9 August 2011

Of being pregnant..

Lamanya tak tulis² di sini. Check tarikh last entry, bulan januari rupanya. Patutlah rasa gatal tangan semacam-macam sejak akhir² ni. Rasa rindu nak menulis yang membuak². Apatah lagi bila ada beberapa kawan yang dulu selalu membaca di sini dah mula tegur² di facebook, bila nak menulis semula?

Walaupun 7 bulan aku tinggalkan blog senyap sunyi, tapi sebenarnya setiap hari aku masuk sini. Blog² favourite yang ada dalam bloglist di sebelah ni, tak pernah miss aku baca. Yang paling tak boleh tinggal, blog ibu-ibu dengan aneka cerita anak-anak yang bermacam ragam. Dulu aku setakat suka² baca sebab rasa fun baca keletah budak². Tapi sekarang, aku rasa sangat perlu baca memandangkan lagi 7 bulan status aku akan berubah lagi.

Baby dalam rahimku ini dah menginjak ke 10 minggu. Alhamdulillah. Buat masa ni semuanya normal, malah kalau ditelek betul², setiap perubahan yang aku alami sepanjang kehamilan ini macam mengikut skema dalam buku. Abgmas yang sedar, sebab setiap hari dia takkan miss baca buku Pregnancy Week by Week. Dan apa yang ditulis dalam buku untuk setiap minggu, itu jugalah yang terjadi pada isterinya. Baguslah kalau macam tu kan?

Usia 10 minggu


Sekarang ni aku rasa tak sabar untuk terus menghitung hari sampai penghujung Ramadhan. Bukan aku tak sabar² nak raya, tapi sebab 1 syawal tahun ni akan menandakan bermulanya trimester kedua kehamilan aku. Ooh, tak sabarnya. Kakak ipar aku cakap, trimester kedua ni selalunya ibu akan rasa sangat aktif dan energetik. Segala rasa mabuk dan mual akan mula menyepikan diri. Bila aku baca² di forum² di internet pun, ramai yang cakap macamtu.

Apatah lagi, sepanjang trimester kedua nanti, aku akan kembali ke Perancis. Bermulalah tahun pertama pengajian Master ku. Bermulalah tahun ke-7 aku di sana. Fuh, tak larat. Setiap kali cakap pasal studies aku yang belum habis², aku rasa lelah sangat² dah. Tapi apa boleh buat, aku tak sanggup nak breach kontrak. Pengajianku tetap mesti dihabiskan sampai master, by any means.

Satu perkara aku sangat² perlu bersyukur, sebab Allah ringankan 'penderitaan' aku untuk 3 bulan pertama pregnancy ini. Aku yakin, ini pasti berkat doa mak bapakku sendiri yang sangat²lah risau bila kali pertama aku khabarkan yang aku mengandung! Doa mereka tak pernah putus, walaupun sekarang mereka sudah boleh terima hakikat malah lebih excited dari aku sendiri untuk menantikan cucu sulung mereka. InsyaAllah, kalau tiada apa², early march.

Aku cuma berdoa sangat², moga Allah izinkan aku untuk tetap berpuasa dan menggapai kemuliaan Ramadhan walaupun aku masih dalam trimester pertama. Baby sedang berkembang dengan pesat. Seluruh sistem tubuh ibu bekerja kuat untuk menampung pembesaran baby. Maka tak hairan kalau aku sangat² cepat penat. Berjalan 15 minit dah boleh buat aku tak cukup nafas. Malah weekend lepas semasa aku dan suamiku berjalan² di Alamanda, hampir² Abgmas ingin menolakku dalam kerusi roda saja. Tapi aku tolak berkali². Malulah. Perut pun tak nampak apa lagi, tapi gaya dah macam orang sarat.

Dan doa aku juga untuk suamiku, yang kerap betul sakit semenjak aku hamil. Kadang² dia yang muntah lebih dari aku. Dua hari lepas, selepas solat, dia doa pada Allah, minta untuk diambil sedikit kesakitan dan loya² yang aku alami. Dan Allah sentiada memperkenankan doa kita kan? Terus semalam Abgmas demam panas sangat², pening, mabuk, terbaring sampai ke pagi ni. Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih, dapat pergi kerja macam biasa.

Bila tengok suami sakit macam semalam, terus aku pulak berbisik doa pada Allah.
'Ya Allah,pulangkanlah sakit yang suamiku ambil dariku ini. Tak sanggup aku tengok dia begini.'

Patutlah aku melepek sepanjang hari sejak pagi ni.
Lain kali janganlah pandai² mintak sakit.

4 comments:

  1. nini tahniaaaaaaaaah!

    welakm to mamahood club :)

    oh mabok jugak ye, sama macam akak.tapi akak teryk sgt mmg tak larat apa..5 bulan melepek.takpe sabar yee. tak lama lagi nak jupe si syomel.

    ReplyDelete
  2. tahniah..
    semoga sihat ibu dan baby.. semoga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  3. thia terlalu bahagia untuk kakak!

    ReplyDelete
  4. congrats nini & mas aidif; anak korg nnt mesti comel

    ReplyDelete