg impian akak nak g sana jugak, tapi buat mase ni abgmas kata tggu keadaan kat sana stabil dulu.huhu

    insyaAllah, when the right time comes, tak ada kuasa lain yg dapat halang.u'll have your baby soon.akak doakan.:)


    ainul,
    terangguk² kenape tu?ngantuk eh bace?hehe

    nanti baby dah pop out,ade reason nak dtg france lagi sekali kan kan?:p


    Abgmas,
    Hehe.Lupe pulak basel trip yang sungguh memorable itu.sorryyy abg.hehehe.;)

    ReplyDelete
  8. Lalalola,
    suke kata² awak tu.mmg, sendiri pade zahir...tapi Allah sentiasa ada.lagi dekat dari urat leher.:)

    intan,
    alhamdulillah..happy to hear that.terima kasih sbb datang sini.i'll bloghop to urs soon k.:)

    amaryllixe,
    kenape nama awak ni mcm sgt familiar eh?tapi tekan² tak dapat tgk profile.ooh,jum berkenalan semule pliss.my bad sbb tak ingat.tapi mmg familiar.

    btw,thank u very² much.insyaAllah due date 17mac nnti.:)

    ReplyDelete