10 August 2011

Bila dah mengidam

Terus-terang, sebelum ni aku tak pernah betul-betul memahami naluri dan pe'el perempuan mengandung. Walaupun bersungguh-sungguh cuba difahamkan macamana susahnya perubahan fizikal yang dialami, dengan pening muntah, naik turun emosi, hilang selera makan, mengidam yang bukan-bukan, aku setakat boleh cuba membayangkan, senyum dan angguk. Tapi tetap gagal untuk memahami dengan sebenarnya.

Sedangkan tahun lepas, ketika baru bernikah dengan suami, aku tinggal di Bentong bersama keluarga mertua. Waktu itu kakak ipar aku tengah mabuk hebat dilanda badai pembawaan baby yang baru 2 bulan. Macam aku sekarang. Aku cuma mampu kesian melihat dia seharian tak selera untuk telan apa-apa kecuali air kosong. Sehingga ke bulan puasa, bersahur dengan biskut sekeping, berbuka dengan air kosong. Selebihnya terpaksa mengabdikan diri atas katil. Hampir 2 bulan aku lihat kakak begitu. Dan aku cuma mampu kasihan dan simpati.

Kadang-kadang terfikir, memang teruk macamni ke mengandung? Tak boleh tahan sangat eh? Takkan sikit pun tak selera nak makan. Takkan semua makanan nampak meloyakan? Macam tak boleh diterima akal kan?

Betul cakap Mak. Benda ni cerita panjang lebar tak guna. Tunggu masanya dan rasa sendiri, waktu tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Baru terduduk ternganga tak tahu nak cakap apa-apa.

Mengidam. Salah satu pengalaman baru untuk aku, dan suami yang terpaksa menanggung susah payahnya.

Sebenarnya, sampai minggu ke-8, aku masih steady. Belum ada tanda-tanda mabuk. Boleh makan macam-macam dengan penuh selera. Belum mengidam yang keterlaluan. Setakat teringin-teringin saja. Kalau tak dapat, masih boleh bertenang dan alih perhatian pada benda lain.

Tapi bermula minggu ke-8, muncullah realiti sebenar untuk ibu-ibu mengandung. Pening, sakit kepala yang amat sangat. Yang paling kuat, rasa loya yang memenuhi ruang tekak sampailah ke hari ni. Dan perkataan mengidam pun mula tersemat dalam kamus hidup aku secara rasminya, dengan seluruh pengertian yang sebenarnya.

Dulu top favourite.
Sekarang pandang pun tak lalu.
Mengidam I

Ini cerita minggu lepas. Waktu baru masuk tidur, terasa susah betul nak lena. Pusing kiri, pusing kanan, tak lena juga. Resah gelisah semacam.

Tiba-tiba, entah dari mana angin datang, aku terbangun macam spring. Terkejut suami tengok aku di sebelah tiba-tiba terbangun macam mayat hidup semula.

"Eh kenapa ni? Kenapa bangun cepat-cepat macamni? Kan abang cakap bangun slow-slow.. Bahaya untuk baby.."

"Abang, nak maggi, nak maggi.. Nini nak maggi.."

Terus cepat-cepat aku turun katil ke dapur. Abgmas pimpin bahu aku, sampailah bukak lampu, bukakan kabinet dapur, dan ambil sepeket maggi.

Aku geleng kepala. Taknak maggi dalam peket. Nak maggi dalam cup. Baru ada umpph macam zaman sekolah asrama dulu.

Abgmas capaikan maggi Hot in cup yang dah lama tersimpan dan tak pernah terusik. Entah angin apalah yang menyerang isterinya, tiba-tiba pukul 1 pagi bangun nak makan maggi. Siap maggi dalam cup lagi. Cukup precise permintaan aku.

Tercapailah hasrat di hati untuk makan maggi. Di bawah lampu meja makan yang suram, aku menikmati setiap suapan maggi dengan penuh kepuasan, beserta bunyi slurrrp slurrrrp yang panjang siap pejam-pejam mata. Fuhh, i tell you, memang nikmat betul. Habis secawan maggi, masuk bilik, letak kepala di bantal, terus terlena sampai pagi. Hehe.


Mengidam II

Ini pula cerita malam semalam. Masih segar dari ketuhar.

Aku tak ingat pukul berapa. Tapi aku terbangun tengah-tengah malam lagi. Kali ni rasanya lebih lewat dari 1 pagi. Kata Abgmas, dengan mata masih terpejam, mulut aku hanya sebut satu benda.

"Nak biskut.. nak biskut.. nak biskut.."

Abgmas ingatkan aku mengigau. Tapi sebenarnya tidak sama sekali. Aku pun sedar yang aku merengek nak biskut. Macam biasa, dia tepuk-tepuk badan aku supaya aku tidur semula.

Gagal. Aku pusing kiri, nak biskut. Pusing kanan, nak biskut. Aku cuba tidur semula, tapi tiba-tiba mimpi biskut muncul sekejap. Last-last, tanpa disangka-sangka, airmata mula keluar.

"Abang... nak biskut..." Sambil teresak-esak aku menangis bawah ketiak suami.

"Okey okey. Esok kita pergi beli ye. Nini nak biskut ape?" Terus terjaga suami tengok betapa seriusnya aku nak makan biskut.

"Nak biskut Famous Amos.. Nak macadamia coklet cip.."

"Okey okey. Esok abg pergi beli Famous Amos ye. Tidur tidur.."

"Nak sekarang boleh tak...? Nak sangat-sangat ni.."

"Sekarang tak bukak sayang. Dah tutup. Esok k, tak lama dah. Promise esok abg beli."


Nyummeh!

Aku pujuk hati cuba melawan kehendak. Cuba untuk tidur semula. Tapi gagal lagi. Dekat sejam aku terpusing-pusing atas katil, tak boleh lena. Asal pejam mata, aku terbayang tengah makan biskut Famous Amos. Kejap-kejap aku termerengek nak makan biskut lagi. Kejap-kejap itu jugalah terganggu lagi tidur suami untuk tepuk-tepuk badan aku sampai lena.

Alih-alih, alarm pun bunyi. Dah pukul 5. Bangun sahur. Kesian sangat aku tengok Abgmas terpisat-pisat mata tak cukup tidur.


**************************************

Dulu, bila dengar cerita mengidam orang lain, boleh tergelak-gelak rasa lucu. Rasa macam satu cerita jenaka. Tapi bila dah lalui sendiri, baru tahu, this is no joke man. Kalau dah nak tu, memang waktu tu jugak nak. Kalau tak dapat, boleh menangis tersendu-sendu.Align Centre
Dengar macam tak logik. Kadang-kadang rasa ibu-ibu mengandung ni mengada-ngada saja. Tak boleh kawal kemahuan sendiri. Alih-alih bagi alasan baby nak makan. Sedangkan ibunya sendiri yang teringin.

Sebenarnya memang pun si ibu yang nak makan. Tak ada kena mengena dengan baby. Baby baru 3 cm, takkan dah mintak nak makan biskut. Tapi entahlah, tercari-cari juga penjelasan saintifik tentang mengidam ni. Kebanyakannya kata sebab perubahan hormon dalam badan yang gigantesque. Hormon naik dengan sangat banyak, sampaikan orang yang kuat makan macam aku pun boleh hilang lenyap selera makan. Tak hairanlah kalau tiba-tiba terasa nak makan something dengan amat sangat.

Dulu di France, aku selalu rasa mengidam nak makan makanan di malaysia, yang susah betul nak cari di sana. Tiba-tiba nak makan kerang bakar, sate kajang. Tapi sekarang baru sedar, tak tepat untuk dipanggil mengidam.

Sebab mengidam selalunya precise. Mesti dipenuhi tepat pada waktu. Macam kakak ipar aku tahun lepas, mengidam nak minum teh o ais limau mamak. Taknak orang lain buat, nak mamak jugak yang buat. Macam aku, kalau aku mengidam nak makan Famous Amos, janganlah dihulur Chipsmore. Kau tahu apa beza Famous Amos dengan Chipsmore?

Apapun, harus aku tabik spring pada para suami yang berusaha sungguh-sungguh untuk penuhi pe'el mengidam isteri. Betul-betul sabar melayani walaupun terganggu tidur pukul 4 pagi. Macam Abgmas, katanya, dia akan penuhi apa saja yang aku minta. Cuma dia berdoa janganlah aku mengidam yang mengarut, yang pelik-pelik. Tiba-tiba nak makan selipar jepun ke, nak gigit wayar telefon ke. Ataupun yang susah dan haram untuk dimakan, macam katak puru masak singgang ke.

Euwwww. Yucksss. Nak muntah pulak dengar.

Nampak gayanya ke Alamanda lagilah kami hari ni. Rasa nak beli 3 kati terus, buat stok kat rumah.

Ada siapa-siapa sudi nak share pengalaman mengidam? Please share pleaseeee. ;)

8 comments:

  1. lamenye nini tak menulis ye..
    akak dah pregnant yg kedua skang ni, 25 weeks..alhamdulillah..dua2 kandungan tak mengidam macam nini, sampai mengigau-igau...hehe..jgn terasa plak ye..yela, tiap2 org tu bhgn die lain2 kan.akak cuma teringin-teringin je. under control, dan boleh tunggu esok esok esok kalau nak sgt. yg penting, ibu dan org sekeliling kene sabar. tapi kan, bile hormon tak mengidam tu tak naik, hormon lain pulak naik. hormon temper dgn hormon penat. haha. dah tu bhgn akak, terima je la. hehe. ape2 pun, akak doakan keselamatan nini dan kandungan. nnt rajin2 la update blog especially bile nini dah balik france. akak suka baca. yela, pengalaman org pon kdg2 mematangkan hidup kita, kan?

    NURUL

    ReplyDelete
  2. Ahahahahahahahaha!!!

    Omg tak boleh stop gelak macam orang gila baca entry ni dari 1st sampai last. Tak tahu mana yang kelakar, semua kelakar kot.

    Looking forward to more mengidam stories from you. They are the best! :D

    ReplyDelete
  3. nini comel!

    patut la k.izz rasa macam something missing jeee.. rupa²nya entry nini! lama dah tak baca tulisan nini tauuu.. bestnye dpt baca balik.. skang ni lagi best bile ceritanya pasal pregnancy.. membuatkan akak pun tak sabar nak melaluinya buat kali kedua.. insyaAllah..doakan ye.. ;) dulu masa pregnant, k.izz sukaaaa sgt makan karipap.. ngidam makan karipap jeee.. tiap² hari pun nak karipap sampai siap beli frozen nye & goreng tiap² hari.. hihi.. apapun, saat² macam tu la & saat² sepanjang pregnancy tu la yg manis bila dikenang.. apapun akak doakan moga nini kuat & sihat ye.. jaga diri & baby okeyyy.. enjoy and savor each moment together.. =)

    ReplyDelete
  4. muahahhahahaa! kelakar laa nini.

    haha.
    welkam to the club mabokkk mengandung.akak dulu tersangatlaaa hazab mabok, mmg 3months kejanya melepek kat sofa..bau2 tak bole..langsung tak lalu makan & berat trn 15 kg!

    tapi sabarlaa yee, tu semee mmg berbaloi bila dah nampak si syomel.

    ReplyDelete
  5. kak nurul,
    wahh. alhamdulillah n tahniah utk akak! tak lama je lagi anak kedua nak keluar ye. tak sabarnye! nnti sharelah gambar ye.

    part hormon lain tu,mmg betul kak.tapi hormon temper nini naik masa 2nd trimester. mmg kena banyak betul bersabar.takut terkeluar pktaan tak elok kan.

    Tq for reading kak nurul.

    ReplyDelete
  6. Kak hannah,

    Hehe,ape yg kelakar sgt tu kak..nampaknye cerite mengidam dah takde lagi dah. rupenye tak teruk sgt pun mengidam yg nini kene.tapi taktau la kan third trimester nnti cane pulak kan.

    tapi samalah kite, sangat suke baca pengalaman mengidam org lain kan! smpai skrg tercari² lagi.;)

    oh btw,i love reading ur blog lah kakak. seriously!

    ReplyDelete
  7. Saya cari2 pasal org mengidam ni sebab kak ipar kawan saya br dpt tau dia ngandong, baru 4 minggu n dah mula mengidam.. jd nak tau btl ke x?? Kot2 la dia sengaja amek kesempatn.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Saya cari2 pasal org mengidam ni sebab kak ipar kawan saya br dpt tau dia ngandong, baru 4 minggu n dah mula mengidam.. jd nak tau btl ke x?? Kot2 la dia sengaja amek kesempatn.. huhu..

    ReplyDelete