25 September 2011

Terpisah lagi. Jumpa lagi sayang.

Siapa² yang tak suka baca blog sambil dengar lagu, boleh tekan pause terus kat bawah ni ye. Takde siapa marah. ^_~

Syukur alhamdulillah.

Kalau ada yang masih tak tahu, sekarang saya dan suami telah pun kembali sepenuhnya ke alam realiti. Realiti yang masih belum berakhir sejak 7 tahun lepas, sejak mula-mula mengenali suami. Realiti yang telah lama tertulis di tangan takdir, sejak berkurun-kurun lama di Luh Mahfuz. Realiti yang memisahkan jasad kami. Dia dengan kerjayanya di Malaysia, dan saya dengan studies yang entah-bila-nak-habis-pun-taktau di Perancis.

Eheh. Sebenarnya dah tahu pun bila nak habis. InsyaAllah kalau tiada apa-apa, jun 2013 nanti, tamatlah pengajian saya di Perancis. Tamat juga kontrak dengan JPA yang melaburkan sungguh banyak duit kerajaan untuk saya dapat belajar di sini. Memang banyak. Bayangkanlah, sebulan 1000 euro masuk dalam akaun. 1 euro sekarang bersamaan RM4. So sebulan dapat RM4000. Kali dengan 12 untuk setahun. Lepas tu kali 8 untuk 8 tahun tempoh studies. Berapa? Kira sendiri eh.

Sejak berkahwin, dah tiada lagi drama airmata di KLIA setiap kali nak menghantar saya. Kecuali ibunda tercinta yang memang tak boleh tahan nak menangis. Walaupun saya tahan sebak dan cuba buat lawak dengan usikan² nakal saya pada mak, tetap gugur juga airmata mak akhirnya. Tapi takpe, sikit je mak nangis. Bapak pun tak nangis (tapi taktaula kan kalau bapak nangis sorang² senyap² bawah selimut.) Semua orang dah jadi makin kuat. Yeaaah!!

Abangmas? Mestilah lagi tak nangis, sebab dia ikut sekali! Tahun lepas dia ikut. Tahun ni pun ikut. Duduk sekejap 2-3 minggu teman saya settle down semua benda di Besancon, then baliklah semula ke Malaysia. Maka drama airmata pun dah berpindah ke stesen keretapi Besancon. Sengaja saya taknak hantar sampai ke Airport Paris, sebab nanti lagi sedih. Lagipun, nanti lepas dia dah naik flight, saya kena balik Besancon seorang diri. Walaupun saya memang boleh berdikari, *selama 6 tahun ni pun memang jenis bawak diri seorang diri*, tapi suami manalah yang akan izinkan isteri jalan seorang-seorang kan. Kat tempat orang lagi. Mengandung lagi.

Ini gambar-gambar yang sempat disnap waktu hantar abgmas di gare (stesen keretapi) Besancon rabu lepas. Mesti mak bapak mama baba nak tengok kan?


Baru sampai gare. Waktu ni masih subuh, 6.30 pagi.
Train abgmas pukul 7.06 am.
Demi meng'cover' rasa sedih yang dah mula merasuk sikit-sikit, mohle kite amik gambo.
Gambar syok sendiri yang terakhir, untuk musim cinta kali ini.
Eceh.


Dalam train, lagi beberapa minit yang tinggal sebelum waktu memisahkan.
Pelukan terakhir.
Masa ni dah menangis tersendu-sendu.
Muka dah hodoh. Taknak pandang kamera.
Kalau tak manalah saya pernah tak halakan muka masa amik gambar.
Spot mata abgmas yang berkaca.
Tapi tetap berjaya dia tahan airmata, sedikit pun dia tak jatuhkan depan saya.
Hebat hebat.


Konduktor train dah buat announcement, train akan berlepas dalam 2 minit saja lagi.
Pintu akan ditutup bila-bila masa.
Orang-orang yang tak berkenaan silalah turun.


Tinggallah si Nini dengan babynya di platform bawah..
Dah tak boleh nak senyum. Boleh pandang sepuas-puasnya wajah suami saja.
Hati dah redha.
Tapi masih ada suara dari dalam yang merengek-rengek.
'Abang jangan tinggal Nini.. Please jangan tinggal Nini dengan baby..'


Pintu automatik dah tutup.
Dah tak boleh sentuh tangan abgmas.
*Pasrah*


Dan abgmas pun tetap pergi...
Terpaksa tinggalkan Nini yang menangis teresak-esak tak cukup nafas.
Macam budak kecik.
Nasib baik teringatkan baby yang tengah membesar dalam perut.
Gagahkan juga untuk berhenti menangis.


*Haa. Kan dah mengalir sikit airmata lepas tengok balik gambar-gambar ni.
Cari pasal betul belek gambar sedih. *


Begitulah alkisahnya. Dah 5 hari pun berlalu.

Sebenarnya, tahun ni jauh lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas, menangis teruk di gare. Balik rumah masuk bilik pun menangis lagi. Jalan pergi kelas pun nangis. Cikgu tengah mengajar pun airmata tak boleh kontrol sampai cikgu pun suspen. Seorang diri menjeruk rasa sedih. Taknak jumpa siapa-siapa. Nak duduk dalam bilik saja, sambil belek-belek gambar bersama. Tidur pun sambil kelubung muka dengan baju tidur abgmas. Lagi masam lagi bagus. Very the drama lah kan. Tapi sampai 2-3 minggu melarat macamtu.

Tahun ni, alhamdulillah. Semacam ada kekuatan luar biasa yang memegang hati. Balik dari gare, jejak saja kaki naik bus, airmata dah mula kering. Balas-balas sms dengan suami, sambil tersenyum rindu. Masing-masing saling hadiahkan kata-kata semangat. Saling mengusik nakal untuk cepat-cepat halau rasa sedih. Last-last sampai di sekolah, saya sudah boleh tersenyum riang macam biasa. Dah boleh ketawa pun dengan classmates. Kecuali part mata dan hidung yang bengkak, itu memang tak boleh buat apa-apa.

Entah bagaimana datang kekuatan tu. Banyak yang saya fikirkan. Mungkin dari the fact yang saya sedang hamil. Selalunya memang emosi ibu mengandung ni sangat rapuh. Mudah saja cengeng. Mood swing bukan main lagi. Tapi macam orang selalu kata, tingkah laku kita semasa mengandung, setiap kata-kata dan lemah atau kuat ketahanan emosi kita, akan mempengaruhi baby waktu dia lahir nanti. Dan saya memang percaya. Boleh saja mahu teruskan menangis, tapi nanti tanggunglah sendiri kalau anak pun jenis kejap-kejap menangis. Meleleh je hingus, mata pun asyik berair. Nampak pun comot, sembab. Sebab apa? Sebab ibu masa mengandung setiap hari menangis meleweh-leweh rindukan abah.

Tapi ya, tak semestinya begitu.
Semuanya bergantung pada rezeki kita juga. Dapat anak kuat nangis atau tak, Allah yang tentukan.
Ya ya saya tahu itu.

Dan mungkin juga, sebab saya dan suami masing-masing dah meningkat sedikit matang dan dewasa. Eceh. Tapi saya yakin ada betulnya.

2-3 hari sebelum abgmas pulang, saya dah mula menangis sikit-sikit. Lepas solat, dalam shower, dalam kelas. Tapi waktu tu, sekejap saja dah ok. Yelah kan, waktu tu ada orang yang nak peluk, usap-usap kepala, gosok-gosok belakang, untuk redakan tangisan saya. Memanglah sekejap. Tapi saya lihat, tahun ni abgmas nampak lain benar tabahnya. Kalau tahun lepas, saya menangis, dia pun akan lemah. Akan gugur juga airmatanya. Tahun ni, dia tenang. Bila saya tanya,

"Kenapa abang tak nangis? Abang tak sedih ke nak tinggal Nini?"

Jawapan dia cukup menyedarkan saya.

"Abang sedih sayang. Tapi abang rasa lebih bersyukur dari sedih. Sebab tahun ni banyak rezeki Allah bagi kat kita. Tahun ni lama nini cuti, 4 bulan dapat teman abang. Then, Allah bagi kita baby dalam perut ni. Abang pun dapat teman hantar nini balik France. And tak lama je lagi, bulan 12 ni abang datang semula. Lepas tu bulan 3 abang datang lagi, kita sambut anak kita sama-sama. Tahun ni paling sekejap kita terpisah sayang."


Ooh. Setiap kali saya terngiang-ngiang kata-kata abgmas ni, rasa nak kesat airmata cepat-cepat. What the heck lah nini nak sedih-sedih sangat. Memang betul cakap suami, tahun ni saaaaangat banyak kegembiraan yang Allah bagi kami rasa, sejak kepulangan saya ke Malaysia bulan Mei lepas.

Dan buat saya renung balik hidup saya dalam-dalam. Saya cuba bandingkan diri saya dengan orang lain yang saya kenali. Hasilnya, memang patutlah saya rasa malu sangat, sebab tak cukup bersyukur. Banyak betul nikmat Tuhan bagi, berbanding kawan-kawan lain seusia saya.

Tak payahlah disebut satu-satu nikmat yang Allah kurniakan pada saya. Takut ada rasa riak atau takbur. Takut juga ada rasa kurang senang pada pembaca. Cuma betul sangat mak bapak selalu ulang-ulangkan, anak perempuan mak bapak ini cukup bertuah. A very very very very lucky girl.

Allah has given so much to me.

Masing-masing akan diuji dengan cara tersendiri.

Ada yang sangat rindukan seorang pasangan hidup tapi sampai sekarang Allah belum temukan. Ada yang dapat berkahwin tetapi bukan dengan pasangan yang dicintai.
Ada yang dapat berkahwin cinta sama cinta, tapi cinta itu kian pudar dan rumahtangga mula hambar.
Ada yang bahagia dengan pasangan tetapi terseksa dengan keluarga mertua.
Ada yang disayangi pasangan dan mertua, tapi Allah masih tahan rezeki anak hingga bertahun-tahun.
Ada yang dikurniakan zuriat, tapi Allah uji pula dengan kesempitan kewangan.
Ada yang punya zuriat dan cukup serba-serbi, tapi diuji dengan kesihatan anak-anak.


Till at one point, saya rasa macam betul-betul diketuk kepala. Ya Allah, kalaulah kami tak diuji dengan ujian berjauhan ini, hidup saya sebenarnya sangat sempurna! Cukup semuanya!

Mana ada kan. Mana ada orang yang betul-betul sempurna dan cukup hidupnya. Dengan keadilan Allah, pasti ada satu sisi yang Allah kurangkan pada setiap kita. Sebagai ujian yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Menyedari hakikat ini, saya pun sudah cukup tenang.
Tenang sangat-sangat. Tenang dalam rindu yang amat.

Oh Allah, kalaulah ujian yang kami rasakan cukup berat ini engkau jadikan sebagai bukti yang menyempurnakan keadilan hakikiMu...

....... I am, more than redha.





Cukup tak peace untuk entri kali ni? Kalau tak cukup, ada lagi ni nak letak.

Hehe, cukuplah tu ya. Simpan untuk entri seterusnya.
Banyak lagi saya nak cerita. Serious banyak. Especially tentang kelebihan mengandung di Perancis yang saya rasa sangat best dan wow! A blessing in disguise seriously!

Untuk mak bapak tersayang, dan juga mama baba kalau ma ba baca blog Nini,
Jangan risaukan Nini sangat ye.
I'm perfectly ok here.
Nini boleh cope dengan studies. Nini dah tak pengsan-pengsan dalam kelas.
Nini makan boaaanyak sangat!
Tak lama lagi jadi booolat lah pulak.

Baby, sekarang baby dah 16 minggu dalam perut ibu. Nanti bila baby masuk 28 minggu, kite boleh jumpe abah lagi ye. Buat masa ni baby be good tau, teman ibu buat master dulu ye. Oh ye, cepat-cepatlah hadiahkan sepakan percuma yang pertama untuk ibu. Setiap hari ibu tunggu tau.

Love.
*Terima kasih kerana membace*

9 comments:

  1. salam nini, rasa macam baru semalam atiq berus gigi dalam toilet banglo dekat Nice sebelah nini, and nini cakap kat atiq yang nini dah nak kahwin...haha.

    atiq doakan semua berjalan lancar untuk nini. be strong <3

    ReplyDelete
  2. kak nini sayang,

    jangan nangis-nangis atau sedih lagi ya kak nini. kak nini nak baby kak nini lahir-lahir pun dah kuat kan?

    smile always. :)

    walopon sbnanye sy yang tgh 'hujan' skang. haha.

    take care kak nini. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Nini, tatahu nak ckp camne tapi rasa sebak+gembira+bersyukur bile baca entry Nini ni.take care dear, semoga Allah Sebaik2 Pemelihara memelihara Nini as well. ;)

    ReplyDelete
  4. oloh syedihnyeee :(

    takpe berjauhan mengajar erti cintaa yang sebenarnye.baby ada temankan mama..kak yat arituuu pon ngandong 9 bulan hanya 3 bulan hubby ada disisi.selainya dia kat kapal.

    ReplyDelete
  5. nini!! sweet sangat, i can feel your happiness!! nini due bulan 3 bape ari bulan? ooh please make it 12, heheheh. ninin jage diri and baby baik2 k sayang!

    love u mwah!

    fathen

    ReplyDelete
  6. Salam kak nini.Ni first time saya melawat blog akak.Saya pun sedang berjauhan dengan suami.Suami belajar di Malaysia, saya pula di Melbourne.Bila baca post akak ni, terkenang pula saat-saat kitorang terpaksa melepaskan masing-masing...Mengalir air mata saya kak:( Saya faham sangat perasaan tu.Semoga Allah kurniakan ketabahan dan kuatkan hati kita dalam menghadapi dugaan ni:)Lagipun, rindu suami kan dapat pahala:)

    Take care akak.Sampaikan salam sayang saya untuk baby juga:)

    Salam sayang (dan salam perkenalan:)) dari Melbourne,
    Fatihah:)

    ReplyDelete
  7. atique!!
    terkejutnye nini.tak sangka atique pun datang sini.kuat betul ingatan awak ye. nini dah lupe dah senanye,bile atique sebut baru nini flashback.baru teringat moment tu, teringat atique senyum n macam tak pecaye.wdah 2 tahun pun kan. tq for the words atique!

    adik fan sayang,
    hehe,fan pulak yg hujan ke?akak takmo bertanggungjawab tau.:p

    akak tak nangis dah alhamdulillah. Allah dah kuatkan hati akak. nak happy² je,biar baby pun happy.

    bile fan nak dtg melawat akak ni?dah lame kot tak datang besac.:)

    ReplyDelete
  8. akak maya,
    terime kasih akak.kalau akak rase happy n bersyukur,nini laaagi rase bersyukur n happy sangat sebab akak dah selamat diijabkabulkan.mujur akak takde kat sini.kalau tak konfem nini peluk akak sampai patah riuk tulang belulang akak tuh.

    semoge Allah kuatkan akak dengan hadirnye insan bernama suami 24/7 di sisi.selamat bercinte kak!auww!:D


    kak yat,
    sooo true. memang sangat terase lebih kuat rase cinte rindu kasih sayang dan belake² bila berjauhan gini.macam² diuji,rase cinta,setia,percaya,all in one. :)

    ReplyDelete
  9. fathen!!!
    tahu tak? kalau ikyt kiraan doktor kat msia, due date nini jatuh pade 12 mac tau! haa,itu mmg kalau cukup² 40minggu la baby dalam perut nini.tapi selalunye jarang kan jatuh pade hari edd.mesti terawal atau terlewat sket².

    ala,lewat ke cepat ke,my baby akan tetap share bday dengan awak ten!nnti bolehla celebrate same²!:)


    fatihah,
    terima kasih dik sebab datang sini.sekapal kite rupenye.tapi sekarang ni mesti awak dah lebih kuat kan.mesti airmate dah kering kan? harapnye begitulah ye. insyaAllah kite same² tabahkan hati.kite superwoman.banyak ganjaran bersabar tahan rindu.plus pahala rindu suami lagi.laagi banyak pahala boleh simpan kan?

    salam perkenalan juge. jemputlah datang sini lagi ye.:)

    ReplyDelete