21 January 2011

Saya sangat selesa begini

Comel tak comel tak? Tolonglah cakap comel. Tolonglah please please please. Merayu ni.

Okey, belum apa-apa lagi dah merepek.

Jujurnya, terasa lebih tenang selepas saya decide untuk tidak lagi publish entri terbaru di fb. Rasa lebih privasi di sini. Rasa saya menulis lebih untuk diri sendiri, bukan untuk dibaca dan ditatap oleh orang lain.

Ingatkan tiada orang akan datang menjenguk bila tiada lagi update di facebook, rupanya ada juga teman-teman rapat yang sudi datang. Walaupun tak ramai, seorang dua. Tiba-tiba saja tadi dalam usrah ada orang usik, "Nini, sebut lori nini." Sambil senyum senyum merenyeh.

Memang nak kena pulas hidung. Lepas tu kepit dengan pengepit baju. :p

Sekadar updates. Saya tulis dalam points ya, tiru cara Abgmas. Harapnya lebih mengekang diri daripada tulis berjela.


1 - Saya telah berjaya menjunamkan hargadiri facebook dalam segenap ruang hidup saya. Setakat ini, tak lebih 10 minit saya buka facebook, dalam sehari. Awak macamana? Masih taksub facebook? Selamat bermujahadah melawan diri daripada membuang masa di situ ya. Dan instead, saya lebih banyak menghabiskan masa di blog-blog saya, Destiny, KISS, dan Amoureuse. Ya, masa yang terselamat daripada cengkaman facebook tetap tak terlepas daripada belenggu internet. Masih perlu saya duduk menghadap komputer. Tapi percayalah, saya terasa lebih fruitful berada di blog. Sebab saya tulis bukan untuk saja-saja. Untuk misi jangka panjang saya. Walaupun kadang-kadang tidak dinafikan, memang merepek saja. Mea culpa!


2. Dalam seminggu ini, saya dapat 2 hadiah daripada Allah. Pertama, saya sudah dapat passion baru. Atau mungkin lebih sesuai saya guna perkataan addiction. Tapi jangan risau, memasak masih kekal sebagai passion pelik saya. Saya tetap suka memasak, unless masa yang agak menghimpit di semester kedua ni. Addiction kedua ini ada kena mengena dengan minat saya dalam bidang penulisan. Nantilah saya cerita. Hehe. Banyak sungguh rahsia.


3. Hadiah ketiga, semalam di library, ada seorang pelajar berdiri di pintu perpustakaan sambil memegang kertas, berdiri di tepi poster, tegur saya. Dengan sopan santunnya dia bertanya; "Awak berminat tak nak belajar bahasa asing?" Wah, dalam hati saya, awak memang langsung tak tersalah orang ni! Terus selebar-lebar alam saya mengukir senyum sambil menjawab "sure!". Dia tunjukkan saya poster yang ditampal di sebelahnya, ada 4 kelas bahasa di waktu malam, sekali dalam seminggu. Saya mahu sangat ambil spanish, sebab agak sukar untuk belajar sendiri-sendiri kerana kesuntukan masa. Tapi disebabkan kelas spanish yang dijadualkan bertembung dengan kelas arab saya sekarang, maka saya terus saja register dalam kelas bahasa german. InsyaAllah bermula minggu depan, hari sekolah saya akan tamat pukul 7-8 malam setiap isnin dan selasa, demi misi saya yang satu ini. Rahsia lagi. Hehe.


4. Alhamdulillah, alhamdulillah. Ini bukan poyo-poyo mahu nampak baik sebut alhamdulillah. Tapi sejujurnya, saya sangat-sangatlah bersyukur, kerana di usia baru ini, saya merasa semakin kuat dan besar. Saya rasa Allah makin kuatkan saya. Naluri hati yang mudah tersentuh kadang-kadang tetap mengusik saraf-saraf mata untuk menggugurkan sebutir dua airmata. Tapi memang setakat sebutir dua. Selepas itu terus mengering sendiri. Kalau dulu, kalau kamu kenal saya, memang berbaldi-baldi. Sampai bengkak-bengkak mata. Tapi harapnya Allah takkan keringkan terus airmata saya. Kalau kering, itu tanda hati yang kering.


5. Minggu ini emosi sentimental sedikit terdera. Abangmas kini jauh di ulu Pahang, sedang ikuti kem Askar Wataniah sebagai salah satu tuntutan baru dalam kerjayanya. Maka aktiviti gayut-menggayut di telefon terpaksa dicatu. Hanya berbalas khabar di BBM beserta beberapa keping gambar. Tapi itupun sudah cukup baik kan? Ada isteri yang berhari berminggu terpaksa menguatkan diri menunggu masa untuk dengar manis butir bicara suami. Dan saya tak dapat nafikan, mereka memang memercikkan inspirasi dan kekuatan pada saya. Contohnya, Kak Nani. Seorang isteri manja yang cukup tabah, berjauhan dengan suami berbulan-bulan terpisah oleh lautan, terpaksa membesarkan anak seorang diri. Semoga Allah terus kuatkan akak ya. Dan sudi-sudilah pinjamkan kekuatan pada Nini lagi ya.


Terima kasih Abang sebab hantar gambar yang sangat blur.
Gambar-gambar blur sangat sesuai untuk dimasukkan dalam blog.
Ada tak software untuk blurrkan gambar?


Dua keping cukuplah ya.
Sekadar menghias entri ini

6. Cool rupanya tulis ikut points macamni. Walaupun tetap tak kurang juga panjangnya.

3 comments:

  1. kak, entry sangat cool kak!!
    doakan thia. thia pun nak jadi kuat mcm akak n kakak2 lain.

    nak belajar bahasa asing juga! hari tu ada teman ajak belajar bahasa perancis. huhuuu

    ReplyDelete
  2. satu lagi, thia nak rajin masak macam akak juga! moga dapat semangat baru lepas cuti winter nnt :)

    ReplyDelete
  3. salam,nini.dah lama jenguk blog nini.dah lama jugak nak drop coment kat sini,tp masih tak mampu nak tinggalkan sebarang komen disini.hehe..

    nini oh nini,terima kasih kerana menjadikan akak sebagai contoh.huhu.tp akak rasa macam tak layak dijadikan contoh baik,sebab akak pon macam orang lain juga.kejap tabah,kejap ke laot juga..hehe..

    apepun akak kagum jugak dengan ketabahan & cinta sejati nini pd suami..semoga kita sama sama kuat menempuh dugaan ni yer nini..semoga kesabaran kita pasti akan berbayar dengan seribu kemanisan..insyaAllah :)

    ReplyDelete