26 January 2011

Penat kepuasan. Puas kepenatan

1. Sejak 3 minggu bermula semester kedua, setiap hari pulang kepenatan. Sangat-sangat penat. Hobi memasak saya dah entah ke mana, sedangkan list resepi untuk dicuba makin panjang. Semester kali ini lebih mencabar dari segi jadual waktu. Boleh dikatakan, setiap hari keluar pukul 8 pagi, balik pukul 8 malam. Okey, tipu, 7.30 malam sebenarnya. Aci lah tu ya.


2. Tapi sebenarnya, tak dapat salahkan siapa-siapa. Pilihan sendiri juga. Yang buatkan balik pukul 8 setiap hari tu, kerana saya daftar dalam kelas bahasa. Optional, tapi saya sangat tertarik. Dalam kelas hanya 2-3 orang pelajar bersama cikgu, sebab 2-3 orang saja yang sanggup korbankan masa mereka sebaik sahaja tamat kelas pukul 6 petang. Gaya macam tuisyen private yang mahal. Tapi sebenarnya, free of charge saja. Universiti yang tanggung semua. Harus saya tak lepaskan peluang ini. Rugi beb.


3. Maka inilah jadinya penghujung hari saya setiap hari :
  • Isnin : kelas bahasa german beginner 18h-19h30
  • Selasa : kelas bahasa arab beginner 18h15-19h45
  • Rabu : bengkel komunikasi advanced bahasa inggeris 18h-19h30
  • Khamis : bengkel komunikasi advanced bahasa perancis 18h-19h30
  • Jumaat : Kena balik awal. Usrah. (^-^)

4. Penat jangan cakaplah. Sudahlah kelas di fakulti pun berderet sejak 8 pagi, habis 6 petang. Sambung pula kelas bahasa. Tapi saya yakin dan percaya, semua ini akan berbayar. Ada sangat banyak kebaikan dan ganjaran menanti. Setakat ini pun, ketika pulang ke rumah, dalam bas lagi, terasa lelahnya badan, Allah saja yang tahu. Tapi jauh di dalam, kamu tak dapat bayangkan, betapa saya merasa puas. Hari saya penuh, dengan ilmu. Setiap hari satu doa ini wajib saya panjatkan; moga Allah kuatkan saya untuk konsisten.


5. Sudah pukul 11 malam. Saya sudah ada janji dengan kawan-kawan baik saya di sebelah katil. Setiap malam saya wajib baca 30minit. Bermacam-macam buku saya gilirkan. Sekarang saya sedang dalam usaha habiskan satu buku ini. Buku ini memang buat saya 'gila'. Rasa sayang mahu letak walau sesaat. Setiap hari dalam sejuk-sejuk negatif darjah celcius menunggu bas, saya baca buku ini, menyelam ke dalamnya. Sampai saya boleh terlupa tentang kesejukan yang menggigit-gigit setiap inci kulit. Sedangkan tak pakai sarung tangan pun. Bila bas sampai, berhenti baca, tutup buku, baru terkejut sendiri, ya Allah sejukknyaaa hari ni!!!


6. Kesimpulannya, saya sudah gila dengan perkataan. Apa-apa perkataan, seringkas-ringkas ayat pun saya mahu baca dan menyelam betul-betul ke dalam. Walaupun di notis board, di papan iklan, di kulit belakang buku, di helaian-helaian kertas yang tertampal di mana-mana, pasti takkan terlepas dari mata saya. Kata orang perancis, rien ne m'echappe.


7. Doakan saya tak jadi gila. Tapi doakan saya semakin 'gila' dengan kegilaan saya. Dan untuk kamu, pilihlah kegilaan yang baik, dan 'gila'lah dengan bijak. InsyaAllah.

8 comments:

  1. akak 'gila'kan sudoku!!! org2 kat sebelah slalu igt tgh buat latihan math (mcm poyo je.haha)..tp to tell u the fact, latihan berfikir utk permainan budak2 tu bagus utk jangka masa pjg..boleh kurangkan risiko alzhemier..termasuk la belajar pelbagai bahasa asing..ini ape yg akak bace la...all the best nini!!!

    ReplyDelete
  2. akak 'gila'kan sudoku!!! org2 kat sebelah slalu igt tgh buat latihan math (mcm poyo je.haha)..tp to tell u the fact, latihan berfikir utk permainan budak2 tu bagus utk jangka masa pjg..boleh kurangkan risiko alzhemier..termasuk la belajar pelbagai bahasa asing..ini ape yg akak bace la...all the best nini!!!

    ReplyDelete
  3. wahh hebat dan bersungguhnya akak belajar bahasa asing! sampai pukul 8 gitu..bagus2! hehe
    bon courage akak :)

    ReplyDelete
  4. all the best nini! rasanya tak pernah lagilah orang kata rugi belajar banyak bahasa ni.. ;) akak pun teringin nak belajar bhs perancis, slalu pun belajar sesket kat google translate je sebab bleh dengar pronunciation nye.. :D

    ReplyDelete
  5. Wowh, byk nye bahasa nini belajar...

    Akak tengah berusaha belajar Cantonese. Al-maklum, konon nk ambik hati in-laws. ;P

    Tp tak berjaya lagi. Kena pergi kelas kot...

    All the best !

    (teruja tgok nini bookmark my blog XD)

    ReplyDelete
  6. alahai..bestnye bace ur blog.really inspiring :)

    ReplyDelete
  7. salam alaiki ukhti,

    and ana quote, "tapi kalau tak didasari dengan cinta Allah sebagai fondasi, alamatnya, hancur." - ana setuju 500% ~!

    "Tapi kalau cinta Allah yang mengikat cinta kita dengan suami, sedahsyat mana ombak melambung kita, pasti bahtera dapat bertahan dan kukuh di sebalik ombak yang menggila, dan kita terus melayari bahtera dengan segunung keyakinan di hati. Allah ada, Allah pasti bantu. Allah ada, minta saja pada Allah." - setuju 1000% ~!!

    "Mujur Tuhan kita tak pernah merajuk dan tidak pernah menolak siapa2 yang mahu kembali" - benar sungguh~! mashaAllah, kita sgt bernasib baik kerna ada Tuhan yg amat menyayangi hamba2Nya~! subhanAllah~! Allahuakhbar~!!

    jazakillahukhayran kathira kongsi coretan yg amat memanfaatkan diri ini.

    btw, tumpang tanya, akak kahwin umur brp ya? ^^ wa mabruk ya atas perkahwinan di umur yg muda.. rezeki Allah ni.. =)

    wslm wa ilal liqa'

    ReplyDelete