21 October 2011

Berakhir sudah

Malam tadi, lagi sekali tak dapat tidur nyenyak. Cuma tidur-tidur ayam dari malam sampai ke subuh. Tenggelam timbul dalam lena. Dah, saya tak mahu lagi merungut tentang ini. Lepas ini akan banyak kali lagi lalui sleepless nights. Memang dah jadi kebiasaan ibu-ibu mengandung. Kena tahan sajalah.


Pagi tadi lepas subuh, saya sangatlah berhajat besar untuk sambung tidur. Sekurang-kurangnya dapat 2 jam jadilah. Ganti yang malam tadi terganggu. Tapi agak seksa sungguhlah nak terlena. Sampai kepala dah naik pening. Mengantuk sangat, nak bukak mata pun tak larat. Tapi tak boleh juga.


Si baby kecil ni aktif sungguh pagi tadi. Entah apa yang dibuat di dalam, musykil betul. Menendang, berpusing, berguling mungkin. Kejap-kejap rasa dia tendang di bahagian kiri, lepas tu bahagian kanan pula. Tak putus-putus saya hantar report pada suami di BBM. Mujur dia ada masa untuk melayan. "Abang, baby kita aktif sangat ni. Tak boleh tidur Nini." Suami cuma ketawa bahagia. Saya dapat rasakan, dia sangat merindui baby ini. Tersenyum-senyum dia sambil buat kerja di ofis tadi.


Tahu sangat, baby ni tak selesa sebab saya dah lama sangat berbaring. Dari malam sampai ke pagi. Lepas tu nak sambung tidur lagi. Sebab tu dia 'tunjuk perasaan' agaknya, meronta-ronta minta saya bergerak untuk tidurkan dia. Tapi saya tutup mata juga, tak daya. Mengantuk sangat. Tak apalah sayang, tendanglah ibu puas-puas. Kejap lagi ibu bangun k. Bertahanlah saya dengan asakan baby yang kuat dan tak berhenti-henti. Sambil terbaring, pejam mata, sambil terjerit 'adoiii!'. Kemudian ketawa, bersilih ganti dengan jeritan 'adoii!' lagi. Geli dan sengal jugalah dibuatnya.


Akhirnya, selepas 2 jam berhempas-pulas, tertidur jugalah kami berdua. Bila baby dah senyap, tenang dan aman damai saja di dalam, barulah saya boleh lena. Hurm, dah tidur pun anak ibu ya. Penat lah tu. :)


*************************************************


Sepanjang hari ini saya kemaskinikan blog sedikit. Setiap entry saya letakkan label supaya lebih organised. Bila saya baca blog orang, label-label ini sangat membantu sebenarnya. Selalunya yang menarik minat saya buat masa ini, tentulah label 'pregnancy'. Atau 'kelahiran'. Atau 'married life'. Jadi ada gunanya juga kalau saya susun entri saya betul-betul. Mungkin berguna untuk orang lain. Kalau ada orang bacalah. Hee.


Tapi kan, sebenarnya rasa segan sangat bila baca entri-entri yang dulu. Especially yang tahun lepas, waktu saya tengah struggle dengan perasaan selepas berpisah dengan suami buat kali pertamanya sebagai suami-isteri. Punyalah emotional, berangin semacam saja entri-entri saya. Huiii, rasa menyampah dan annoyed betul dengan tulisan sendiri. Ikutkan hati mahu delete saja.


Bila rasa macamtu, baru sedar. Kalau diri sendiri yang menulis dari hati pun menyampah, orang lain yang baca laaagilah menyampah kot. Kadang-kadang kita memang tak sedar tau. Tulisan di blog, bila dibaca orang, akan beri subconscious vibes pada pembaca. Samada positif atau negatif, bergantunglah pada cara tulis. Contohnya, saya ada terbaca satu blog ini, penulisnya agak moody. Sekejap-sekejap dia cerita kesusahan yang dia lalui, dan menangis. Sikit-sikit nak menangis. Ahhhh! Tiba-tiba jari pantas saja klik X pada tab blognya.


Macamtu juga kalau entri yang sarat dengan kemarahan. Kita sendiri dapat tempias panasnya, betul tak? Rasa, isyy, tak sedapnya nak baca. Apatah lagi kalau diselit dengan carutan. Pergh, terus membunuh hati nurani untuk baca. Pun samalah kesudahannya, tutup sajalah. Nanti kita pula yang berjangkit amarah.


Hahah, saya sedar dirilah. Saya pun dalam lingkungan seperti ini. Kadang-kadang terasa nak lepaskan kemarahan dan kesedihan dengan menulis di blog. Memang. Memang berkesan untuk tenangkan hati selepas tu. Tapi tanggunglah akibatnya. Semua orang pun lari. Sikit-sikit tak apalah. Masing-masing ada dosnya. Kalau setiap entri pun nak emo, apehal kau? Hahah! Tiba-tiba rasa sakit batang hidung sendiri. Adoii. =)


Jadinya, tolonglah bantu saya untuk menceriakan hati. Saya minta maaflah, untuk semua negative vibes yang kamu dapat dari sini. My bad. Perempuan kan, emo tak tentu pasal. Okey, alasan lagi. Lagipun sekarang ni saya sedang berbadan dua, perlu sangat-sangat jaga emosi. Saya mahu jadi ibu yang kuat senyum, ketawa dan ceria. Yang mampu menghangatkan dan menceriakan hati orang sekeliling. Mudah-mudahan anak ini juga manis, murah senyuman, peramah, mudah mesra dengan semua orang. Pahala pun dapat. Orang bertambah suka, Tuhan lagi sayang.


Nah gambar sepotong senyuman dan bunga-bunga yang mekar.
Semekar cinta yang berkembang-kembang di hati ini.
Diambil petang tadi sementara saya bersiap mahu ke kedai beli ayam di belakang rumah.
Setakat itu jelah pun boleh keluar sepanjang bedrest ni.
Urm, esok mungkin bunga akan semakin layu.
Tssk.

Macamana, ada rasa positive vibes sikit tak?


Oh ya. Esok menandakan genaplah seminggu saya dikuarantin. Dan tamatlah tempoh bedrest saya. Yeaah! Okey, tipu. Sebenarnya doktor prescribe bedrest untuk 2 minggu. Tapi kata doktor, kalau selepas seminggu saya rasa badan sudah kembali pulih, tak fragile dan sakit-sakit lagi, bolehlah sikit-sikit mulakan semula aktiviti saya. Tapi sikit-sikitlah. Tak boleh macam sebelum ni.


Eloklah tu doc. Saya pun perlu gunakan seminggu cuti Easter ini untuk catch up semula kelas yang tertinggal. Orang lain mula bercuti esok selama 10 hari. Tapi bagi saya, esok saya akan mula 'bekerja'. Cukuplah seminggu ini saya cuti di atas katil. Dah puas berbaring, tidur, diulit mimpi-mimpi indah. Esok, back to reality. But in slower and calmer pace definitely.


Sempena berakhirnya episod bedrest ini, saya nak panjangkan ucapan terima kasih banyak-banyak untuk semua yang sudi 'marah dalam sayang' kerana concern pada saya dan baby. Banyak private message saya terima di facebook, dengan kata-kata semangat dan nasihat. Oh, thank you mucho-mucho! Saya sangatlah hargai dan simpan kemas-kemas dalam hati.
Justify Full
Dan teristimewa buat adik-adik dan warga Besancon yang mengekspresikan kasih sayang anda pada saya. Terima kasih daun keladi. Sanggup datang rumah hantar makanan, tolong masakkan paru goreng berlada, kiriman salam beserta peluk cium, message di handphone, jemputan untuk makan di rumah, semua-semualah! Hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih dari pihak suami juga. Sesungguhnya Abgmas sangatlah lega dan bersyukur melihat saya dikelilingi adik-adik yang serba penyayang.

Jadi adik-adik, esok jum teman akak shopping yeh! Hehehe.


Nak jugak letak gambar ni.
Rindu sangat kat mak bapak sebenarnya.
Rindu. Rindu. Rindu. Rindu. Rindulaaaaah.
Mak pak, esok jum skype! Ngee.


Alololo.

#Picture credits to AnatiAsyran

3 comments:

  1. Biasalah emo kan samalah saya tapi saya selalu set in mind taknak jadikan pregnancy sebagai alasan, takut nanti baby kecik hati. eh boleh ke kecik hati? heheh nway u hang in there! :)

    ReplyDelete
  2. salam,
    i'm ur silent reader.=)sweet la gambar paling bawah. take good care of urself and the baby. i believe, nanti baby tu dah besar mesti jadi setabah ibunya. kalau sy kat tempat akak seriously. i dunno what should i do. i'm gonna go crazy thinking of my love ones living far away from me. but u can do it. u're my role model.

    ReplyDelete
  3. lalalola,
    oh baby buleh kecik hati eh?first time sy dengar nih.taknak dahla cakap camtu pasni.:)

    syahira,
    terima kasih dik, for sticking around.terima kasih utk kata² semangat awak.akak sgt hargai.insyaAllah awak pun boleh lalui bila masa dan keadaan yg mencabar tu dtg.may Allah ease every step of ur life dear sis.:)

    ReplyDelete