17 October 2011

Common sense yang dilupakan. Hurm.

Tahun ini saya dapat housemate baru. Rumah tetap sama macam tahun lepas, cuma housemate saja yang bertukar. So let's call her Anis, memang nama sebenar. Hehe. Sebenarnya hesitate nak letak nama manja timang-timangan dia, sebab nanti satu France kenal. Famous budak ni. :)

Malam semalam, semasa saya tolong-tolong Anis sediakan dinner untuk kami, dia bertanya;

"Akak, haritu akak cakap nak bincang pasal MOU kan. Akak cerita la sekarang, sambil-sambil tu.."

Oh, kalau ada yang taktahu, MOU itu maksudnya Memorandum Of Understanding. Term MOU ni official sangat sebenarnya. Lebih kurang macam perjanjian persefahaman antara dua pihak saja. Sejak awal-awal saya dah berniat nak berMOU dengan Anis. Cuma tak perlulah print atas kertas siap tandatangan bagai, cukup dengan bercerita tentang kegemaran atau pantang-larang masing-masing, supaya dua-dua saling memahami, dan saling tidak cross border terhadap ketidaksukaan masing-masing. Sangat penting untuk keharmonian isi rumah yang berkekalan. Bukan nak tinggal bersama seminggu dua kan. Sekurang-kurangnya pun setahun.


Dah alang-alang ditanya, saya pun ceritalah. Susah juga nak mula kan. Seboleh-bolehnya tak mahulah berbunyi serious sangat.

"Owh. Hehe. Macamana nak cakap ye. Kalau Anis, Anis tak suka pinggan tak berbasuh lepas guna kan. Suka sink selalu bersih dan clear. Akak note dah point tu. Selalu ingat dalam kepala. Tapi sorry tau kalau ada hari akak terkejar-kejar dengan kelas, tak sempat nak basuh pinggan terus lepas lunch. Tapi akak memang akan cuba everytime lepas masak dan makan, sink clear dan bersih."

Heh mukaddimahnya. Cukup diplomatik tak? Kemudian saya sambung lagi,

"Kalau untuk akak pulak, tak ada apa-apa juga nak dihighlightkan sangat pun. Akak perasan kita dua-dua pun suka rumah kemas, dua-dua pun selalu peka dengan keadaan rumah. So akak sangat happy. Cuma ada satu benda yang Anis perlu tahu pasal akak. In fact semua orang pun patut tahu. Akak sangat cerewet dan particular bab kebersihan toilet."


Ya. Itulah satu-satunya perkara yang saya cukup pantang tok nenek moyang berlapis-lapis keturunan. Saya tak boleh tolerate langsung akan perkara ini, walaupun dengan keluarga sendiri. Dengan suami? Alhamdulillah, tak pernah ada masalah. Sebab dia sangat pembersih dan pengemas orangnya.


Cuma suami tak adalah particular pada mana-mana bahagian. Kalau rumah tak kemas, dia jadi rimas dan lemas. Cepat-cepat dia akan tukar uniform, walaupun baru saja balik dari office, keluarkan vacuum, mop lantai. Habis satu rumah dia akan jelajah. Dan saya tak akan dibenarkan kacau. Katanya, ini kerja berat, jadi ini tugas suami. Lagipun saya hyper alergik pada habuk. Resdung akan menyerang berhari-hari. Dan dia takut saya jatuh dengan lantai licin, sebab saya suka jalan laju walaupun hanya dalam rumah. Jadinya, bila dia tengah projek satu rumah, saya hanya perlu duduk diam-diam di atas katil, sambil lipat baju. *Sebab dia tak suka lipat baju. Hehe*


Eh. Saya bukan mahu cerita tentang suami.


Berbalik kepada pantang saya itu, bila saya sebut toilet, secara automatiknya merujuk kepada tandas tempat semua orang 'download' itu ya. Kalau tak faham juga, dalam bahasa kampungnya orang panggil jamban. Ngerti? Tentang bilik mandi, saya taklah berapa cerewet.


Tak ada sebab musabab untuk terangkan, dan tak ada history atau trauma yang menjadi punca kecerewetan saya ini. Sejak kecil memang begini. Semakin menjadi-jadi bila semakin besar dewasa. Dulu di sekolah asrama, saya memang dah target satu toilet yang paling bersih antara semua, yang akan jadi satu-satunya kegunaan saya. Biasalah kan, toilet di asrama, boleh bayangkan sendiri. Saya sanggup beratur panjang untuk guna toilet itu juga, walaupun pintu toilet lain terbuka luas,. Dan saya pernah marah sambil menendang pintu toilet bila ada orang bodoh yang mencemarkan toilet saya itu.


Maaflah, sedikit kasar perkataan 'bodoh' itu. Kalau waktu saya marah, memang perkataan itulah yang terpantul-pantul dalam hati. Kalau waktu saya boleh tahan marah, dan perlu meluahkan kegeraman kepada suami atau mak bapak, saya akan label manusia-manusia ini sebagai tak bertamadun. Uncivilized people.


Term itu tak keterlaluan, i think. Ya lah, benda ni sangat common sense. Tak perlu belajar tinggi-tinggi, tak perlu diajar pun, dan tak perlu jadi orang kuat dan faham agama, semua orang sepatutnya boleh fikir. Tercapai dek akal yang Tuhan bagi pada semua orang. Orang hilang akal, lainlah. Even kucing yang tak ada akal pun, akan kuis-kuis semula tanah untuk tutup 'onar' yang dia dah buat. Dia nak buat onar itu pun, dia sangat malu. Akan pandang keliling make sure tak ada orang tengok. Saya tahu, sebab saya pernah bela berpuluh-puluh ekor kucing. Dan saya bersama adik-adik yang nakal tak ingat tu juga pernah mengendap kucing kami yang sedang ber**. Tertunduk-tunduk kucing itu bila dia tersedar kami memandang.


Bilamana you masuk toilet yang putih bersih berkilat-kilat, make sure you tinggalkan toilet dalam keadaan begitu juga. Kalau tak berkilat pun, make sure bersih dan tak ada cela sedikit pun. Apatah lagi kalau di rumah orang. Hoii, pantang betul saya. Kalau di rumah sendiri nak biar berkerak, busuk, berkulat, hitam legam, itu suka hati you. You yang nak mengadap setiap hari pun. Tapi di rumah orang, agak-agaklah ya. Sia-sia Tuhan bagi akal kalau tak boleh berfikir secara waras. Ada ke tuan rumah yang suka you tinggalkan toilet dia dalam keadaan tercemar? Dengan sisa-sisa najis you walaupun sedikit? Apa yang you fikir agaknya? Tuan rumah nak tolong cucikan? Nak tolong tarikkan flush lagi sekali untuk you?


You itu merujuk kepada siapa-siapa yang tak sensitif tentang ini. Kalau anda bukan spesis begini, tiadalah sebab untuk terasa ya.


Even dengan adik-beradik sendiri pun saya marah. Biasalah kan, adik beradik lelaki semuanya. Masalahnya, adik-adik saya suka betul masuk toilet bilik saya. Macamlah bilik sendiri tak ada toilet kan. Reason being, bilik air dan toilet saya selalu dipastikan bersih, lengkap dan selesa. Pernah satu kali, saya masuk toilet saya selepas adik saya baru guna. Tengok-tengok mangkuk tandas, urgghh! Memang nak kena belasah dengan kakak ni! Saya terus keluar, ketuk pintu bilik adik, dan bagi warning. "Kenapa tak cuci tandas kakak betul-betul? Lain kali kalau buat macamni kakak tak bagi dah masuk toilet kakak tau!" Sambil cekak pinggang dan tunjuk-tunjuk jari telunjuk.


Bila saya tak ada, bermaharajalelalah adik-adik saya guna toilet, tak payah susah-susah cuci. Kakak tak ada. Setiap kali saya mahu pulang ke Penang, memang bapaklah yang akan susah payah cucikan toilet saya sebersih dan seputihnya. Mesti mak yang suruh bapak. Sebab mak dah kenal habis-habisan pantang saya ni. Even kalau tengah memasak di dapur pun saya boleh tiba-tiba pecut naik tangga masuk bilik sendiri. "Nak pergi toilet jap makk", saya bagitahu sambil berlari. Walhal toilet dapur depan mata saja. Taknaklah, adik-adik selalu guna, bukan boleh percaya. Kalau mak cuci berkali-kali pun tetap sama juga. Boleh trauma berhari-hari saya dibuatnya.


Kalau di toilet awam pula, memang tak boleh nak buat apalah. Hakikatnya sangat ramai manusia begini. Nak berleter pun tak guna. Memang jenis manusia yang hanya fikir untuk lepaskan diri sendiri. Orang lain sikit pun tak terselit dalam kepala. Alah, lagipun kan makcik-makcik cleaner ada. Buat apa kita nak buat kerja mereka, nanti sia-sia saja mereka dibayar gaji. Hurm. Tak fahamlah saya. Kalau saya jumpa orang yang cakap macamni, memang nak kena semburlah gamaknya. Apalah sangat, kalau tekan flush 3-4 kali pun bukannya kena bayar bil air. Bukan ada orang marah. Bukan kena tambah bayar lagi 30 sen. Apa yang susah sangat?


Sebab itu bila pulang ke Malaysia, masalah terbesar saya bila keluar rumah adalah nak cari toilet yang bersih. Yang tidak dikunjungi oleh manusia-manusia tak bertamadun dan tak boleh berfikir. Kesian kan. Selalunya, kalau saya boleh tahan, suami akan carikan hotel, dan berhentikan saya. Tapi tak terjamin juga. Saya pernah singgah di hotel 5 bintang ini, nama dirahsiakan, di Shah Alam. Keadaan toilet sangat mengecewakan. Pengguna tak bertamadun memanglah awal-awal lagi salah, part maintenance hotel pun tak buat kerja kah? Sia-sia sajalah gah dengan 5 bintang.


Selalunya, memang berhenti di stesen minyak sajalah. Itupun cari stesen minyak yang besar-besar. Petronas dan Shell selalunya okey. Masjid atau surau, never never never! Saya tak payah cerita, masing-masing mesti pernah masuk toilet masjid atau surau kan. Ironik sungguh, tandas untuk tempat ibadah sebegitu menjijikkan. Di stulah masalah tak ada air, di situ jugalah flush selalunya tak berfungsi.


Bila kami singgah makan di mana-mana restoran, kalau saya mahu ke tandas, suami tanpa disuruh akan masuk tandas dahulu. Selalunya tandas campur lelaki perempuan kan di restoran? Dan dia akan bagitahu rating toilet itu mengikut standard saya yang dia dah cukup kenali. Kalau 8 hingga 10 saja baru saya masuk. Kalau tak, kita singgah stesen minyak ye abang? Atau kalau sempat dia drive sampai rumah, saya prefer tunggu saja sampai rumah. Dan terhenjut-henjutlah kereta suami sepanjang jalan dek isteri yang struggle nak tahan. Bila sampai rumah, berlari-larilah saya sambil tergocoh-gocoh tanggalkan selipar. Dan selipar pun bersepai melayang di udara. Pemandangan biasa.


***********************************************


Petang tadi saya mengemas sikit bahagian ruang tamu. Jangan marah ya, saya tahu saya kena bedrest saja. Tapi sungguh sejak pagi sampai petang saya memang terbaring saja atas katil. Baca buku, bergayut dengan suami, tengok internet, message dengan kawan-kawan. Rasa lenguh-lenguh juga banyak berbaring pun. Jadi ada baiknya saya mengemas sikit. Produktif jugalah hari saya, biar tak banyak pun. Lagipun sambil duduk saja.


Alhamdulillah, rumah dah semakin clear. Semakin lapang mata dan hati memandang. Kalau sebelum ni tak dapat digambarkan. Penuh dengan barang. Bukan barang saya, tapi barang orang lain. Di Besancon ini kuat juga amalan hidup berkomuniti. Ya lah kan, sama-sama malaysian di negara orang, siapa lagi yang nak diharapkan untuk bantuan. Ini sajalah keluarga yang kita ada. Mujur juga Besancon ramai malaysian. Antara lokaliti yang paling ramai malaysian di Perancis.


Cuma agak tebal kekesalan yang bersarang di hati sepanjang saya mengemas barang-barang peninggalan orang lain di rumah saya. Hal ini, dah lama sangat saya simpan dalam hati. Dan rasanya hari ini saya perlu jelaskan dan langsaikan, agar tak ada apa-apa rasa tak puas hati yang terus bersarang. Biar selesai semuanya. Dan sememangnya saya biarkan waktu berlalu, tak tergesa-gesa menulis dalam keadaan kecewa dan kesal, supaya setiap kata yang tertulis tidak menyakitkan mana-mana hati. Supaya tulisan saya bebas dari pengaruh emosi. Yang penting, maksud yang ingin disampaikan dapat difahami.


Saya tahu, memang normal bila telah sampai masanya untuk pulang ke Malaysia for good, banyak sungguh hal dan kelecehan yang perlu difikirkan. Packing barang untuk dibawa pulang, barang-barang untuk ditinggalkan, mengemas dan membersihkan rumah yang dah lama didiami, bukan mudah untuk ditangani dalam satu masa. Boleh jadi pressure. Dan selalunya memang pressure pun. Tapi mujurlah dengan ada komuniti malaysian di sini, keadaan jadi jauh lebih mudah. Boleh tumpangkan barang-barang di rumah mereka yang akan stay dan takkan berpindah. Selalunya barang yang ditinggalkan ini untuk diberikan kepada adik-adik junior yang akan tiba bulan 9. Maka selesailah satu masalah.


Saya bukan mahu berkira. Dan saya yakin, i am not being fussy over this matter. Saya cuba menjadi rasional, serasional mungkin, dengan meluahkan dan berkongsi pendapat dengan suami. Dia lelaki, dia pasti tahu membezakan antara emosi dan rasional. Saya minta dia berterus-terang kalau segala yang saya fikir ini memang emosional semata-mata.


Tak salah untuk tinggalkan barang peninggalan kita di rumah orang. Walau banyak mana sekalipun. Takkan ada siapa yang berkira. Semua sedia untuk membantu. Tapi adik-adik, biarlah kemas. Biarlah tersusun dan teratur. Jangan dicampakkan dan dicampur-adukkan semua benda dalam satu plastik. Seolah-olah macam barang buangan. Kita cuma nak tumpang barang kan, bukannya buang barang di rumah orang? Apalah salahnya kalau dikemaskan elok-elok dalam kotak, asingkan yang mana nak diberi pada orang, dan yang mana yang patut dibuang. Kemudian seal baik-baik kotak, tulis nama. Rasanya tidak sesukar mana kan?


Saya tak boleh nak berselindung. Sedih dan terkilan sangat bila sampai saja di France, masuk rumah, tengok keadaan rumah yang tunggang-terbalik. Saya tak kisah langsung rumah penuh dengan barang orang, tapi berkali-kali saya cuba fikir, kenapalah susah sangat untuk diorganise baik-baik.. Selepas adik-adik junior yang baru sampai datang ambil-ambil barang, pun masih banyak yang tinggal. Terpaksalah saya periksa yang selebihnya itu, kalau-kalau boleh digunakan untuk rumah, memandangkan banyak juga yang ditinggalkan.


Di sinilah terbit rasa tak puas hati. Istighfar, istighfar, sambil membelek-belek barang yang ditinggalkan. Patutlah adik-adik junior tak ambil, sebab yang selebihnya itu mostly, dah selayaknya masuk tong sampah. Maaf cakap ya. Stokin-stokin yang dah kusam, dah terkoyak, yang tak berbasuh, pun ada. Pakaian dalam pun ditinggalkan, untuk siapa, pun tak pastilah saya Dokumen dan surat-surat dari bank, yang memang takkan berguna untuk sesiapa, pun berkecamuk saya jumpa. Sangat banyak trash.


Waktu hati tengah sakit, lagilah syaitan gemar dan aktif menghasut. Waktu itulah saya mula terfikir, sudahlah rumah saya dihumban barang-barang macam rumah sampah, langsung tak diberitahu awal-awal pula tu. Bukan mengharap untuk diminta izin. Of course, memang saya akan izinkan. Tapi sekurang-kurangnya, beritahulah. Saya pun berhak tahu kan. Tidaklah saya terbeliak mata terkejut bila kembali dari bercuti di malaysia 3 bulan. Saya pula yang terasa asing dan menumpang di rumah sendiri, sedangkan setiap bulan pun bayar sewa yang sama.


Tak apalah. No big issue there. Lupakan saja.


Dan tadi, barulah selesai saya asingkan semuanya. Ada barang-barang yang masih boleh diguna, saya letak dalam satu kotak besar. Nanti esok lusa saya dan housemate akan angkat kotak ini bawa turun bawah, letak di tepi koridor, kalau-kalau ada sesiapa yang memerlukan ingin ambil. Yang selebihnya, yang dah buruk, dalam plastik sampah sajalah nampaknya. Tak tergamak saya mahu offer pada siapa-siapa.


Tulisan ini bukan untuk menghentam sesiapa, bukan nak mengguriskan mana-mana hati. Tapi saya yakin, banyak benda MESTI diubah. Bimbang kalau saya simpan saja dalam hati, hati saya yang makin berpenyakit, dan keadaan untuk masa akan datang tetap berulang.


Bila saya tanya suami, memang melampau sangat ke demand saya, untuk melihat semuanya dalam keadaan baik dan tersusun? Bukan untuk saya saja tapi untuk memudahkan semua pihak. Kenapa orang lain tak dapat berfikir begini? Ini jawapan suami.


"Entahlah, abang pun taktahu nak cakap apa. Mungkin nini nampak semua ni, sebab nini dah lalui banyak pengalaman berbanding diorang. Nini dah kahwin, dah merasa hidup dengan mak mertua, dah berpengalaman ziarah rumah saudara-mara yang nini tak pernah kenal. Banyak benda nini dapat. Tapi maybe diorang masih belum nampak semua tu, abang rasa."


Saya tahu, jawapan suami itu untuk menjernihkan hati saya yang dah penuh kesal dan terkilan. Supaya saya tidak terlalu stress berfikir why why why?? Tapi hakikatnya, saya yakin, ini semua common sense yang semua patut dapat berfikir. Again, common sense sepatutnya tak perlu diajar, tak perlu diberitahu. Dan tak perlu tunggu berkahwin untuk bertindak sewajarnya.


Kalau berniat untuk beri barang pada orang, pilihlah yang masih dalam keadaan baik. Kalau dalam agama, disuruh pilih yang kita paling sayang, itu yang sebaik-baiknya diberi pada orang. Tapi ini common sense, jangan bagi barang yang dah tak elok. Yang kita sendiri rasa nak buang. Kalau kita sebagai pemilik, nak pandang pun dah tak mahu, apa kita fikir orang lain mahu pandangkah? Mahu ambil barang buruk yang kita nak buang? Mahu ambil stokin kita yang dah buruk dan kusam?


And again, cubalah untuk berlaku adil dengan tuan rumah yang kita tumpang barang. Asingkan barang sendiri, buang yang mana patut buang, tinggalkan yang terbaik saja pada orang, dan susun elok-elok. Apatah lagi bila ramai yang menumpang barang sekaligus. Kalau setiap orang bertanggungjawab buat effort di bahagian masing-masing, tak perlulah tuan rumah pening kepala fikir tentang barang kita. Semua orang senang, semua orang dipermudahkan.


Tolonglah ya. Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, kita bukannya budak hingusan lagi. Masing-masing dah dewasa. Bertindaklah sebagai orang dewasa, dengan matang. Dan tolonglah jangan dilupakan perkara-perkara yang common sense ini. Bila dipandang remeh, memang menyakitkan. Memang jadi masalah. Harapnya inilah kali pertama dan terakhir saya menulis secara terbuka ini. Tak perlu diulangi lagi, dan janganlah berulang lagi.


Saya sudah selesai semuanya dalam hati. Tak ada dendam, tak ada simpan apa-apa. Terpulanglah untuk diambil atau tidak apa yang tertulis ini. Dan tak perlulah minta maaf, saya sudah maafkan semuanya awal-awal lagi. Saya juga minta maaf kalau ada yang terasa. Harapnya tidaklah keterlaluan kata-kata saya. Saya cuma mahu kita semua berubah jadi lebih baik. Untuk orang lain, dan untuk diri sendiri terutamanya.Justify Full

No comments:

Post a Comment