29 October 2011

Tak semudah yang disangka. *Emotional entry. Mind you.*

Seminggu tak tulis blog. Kejap sungguh. Rasa macam baru 2-3 hari lepas aku publish latest entry. Ooh ya, jangan terkejut bila masuk blog ni tiba-tiba keluar music baby. Aku saja pasang lullabies ni sebab baby suka nampaknya. Aku rasalah dia suka, sebab dia respond lebih bila pasang lagu ni dekat perut. Tapi kalau kau tak suka, tolong off sendiri ya. Ada dekat sidebar sebelah je, nampak butang pause kan? Aku tahu ada orang tak suka membaca sambil dengar apa-apa bunyi. So tekan je pause k. Tak susah pun. No muss no fuss. Tak payah susah-susah mengeluh dalam hati. Tak payah tulis status marah-marah dekat fb. Hoho, ade ke orang macamni?


Hari ni genap 21 minggu aku bersama baby dalam perut, melayari kehidupan seharian bersama-sama. Eheh, melayari tu. Apa-apa pun, alhamdulillah syukur nikmat. Minggu depan kena pergi check-up untuk bulan ke-5 dengan midwife di hospital. And the next week, saat yang paling ditunggu-tunggu. Second trimester scan! Tak sabar rasanya nak tahu jantina baby. Orang-orang sekeliling pun dah mula bertanya-tanya ni. Sabo ek. Nanti aku buat pengumuman ekslusif di sini. Itupun kalau baby tak segan-segan nak tunjuk jantina dia. Kalau tak, tunggulah lagi 2 bulan.


Sempena meraikan 21 minggu ni, dan cuti Easter yang tinggal lagi 3-4 hari saja, hari ni aku keluar shopping sikit-sikit. Tapi sorang-sorang jewww lewww *oh gediknya*. Dah lama betul aku tak spend untuk manjakan diri sendiri. Asyik-asyik habis duit dekat barang rumah, perabot, deko. Ataupun dekat travelling yang tak sebanyak mana tu. Tapi paling banyak habis dekat makanlah. Tidak ragu-ragu lagi. Untuk diri sendiri, dah 4 tahun tak terbuat. Sampai aku lupa taste diri sendiri masa nak beli baju tadi. Canggung okey rasa.


Sedikit snapshot untuk hari ni. Tapi ambil gambar sendiri je. Nama pun shopping sorang kan.


Untuk 5 bulan pregnancy, aku rasa perut aku kategori kecik.
Kan, macam tak nampak pregnant pun kan.
Kena pakai baju ketat baru nampak baby bump sikit.


Sekali.. haa amik kau. Baru sedar diri.
Kalau kembang setaman cantik lagi. Ini kembang sebakul.
Rasa macam pakai bakul dekat pinggang.
Waistline memang dah totally out.
Silhouette anak dara lagilah, dah lama pupus ditelan zaman.
It's ok baby, ibu is still very happy to have you no matter what.


Tapi baju tu cantik kan? Murah pulak tu. Tapi tak jadilah ambil. Kalau beli, tahun depan punya autumn baru boleh pakai. Bulan 4 nanti dalam pantang, bukan boleh keluar pun. Jauh sekali nak melaram melawa bagai. Bulan 5 pulak dah panas, nak masuk summer. Memang mengadalah nak pakai baju macamni. Bulan 6 dah balik Malaysia. Lagilah mengundang senyuman kambing orang kalau pakai baju ni tengah-tengah panas terik tu. Jadi, terpaksalah buat muka tebal letak balik baju ni lepas test dan ambil gambar. Bengkek je muka makcik kedai tu.


********************************************************


Just so you know, tulisan aku lepas ni penuh dengan emosi. Kalau tak suka, lebih baik jangan teruskan baca. Nak baca juga, terpulang. Jangan cakap aku tak warning.


Seminggu ni, sangat banyak emotional swing yang berlaku. Sebab tu aku withhold dulu tulis apa-apa di blog. Takut entri aku berbaur mereng. Nanti orang yang baca pun jadi mereng sekali. The worst part is, i've reached the highest peak of my emotional turbulence. The boiling point. The climax. It was spiraling out of control, believe me. This week in history.


Tiga hari lepas, aku menangis sedahsyat-dahsyatnya pada suami. Rasanya itu kali pertama aku menangis seteruk itu sejak berpindah ke Besancon, pertengahan tahun lepas. Sebelum pindah sini, waktu aku di Rouen, memang selalu jugalah menangis macamtu. But that is another untold story. Tiga tahun dalam kegelapan. The darkest side of me. Belum bersedia untuk cerita. Nantilah bila aku dah grad tahun depan, bolehlah aku cerita. Buat pedoman dan pengajaran.


Selama ni aku sedaya upaya control diri. Jangan burst, jangan burst. Susah macamana pun, tahanlah. Ingat Allah, ingat suami, ingat baby, ingat mak bapak, dan semua yang menyayangi. Simpan dalam hati, lama-lama hilanglah. Jangan dilayan sangat, mainan perasaan je semua ni. Serious, aku memang buat effort untuk contain semua ni sorang-sorang. Dengan suami pun aku tak cakap sangat pasal ni, nanti aku boleh burst. Dengan mak bapak pun tak. Aku taknak mak bapak risau. Aku tak suka menangis depan orang. Aku benci tunjuk lemah depan orang. Pantang airmata aku jatuh depan orang, kecuali suami aku. Dia seorang saja.


Lagi satu, aku taknak orang kaitkan stress aku dengan pregnancy ni. Walaupun mungkinlah sebenarnya ada sedikit kesan dari pregnancy, tapi aku tak pernah menyesal. Sekelumit pun aku tak pernah terfikir atau berharap untuk undur masa dan start all over again. I want this baby. Aku sangat kecewa, sedih, terkilan, tak suka, panas hati bila orang sindir-sindir yang aku tak beringat sebelum dapat baby ni. Come on, please, show some support. Baby ini tak pernah bersalah atas apa-apa. Memang, kami tak merancang untuk halang pregnancy sebelum aku habis belajar, walaupun itulah yang sebaiknya pada pandangan kasar semua orang. Tapi kami pun tak merancang untuk cepat-cepat dapat zuriat. Buat biasa-biasa saja. Dan bila baby ini datang, kami anggap ini memang purely rezeki dari Allah. And we are so thankful.


Aku ingat lagi, sebulan sebelum aku disahkan pregnant, selama sebulan penuh aku lihat suamiku solat dhuha. Setiap hari, sebelum pergi kerja. Solat dhuha kan memang pembuka rezeki dari langit. Walaupun aku rasa niat sebenar Abgmas memang mengharapkan rezeki dari Tuhan dalam kerjayanya, tapi aku tahu dia tak menghadkan apa-apa expectation dari Allah. Cuma berusaha untuk ditambahkan lagi rezeki kami, yang mungkin banyak tertahan di langit kerana dosa-dosa kami. Dan aku ingat sangat, setiap kali selepas solat bersama, suami pasti akan doa kuat-kuat begini, "Ya Allah, berilah kami zuriat yang soleh, pada waktu dan keadaan yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, dan kami tidak mengetahui." Aku aminkan saja, kerana aku pasti itu doa terbaik. Tidak meminta-minta, tapi serahkan semuanya pada kuasaNya.


Tanpa sedar, 'tangan' Allah sudah pun mula bekerja dalam rahim aku waktu kami berdoa dan berusaha begitu. And a month later, much to our surprise, i found myself pregnant. Kami percaya, Allah menjawab doa kami dan inilah masa yang terbaik untuk kami berdua membina keluarga. Jadi masih adilkah untuk disalahkan kami atau baby ini?


Orang nampak aku okey. Tapi dalam hati sangat-sangatlah terseksa sebenarnya. The fact that aku simpan semua rasa sedih dan susah sorang-sorang dan berlagak cool dan steady memang makan diri aku balik. At this moment, baru aku rasa. Tak semudah yang disangkakan apa yang aku kena lalui di sini. Selama ni aku banyak bagi kekuatan pada diri sendiri, aku boleh lalui semua ni. Aku sangat yakin dengan kekuatan aku. I know i am a strong woman. I am gifted, i am lucky. I have everything that anyone else could ever want, that any girls out there could envy me. I am actually more than i thought i could be.


Jangan kata aku bangga diri. Itu cuma kata-kata penguat yang aku bisikkan pada hati. Bila kau seorang diri, perlu sebenarnya untuk kau self-motivate begini. Supaya hati terus bertahan. Supaya tak mudah tersungkur walau macamanapun ujian.


Untuk tambahkan kekuatan, aku selalu membayangkan. Kurang dua tahun dari sekarang, kalau semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, insyaAllah aku akan graduate dengan master degree. Waktu tu, aku boleh berbangga dengan milestone yang aku lalui selama 8 tahun di France ini. Dan waktu tu, aku boleh tersenyum dan menangis kesyukuran menggenggam ijazah master, sambil dipeluk suami, dan mendukung anak aku yang dah berumur setahun lebih, waktu itu. Mak bapak pun akan sangat bangga dengan satu-satunya anak perempuan mereka. Sekarang mungkin nampak macam angan-angan saja, tapi aku dapat inner drive yang luar biasa setiap kali terbayangkan begini. Sebab tak semua orang Allah bagi peluang macamni.


Tapi, semua kekuatan yang aku usahakan ini hancur lebur berkecai tiga hari lepas. Aku kalah akhirnya dengan diri sendiri. I have finally come to realize, this is NOT as easy as anyone could ever imagine. Not easy babe, being alone miles apart from your husband and family, having to struggle and survive all by yourself. Hampir 40 minit aku di telefon bersama suami, cuma menangis tanpa sepatah kata. Semua beban di hati aku hamburkan dengan airmata saja. Dah tak ada kata-kata. Semua benteng kekuatan aku musnah. Punah. Aku hanya mampu menangis mengongoi, sampai terlupa aku sedang mengandung. Baby pun mungkin terdengar ibunya menangis tak berhenti. Oh, poor my little angel. Abgmas hanya terdiam dengar rintihan aku. Setiap kali dia bersuara memujuk makin kuat aku menangis. Aku rindu Abgmas, aku sangat-sangat perlukan Abgmas, especially di saat-saat kerapuhan begini.


Waktu itu, dalam kepala aku, memang aku give up. Give up sesungguh-sungguhnya. To such an extent that I was thinking of sending an email to JPA, telling them that i quit. Definitively. Aku hanya mahu masuk internet, beli tiket untuk first flight out to Malaysia esok harinya. Aku rasa marah dan berdendam dengan kawan-kawan yang buat tak peduli pasal aku. Yang langsung tak bertegur sapa dan bertanya khabar. Aku hanya mahu delete orang-orang begini dari friendlist FB aku. Plainly stalker. Tak kisahlah siapa pun kau. Orang usrah ke, orang kuat dakwah ke, aku peduli apa. Sikit pun aku tak terpukau dengan janji-janji manis 'ukhuwwah fillah abadan abada' tapi hakikatnya habuk pun tak ada.


Aku selalu cemburukan kawan-kawan yang bernasib baik, ada classmate sama-sama malaysian di universiti. Sebab aku tak pernah dapat peluang macamtu. Mereka sangat bertuah, sangat patut bersyukur, ada teman untuk bincang sama-sama kalau tak faham. In any case if you can't attend class, ada kawan untuk tolong update kau, pinjamkan nota. Kalau dalam kelas cikgu tiba-tiba tanya soalan nak test, kau boleh bisik dengan kawan sebelah minta dia tolong jawab. Boleh jeling nota dia di sebelah cari jawapan. Oh, bestnya. Kenapalah aku tak pernah rasa nikmat tu. Semua ni kau takkan dapat dengan kawan french, walau sebaik manapun kawan french tu. Lain. Apatah lagi bila kau seorang saja malaysian dalam course kau. Dan aku, bukan saja the only malaysian, tapi juga seorang saja perempuan dalam 30 orang lelaki. Gila.


Maybe ini antara penyumbang terbesar aku burst. The aftermath of my one-week bedrest. Aku dah cakap dah, nak jugak pergi kelas. Tapi semua orang tak bagi. Semua orang risaukan aku dan baby. Tak apalah, ada betulnya. Lebih baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa. Bila dah habis bedrest, aku contact seorang kawan untuk pinjam nota, Florent. Dia dah janji untuk tolong aku catch-up kelas, aku sempat tunjukkan surat doktor pada dia sebelum off for a week. Dia nampak concern, betul-betul boleh tolong. Sudahnya, lepas habis bedrest, 3 hari aku call tanya bila dia nak bagi nota, katanya esok. Esok jadi lusa, lusa jadi tulat, tulat jadi kulat. Last-last panggilan aku tak berjawab, sms aku tak dibalas dah. Classmate yang lain semuanya pergi bercuti, tak ada di Besancon. Habis tu aku nak harap pada siapa sekarang? Tell me.


Memang terketar-ketar dan basah mata aku tahan geram. Kalau aku tak kena rehat seminggu, no way lah aku nak kena mengemis pinjam nota pada orang. Ya Allah, tak tertahan betul rasanya. Tapi betul kata suami, tak boleh nak disalahkan diorang juga. Diorang lelaki, umur pun baya-baya awal 20-an. How on earth could you expect immature guys to understand the reality in pregnancy? Jangankan harap simpati, empati pun belum tentu kau dapat dari lelaki-lelaki hingusan macamni.


I was thinking, it would be different, kalau aku di malaysia, dan suami aku yang terpaksa merantau mencari rezeki. It would be much better, maybe. Sebab di malaysia, at least aku ada family. Biarlah susah pregnant macamana pun, aku ada mak bapak yang akan jaga aku. Yang ambil berat sungguh-sungguh dan bersusah payah untuk aku. Aku mungkin ada kereta, tak ada masalah untuk commute settlekan keperluan harian aku. Bukan perlukan kereta besar-besar pun. Cukup untuk muat dua orang pun jadilah. Tak payah naik bas, seksa. Especially dengan baby dalam perut, dan manusia-manusia tak sensitif yang selamba badak duduk di seat orang kurang upaya. Perut aku pulak kecil lagi, orang tak nampak aku pregnant dan perlu duduk. Takkan aku nak menjulur hulur perut sambil mintak duduk. Biarlah, lantak kau lah. Tak mati pun kalau aku tak duduk. Paling-paling pun aku terpusing tergelincir sambil berpaut pada handle bila driver bus brek tiba-tiba. Memang ramai driver bus yang suka menggila macamni. Kalau kau dapat duduk pun boleh tertonggeng dibuatnya. Serius.


Di sini, memang tak ada keluarga. Tapi aku ada kawan. Walaupun bukanlah kawan baik atau BFF yang pergi ke mana pun akan sama-sama, travel pun sama-sama, tapi aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada adik-adik yang ambil berat. Merekalah keluarga aku. Tapi of course, takkan sama dengan family sendiri. Setakat manalah kawan-kawan sanggup nak bersusah payah untuk kita kan? Dan setakat mana kita sanggup nak susahkan kawan-kawan untuk kepentingan kita, walaupun kita sangat-sangat memerlukan? Aku tak sanggup, tengok orang berkorban susah payah untuk aku. Aku tak suka berharap pada orang. Sebab tu aku akan cuba settlekan semua benda sendiri, sampai lelah dan sakit-sakit badan. Sampai kena bedrest seminggu. Sampai hati dah tak tahan then give up. Padan muka.


Awal-awal tahun begini, sangat banyak urusan admin yang memerlukan aku bergerak. Hal pregnancy, subsidi rumah, student visa, cukai pendapatan, macam-macam hal. Tambah pula dengan public service di France ini taklah lebih baik dari Malaysia pun. Opening hour to public sangat restricted. Hari sabtu tutup. Setiap hari buka sampai pukul 12 tengahari saja. Sangat lousy! Sebab tu aku panas hati juga bila ada orang tak habis-habis complain pasal public service di Malaysia. Abgmas sendiri observe dan perhati, and he said, it is wayyy better in our country. Cukup-cukuplah kutuk negara sendiri. Kalau tak puas hati sangat, bawak-bawaklah keluar tengok tempat orang. Tengok sendiri, tak ada lebihnya sangat pun negara orang ni. Walaupun sehebat-hebat France. Kononnya lah. Puuiii.


Tiga hari lepas aku menangis dekat suami. Petang tadi akhirnya aku menangis atas sejadah, dalam solat maghrib. Tengok, sombong gila kan aku. Nak tunggu tiga hari baru aku cari Allah. Aku rasa memang ini yang Allah nak dari aku sebenarnya. Nak dengar rintihan aku, mengadu dan mengaku kelemahan aku depan Dia. Dah lama aku tak merendah diri depan Allah macam tadi. Maybe aku terlebih sombong selama ni, itu yang aku diuji dari setiap arah. Sampai aku hilang arah. Aku menangis minta pada Allah, tolong jangan tinggal aku. Jangan lupakan aku. Aku lemah sangat-sangat. Aku tak ada siapa, tak ada kekuatan yang boleh bantu aku melainkan Dia.


Yang paling aku minta, tolonglah ya Tuhan, kembalikan nikmat tidur pada aku. Dah seminggu aku tak dapat tidur macam orang normal. Setiap malam sekurang-kurangnya ambil masa 2 jam untuk aku terlena. Puas aku pusing, berguling, meniarap, angkat kaki sebelah, sembam muka dalam bantal, tutup telinga, and whatnot. You tell me, semua posisi aku dah cuba. Sampai katil yang untuk dua orang tu pun aku rasa sempitnya! Dua hari lepas aku start baring pukul 12 tengah malam, pukul 5 pagi baru terlena. Sebelum ni memang aku taknak rungutkan sangat pasal tak cukup tidur ni, sebab memang normal untuk pregnant mums. Tapi sekarang memang dah serius, dan akan bertambah serius sebab cuti sekolah dah nak habis. Baru pertama kali aku rasa seksanya insomnia. Sleep disorder ni boleh bawak mental disorder kalau tak kuat iman. Uhh, na'uzubillah. Aku tak mahu kena darah tinggi, sebab time pregnant memang sangat prone untuk dapat high blood dan diabetes. Dan aku sangat tak mahu bedrest untuk kali kedua. Noo wayy doctor!


Alhamdulillah, sekarang, at this hour, aku tenang-tenang saja. Walaupun masih ada baki-baki kerisauan dan stress fikir macamana aku nak catch up kelas yang seminggu aku tertinggal, dengan tak ada siapa nak tolong. Tak apalah, aku dah serahkan pada Allah. Aku yakin Dia dengar dan akan tolong. Kalau tak ada juga, aku akan minta lagi sampai Allah tolong. Tapi Allah tak pernah berkira dan kedekut. Tambah dengan doa-doa mustajab dari mak bapak dan kawan-kawan yang kirimkan doa dalam diam. InsyaAllah, adalah nanti keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba ada malaikat berupa manusia hulurkan nota seminggu untuk aku ke. Hoho. Beranganlah.


Dengan tercatatnya semua dalam entri ni, insyaAllah hati dan fikiran aku dah clear. Aku nak buang semua-semua negative thinking dan najis lembu (baca dalam english) ni. Tapi memang sengaja aku nak abadikan semua bebelan, rungutan, rintihan penuh emosi ni di sini, sebelum aku tutup buku dan buka buku baru esok. Supaya ada kenangan pahit untuk diflashback bila aku dah berjaya lepasi semua ni nanti. Waktu tu, semua kepahitan ni akan jadi kenangan manis. As for now, i will move on. Tiada give up. I will finish this race. I will make my husband, my parents, my in-laws all proud of me. Walaupun keadaan moral aku belum betul-betul kuat lagi sekarang, tapi insyaAllah aku akan bina semula kekuatan sikit-sikit. Biarlah cuma sekali itu saja aku crack. Aku tak mahu lagi ada boiling point yang kedua. Cukup sekali mata aku bengkak dan sepet macam orang naik ketumbit seribu.


Dah banyak kali sangat aku cakap. Tapi aku memang berterima kasih sangat-sangat pada semua yang concern dan ambil berat. Yang bertanya khabar, tegur-tegur di facebook atau BBM, yang calling-calling. Tak kisahlah kau buat dengan ikhlas atau terpaksa, it is NONE of my business. Yang penting ingatan dan effort kau buat aku rasa makin sayang pada kau. Dan aku nak selalu berdoa untuk kau. Ramai sebenarnya yang sayang dan disayangi aku. Tak tersebut nama-nama di sini. Kalau kira dengan jari tangan campur jari kaki aku memang confirm tak cukup. Kalau campur jari kaki dan tangan Abgmas pun tak cukup jugak. Kena campur jari-jari baby baru cukup kot. Ke tak jugak. Tak tahulah. Tak larat nak kira.


Kepada yang rasa tak senang dengan entri ini, rasa aku plainly mengada-ngada and being nothing more nothing less than emotional, aku minta maaf sebab terambil beberapa minit dari hidup kau untuk habiskan baca sampai sini. Untuk kebaikan bersama, lepas ni jangan masuk sini lagi. Aku tak tulis blog ni untuk kau. Kalau kau ada dalam friendlist FB aku, tolong unfriend aku. Tolong ya. Itu saja aku minta.


Dahla. Aku malas nak emo. Pikir-pikir sendiri. Penat dah menulis ni.


Abgmas cakap, aku nampak manis macamni. Hahaha. Sukalah tu.
Aku mahu terus tersenyum melangkah ke depan.
Walaupun hidup semakin berat.
But at least, it is worth trying and worth dying for.
A second chance.
Bismillah.
Hupppp.
*Ambil nafas dalam-dalam*


#1 : Kalau tak ada aral, dan tak penat sangat, i'm going to Paris this monday. Masih cuti lagi di sini. Saja mahu ambil angin sedikit sebelum mula kelas hari rabu. Thinking of makan nasi biryani yang famous itu, dan hirup udara di Eiffel Tower sambil tengok gelagat tourist. Oh ya, mahu pergi jalan-jalan champs elysees juga. Abgmas dah bagi greenlight dalam keterpaksaan. Kalau tak ada siapa sudi teman, memang pergi seorang jugalah nampaknya. Eh tak, baby kan ada. :)

23 October 2011

Jangan sedih. Rezeki kita tak sama.

Esok cuti sekolah. Di Malaysia cuti deepavali seminggu, di France cuti Easter 10 hari. Besancon pun dah semakin sunyi. Ramai adik-adik ambil peluang untuk merantau ke luar France, sementara cuaca belum sejuk sangat. Tapi ini pun dah kira sejuk, dah macam winter. Padahal baru nak masuk hujung bulan 10. Weather forecast pun cakap, tahun ni winter is coming very-very soon. Hurm, cuaca tahun ni sangat merisaukan. Awal oktober hari tu, masih ada bahang-bahang panas summer. Hujung oktober sudah sejuk macam winter. Within a month, drastic changes take place.


Housemate saya merantau ke 3 negara selama seminggu. Prague, Vienna, dan tak ingat lagi satu. Ada adik yang ke London, sakanlah bershopping you all! Ada yang ke German, Istanbul. Hurm, bisa melelehkan air liur kalau dengar cuti-cuti mereka. Saya? InsyaAllah akan ke tempat idaman bersama suami. Mana lagi kalau bukan New Zealand! Tapi bukan sekaranglah. Lagi 2 tahun mungkin. Hehe. =p


Nak bercuti ke mana sangatlah, dalam keadaan macamni. Hari tu ada tergerak nak pergi Ireland, walaupun dah banyak kali pergi. Entah, hati macam tertinggal di situ. Suka sangat. The people, the scenery, the weather. Tapi suami tak kasi. Sebab saya nak pergi seorang diri. Ahah! Beranganlah nak dapat keizinan suami. Saya berani saja nak bawa diri dan baby dalam perut ni. Dah pernah pergi kan, so insyaAllah tak ada masalah. Di ireland sana nanti pun ramai kawan. Cuma yelah, fahamlah kan. Tengah-tengah pregnant ni nak pergi holiday sorang-sorang. Semua orang takkan kasi kot.





Ooh, how can i not love you Ireland.


Tahun ni masuk tahun ke-7 saya belajar di France. Tapi kalau nak dikira negara-negara luar yang saya pernah lawati, boleh dikira dengan jari tangan saja. Itupun sebelah tangan dah mencukupi. UK, Ireland, Germany (Berlin). Okey, 3 jari saja nampaknya. Oh, menyedihkan sungguh! Orang kata, bila belajar oversea ni, waktu inilah patut ambil peluang sebanyak-banyaknya untuk merantau. Keluar tengok tempat orang. Luaskan pandangan, tambah pengalaman. Jangan duduk tempat sendiri saja. Rugi rugiii. Apatah lagi bekalan duit memang sangat cukup untuk holiday setiap bulan pun. Nanti bila dah balik Malaysia, dah berkeluarga dan berkerjaya, susah sangat dah nak cari peluang begini. Duit satu hal, masa lagi.


Tapi bukanlah saya sengaja tak mahu ambil peluang keemasan begini. Sekarang ni pun dah terasa rugi. 7 tahun, tapi baru pergi 2-3 negara. Cemburu jangan cakaplah. Meluap-luap setiap kali dengar plan holiday orang lain. Tengok gambar-gambar di facebook. Tengok poskad, fridge magnet, keychain, yang dikumpul. Dah masuk 20-30. Jeaaalousnya!


Cuma, entahlah. Maybe saya selalu ketinggalan bila kawan-kawan dan adik-adik sedang buat plan untuk bercuti. Dari tahun pertama sampai sekarang, saya memang jenis lone ranger. Batch JPA saya pun cuma ada 4 perempuan daripada hampir 30 students kesemuanya. Bila masuk universiti, masing-masing terpisah ke tempat lain-lain. Survive lah seorang diri. Automatik saya jadi sangat independent di sini. Tak bergantung pada sesiapa. Pergi ke mana-mana pun kebanyakan masa seorang diri. Discover setiap ceruk dan selok-belok Paris pun dah banyak kali seorang diri. Waktu malam pun pernah menyendiri di lorong-lorong Paris.


Tak apalah. Small matter saja. Rasanya memang rezeki saya tak memihak di bahagian ini. Ataupun, memang Allah akan bagi saya peluang untuk menjelajah ke setiap pelusuk tempat ini di masa depan. Bukan sekarang, maybe in the near future. Dan yang lebih indah, mungkin dengan suami dan anak sendiri. Dapatlah kami rakamkan potret keluarga bertiga, atau berempat di setiap negara. Memang itupun impian saya dan suami. Untuk bina keluarga, terutama di tahun-tahun awal ini, di luar negara. Kami berdua pun pasang cita-cita yang sama, untuk belajar sampai peringkat Phd, di oversea juga. Mungkin akan berPhd sama-sama, atau mungkin bergilir-gilir, seorang study dan seorang lagi jaga anak. Haha. Tengoklah macamana takdir hidup menyusun langkah kami seterusnya. Kalau ada rezeki, adalah.


Oh, kenapa di oversea? Mestilah kan, siapa taknak hidup di luar negara. Walaupun saya rasa dah lama sangat saya bermastautin di sini, tapi masih, rasa tak bersedia nak tinggalkan tempat ini. Masih lagi tamak dan dahaga. Walaupun banyak susah dan kepahitan yang pernah dilalui, tapi pengalaman dan nilai-nilai yang saya belajar, itu sungguh tak ternilai. Tak boleh dijual beli. Dan lagi satu sebab, mungkin kerana saya dan suami dua-dua dilahirkan di luar negara. Saya di California US, suami di Cardiff UK. Jadi hati kami macam terpanggil-panggil untuk explore life di sini. Tapi jangan salah faham, kami tetap anak malaysia. Walau macamanapun, tetap akan kembali ke tanahair tercinta. Anak yang mungkin membesar di sini tetap akan dididik dengan nilai-nilai agama dan budaya kita.


************************************************


Makin lama blog ini dah jadi macam blog ibu-ibu pulak ya. Balik-balik dengan cerita baby, pregnancy. Itu belum baby keluar lagi. Maaflah ya, kalau ada yang rasa tak selesa. Buat masa ini, memang inilah kecenderungan saya bila menulis blog. Kalau blogwalking pun, lebih tertarik dengan blog ibu-ibu. Nak baca kisah-kisah bersalin, pengalaman besarkan anak, tips-tips untuk semester ketiga nanti. Boleh saja baca di website yang lain. Tapi pengalaman real life ini lebih terasa 'kick'nya dan dekat di hati. Dan saya mahu menceduk ilmu-ilmu ini sebanyak-banyak mungkin.


Banyak sungguh yang saya belajar dari tulisan ibu-ibu di blog mereka. Most of the time, mesti menggugurkan airmata. Sampai bengkak mata jugalah saya menangis tersentuh. Hebat betul kuasa Allah yang meniupkan naluri keibuan yang penuh kasih sayang, sanggup berkorban apa saja untuk si anak, walaupun masih lagi dalam kandungan. Bukan saja manusia, binatang pun Allah kurniakan naluri keibuan. Subhanallah. Hebat hebat.


Dan bila saya banyak membaca, makin terjelaslah di mata betapa setiap manusia akan diuji dengan macam-macam cara. Beraneka ujian dan rencah kehidupan. Ada ibu yang selamat mengandungkan dan melahirkan anak. Ada yang kematian anak beberapa bulan kemudian, kerana kecuaian manusia. Ada yang kematian anak semasa bertarung maut untuk melahirkan. Tak kurang yang kematian anak dalam kandungan, cuma menunggu masa untuk dilahirkan. Dan ada ibu yang menanti sekian lama untuk mendapat zuriat tapi rezeki masih belum memihak padanya.


Lain-lain ujiannya. Yang pasti, Allah sudah pun tahu awal-awal kemampuan masing-masing. Maka diturunkanlah ujian mengikut kemampuan setiap orang.


Tapi kuasa Allah pasti mengatasi segala-galanya. Baru saja tadi saya baca blog seorang ibu. 6 tahun mendirikan rumahtangga dan berusaha untuk mendapatkan zuriat bersama suami. 6 tahun pasti bukan singkat, tapi kagumnya saya dengan kesabaran dan usahanya serta doanya yang tak putus-putus. Akhirnya, dengan kemurahan dan kasih sayang Allah, selepas 6 tahun penantian, dihadiahkan buat pasangan ini zuriat yang diingin-inginkan. Bukan seorang, bukan dua, tapi kembar tiga! Kalau sesiapa mahu baca, boleh jenguk ke blog kakak ini di SINI. Boleh selak tulisan-tulisan lama beliau. Dan kalau sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, bolehlah tanya-tanya pengalaman dan treatment yang dilalui. Pasti banyak yang boleh dikongsikan.

Maaf ya Kak Linda, saya promote blog akak tanpa bagitahu awal-awal. Semoga ramai yang dapat manfaat dan semangat dari kisah akak. InsyaAllah.


Oh, lagi satu kisah hebat bukti kekuasaan Allah. Seorang ibu yang kematian anak di dalam kandungan, beberapa hari sebelum due date. Sedih tak terkata. 9 bulan dikandung penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi tanpa sempat mendengar tangisannya. Hanya hati yang tabah dapat melalui semua ini. Tapi alhamdulillah, selang beberapa bulan, Allah gantikan semula anaknya dengan berita kehamilannya lagi. Dan kali ini, kembar sepasang! Subhanallah. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya yang membaca. Tapi maaflah, saya pun tak ingat link blog akak ini. Puas digodek-godek history tapi tak jumpa. Huhu.


Pokoknya, kita atas dunia ini masing-masing punya jalan cerita kehidupan yang tak sama. Ujian kita berbeza. Kerana di waktu Allah menciptakan kita, setiap seorang telah diukur kemampuannya. Sebab itulah ada orang diuji lebih berat dari yang lain. Kadang-kadang kita nampak orang lain sungguh bernasib baik, melimpah-melimpah rezekinya. Kita saja yang buruk, yang bodoh dan hodoh, yang malang, yang tak bernasib baik, seolah-olah Allah tertinggal dan 'terlupa' tentang kita. Oh, jangan macamtu.


Teruskan bersangka baik dengan Tuhan. Teruskan berusaha. Rezeki kita pasti ada. Cuma rezeki kita tak sama. Atau mungkin kita belum jumpa. Atau tak cukup berusaha. Dalam Quran banyak kali Allah tekankan, memang Allah sengaja lebihkan rezeki satu golongan berbanding golongan yang lain. Bila menyebut tentang rezeki kita, ia sebenarnya telah lama tertulis di Luh Mahfuz, sebelum kita tercipta lagi. Dan Allah menulis rezeki kita dengan ilmuNya yang luas, serta kehendakNya yang tak dapat dihalang oleh apa-apa kuasa dan kudrat sekalipun. Kalaupun memang Dia berkehendak kita dengan rezeki setakat itu, apalah daya kita untuk menolak atau mempersoalkan.


Buat hati yang kecewa, yang membentak dan memberontak, yang putus harapan, yang mencari-cari bukti keadilan Tuhan, beleklah Al-Quran. Dalami maknanya. InsyaAllah, di situ semua jawapan terbentang. Dan hati pasti akan kembali tenang.


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki, dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki).
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat." (Ar-Ra'd : 26)

Years went by. But this song remains my most favourite song of all.





p/s : Saya tahu ada beberapa kenalan yang bersedih kerana belum dikurniakan zuriat. Saya faham perasaan itu, walaupun tidak melaluinya. Pastinya kekuatan kalian jauh lebih hebat dari saya, kerana itu kalian dipilih untuk diuji. Apalah yang boleh saya katakan, melainkan berdoa dalam hati untuk kalian . Sungguh saya tak tipu. Memang saya sebut nama kalian dalam hati saya pada Allah. Kerana kalian memang dekat di hati saya. Moga Allah mendengar dan mengkabulkan doa ini. Ameen.

21 October 2011

Berakhir sudah

Malam tadi, lagi sekali tak dapat tidur nyenyak. Cuma tidur-tidur ayam dari malam sampai ke subuh. Tenggelam timbul dalam lena. Dah, saya tak mahu lagi merungut tentang ini. Lepas ini akan banyak kali lagi lalui sleepless nights. Memang dah jadi kebiasaan ibu-ibu mengandung. Kena tahan sajalah.


Pagi tadi lepas subuh, saya sangatlah berhajat besar untuk sambung tidur. Sekurang-kurangnya dapat 2 jam jadilah. Ganti yang malam tadi terganggu. Tapi agak seksa sungguhlah nak terlena. Sampai kepala dah naik pening. Mengantuk sangat, nak bukak mata pun tak larat. Tapi tak boleh juga.


Si baby kecil ni aktif sungguh pagi tadi. Entah apa yang dibuat di dalam, musykil betul. Menendang, berpusing, berguling mungkin. Kejap-kejap rasa dia tendang di bahagian kiri, lepas tu bahagian kanan pula. Tak putus-putus saya hantar report pada suami di BBM. Mujur dia ada masa untuk melayan. "Abang, baby kita aktif sangat ni. Tak boleh tidur Nini." Suami cuma ketawa bahagia. Saya dapat rasakan, dia sangat merindui baby ini. Tersenyum-senyum dia sambil buat kerja di ofis tadi.


Tahu sangat, baby ni tak selesa sebab saya dah lama sangat berbaring. Dari malam sampai ke pagi. Lepas tu nak sambung tidur lagi. Sebab tu dia 'tunjuk perasaan' agaknya, meronta-ronta minta saya bergerak untuk tidurkan dia. Tapi saya tutup mata juga, tak daya. Mengantuk sangat. Tak apalah sayang, tendanglah ibu puas-puas. Kejap lagi ibu bangun k. Bertahanlah saya dengan asakan baby yang kuat dan tak berhenti-henti. Sambil terbaring, pejam mata, sambil terjerit 'adoiii!'. Kemudian ketawa, bersilih ganti dengan jeritan 'adoii!' lagi. Geli dan sengal jugalah dibuatnya.


Akhirnya, selepas 2 jam berhempas-pulas, tertidur jugalah kami berdua. Bila baby dah senyap, tenang dan aman damai saja di dalam, barulah saya boleh lena. Hurm, dah tidur pun anak ibu ya. Penat lah tu. :)


*************************************************


Sepanjang hari ini saya kemaskinikan blog sedikit. Setiap entry saya letakkan label supaya lebih organised. Bila saya baca blog orang, label-label ini sangat membantu sebenarnya. Selalunya yang menarik minat saya buat masa ini, tentulah label 'pregnancy'. Atau 'kelahiran'. Atau 'married life'. Jadi ada gunanya juga kalau saya susun entri saya betul-betul. Mungkin berguna untuk orang lain. Kalau ada orang bacalah. Hee.


Tapi kan, sebenarnya rasa segan sangat bila baca entri-entri yang dulu. Especially yang tahun lepas, waktu saya tengah struggle dengan perasaan selepas berpisah dengan suami buat kali pertamanya sebagai suami-isteri. Punyalah emotional, berangin semacam saja entri-entri saya. Huiii, rasa menyampah dan annoyed betul dengan tulisan sendiri. Ikutkan hati mahu delete saja.


Bila rasa macamtu, baru sedar. Kalau diri sendiri yang menulis dari hati pun menyampah, orang lain yang baca laaagilah menyampah kot. Kadang-kadang kita memang tak sedar tau. Tulisan di blog, bila dibaca orang, akan beri subconscious vibes pada pembaca. Samada positif atau negatif, bergantunglah pada cara tulis. Contohnya, saya ada terbaca satu blog ini, penulisnya agak moody. Sekejap-sekejap dia cerita kesusahan yang dia lalui, dan menangis. Sikit-sikit nak menangis. Ahhhh! Tiba-tiba jari pantas saja klik X pada tab blognya.


Macamtu juga kalau entri yang sarat dengan kemarahan. Kita sendiri dapat tempias panasnya, betul tak? Rasa, isyy, tak sedapnya nak baca. Apatah lagi kalau diselit dengan carutan. Pergh, terus membunuh hati nurani untuk baca. Pun samalah kesudahannya, tutup sajalah. Nanti kita pula yang berjangkit amarah.


Hahah, saya sedar dirilah. Saya pun dalam lingkungan seperti ini. Kadang-kadang terasa nak lepaskan kemarahan dan kesedihan dengan menulis di blog. Memang. Memang berkesan untuk tenangkan hati selepas tu. Tapi tanggunglah akibatnya. Semua orang pun lari. Sikit-sikit tak apalah. Masing-masing ada dosnya. Kalau setiap entri pun nak emo, apehal kau? Hahah! Tiba-tiba rasa sakit batang hidung sendiri. Adoii. =)


Jadinya, tolonglah bantu saya untuk menceriakan hati. Saya minta maaflah, untuk semua negative vibes yang kamu dapat dari sini. My bad. Perempuan kan, emo tak tentu pasal. Okey, alasan lagi. Lagipun sekarang ni saya sedang berbadan dua, perlu sangat-sangat jaga emosi. Saya mahu jadi ibu yang kuat senyum, ketawa dan ceria. Yang mampu menghangatkan dan menceriakan hati orang sekeliling. Mudah-mudahan anak ini juga manis, murah senyuman, peramah, mudah mesra dengan semua orang. Pahala pun dapat. Orang bertambah suka, Tuhan lagi sayang.


Nah gambar sepotong senyuman dan bunga-bunga yang mekar.
Semekar cinta yang berkembang-kembang di hati ini.
Diambil petang tadi sementara saya bersiap mahu ke kedai beli ayam di belakang rumah.
Setakat itu jelah pun boleh keluar sepanjang bedrest ni.
Urm, esok mungkin bunga akan semakin layu.
Tssk.

Macamana, ada rasa positive vibes sikit tak?


Oh ya. Esok menandakan genaplah seminggu saya dikuarantin. Dan tamatlah tempoh bedrest saya. Yeaah! Okey, tipu. Sebenarnya doktor prescribe bedrest untuk 2 minggu. Tapi kata doktor, kalau selepas seminggu saya rasa badan sudah kembali pulih, tak fragile dan sakit-sakit lagi, bolehlah sikit-sikit mulakan semula aktiviti saya. Tapi sikit-sikitlah. Tak boleh macam sebelum ni.


Eloklah tu doc. Saya pun perlu gunakan seminggu cuti Easter ini untuk catch up semula kelas yang tertinggal. Orang lain mula bercuti esok selama 10 hari. Tapi bagi saya, esok saya akan mula 'bekerja'. Cukuplah seminggu ini saya cuti di atas katil. Dah puas berbaring, tidur, diulit mimpi-mimpi indah. Esok, back to reality. But in slower and calmer pace definitely.


Sempena berakhirnya episod bedrest ini, saya nak panjangkan ucapan terima kasih banyak-banyak untuk semua yang sudi 'marah dalam sayang' kerana concern pada saya dan baby. Banyak private message saya terima di facebook, dengan kata-kata semangat dan nasihat. Oh, thank you mucho-mucho! Saya sangatlah hargai dan simpan kemas-kemas dalam hati.
Justify Full
Dan teristimewa buat adik-adik dan warga Besancon yang mengekspresikan kasih sayang anda pada saya. Terima kasih daun keladi. Sanggup datang rumah hantar makanan, tolong masakkan paru goreng berlada, kiriman salam beserta peluk cium, message di handphone, jemputan untuk makan di rumah, semua-semualah! Hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih dari pihak suami juga. Sesungguhnya Abgmas sangatlah lega dan bersyukur melihat saya dikelilingi adik-adik yang serba penyayang.

Jadi adik-adik, esok jum teman akak shopping yeh! Hehehe.


Nak jugak letak gambar ni.
Rindu sangat kat mak bapak sebenarnya.
Rindu. Rindu. Rindu. Rindu. Rindulaaaaah.
Mak pak, esok jum skype! Ngee.


Alololo.

#Picture credits to AnatiAsyran

20 October 2011

Baby. Honeymoon. Surprise

Sikit lagi baby! Sikittt je lagi nak masuk 20 minggu. Tak sabar juga rasanya nak cecah halfway pregnancy ni. Terasa satu accomplishment juga, walaupun masih belum boleh menarik nafas lega. Masih banyak kena berjaga-jaga.

Syukur pada Allah, beberapa hari lepas, sebaik saja usia kehamilan melewati 19 minggu, saya dapat rasakan sendiri satu keajaiban dari Allah. Satu perasaan yang tak dapat diceritakan, beyond any imagination, bila kali pertama merasa gerakan baby dalam rahim sendiri. Subhanallah. Tak mampulah saya atur dengan kata-kata walau dalam kamus sehebat manapun.

Abgmas sendiri ada bersama dengan saya waktu itu, walaupun hanya di talian.

"Abang!! Kejap!! Shhhh.. Shhhh.." Saya tiba-tiba terjerit sewaktu elok-elok bercakap dengan suami.

"Kenapa kenapa? Nini? Kenapa?" Hehe. Cepat betul paniknya. Dari dulu sampai sekarang, Abgmas memang cepat saja panik bila saya menjerit. Mana tak risau kan, dia tak ada di sini. Kalaulah jadi apa-apa, helpless sungguhl rasanya.

'Blupp'. Kemudian senyap. Terasa ada sesuatu di bahagian rahim saya. Angin ke? Tapi kuat semacam je.

"Kejap bang, kejap. Senyap k." Masih cuba meyakinkan suami yang bingung dan panik tertanya-tanya.

'Bluppp. Bluppppp.' Eh, lain macam ni. Takkan angin macamni. Panjang semacam cara bergolaknya. Saya dah mula suspen. Dah separuh senyum. Baby ke ni? Tapi still nakkan kepastian lagi.

Sekali,

'Blupp blupp blupp'. Ahahahahah! Terus berderai ketawa saya. Sah! Tak dapat dinafikan lagi.

"Abang, baby gerak! Baby gerak!!! Nini dapat rasa! Betul ni betul!"

"Ye ke? Ye ke Nini? Baby...... Baby abah... Baby bangun tidur ye... Sorry ye abah nak manja-manja dengan ibu kejap..."


Masih teringat-ingat lagi kali pertama saat baby memberikan tanda kehadirannya pada saya dan suami. Pandai baby pilih saatnya. Waktu saya sedang bercakap dengan suami. Agaknya baby rindu abah ya? Nak tegur abah sekali ya?


Alhamdulillah. Sekarang setiap hari pun saya dapat rasa pergerakan baby di dalam. Cuma dia belum aktif betul-betul. Sekarang dia sedang develop waktu tidur yang akan dibawa sampai selepas lahir, 20 jam sehari. Setakat ni saya perhatikan, ada 2 waktu favourite baby bergerak. Satu, di tengah malam, waktu saya sedang bersiap-siap berbaring untuk tidur. Masa ini paling aktif. Kebetulan memang setiap hari, pada waktu inilah saya bergayut dengan suami. Saya baru hendak tidur, suami baru bangun tidur. Dapatlah saya kongsikan moment ini bersama suami, dengan gelak tawa geli hati saya dengan baby yang tak duduk diam.


Lagi satu, acapkali saya berbaring, memang baby akan banyak bergerak. Tak kira siang atau malam, pagi atau petang. Tambah pula sekarang saya dalam period bedrest, memang banyak berbaring. Maka banyaklah saya dapat cherish moment dengan baby, bila dia bergerak. Kadang-kadang rasa pergerakan biasa, kadang-kadang rasa paduan kuat yang dia bagi. Mungkin dia tengah tendang-tendang. Minggu ke-20 ini, kaki baby tak lagi meringkuk ke depan. Sudah boleh melunjur, kerana otot dan tulangnya makin kuat. Mungkin sebab itu dia banyak practise tendang-tendang di dinding rahim saya.


Macamni rupanya position baby.
Patutlah kuat betul rasa sepakan percuma dia.


Tapi saya pernah terbaca, baby memang akan aktif bila ibu berbaring. Sebabnya, ibu kurang bergerak, jadi baby terjaga dari tidur. Kalau ibu tengah berjalan atau buat kerja, kan macam terdodoi baby di dalam. Terbuai-buai dengan ayunan perut yang makin ke depan. Ahah. Mungkinlah. Bila dia bergerak aktif, saya ambil kesempatan untuk bercakap dengan baby. Apatah lagi sekarang pendengaran baby memang dah fully developped. Dan dia sudah boleh recognise suara ibunya. Ya Allah, sumpah best!

"Baby... assalamualaikum. Baby ibu.. Baby bangun ye. Baby tak suke ye ibu baring-baring ni.. Okeylah okeyla, ibu gerak-gerak kiri kanan k. Baby tidur k, jangan tendang ibu tau. Cakitla ibu."


Ooh. Rasanya naluri keibuan dah mula menjalar sikit-sikit dalam setiap urat nadi saya. Okeylah tu kan. Untuk seorang yang tak baby-friendly macam saya sebelum ni, i deserve an applause, don't you think so? Hehe.


*************************************************


Semalam kira-kira dengan suami. Cuma tinggal lagi 8 minggu saja untuk kami bertemu semula. Ooh Tuhan, tak sabar sungguh rasa. Pastinya pertemuan kali ini lebih istimewa. Honeymoon? Sudah tentu-tentunya! 3 malam di Paris *huhh, Paris lagi?*. Hotel and tickets all reserved. Cuma perlu menghitung masa, dan berdoa semoga keredhaan dan keizinan Allah berpihak pada kami.


Sebenarnya saya berhajat sangat untuk ke satu tempat ini.. Kali ni bukan dalam France. Tapi perlu dirahsiakan dahulu, sebab belum confirmed. Abgmas mahu pastikan condition saya dahulu. Kalau meyakinkan baru beli tiket. Untuk naik flight, banyak-banyak jalan, mesti sangat penat. Tambah pula waktu tu dah 7 bulan. Sekarang ni pun saya cepat betul sakit pinggang, sakit belakang. Tapi tak kira, habis saja bedrest 2 minggu ini, saya mahu pergi kelas. Dah tak sanggup sangat rasanya miss class.


Semalam saya belek-belek semula gambar honeymoon kami bulan 2 yang lepas. Ke ireland dan UK. Paling tak boleh dilupakan. Sampai sekarang pun suami teringat-ingat lagi percutian kami ke sana. Walaupun semuanya dalam seminggu saja. Paling bermakna, bila Allah izinkan impian kami tercapai untuk road-trip berdua, dari Manchester-Nottingham-London.


Obviously Nottingham


His childhood dream came true.
Tak pernah tengok dia senyum selebar ini.


'My dream came true, when i found you.'


Cliff of Moher yang... hujan. As usual.


London yang, okeyla. Worth untuk datang sekali.


Nottingham lagi


London pun hujan.

Teringat-ingat lagi bulan lepas, beberapa hari selepas suami pulang ke Malaysia. Hati masih dijeruk rasa hiba.

"Takpe sayang, tak lama lagi dah. Lagi 12 minggu abang datang semula k."

Terkejut saya dengar kata-katanya. Bukan sebab lamanya tempoh 12 minggu tu. Tapi sebab,

"Hah? Abang kira ke? Nini pun tak sempat kira lagi."

"Hehe. Mestilah abang kira. Ape, ingat abang tak ingat ke hari-hari penting kita?"


Tak tak. Abang memang sangat thoughtful. You never fail to surprise me. Especially yesterday, you just brought me to tears, when i found this at the door.


'15 untuk ibu, 5 untuk baby. Take care my babies.' - Abah

Thank you abang. Thank you Allah. I just couldn't ask for more.

17 October 2011

Common sense yang dilupakan. Hurm.

Tahun ini saya dapat housemate baru. Rumah tetap sama macam tahun lepas, cuma housemate saja yang bertukar. So let's call her Anis, memang nama sebenar. Hehe. Sebenarnya hesitate nak letak nama manja timang-timangan dia, sebab nanti satu France kenal. Famous budak ni. :)

Malam semalam, semasa saya tolong-tolong Anis sediakan dinner untuk kami, dia bertanya;

"Akak, haritu akak cakap nak bincang pasal MOU kan. Akak cerita la sekarang, sambil-sambil tu.."

Oh, kalau ada yang taktahu, MOU itu maksudnya Memorandum Of Understanding. Term MOU ni official sangat sebenarnya. Lebih kurang macam perjanjian persefahaman antara dua pihak saja. Sejak awal-awal saya dah berniat nak berMOU dengan Anis. Cuma tak perlulah print atas kertas siap tandatangan bagai, cukup dengan bercerita tentang kegemaran atau pantang-larang masing-masing, supaya dua-dua saling memahami, dan saling tidak cross border terhadap ketidaksukaan masing-masing. Sangat penting untuk keharmonian isi rumah yang berkekalan. Bukan nak tinggal bersama seminggu dua kan. Sekurang-kurangnya pun setahun.


Dah alang-alang ditanya, saya pun ceritalah. Susah juga nak mula kan. Seboleh-bolehnya tak mahulah berbunyi serious sangat.

"Owh. Hehe. Macamana nak cakap ye. Kalau Anis, Anis tak suka pinggan tak berbasuh lepas guna kan. Suka sink selalu bersih dan clear. Akak note dah point tu. Selalu ingat dalam kepala. Tapi sorry tau kalau ada hari akak terkejar-kejar dengan kelas, tak sempat nak basuh pinggan terus lepas lunch. Tapi akak memang akan cuba everytime lepas masak dan makan, sink clear dan bersih."

Heh mukaddimahnya. Cukup diplomatik tak? Kemudian saya sambung lagi,

"Kalau untuk akak pulak, tak ada apa-apa juga nak dihighlightkan sangat pun. Akak perasan kita dua-dua pun suka rumah kemas, dua-dua pun selalu peka dengan keadaan rumah. So akak sangat happy. Cuma ada satu benda yang Anis perlu tahu pasal akak. In fact semua orang pun patut tahu. Akak sangat cerewet dan particular bab kebersihan toilet."


Ya. Itulah satu-satunya perkara yang saya cukup pantang tok nenek moyang berlapis-lapis keturunan. Saya tak boleh tolerate langsung akan perkara ini, walaupun dengan keluarga sendiri. Dengan suami? Alhamdulillah, tak pernah ada masalah. Sebab dia sangat pembersih dan pengemas orangnya.


Cuma suami tak adalah particular pada mana-mana bahagian. Kalau rumah tak kemas, dia jadi rimas dan lemas. Cepat-cepat dia akan tukar uniform, walaupun baru saja balik dari office, keluarkan vacuum, mop lantai. Habis satu rumah dia akan jelajah. Dan saya tak akan dibenarkan kacau. Katanya, ini kerja berat, jadi ini tugas suami. Lagipun saya hyper alergik pada habuk. Resdung akan menyerang berhari-hari. Dan dia takut saya jatuh dengan lantai licin, sebab saya suka jalan laju walaupun hanya dalam rumah. Jadinya, bila dia tengah projek satu rumah, saya hanya perlu duduk diam-diam di atas katil, sambil lipat baju. *Sebab dia tak suka lipat baju. Hehe*


Eh. Saya bukan mahu cerita tentang suami.


Berbalik kepada pantang saya itu, bila saya sebut toilet, secara automatiknya merujuk kepada tandas tempat semua orang 'download' itu ya. Kalau tak faham juga, dalam bahasa kampungnya orang panggil jamban. Ngerti? Tentang bilik mandi, saya taklah berapa cerewet.


Tak ada sebab musabab untuk terangkan, dan tak ada history atau trauma yang menjadi punca kecerewetan saya ini. Sejak kecil memang begini. Semakin menjadi-jadi bila semakin besar dewasa. Dulu di sekolah asrama, saya memang dah target satu toilet yang paling bersih antara semua, yang akan jadi satu-satunya kegunaan saya. Biasalah kan, toilet di asrama, boleh bayangkan sendiri. Saya sanggup beratur panjang untuk guna toilet itu juga, walaupun pintu toilet lain terbuka luas,. Dan saya pernah marah sambil menendang pintu toilet bila ada orang bodoh yang mencemarkan toilet saya itu.


Maaflah, sedikit kasar perkataan 'bodoh' itu. Kalau waktu saya marah, memang perkataan itulah yang terpantul-pantul dalam hati. Kalau waktu saya boleh tahan marah, dan perlu meluahkan kegeraman kepada suami atau mak bapak, saya akan label manusia-manusia ini sebagai tak bertamadun. Uncivilized people.


Term itu tak keterlaluan, i think. Ya lah, benda ni sangat common sense. Tak perlu belajar tinggi-tinggi, tak perlu diajar pun, dan tak perlu jadi orang kuat dan faham agama, semua orang sepatutnya boleh fikir. Tercapai dek akal yang Tuhan bagi pada semua orang. Orang hilang akal, lainlah. Even kucing yang tak ada akal pun, akan kuis-kuis semula tanah untuk tutup 'onar' yang dia dah buat. Dia nak buat onar itu pun, dia sangat malu. Akan pandang keliling make sure tak ada orang tengok. Saya tahu, sebab saya pernah bela berpuluh-puluh ekor kucing. Dan saya bersama adik-adik yang nakal tak ingat tu juga pernah mengendap kucing kami yang sedang ber**. Tertunduk-tunduk kucing itu bila dia tersedar kami memandang.


Bilamana you masuk toilet yang putih bersih berkilat-kilat, make sure you tinggalkan toilet dalam keadaan begitu juga. Kalau tak berkilat pun, make sure bersih dan tak ada cela sedikit pun. Apatah lagi kalau di rumah orang. Hoii, pantang betul saya. Kalau di rumah sendiri nak biar berkerak, busuk, berkulat, hitam legam, itu suka hati you. You yang nak mengadap setiap hari pun. Tapi di rumah orang, agak-agaklah ya. Sia-sia Tuhan bagi akal kalau tak boleh berfikir secara waras. Ada ke tuan rumah yang suka you tinggalkan toilet dia dalam keadaan tercemar? Dengan sisa-sisa najis you walaupun sedikit? Apa yang you fikir agaknya? Tuan rumah nak tolong cucikan? Nak tolong tarikkan flush lagi sekali untuk you?


You itu merujuk kepada siapa-siapa yang tak sensitif tentang ini. Kalau anda bukan spesis begini, tiadalah sebab untuk terasa ya.


Even dengan adik-beradik sendiri pun saya marah. Biasalah kan, adik beradik lelaki semuanya. Masalahnya, adik-adik saya suka betul masuk toilet bilik saya. Macamlah bilik sendiri tak ada toilet kan. Reason being, bilik air dan toilet saya selalu dipastikan bersih, lengkap dan selesa. Pernah satu kali, saya masuk toilet saya selepas adik saya baru guna. Tengok-tengok mangkuk tandas, urgghh! Memang nak kena belasah dengan kakak ni! Saya terus keluar, ketuk pintu bilik adik, dan bagi warning. "Kenapa tak cuci tandas kakak betul-betul? Lain kali kalau buat macamni kakak tak bagi dah masuk toilet kakak tau!" Sambil cekak pinggang dan tunjuk-tunjuk jari telunjuk.


Bila saya tak ada, bermaharajalelalah adik-adik saya guna toilet, tak payah susah-susah cuci. Kakak tak ada. Setiap kali saya mahu pulang ke Penang, memang bapaklah yang akan susah payah cucikan toilet saya sebersih dan seputihnya. Mesti mak yang suruh bapak. Sebab mak dah kenal habis-habisan pantang saya ni. Even kalau tengah memasak di dapur pun saya boleh tiba-tiba pecut naik tangga masuk bilik sendiri. "Nak pergi toilet jap makk", saya bagitahu sambil berlari. Walhal toilet dapur depan mata saja. Taknaklah, adik-adik selalu guna, bukan boleh percaya. Kalau mak cuci berkali-kali pun tetap sama juga. Boleh trauma berhari-hari saya dibuatnya.


Kalau di toilet awam pula, memang tak boleh nak buat apalah. Hakikatnya sangat ramai manusia begini. Nak berleter pun tak guna. Memang jenis manusia yang hanya fikir untuk lepaskan diri sendiri. Orang lain sikit pun tak terselit dalam kepala. Alah, lagipun kan makcik-makcik cleaner ada. Buat apa kita nak buat kerja mereka, nanti sia-sia saja mereka dibayar gaji. Hurm. Tak fahamlah saya. Kalau saya jumpa orang yang cakap macamni, memang nak kena semburlah gamaknya. Apalah sangat, kalau tekan flush 3-4 kali pun bukannya kena bayar bil air. Bukan ada orang marah. Bukan kena tambah bayar lagi 30 sen. Apa yang susah sangat?


Sebab itu bila pulang ke Malaysia, masalah terbesar saya bila keluar rumah adalah nak cari toilet yang bersih. Yang tidak dikunjungi oleh manusia-manusia tak bertamadun dan tak boleh berfikir. Kesian kan. Selalunya, kalau saya boleh tahan, suami akan carikan hotel, dan berhentikan saya. Tapi tak terjamin juga. Saya pernah singgah di hotel 5 bintang ini, nama dirahsiakan, di Shah Alam. Keadaan toilet sangat mengecewakan. Pengguna tak bertamadun memanglah awal-awal lagi salah, part maintenance hotel pun tak buat kerja kah? Sia-sia sajalah gah dengan 5 bintang.


Selalunya, memang berhenti di stesen minyak sajalah. Itupun cari stesen minyak yang besar-besar. Petronas dan Shell selalunya okey. Masjid atau surau, never never never! Saya tak payah cerita, masing-masing mesti pernah masuk toilet masjid atau surau kan. Ironik sungguh, tandas untuk tempat ibadah sebegitu menjijikkan. Di stulah masalah tak ada air, di situ jugalah flush selalunya tak berfungsi.


Bila kami singgah makan di mana-mana restoran, kalau saya mahu ke tandas, suami tanpa disuruh akan masuk tandas dahulu. Selalunya tandas campur lelaki perempuan kan di restoran? Dan dia akan bagitahu rating toilet itu mengikut standard saya yang dia dah cukup kenali. Kalau 8 hingga 10 saja baru saya masuk. Kalau tak, kita singgah stesen minyak ye abang? Atau kalau sempat dia drive sampai rumah, saya prefer tunggu saja sampai rumah. Dan terhenjut-henjutlah kereta suami sepanjang jalan dek isteri yang struggle nak tahan. Bila sampai rumah, berlari-larilah saya sambil tergocoh-gocoh tanggalkan selipar. Dan selipar pun bersepai melayang di udara. Pemandangan biasa.


***********************************************


Petang tadi saya mengemas sikit bahagian ruang tamu. Jangan marah ya, saya tahu saya kena bedrest saja. Tapi sungguh sejak pagi sampai petang saya memang terbaring saja atas katil. Baca buku, bergayut dengan suami, tengok internet, message dengan kawan-kawan. Rasa lenguh-lenguh juga banyak berbaring pun. Jadi ada baiknya saya mengemas sikit. Produktif jugalah hari saya, biar tak banyak pun. Lagipun sambil duduk saja.


Alhamdulillah, rumah dah semakin clear. Semakin lapang mata dan hati memandang. Kalau sebelum ni tak dapat digambarkan. Penuh dengan barang. Bukan barang saya, tapi barang orang lain. Di Besancon ini kuat juga amalan hidup berkomuniti. Ya lah kan, sama-sama malaysian di negara orang, siapa lagi yang nak diharapkan untuk bantuan. Ini sajalah keluarga yang kita ada. Mujur juga Besancon ramai malaysian. Antara lokaliti yang paling ramai malaysian di Perancis.


Cuma agak tebal kekesalan yang bersarang di hati sepanjang saya mengemas barang-barang peninggalan orang lain di rumah saya. Hal ini, dah lama sangat saya simpan dalam hati. Dan rasanya hari ini saya perlu jelaskan dan langsaikan, agar tak ada apa-apa rasa tak puas hati yang terus bersarang. Biar selesai semuanya. Dan sememangnya saya biarkan waktu berlalu, tak tergesa-gesa menulis dalam keadaan kecewa dan kesal, supaya setiap kata yang tertulis tidak menyakitkan mana-mana hati. Supaya tulisan saya bebas dari pengaruh emosi. Yang penting, maksud yang ingin disampaikan dapat difahami.


Saya tahu, memang normal bila telah sampai masanya untuk pulang ke Malaysia for good, banyak sungguh hal dan kelecehan yang perlu difikirkan. Packing barang untuk dibawa pulang, barang-barang untuk ditinggalkan, mengemas dan membersihkan rumah yang dah lama didiami, bukan mudah untuk ditangani dalam satu masa. Boleh jadi pressure. Dan selalunya memang pressure pun. Tapi mujurlah dengan ada komuniti malaysian di sini, keadaan jadi jauh lebih mudah. Boleh tumpangkan barang-barang di rumah mereka yang akan stay dan takkan berpindah. Selalunya barang yang ditinggalkan ini untuk diberikan kepada adik-adik junior yang akan tiba bulan 9. Maka selesailah satu masalah.


Saya bukan mahu berkira. Dan saya yakin, i am not being fussy over this matter. Saya cuba menjadi rasional, serasional mungkin, dengan meluahkan dan berkongsi pendapat dengan suami. Dia lelaki, dia pasti tahu membezakan antara emosi dan rasional. Saya minta dia berterus-terang kalau segala yang saya fikir ini memang emosional semata-mata.


Tak salah untuk tinggalkan barang peninggalan kita di rumah orang. Walau banyak mana sekalipun. Takkan ada siapa yang berkira. Semua sedia untuk membantu. Tapi adik-adik, biarlah kemas. Biarlah tersusun dan teratur. Jangan dicampakkan dan dicampur-adukkan semua benda dalam satu plastik. Seolah-olah macam barang buangan. Kita cuma nak tumpang barang kan, bukannya buang barang di rumah orang? Apalah salahnya kalau dikemaskan elok-elok dalam kotak, asingkan yang mana nak diberi pada orang, dan yang mana yang patut dibuang. Kemudian seal baik-baik kotak, tulis nama. Rasanya tidak sesukar mana kan?


Saya tak boleh nak berselindung. Sedih dan terkilan sangat bila sampai saja di France, masuk rumah, tengok keadaan rumah yang tunggang-terbalik. Saya tak kisah langsung rumah penuh dengan barang orang, tapi berkali-kali saya cuba fikir, kenapalah susah sangat untuk diorganise baik-baik.. Selepas adik-adik junior yang baru sampai datang ambil-ambil barang, pun masih banyak yang tinggal. Terpaksalah saya periksa yang selebihnya itu, kalau-kalau boleh digunakan untuk rumah, memandangkan banyak juga yang ditinggalkan.


Di sinilah terbit rasa tak puas hati. Istighfar, istighfar, sambil membelek-belek barang yang ditinggalkan. Patutlah adik-adik junior tak ambil, sebab yang selebihnya itu mostly, dah selayaknya masuk tong sampah. Maaf cakap ya. Stokin-stokin yang dah kusam, dah terkoyak, yang tak berbasuh, pun ada. Pakaian dalam pun ditinggalkan, untuk siapa, pun tak pastilah saya Dokumen dan surat-surat dari bank, yang memang takkan berguna untuk sesiapa, pun berkecamuk saya jumpa. Sangat banyak trash.


Waktu hati tengah sakit, lagilah syaitan gemar dan aktif menghasut. Waktu itulah saya mula terfikir, sudahlah rumah saya dihumban barang-barang macam rumah sampah, langsung tak diberitahu awal-awal pula tu. Bukan mengharap untuk diminta izin. Of course, memang saya akan izinkan. Tapi sekurang-kurangnya, beritahulah. Saya pun berhak tahu kan. Tidaklah saya terbeliak mata terkejut bila kembali dari bercuti di malaysia 3 bulan. Saya pula yang terasa asing dan menumpang di rumah sendiri, sedangkan setiap bulan pun bayar sewa yang sama.


Tak apalah. No big issue there. Lupakan saja.


Dan tadi, barulah selesai saya asingkan semuanya. Ada barang-barang yang masih boleh diguna, saya letak dalam satu kotak besar. Nanti esok lusa saya dan housemate akan angkat kotak ini bawa turun bawah, letak di tepi koridor, kalau-kalau ada sesiapa yang memerlukan ingin ambil. Yang selebihnya, yang dah buruk, dalam plastik sampah sajalah nampaknya. Tak tergamak saya mahu offer pada siapa-siapa.


Tulisan ini bukan untuk menghentam sesiapa, bukan nak mengguriskan mana-mana hati. Tapi saya yakin, banyak benda MESTI diubah. Bimbang kalau saya simpan saja dalam hati, hati saya yang makin berpenyakit, dan keadaan untuk masa akan datang tetap berulang.


Bila saya tanya suami, memang melampau sangat ke demand saya, untuk melihat semuanya dalam keadaan baik dan tersusun? Bukan untuk saya saja tapi untuk memudahkan semua pihak. Kenapa orang lain tak dapat berfikir begini? Ini jawapan suami.


"Entahlah, abang pun taktahu nak cakap apa. Mungkin nini nampak semua ni, sebab nini dah lalui banyak pengalaman berbanding diorang. Nini dah kahwin, dah merasa hidup dengan mak mertua, dah berpengalaman ziarah rumah saudara-mara yang nini tak pernah kenal. Banyak benda nini dapat. Tapi maybe diorang masih belum nampak semua tu, abang rasa."


Saya tahu, jawapan suami itu untuk menjernihkan hati saya yang dah penuh kesal dan terkilan. Supaya saya tidak terlalu stress berfikir why why why?? Tapi hakikatnya, saya yakin, ini semua common sense yang semua patut dapat berfikir. Again, common sense sepatutnya tak perlu diajar, tak perlu diberitahu. Dan tak perlu tunggu berkahwin untuk bertindak sewajarnya.


Kalau berniat untuk beri barang pada orang, pilihlah yang masih dalam keadaan baik. Kalau dalam agama, disuruh pilih yang kita paling sayang, itu yang sebaik-baiknya diberi pada orang. Tapi ini common sense, jangan bagi barang yang dah tak elok. Yang kita sendiri rasa nak buang. Kalau kita sebagai pemilik, nak pandang pun dah tak mahu, apa kita fikir orang lain mahu pandangkah? Mahu ambil barang buruk yang kita nak buang? Mahu ambil stokin kita yang dah buruk dan kusam?


And again, cubalah untuk berlaku adil dengan tuan rumah yang kita tumpang barang. Asingkan barang sendiri, buang yang mana patut buang, tinggalkan yang terbaik saja pada orang, dan susun elok-elok. Apatah lagi bila ramai yang menumpang barang sekaligus. Kalau setiap orang bertanggungjawab buat effort di bahagian masing-masing, tak perlulah tuan rumah pening kepala fikir tentang barang kita. Semua orang senang, semua orang dipermudahkan.


Tolonglah ya. Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, kita bukannya budak hingusan lagi. Masing-masing dah dewasa. Bertindaklah sebagai orang dewasa, dengan matang. Dan tolonglah jangan dilupakan perkara-perkara yang common sense ini. Bila dipandang remeh, memang menyakitkan. Memang jadi masalah. Harapnya inilah kali pertama dan terakhir saya menulis secara terbuka ini. Tak perlu diulangi lagi, dan janganlah berulang lagi.


Saya sudah selesai semuanya dalam hati. Tak ada dendam, tak ada simpan apa-apa. Terpulanglah untuk diambil atau tidak apa yang tertulis ini. Dan tak perlulah minta maaf, saya sudah maafkan semuanya awal-awal lagi. Saya juga minta maaf kalau ada yang terasa. Harapnya tidaklah keterlaluan kata-kata saya. Saya cuma mahu kita semua berubah jadi lebih baik. Untuk orang lain, dan untuk diri sendiri terutamanya.Justify Full

15 October 2011

Kan dah kena bedrest

Pengalaman pertama. Doktor prescribe bedrest 2 minggu, tak boleh pergi kelas, semua aktiviti luar mesti dihentikan. Yang boleh, duduk berbaring dalam rumah. Tak kisah lah nak baring atas katil ke, atas sofa ke, atas carpet ke, asalkan baring.

Waktu doktor cakap macamtu, saya macam blurr, tercengang. Teruk sangat ke keadaan aku ni? Sambil doktor tulis surat untuk universiti, saya hanya dapat pandang terkebil-kebil. Tak boleh nak bersuara. Walhal dalam kepala berdentum-dentam soalan menerpa. Apa masalah aku ni? Again, teruk sangat ke? Tak boleh pergi sekolah 2 minggu? Oh noooooo!

"Dr, pregnancy saya ni berisiko ke kalau saya pergi kelas jugak?"

"Tak, pregnancy awak tak ada masalah. Tak ada risiko, buat masa ni. Baby awak dalam keadaan sangat baik, keputusan ujian darah awak, ujian klinikal awak, semuanya meyakinkan. Cuma badan awak dah sangat penat. Awak baru 19 minggu tapi dah mula rasa contraction. Itu petanda awal. Kalau tak jaga, boleh jadi berisiko."

Lebih kurang begitulah doktor terangkan, selepas berkali-kali dia bilang, sangat penting untuk saya berehat dari apa-apa aktiviti.

******************************************

Ini kisah hari khamis lepas. Bilamana saya admitted di bahagian urgence (emergency) di service maternity dan diperiksa dengan detail. Pagi itu, saya ke kelas seperti biasa. Masuk ke kelas terlewat 10 minit, sebab tertinggal bas. Pagi itu juga sebenarnya saya rasa sangat-sangat liat dan tak larat mahu bangun ke kelas. Tapi tak boleh. I can't afford to miss even one class. Missed out, imej tercalar di kalangan cikgu, dan tak suka depends pada nota-nota kawan yang tulisannya boleh buat saya beristighfar berkali-kali membacanya. Cukup kukuh kan sebabnya.


Sejak bangun pagi, sampailah ke dalam kelas, dada saya sesak, sempit, sakit. Susah nak bernafas. Sudahlah duduk di barisan depan sekali (dah masuk lewat kan, nasiblah), segan pula asyik nak pegang-pegang dan urut-urut dada depan cikgu lelaki. Tapi tak tahan, sampai tertunduk-tunduk saya untuk bernafas. Akhirnya, tak tahan sangat, sampai terkeluar airmata. Tak berniat nak menangis, tapi memang sumpah tak tahan.


Kelas elektronik itu sepatutnya 4 jam, tapi selepas 2 jam, masa berehat, terus saya kemas beg dan keluar. Hanya nampak hospital saja depan mata. Jalan pun perlahan, sebab pagi itu sejuk, lagi akan memudaratkan sesak nafas. Tambah pula sejak seminggu ini, saya semakin rasa lenguh di bahagian rahim. Rasa sengal yang berterusan. Kadang-kadang sakit memulas macam 'period pain'. Nak kata sebab baby, belum besar mana pun perut saya ni. Adik-adik junior pun ada yang cakap, tak nampak sangat saya sedang pregnant.


Mujur di bahagian emergency tak ramai orang. Saya cuma menunggu 15 minit saja. Selepas disoal-siasat masalah saya, doktor pun mengumumkan sesuatu yang paling saya takuti, dan amat saya benci. "Kita akan buat pemeriksaan ginekologi. Sila masuk ke dalam bilik ini, dan tanggalkan apa-apa yang patut ya."

"Tanggalkan apa-apa yang patut tu tanggalkan apa doktor?" Entah macamana saya boleh pulak tertanya soalan bodoh di situ.

"Tanggalkan semua yang bawah, yang atas tak apa, awak boleh pakai."

Amik kau, nak sangat jawapan terus-terang kan.

Ah sudah. Sudah sudah sudah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sudahlah saya memang takut, doktor lelaki pula. Mujur ada nurse pembantu yang bawa saya masuk ke bilik tersebut. Rasa reassured dengan kehadiran perempuan. Tapi still, cemas dan takut. Tiba-tiba rasa menyesal pula datang hospital. Tapi mahu lari ke mana lagi. Kalau masih budak sekolah, masih diterima akal dan berbunyi kelakar kalau lari keliling sekolah takutkan doktor gigi. Kalau ibu mengandung 5 bulan lari keliling hospital takut kena check? Buruk bebeno.


Kalian yang pernah mengandung mesti tahu kan apa itu pemeriksaan ginekologi? Dalam french, examen gynécologique. Saya tak mahulah cerita detail. Ringkasnya, doktor akan periksa leher uterus kita, untuk pastikan samada baby betul-betul secure atau tidak di dalam rahim. Dan untuk pastikan tak ada sel-sel kanser atau penyakit yang berkembang, sedikit sel leher uterus akan diambil (dikikis).

Ohh, saya menulis lagak student medik pula! Padahal hantam sajalah. Ini apa yang doktor cakap. Kalau saya tipu, maknanya doktor itu penipulah.


Alhamdulillah, lepas juga ujian ginekologi yang dibenci itu. Legaaaaaanya ya Allah. Lepas ni jangan ada mana-mana doktor nak ulang ujian ni pada saya lagi. Saya lepuk kang. Sekali cukuplah. Apa reaksi dan perasaan saya? Tak boleh cerita sinilah. Kalau ada siapa-siapa curious dan nak tahu, boleh tanya depan-depan. Oh, mestilah, perempuan sahaja. Saya tak lokek cerita, walaupun melibatkan hal-hal intimasi sebegini. Untuk pengetahuan dan persediaan diri, apa salahnya. Lainlah kalau untuk jadi bahan ketawa dan dijaja cerita. Memang nak kena lepuk.


Tapi kan tapi kan, hati saya macam lompat-lompat gembira bila doktor keluarkan satu mesin ini. Saya kenal betul mesin ini! Hati saya senyum sangat-sangat bila doktor cakap, "okey, kita scan baby sekejap ya. Tengok apa dia buat di dalam." Happynya!! Tuhan saja yang tahu. Tapi saya cover-cover senyum supaya tak nampak obvious sangat. Nanti doktor ingatkan saya buat helah pula, konon-konon sakit tapi sebenarnya nak tengok baby. Walaupun hakikatnya saya memang sangat-sangat teringin nak scan baby sejak 2 minggu ini. Sekejap pun tak apalah. Risau bercampur rindu.


Alhamdulillah, dapatlah saya jenguk baby di dalam. Waktu doktor scan, nampak baby tengah tertonggeng. Doktor cakap, baby tengah tidur ni. Alahai, baby ibu ni suka tidur menonggeng ya. Ikut siapa ni. Ibu dengan abah tak ada pula perangai macamtu. Sumpah, nehi nehi nehi. Masa doktor gerakkan alat scan untuk cari jantung baby, baru baby bergerak. Oh, dia telentang pula. Mesti baby rimas ni tidur kena kacau bila doktor tekan-tekan alat itu di rahim saya. 3-4 kali jugalah dia memusing, kejap telentang kejap mengiring kejap menonggeng. Doktor pun tergelak sebab susah betul nak dekatkan alat pada jantung dia, untuk dengar bunyi degupan jantung baby. Saya lagilah, tergelak sambil berair mata. Oh, moment seperti ini, syahdunya. Indahnya kalau suami ada sekali di sebelah. Sambil pegang tangan, kita tengok baby dan tersenyum tergelak sama-sama. Kan sayang?


Selepas scan baby, masuk semula ke bilik doktor, untuk doktor bagi nasihat macam-macam. Prescribe ubat untuk sakit saya. Temasuklah arahan bedrest itu.


***************************************************

Selepas jumpa doktor, malam itu, adalah malam yang paling lena dan puas saya tidur. Tak terjaga langsung. Mimpi pun tak ada. Dah 2-3 minggu saya tak dapat tidur begitu. Tapi lepas doktor arahkan bedrest, tak perlu lagi pergi kelas, barulah saya dapat lena dengan nikmat. Completely tenggelam dalam tidur. Betul rasanya hipotesis suami. Katanya, badan saya penat sebab banyak berjalan, campur tak cukup tidur. Tapi punca tak cukup tidur, sebab stress dengan kelas. Kesimpulannya, memang patut berhenti kelas buat masa ini.


Tapi kalau tak pergi kelas lagilah stress! Stress nak catch up balik, nak salin nota dari kawan. Mujur cuma tinggal seminggu saja lagi kelas. Minggu depan lagi satu, cuti easter selama 10 hari. Maknanya, tak perlulah saya miss class sampai 2 minggu. Tapi satu minggu pun, banyak yang akan tertinggal! Tak apalah, saya catch up semuanya masa cuti nanti. Memang tak pergi ke manapun. Uhh, nak pergi mana pun dalam keadaan macamni. Pergi cari penyakit?


Semalam, hari jumaat, saya buat eksperimen sendiri. Memandai-mandai. Hari khamis doktor suruh bedrest kan? Jangan pergi kelas, jangan pergi mana-mana kan? Okey, saya tak pergi kelas. Tapi saya keluar pergi bandar. Nak makan je, lepas tu saya balik. Saya nak tengok, betul ke badan saya ni dah tak boleh afford apa-apa aktiviti luar. Sebenarnya dalam hati, saya tak berapa yakin dengan doktor. Doktor kata badan saya penat, tapi saya rasa okey!


Hajat di hati cuma mahu keluar makan. Tapi nan adoo lah. Mana saya reti duduk diam. Bila rasa lincah sikit, saya extend lagi langkah kaki saya, dengan penuh keyakinannnya singgah supermarket. Cari barang-barang untuk rumah. Saya memang suka shopping barang rumah. Terjumpa stand lamp, yeah, terus ambil! Padahal boleh tahan berat, dalam 5 kilo. Tapi saya rasa macam okey saja, tak berat sangat.


Bawak balik, terus pasang. Lepas tu kemas-kemas barang di ruang tamu. Tolak kotak-kotak, asingkan barang peninggalan orang. Angkat periuk, masuk dalam kabinet. Yeah, puas hati. Sedap sikit mata nengoknye!


Nak bajet superwoman lah sangat kan. Lepas je makan, solat isyak, terus mengaduh sakit. Aduh, sakit belakang. Tak boleh gerak. Tak boleh pusing. Perlahan-lahan baringkan badan atas katil sambil mengaduh adudududuiih. Mengadu dekat suami di BBM. Mujur servis BBM dah pulih lepas 2 hari buat perangai di sini. Kalau tak, dah selamatlah 200 euro beli iPhone baru. Heh.


Suami bangun tidur, terus call saya. Dan saya pun cerita, sambil takut-takut sebab langgar arahan doktor. Tapi buat-buat manja, minta simpati suami sebab sakit belakang. Dengan harapan suami tak marah.

Silaplah. Selalunya dia tak marah kalau saya degil. Paling-paling pun dia berleter sikit. Tapi bila saya pujuk-pujuk manja "Abang, jangan marah Nini..", terus dia tak jadi marah. Terus "tak tak, abang tak marah..."


Tapi semalam, sampai menangislah saya dibuatnya. Oh, suami dah marah. Abgmas marah. Mana pernah Abgmas marah Nini macamni. Sedihnya rasa. Sikit pun dia tak cair dengan tangisan dan pujukan 'abang-jangan-marah', modal biasa saya tu. Dan last-last dia cakap, semacam ugutan jugalah,

"Abang taknak sebut. Abang taknak sebut. Tapi kalau rahim Nini dah tak kuat, apa-apa jadi dekat baby, menyesal 10 tahun pun tak guna Nini.."

Okey, diam saya. Tak cakap apa-apa dah.


Waktu ini 14 minggu.
Saya pening memusing dan nak jatuh tengah-tengah fakulti.
Mujur Abgmas masih ada, boleh pinjam peha.


**************************************************

Hari ini, hari sabtu. Saya behave. Dengar arahan doktor, ikut cakap suami. Dari pagi sampailah ke petang, saya cuma baring atas katil. Memang itupun sebenarnya yang dipanggil bedrest. Kalau ikut term mediknya, bila doktor dah arahkan bedrest, memang pesakit kena berbaring saja atas katil. Makan minum orang yang bawakan. Nak mandi pun sekejap-sekejap saja. Itu yang saya faham, lepas baca-baca di internet. Dan memang itupun yang doktor saya sebutkan khamis lepas. Saya kena baring saja, rehat. Untuk 2 minggu.


Tapi suami cakap, dia izinkan saya untuk keluar sekejap-sekejap sekitar rumah, untuk beli barang-barang dapur di kedai belakang, 5 minit jalan kaki dari rumah. Tapi pergi bandar, tak boleh. Kelas, tak payah. Walaupun saya ada presentation hari rabu dan exam hari khamis ini, tak payah fikir. Dah dapat cuti seminggu. Tak payah risau-risau.


Hehe. Tak perlulah cemburu sebab saya dapat cuti seminggu. Rasa legalized tak payah pergi kelas. Seksa kot saya nak duduk rumah saja seminggu dua ini. Saya bukan jenis macamni. Selagi ada daya, saya akan keluar, berjalan, cari barang, jumpa orang. Setiap hari pun aktif. Sebelum inilah. Sekarang ni memang silap besarlah bila saya apply rentak hidup yang sama macam tahun lepas. Tengah mengandung, tapi gaya macam orang tak mengandung pun. Mana tak kena bedrest. Padanlah muka.


Doakan saya dapat behave dan betul-betul ikut arahan doktor ya. Saya ni selalunya terlebih yakin dengan diri sendiri. Takut-takut tak mampu kawal diri, kawal kaki. Alih-alih keluar jugak pergi bandar. Atau tiba-tiba tersesat di kedai furniture sambil angkat penyangkut baju yang memang saya berhajat nak beli minggu lepas. Kalau ada siapa-siapa nampak saya keluar, tolong marah ya. Ye adik-adik, marah je kak nini ok. Memang jenis nak kena marah dulu baru makan saman.


Buat masa ni, saya dah buat what-to-do list. Untuk isi kekosongan masa yang akan membosankan di rumah seminggu dua ini. Nak buat apple crumble, moist chocolate cake, carrot cake. Bahan tak cukup lagi, tapi sikit-sikitlah beli. Atau minta tolong housemate beli. Oh, kesian housemateku! Dapatlah saya tingkatkan skill di dapur sambil-sambil bedrest. Heh, kalau dah masuk dapur tu bukan bedrest lagi namanya. Tak apalah, kita upgrade jadi homerest. Boleh kan? Tolonglah cakap boleh. Kalau tak, terpaksalah pukul telur dan hias kek atas katil juga nampaknya. Huuu.

10 October 2011

Mak, nini lapar..

Entri pengalaman mengandung part 2 tu sambung next time okey.
Hari ni rasa nak tulis benda lain.

Macamni lah. Dah nama pun kehidupan kan. Ada pasang surut.
Bila kuat, memang rasa kuat. Semangat nak buat semua benda. Kalau boleh kaki ni taknak berhenti melangkah. Biarlah ke sana sini pun, badan tak terasa penat.

Tapi bila rasa lemah, waktu nilah rasa nak mengalah.
Rasa nak give up.

This is what happened to me, today.
Monday blues. Biasalah, semua orang pun rasa.

Tapi saya rasa lagi teruk kot, sebab campur dengan baby blues.
Baby blues in advance.
Campur lagi dengan husband-jauh blues.
Jangan lupa campur dengan no-family blues.
Agak-agak rasa macamana? Sedap tak?


GANGGUAN

Sejak suami balik malaysia, saya ada masalah tidur yang sangat ketara.
Bukan nak relate-kan dengan kemengadaan saya tak boleh tidur kalau tak ada suami.
Bukan.
Tapi rasanya ada kena mengena jugak dengan pregnancy ni. Pernah terbaca.
Ibu-ibu mengandung ni sangat prone untuk dapat weird dreams.

Kalau ada rezeki, badan penat sangat, dapatlah saya tidur solid dari malam sampai pagi. Tapi lately, saya dah tak boleh tidur tutup lampu. Tak boleh bergelap total. Sebab setiap kali tidur bergelap, mesti saya mimpi hantu.

Mimpi hantu yang sama berulang-ulang sepanjang malam. Rasa macam betul-betul dia tengah mendatangi saya kat katil. Tak scary ke kalau sampai macamtu?

Last-last memang saya bangun, bukak lampu, menangis. BBM suami, mintak dia call serta-merta. Pujuk-pujuk, lepas tu baru saya boleh tidur.

So kena tidur pasang lampu. Terang benderang je bilik. Susah sikitla nak lelap kan, unless kalau siang tu saya betul-betul penatkan badan sepenuhnya. Itupun asyik terjaga tengah malam. Every 2 hours terjaga. Nak buat macamana, lampu betul-betul atas kepala.

Dua hari lepas saya try untuk tutup lampu semula. Nak kembali normal, quality sleep. Then again, saya mimpi hantu. Saya dah tak boleh tahan. Ahhh! Ini dah melampau! Apa yang kau nak kacau aku sangat haa setannn? Aku dah baca doa pun kau boleh tak malu datang lagi! *Ayat bajet cover. Padahal terketar-ketar takut.*

Bila cerita kat suami, baru saya tersedar. saya bawak baby, patutlah ada saja yang nak ganggu.. Tak ada teman tidur pula.

Lepas tu teringatkan mp3 Al-Quran yang mama hadiahkan just before balik hari tu. Dah berhari-hari juga saya tak pasang sebab habis bateri. Saya memang paling lemah bab nak caj-caj barang. Selama saya tinggal dengan suami, memang dialah yang monitor bateri handphone saya setiap hari. Bila bateri low je, alih-alih saya tengok dia dah siap-siap cajkan. Nak harapkan saya sendiri, mimpilah. Kalau habis bateri fon saya, saya rembat guna fon dia. Tak payah risau apa-apa.

So semalam, suami dah keluarkan arahan. Bukan pesan-pesan lagi dah, tak main nasihat-nasihat dah. Sebab macam dah kronik saya asyik kena ganggu.

"Abang nak malam ni nini tidur pasang Quran. Please ye, abang serious ni. I want my babies to sleep with Qur'an."

Okey boss. Saya yang menurut perintah.

So pasanglah mp3 tersebut semalam. Saya pasang surah al-baqarah, biar lama sikit bertahan nak tunggu saya terlelap. Tapi lampu tetap terpasang. Rasanya dah cukup trauma dah nak tutup lampu. Serious, takut.


STRESS

Overall, saya suka apa yang aku belajar tahun ini. Saya rasa master 1st year lebih mudah daripada final year degree tahun lepas. Sebab bila masuk master, student-student datang dari macam-macam background. Ada yang degree in mechanics, ada yang electronics. Jadi dalam kebanyakan subjek, kami belajar secara basic dan general saja.

Buat masa inilah. Rasanya masuk semester depan, dah mula payah. Tapi normal lah. Tak perlu dikeluh-kesahkan. Kalau dah namanya student, tak ada apa yang mudah.

Cuma ada satu perkara yang saya selalu rungutkan. Punca utama stress saya setiap hari. Timetable.

Setiap hari kelas penuh pagi sampai petang, tak ada masalah. Memang kami sudah terbiasa begitu. Sudah masuk tahun ke-7 belajar di France ini, memang tak pernahlah kelas tak penuh.

Cuma tahun ini, setiap subjek memakan masa 3-4 jam. Kelas-kelas pendek selama sejam setengah dah pupus sepenuhnya. Bukan amali dalam lab ya 4 jam tu, memang purely lecture. Mengadap subjek yang sama, cikgu yang sama. Tak keterlaluan ke?

Balik kelas, dahi berkerut seribu. Setiap hari pun saya rasa geram dan seakan berdendam dengan si pembuat jadual. Memang tak syak lagi, inilah punca stress saya. Yang buatkan saya tak ada mood setiap kali balik kelas. Kesian mak bapak, sebab selalunya waktu itulah mak bapak nak telefon tanya khabar anak dan cucunya. Tapi anaknya pula tengah letih, exhausted, bengang, lapar, stress. Memang tak berapa bestlah perbualan jadinya.

Nak menambah perisa hari ini, semalam saya tak dapat tidur langsung. Tak tenggelam pun dalam tidur. Lagak saja baring, pejam mata, mimpi. Tapi selang setengah jam terpusing badan, garu-garu kepala. Mimpi pun bertukar-tukar. Macam khayalan semata-mata. Dari mula-mula tidur sampai pukul 6.30 pagi, completely rasa tak lena.

Bila bangun dari katil pun, tak rasa macam bangun tidur. Rasa macam bangun dari baring-baring rileks-rileks saja. Tak tahulah kenapa ya Allah..... Helpless sungguh rasanya.


NAK MAK

Bulan lepas, saya banyak betul spend duit untuk makan di luar. Asal lapar, pergi kedai kebab. Atau ke kedai briyani. Kalau tak tahan, singgah kedai sushi. Beruntung jugalah tinggal di Besancon ni, nak mencari makanan halal memang tak jadi masalah langsung. Kedai sushi pun ada yang halal lagi.

Tapi masuk minggu ni, saya rasa dah tak boleh nak sumbatkan perut dengan makanan luar. Dah muak. Sebulan ulang-ulang makan benda yang sama. Sushi pun tak teringin. Saya cuma teringin nasi. Nasi nasi nasi......

Tapi saya ada bad habit bila memasak. Suami cakaplah ini bad habit. Bila saya masak, susah sangat saya nak makan apa yang saya masak. Makan pun sepinggan, secoet saja. Sekadar cukup syarat, nak hilangkan lapar. Tak kisahlah walau sesedap manapun saya masak, walau berkilo-kilo orang memuji, saya tak teringin nak makan masakan saya.

Tapi kalau orang yang masak, sesimple-simple mana pun saya boleh tambah 2-3 pinggan. Walaupun nasi kosong dengan daging masak kicap. Terasa sungguh nikmat. Sedapnya orang masak!

Sebetulnya, masih ada lagi sisa-sisa loya sejak trimester pertama. Bila kita yang masak, kita nampak lauk tu sejak mentah sampailah masak. Bila mentah, of course meloyakan *untuk sayalah*. Walaupun tak terbawa-bawa sampai muntah, tapi still rasa tak lalu. Then bila dah siap masak, tup-tup benda mentah yang meloyakan ni tadi dah boleh dimakan pula. Ish, tak bolehlah!

Sekarang ni, memang saya hanya mengharapkan ihsan housemate baru saya saja, untuk makan apa yang dia masak. Memang terpaksa menembokkan muka yang tak malu ni. Nak tunggu saya masak sendiri, bolehlah seminggu sekali. Itupun jenuh juga nak tunggu. Mujur dia memang suka memasak. Sedap pula tuh! Ahah, bukan nak bodek, tapi memang sedap. Orang kelantan kan.


Kadang-kadang terfikir juga. Di besancon ni ramai malaysian, ramai adik-adik perempuan. Ikutkan hati, mahu saja saya singgah di rumah-rumah mereka cari makan. Tak kisah kalau kena bayar sekalipun. Asalkan dapat makan nasi dengan lauk sikit. Especially bila hari-hari kelas, dengan tak sempat masak, penat, nak makan luar dah tak lalu. Tapi buat masa ni belum sampai macamtu lagilah. Masih under control. Tapi taktahulah, lagi 2-3 bulan macamana. Kalau terpaksa, memang tebalkan sajalah muka mengemis nasi dan simpati di rumah orang lain. Bawak duit 5 euro, dapat sepinggan, pun dah nikmat.


Siang tadi, tiba-tiba jadi cengeng. Rasa melebih-lebih pula simpati pada diri sendiri. Sampai menangis. Hish, tak malu betul. Saya terfikir, mungkin lebih baik kalau takdir kami terbalik. Saya di malaysia, abgmas yang belajar di sini. Sekurang-kurangnya ada family dapat jaga saya. Dapat makan masakan mak. Atau sekurang-kurangnya, kalau tak dapat makan mak masak pun, terjaga juga makan saya. Tambah-tambah tengah mengandung ni, tak berapa lalu nak masak. Di malaysia kan senang saja nak cari makan.


Dalam cengeng-cengeng itu, perut sangat lapar. Pergi ke dapur, lagi sedih sebab tak ada lauk. Lagi laju airmata. Nasi semalam saja yang ada. Demi memenuhi perut, dan takut menzalimi si anak dalam perut ni, saya gagahkan jugalah. Maka terhasillah hidangan tengahari saya tadi :


Sedap tau. Saya makan licin sampai habis.
Nasi sejuk semalam + telur goreng masak-sambil-nangis + tuna kari fresh-from-tin
Nanti saya bagi resepi kalau sesiapa teringin.


Waktu-waktu macamni, sangat teringatkan mak. Betul cakap midwife, bila kita pregnant, selalunya kita akan sangat perlukan mak kita. Kalau boleh nak minta mak datang jaga Nini di sini, sebulan pun tak apa. Nak makan nasi berlauk, tak mahu dah makan kebab. Tapi susahlah kan, kalau mak datang sini, adik dengan bapak kat rumah nak makan apa. Nanti bapak pun makan macam dalam gambar kat atas ni. Kesian.


Makan kenyang-kenyang, solat, sambung tidur. Nak regain semula tidur yang hilang. Alhamdulillah, mudah untuk lena. Saya tidur sambil letak tangan atas perut. Pegang, usap-usap baby. Dalam hati terfikir-fikir saja, ya Allah, aku ni betul ke dah ready nak jadi ibu. Nak bagi makan diri sendiri pun sampai menangis-nangis ingat kat mak. Masih tak puas nak jadi baby semua orang, tapi dalam perut dah ada baby sendiri..


Nini akan jadi ibu setabah mak!

Baby, terima kasih sebab teman ibu setiap hari. Ibu tahu ibu tak sorang-sorang. Ibu sayang sangat baby. Ibu akan lalui semuanya, sesusah manapun, demi anak ibu.Ibu doakan baby nanti lahir jadi kuat dan tabah juga ya, bawa semangat ibu dan nenek dalam darah baby..


Tumbuh, tumbuhlah anakku..

9 October 2011

Pengalaman mengandung di Perancis (Part 1)

Sejak awal-awal disahkan hamil, hanya satu saja yang bermain di fikiran; saya ingin bersalin di Malaysia. Untuk deliver dan lalui seluruh proses pregnancy di France, amatlah terkebelakang dalam option saya. Ini kan anak pertama, jadi saya mahu support dari semua orang. Saya mahu dikelilingi oleh semua orang penting pada hari-hari menjelang kelahiran. Saya mahu mendapat layanan first class, tak mahu bersalin di hospital kerajaan *yes i'm spoilt*. Apatah lagi saya sememangnya amat ngeri, seriau dan sangat takut bila orang bercerita pasal bersalin. Sampai tutup-tutup telinga tak mahu dengar, dan pejam-pejam mata tak mahu membayangkan. Tak mahu fikir langsung pun.


Tapi suami dan keluarga berfikiran sebaliknya. Mereka lebih prefer saya deliver di Perancis. Concern utama dan terbesar; studies saya akan terganggu. Ya lah, kalau saya bersalin di malaysia, bermakna semester kedua saya bermula januari 2012 terpaksa ditangguhkan. Tangguh satu semester, saya sanggup dan bersedia. Itupun kalau JPA benarkan. Cuma yang jadi masalah, di Perancis ni, kalau tangguh satu semester, akan jadi tangguh setahun! Sistem universitinya memang begitu, tak flexible seperti di malaysia atau US atau UK. Tak mahulah saya cerita detail. Saya nak memahamkan sistem ini pada parents dan mertua saya pun memakan masa berhari-hari. Cerita pada suami, sampai kena lukis-lukis atas kertas. Tapi berbaloi sebab dia sangat faham sistem itu sekarang.


Dan bila memikirkan kalau tangguh setahun, bermakna lambat lagi saya akan habis studies, semua orang jadi tawar hati dengan pilihan saya. Semua mahu saya cepat-cepat habiskan master, cepat-cepat pulang. Of course mak bapak saya paling inginkan saya kembali ke Malaysia. Saya tinggalkan mereka seawal usia 18 tahun lagi. Itu belum kira 5 tahun saya bersekolah asrama penuh sejak tingkatan 1. Sempat 12 tahun saja hidup sepenuh masa dengan mak bapak dan adik beradik. Sekarang, saya sudah 24 tahun, and i'm married. God, i miss them. :(


Itu cerita di Malaysia, semasa cuti 3 bulan lepas. Sekarang dah cukup sebulan kembali ke Perancis, dengan semangat, dan kekuatan baru yang luar biasa. Juga dengan fikiran dan pilihan baru; yes, i want to deliver my baby in France! Dengan sepenuh-penuh kerelaan hati, tanpa apa-apa paksaan dari sesiapa.


Jenuh juga nak buat saya tukar fikiran ni. Sampai meleleh-leleh air mata dan hidung saya menangis depan mak bapak dan suami masa berbincang tentang ni. Saya degil dan berkeras hati mempertahankan pilihan saya, nak bersalin di malaysia jugak-jugak! Susah tau saya nak menangis mengalah depan orang ni. Ego tetap akan dijaga. Benci jugak bila fikirkan macamana boleh termenangis hari itu. Tapi tak apalah. Bapak usap-usap kepala saya, mak seperti biasa dengan kata-kata penguat penuh keibuannya. Dan suami seperti biasa jugalah dengan pujukan dan sentuhan magisnya. Oh, tak payah cerita lebih-lebih.


IMY, Seth Mas.
*Gambar sekadar hiasan*


Yang membuatkan saya berubah hati dan tukar fikiran, bila melihat semua orang akan berkorban untuk saya. Kehendak saya akan dipenuhi, mak dan mama akan bergilir datang ke France untuk menjaga saya dan baby, sampailah saya habis tahun ini. Suami juga akan ada di sisi semasa delivery. Bapak dan baba pula tak putus dengan pengorbanan material yang bukan calang-calang. Semua nak tengok saya bahagia, dengan baby dan suami, dan dapat habiskan studies tanpa masalah.


Bermakna, tinggal saya saja untuk decide, samada saya bersedia atau tidak untuk berkorban sikit saja, for my part, supaya hasrat semua orang ini tercapai? Bukan untuk mereka pun, untuk saya, suami dan baby juga. Untuk keluarga kami yang baru nak bertatih dalam kehidupan serba mencabar.

Alhamdulillah, akhirnya Allah tukarkan fikiran dan nekad saya.

Now, here i am. Tenang, percaya, dan positif. Peace of mind yang tak dapat diganggu-gugat oleh sesiapa melainkan Tuhan.

So baby, we are going to survive together okey? We're gonna be strong ya sayang? *Membayangkan baby sedang angguk-angguk kepala sambil tendang-tendang bagi sign. Ooh can't wait.*


Pinjam baby orang dulu ye


***************************************

Tadi pendahuluan semata-mata. Ini baru nak masuk isi. Le coeur du sujet. Mukaddimah mesti panjang-panjang, macam cerita korea. Kalau tak panjang, bukan Nini anak pakcik Rahman yang menulis.


Saya tulis pengalaman ini terutamanya untuk keluarga yang selalu risaukan saya di sini. Juga untuk kalian yang mahu tahu bagaimana sistem kesihatan di negara-negara membangun *uhuk-uhuk* seperti France. Buat sesiapa yang perlu melalui kehamilan dan kelahiran di sini, samada sekarang atau masa depan. Moga-moga dapat hilangkan kerisauan dan tanda-tanya yang berselirat dalam kepala. And lastly, kepada siapa-siapa yang mahu bacalah. Senang cerita.


1) Duit

Bagi saya, ini antara point yang paling best. Satu kelebihan yang sangat-sangat. Setiap orang di Perancis ada hak untuk register dengan Securité Sociale, yang bertindak seakan-akan badan insurans kerajaan. Cuma perlu membayar yuran tahunan sebanyak 200 euro lebih kurang. Tapi kami, setiap tahun pun JPA yang bayarkan yuran ini. Bermakna students tak perlu keluarkan wang apa-apa, dan kesihatannya akan dijaga rapi di sini.


Dengan entitlednya saya kepada Securité Sociale ni (Sécu sajalah ya), setiap medical expenses akan ditanggung. Untuk bayaran yang tak ditanggung 100%, Mutuelle (insurans private) akan bayarkan yang selebihnya. Mutuelle ini pun JPA yang bayarkan setiap tahun. Maknanya, end up setiap duit yang kita keluarkan untuk kesihatan, semuanya akan dibayar semula 100%. Heaven kan jadi scholar JPA?


Kalau untuk kesihatan yang biasa-biasa pun ditanggung, apatah lagi pregnancy. Dari check-up bulan-bulan, ujian darah, scan baby, labour, caj penginapan di hospital, semuanya ditanggung. Seratus peratus. Bulan lepas, saya perlu buat ujian darah untuk macam-macam jenis ujian. Sampai 8 tube darah saya diambil. Bila tengok bil, kosnya 99 euro. Tapi saya tak perlu bayar sesen pun. Cuma hulurkan kad Secu saya. Everthing's settled. Sama juga semasa scan baby bulan lepas. Saya perlu bayar 45 euro. Tapi sekarang 45 euro tu dah kembali masuk ke dalam akaun. Safe and sound.


Oh ya, tak cukup dengan ditanggung semuanya, siap dapat bonus lagi. Bila kandungan genap 7 bulan, setiap ibu mengandung akan terima lebih kurang 900 euro dari Sécu. Sebagai hadiah, dan preparation menyambut baby. Nak beli barang-barang baby, guna duit itulah. Duit sendiri, simpan.


Itu belum masuk part kelahiran. Bila anak selamat dilahirkan, Mutuelle akan bagi hadiah kelahiran. Selalunya berbentuk duit juga. Cuma jumlahnya berbeza mengikut jenis Mutuelle dan senioriti kita bersama Mutuelle itu. Untuk students JPA, kami memang terikat dengan AXA setiap tahun.


Dari part kerajaan pula, subsidi rumah akan naik bila anak sudah lahir. Jadi sewa rumah yang perlu dibayar setiap bulan makin kurang. Dan untuk anak itu sendiri juga akan mendapat bantuan daripada kerajaan lebih kurang 300 euro setiap bulan.


2) Public atau private?

Saya tak tahu bagaimana pregnancy kita dijaga kalau di Malaysia. Saya cuma sempat check-up 2 kali saja di klinik private di Putrajaya. Tak sempat pergi hospital kerajaan. Rasanya tidaklah seteruk mana juga kan. Apa-apa pun, apa yang saya nak tulis ini bukan untuk membanding-bezakan sini dengan sana, cuma untuk berkongsi saja.


Pendek kata, di sini saya rasa amat-amat terjaga. Rasa sangat special menjadi ibu mengandung di Perancis. Rasa disayangi pun ada. Kalau mengikut kata doktor saya, pregnancy dipandang sebagai sesuatu yang amat-amat penting oleh orang di sini. Sebab itu banyak bantuan kerajaan diberi. Sebab itu juga nurse-nurse dan doktor di servis maternity semuanya baik-baik dan lembut. Walaupun di hospital public sekalipun.


Di Perancis, tidak timbul dilema untuk bersalin di hospital kerajaan atau private. In fact, tak wujud pun hospital private. Kalau orang sebut hospital, maknanya merujuk kepada public service. Kalau private, orang akan sebut clinique, atau polyclinique. No such thing as private hospital. Dan tak kisah samada di private atau public, kedua-duanya ditanggung oleh Secu dan Mutuelle. Seratus peratus juga.


Selalunya, kalau orang memilih clinique over hospital pun, disebabkan practicality, seperti jarak paling dekat dengan rumah. Ataupun memang sudah biasa dengan gynae atau bidan yang bekerja di clinique. Tidak timbul soal di clinique kita akan lebih dijaga dengan baik daripada di hospital public. Oh no no. Saya sudah tanya ramai orang, mana lebih baik, hospital atau clinique? Semuanya akan jawab, hospital sangat bagus! Tapi clinique pun bagus juga. Terpulang pada awak mahu pilih yang mana. Dan kadang-kadang di clinique ada kemungkinan awak perlu bayar lebih sedikit kalau doktor perlu bekerja lebih masa untuk awak. Selain itu, dua-dua sangat bagus.


Malah, kalau betul-betul mahu dipertimbangkan judgement dan testimoni orang ramai terhadap hospital atau clinique, ternyata hospital public yang lebih berat kelebihannya. Satu, security terjamin, sentiasa akan ada orang pantau, 24 jam. Kedua, kalau berlaku apa-apa komplikasi, di hospital lah tersedia semua kemudahan dan kepakaran. Kalau di clinique berlaku komplikasi pun, memang akan dihantar serta-merta kepada hospital juga. Dan yang ketiga, di hospital, mereka akan make sure baby dan ibu kedua-duanya baik dan terjaga. Sedangkan kalau di clinique, mereka lebih fokuskan pada si ibu. Untuk baby, mereka lebih lepaskan untuk kita berdikari. Tak diajar cara memegang bayi semasa baru, tak diajar cara menyusu. Yang penting, si ibu sihat dan tak sakit.


Yang saya tulis di atas, adalah pengalaman daripada kawan-kawan dan yang saya baca di internet. Dan daripada pengalaman saya sendiri, memang semua yang di atas adalah tepat, dan valid!


Minggu lepas saya check-up untuk bulan ke-4 pregnancy di hospital kerajaan. Saya berat hati sebenarnya. Yalah kan, sebelum ni dengar banyak cerita tentang hospital kerajaan di Malaysia. Ada yang baik, ada yang kurang, dan sebaliknya. Walaupun kawan-kawan di sini cakap hospital France sangat bagus layanannya, saya tetap hesitate. Tapi dalam hesitation pun, pergi jugalah. Rendez-vous dah pun diatur. Pelepasan kelas pun cikgu dah bagi.


Semasa menunggu turn di ruang menunggu, saya dapati nurse-nurse yang lalu lalang semuanya akan pandang, senyum manis sambil greet 'Bonjour'. Without fail, semuanya begitu. Nurse yang datang untuk memanggil kami di giliran seterusnya pun cakap sangatlah lembut, dan senyuman manis sampai ke telinga. Muda dan cantik pula. Dalam hati saya, adoih, mujur Allah jadikan yang mengandung ni perempuan. Kalau lelaki, mahunya semua pun berlumba-lumba nak mengandung. Bila saya berdiri sekejap di tepi koridor, mahu baca-baca poster yang tertampal, ada dua tiga nurse menegur dengan nada yang baik sekali, "Puan, puan okey ke? Taknak duduk ke puan? Nanti penat. Duduklah dulu ya puan."

Itu baru part menunggu di waiting area. Bila dipanggil masuk ke bilik midwife, lagi saya rasa macam kejutan budaya. Sambil bertanya tentang rekod kesihatan, midwife nya tak berhenti senyum, bagi kata-kata semangat, meyakinkan saya betapa saya bertuah dan everything will be fine. Bila dia bercakap, alahai, lembut dan manisnya. Sampai saya rasa nak terlentok-lentok kepala memandang dia bercakap. Dia sempat cakap, "Selepas ini setiap bulan consultation awak memang dengan saya ya. Tapi awak jangan risau, kalau bukan dengan saya pun, awak akan lihat. Kami di service maternity, bidan, nurse dan doktor, semuanya ibarat mutiara."


***************************************************

Oh, banyak lagi sebenarnya yang perlu dikongsi. Tapi macam dah lama saya menulis untuk malam ni. Perlu reserve sedikit untuk lihat sekilas pandang subjek esok. Saya kan mahu jadi ibu yang cemerlang. =)

To be continued, insyaAllah. Mesti.
Till then, good night ladies! Assalamualaikum.


And you'll finally see the truth
That a hero lies in you.