6 October 2011

I will finish strong!

Ini dia seorang mak buyung tengah dalam dilema dan confuse.

Sekarang ni sangat-sangat cepat letih. Bila masuk hari khamis, sejak minggu lepas lagi, badan rasa penat sangat tak tahu nak cerita macamana. Macam pagi tadi, 4 jam kelas elektronik saya mengantuk, tak boleh fokus langsung. Walaupun bawak sebotol air mineral 1.5 liter, kejap-kejap teguk, tapi still tersengguk-sengguk. Okey, dah mula stress sebab tak boleh tahan mengantuk. Luar biasa betul. Akhirnya terpaksa mengalah, saya keluar kelas, cari kerusi, tidur 15 minit. Haha, suka hati je tidur waktu kelas. Cikgu-cikgu yang lalu sebelah semua tengok. Suka hatilah nak cakap apa. Daripada saya pengsan, menyusahkan orang, lebih baik saya tidur kan?

Patutnya ada kelas lagi 3 jam petang tadi, tapi saya emel cikgu minta excuse. Saya sebenarnya sangat pantang dengan orang yang suka ponteng kelas. Jadi sedaya upaya saya taknak ponteng mana-mana kelas, walaupun kelas english. Atau kelas subjek Quality yang cikgu hanya bercakap kat depan kadang-kadang merapu meraban selama 3 jam. Bila ponteng, walaupun boleh salin semula nota dengan kawan, tapi still, akan ada rasa left out yang takkan boleh ditimbal semula. Rasa orang lain tahu benda yang aku taktahu. Dan rasa a very bad student. Benci.

Tapi tengahari tadi, memang tak dapat dibendung lagi. Tak dapat ditolong lagi. Saya perlu tidur. Perlu perlu perlu. I know my limit. Kalau tak tidur ni, boleh jatuh bengong. Ooh taknak taknak. Mujur cikgu perempuan, dan dia tahu saya mengandung. Dia izinkan saya tak hadir kelas dia.

Alhamdulillah, rasanya saya buat keputusan yang betul. Saya lena sangat-sangat, dari pukul 3 sampai 7 petang. Completely undisturbed sleep. Langsung tak terjaga, terpusing-pusing badan, ubah-ubah bantal atau apa-apa. Bila bangun, rasa puas sangat-sangat. Bangun sambil senyum. 4 jam kau, kalau tak puas jugak taktahulah. Dan lagi best, bangun tanpa rasa bersalah mahupun tak sedap hati sebab terpaksa tak datang kelas. Kalau macamtu, rasanya sebab dah jatuh kategori darurat kot tahap kemengantukan tu.


Nampak tak nampak tak?
Bayang-bayang makcik gemuk baru balik sekolah.
Butang-butang tu macam dah terketar-ketar je tahan nak tercabut.


Pelik betul. Semua orang cakap trimester kedua ni kita akan aktif. Rasa selesa dengan badan, sangat bertenaga, malah lebih energetik daripada sebelum mengandung. Wow! Macam best kan? Sebab tu dari awal saya tertunggu-tunggu trimes kedua ni. Tapi sampai sekarang, rasa macam, aaaaaa kenapa tak betul pun?? Partly memang best sebab dah tak perlu muntah dan menghadap toilet setiap hari. Selera makan pun kembali normal. Tapi rasa penat tu mengalahkan orang dah sarat 7 bulan.

Lagi tak best bila selang antara 2 kelas, kena tukar bilik. Satu kelas dekat bawah, kelas seterusnya nuuuuuuun di hujung dunia nun. Oh, bagus betul siapa yang organise jadual dan bilik-bilik kelas ni! Masa sela antara 2 kelas pula cuma ada 5 minit, lagilah bagus. Alih-alih memang muka ni sajalah yang paling lambat masuk kelas. Jalan pun slow-slow saja, nak kontrol lelah dan mengah. Bila ada classmate lelaki yang pintas, ada yang selalu bagi kata-kata semangat untuk saya jalan laju sikit. Dia tak tahulah tu saya tengah bawa orang dalam perut. Kalau tak takkan tergamak nak cakap "Jom marini, lajulah sikit! Lambat nanti!". Dengan senyum kelat, sambil termengah-mengah panjat tangga, putus nafas juga nak jawab "Takpe, pergilah dulu. Saya tak boleh ni, tak larat.."

Ni yang risau ni. Saya baru 4 bulan setengah. Nanti sampai 9 bulan pun saya nak pergi kelas. Biar sampai bersalin saya complete datang kelas. Saya hanya akan off dari kelas selepas bersalin saja. Itupun maximum 3 minggu. Takut tak tertanggung dengan nak catch up kelas, nak exam, nak susukan anak, nak salin lampin baby, nak jaga suami, nak jaga pantang lepas bersalin, nak uruskan emosi sendiri lagi. Wooh! Supermak lah ni!

Kalau ada orang yang sayang, saya mohon doa ya. Tak kisahlah tak payah bagitahu pun takpe. Kirimkan saya doa senyap-senyap dalam hati pun dah cukup. Untuk saya terus kuat, sihat, emosi stabil, dan gagah bagaikan johan untuk pergi kelas setiap hari.


*****************************************************

Dalam perkembangan yang , hari ini genap 2 minggu suami balik ke malaysia.

Ooh, saya tak mahu cerita sedih-sedih lagi.

Cuma hari ini hati cukup tersentuh. Dalam perjalanan pulang dari kelas tadi, dalam bas, tengah mengantuk-mengantuk tu, suami BBM minta pulang cepat. Dia mahu telefon line rumah.

"Balik cepat Nini. Abang rindu."

Macam tak biasa pula rindu. Tak payah cakap pun tahu, memang rindu sangat. Bila berjauhan begini, tak ada satu saat pun hati tak rindu. Tengah makan, study, mandi, semua pun rindu. Nak tidur lagilah rindu. Tapi lain macam betul mesej rindu yang suami nak sampaikan hari ni. Yeah, marilah kita lekas pulang! Pakcik bas, tolong bawak laju sikit yeh!

Sesampai di rumah, saya tunggu panggilan dia. Sekejap saja dah masuk. Seronoknya, rasa melayang semua rasa stress bila dengar suara suami yang dirindui. Tapi kenapa suaramu lain sekali hari ini sayang?

Diam.
Tanya lagi. Diam lagi.
Tanya lagi-lagi. Diam lagi-lagi.
Tanya jugak lagi! Diam jugak lagi!

Ooh cukuplah tu Nini, bila nak habis.

Sikit-sikit dengar dia bersuara semula. Serak, basah, sendu. Then i know. I perfectly know very well that tone. My dear husband is crying.

Serta-merta airmata saya turun laju-laju. Cepat-cepat lap, kena cover. Mana boleh dua-dua menangis. Saya dan suami macam ada satu perjanjian yang tak pernah ditandatangani, kalau seorang menangis, seorang lagi jangan menangis. Kena jadi penguat yang memujuk hati. Walaupun hakikatnya dua-dua pun rapuh.

Saya ambil bantal, peluk. Tapi bantal kecik dan lembik. Saya tukar, ambil comforter yang tengah berselungguk. Humm, besar dan comfort, saya peluk kuat-kuat. Baru feeling macam tengah peluk suami.

"It's ok sayang, it's ok to cry... Menangislah sayang, lepaskan semuanya. Banyak sangat abang tahan dalam hati ni.."

Lepas tu saya pun diam. Kalau sambung cakap nanti kantoi pula saya menangis. Suara memang dah kelaut, tak boleh merdu dah.

"Abang dah lama rindu sangat Nini. Tapi hari ni dah tak boleh tahan. Abang sedih sangat, sebab tak boleh jaga Nini kat sana.. Isteri abang jauh.."


Isteri abg tak jauhlah. Ade dalam kereta abg je nih.
Jap lagi jumpe dalam kete ye?
(^.^)


*******************************************************

Sejak saya berkahwin tahun lepas, sangat ramai yang bertanya tentang bagaimana saya dan suami handle this long-distance relationship. Sebelum kahwin selama 5 tahun. Selepas kahwin ini masuk tahun kedua.

Di facebook juga ada beberapa adik yang mesej, minta nasihat untuk handle perasaan cinta yang mula berputik, nasihat untuk berkahwin, macam-macam. Ada yang minta sangat nak tahu kisah cinta saya dan suami sejak mula-mula kenal.

Taktahu dari mana, tiba-tiba saya jadi macam kaunter pertanyaan.
Tapi itu sikit pun tak mengganggu saya. With all my pleasure, saya akan cuba bagi nasihat dan bantu. Saya suka untuk selami perasaan mereka yang menulis pada saya.

Cuma kadang-kadang terasa bersalah, sebab saya bukannya orang yang pakar pun untuk bagi nasihat pada orang. Panduan yang saya boleh bagi pun, bersandarkan kepada pengalaman sendiri semata-mata.

Ya, memang susah bila berkahwin tapi terpisah dengan jarak jauh. Kalau ada pilihan untuk tak memilih jalan ini, tak payahlah. Usahakanlah supaya dapat bersama-sama membina rumahtangga, lalui masam dan gembira sama-sama, terutamanya di tahun-tahun pertama ini.

Untuk kami ini, Allah yang uruskan semuanya. Yang bagi kekuatan dari macam-macam arah di saat seluruh tubuh terasa lemah. Sejujurnya kami sendiri tak pernah duga dapat melalui ujian ini, sejauh ini.

Betul cakap orang. When Allah brings you to it, He will bring you through it.

Tinggal lagi setahun setengah saja lagi untuk kami menggenapkan 8 tahun perkenalan, yang bererti 8 tahun percintaan, sekaligus 8 tahun cinta jarak jauh.

Selama ini telah banyak yang teruji; sedalam mana cinta dan sejauh mana pengorbanan sanggup dilakukan. Rasa percaya, setia, jujur, dan ikhlas. Kesemuanya, hadir bersama cinta. Diuji bersama cinta.

Dan insyaAllah, kejauhan ini menjadikan kami percaya pada cinta yang terbina. Kejauhan ini, sebagai mahar untuk menempa kebahagiaan yang berpanjangan. Kejauhan ini, sebagai jalan mendaki redha Dia, menuju syurga.

Sebagaimana kejauhan ini hadir sebagai keberkatan dalam samaran.
Yang membantu memelihara cinta selama 5 tahun, sebelum ia suci dan halal dalam perjanjian ijab dan kabul, bersaksikan Allah, para malaikat, dan seluruh penghuni alam.

We will finish strong, insyaAllah.


Berakhir sudah pencarian cintaku.
Ececeh.

3 comments:

  1. sedihla bila bc kisah nini...

    kita bnyk persamaan...(give me 5!)

    kita sama,masuk trimester ke-2...mmg sgt penat if compare ngan trimester pertama.kan?

    just bz,nini stadi & nor keje...mybe keje tak stress mcm belajar where must follow the timetable..

    doa nor pada nini,moga sntiasa kuat...

    samala kita..usben nor pun jauh..dia offshore 4-6 months br balik...

    mmg kena kuat duduk jauh nie..apatah lg pregnant,emosi turun naik..

    kdg2,kawan sekeliling perlu utk support kita kan?

    doakan yg terbaik utk nini...

    keep in touch k! (^_____^)

    ReplyDelete
  2. akak pon suke gle lagu pasha ungu ft adelia tu :)

    btw,cik adik sila bertahan yea!

    ReplyDelete
  3. nor,
    terima kasih utk doa. rasanya berkat doa² ikhlas org sekeliling saya inilah yang buatkan segala urusan saya di sini betul² dipermudahkan. nor pun, nini kembalikan doa, semoga tabah bekerja dan pregnant tanpa suami di sisi.rasanya ujian nor lagi hebat dari saya, sebab at least saya boleh setiap hari cakap telefon dengan suami. nor mungkin lebih payah. u are stronger, insyaAllah. tabah ya sis. smga Allah permudahkan semua urusan nor di sana.:)

    kak nani!!
    dah agak dah. kite kan sejiwa.:)
    cik adik di sini akan terus bertahan dan bertahan,mcm cik akak yang supermom di sane.:)

    ReplyDelete