21 October 2010

Siapa suruh kawin masa belajar...

Disebabkan En Mas kekurangan masa untuk menulis kembali, maka biarlah saya yang take over. Tambah² lagi, dengan mood yang agak tak menentu, memang memerlukan sesuatu yang mampu mencuri perhatian saya, untuk buat saya 'ralit'. Ralit daripada rasa sedih. Bila tengah sedih, macam² boleh fikir. Bila fikir macam², dalam keadaan cranky, terhasillah luahan² perasaan yang tak berpatutan.

Maka baik saya diam² saja menulis di sini. Ada yang berminat nak baca, dipersilakan.
Kalau tak berminat, terpulang nak buat apa saja. Saya tak berminat nak halau sesiapa.

Orang kata, bila dah kahwin ni, emosi akan stabil. Akan terlahir ketenangan yang dipanggil 'sakinah' dalam bahasa arabnya. (Eh, betul ke ustazah?) Bak kata biras saya, Abg Taufik, merangkap abg ipar En Mas, yakni suami kepada kakaknya (pandai²lah faham sendiri yea),

"Kawan² Abg Taufik kan nini, makin kawin result makin power. Makin dapat anak makin power result!"

Oh, makin dapat anak boleh faham, sebab anak memang bertambah. Tapi makin kawin tu macam silap ayat ja. Apa² pun, sila faham mesej yang disampaikan ya. Kesilapan tatabahasa silalah maafkan.

Saya percaya kata²nya. Malah sebelum diberitahu oleh Abg Taufik lagi, saya dah melihat bukti kebenarannya dalam keluarga sendiri. Sebab Mak dan Bapak juga kahwin masa belajar. Lagi awal okey! Umur 20 tahun! (Haha, sila baca dengan nada tak puas hati.) Tapi iyalah, waktu tu mereka dua² di US. Bukan macam kami sekarang ni, seorang terperosok di Perancis untuk habiskan pengajian tajaan kerajaan malaysia, seorang lagi terpaksa bergelut dengan alam pekerjaan di bawah kerajaan Malaysia. Dua² bawah JPA. Yes! 1 Malaysia!

Untuk dipendekkan cerita, selepas kahwin, result Mak meningkat mencanak². Walaupun setahun selepas kahwin, dah kedengaran bunyi uweeek uweeek di rumah. (Betulkan baby menangis bunyi macamni?) Dapat anak masa belajar? No problemm. Mak saya seorang superwoman. Dengan kekangan duit (elaun biasiswa dulu mana sama dengan sekarang), mak terpaksa bangun pagi² setiap hari masak nasi lemak untuk dijual. Tapi jual kat siapa ya? Takkan orang amerika breakfast nasi lemak jugak. Lupa pulak nak tanya mak. Yang pasti, mak bukan buat² cerita. Kan mak kan? Heee.

Result bapak pulak, tak meningkat². Nak meningkat macamana, bapak memang dah top student. Haha. Itulah payahnya jadi top student ye, tak boleh nak progress. Samada maintain atau risiko merundum. So jangan sedih ye siapa² yang belum jadi top student. Boleh tambah bekalan pahala dengan kerja kuat² lagi. Bila dapat result yang lebih baik, nampaklah cantik kan graf result kite. Hehe.

Eh eh. Macam dah masuk cerita mak bapak aje. Takpe, nanti mak bapak ceritakan sendiri ye. Bukak blog baru, nama Destiny MakPak Nini. Mesti lagi berderet² orang nak baca. Pengalaman hidup bermacam² rencah selama 46 tahun. Sangatlah berpatutatn untuk dishare.

Kejap kejap. Nak scroll atas balik. Tadi nak cerita pasal apa entah.

Haaaa.
Berbalik kepada cerita Abg Taufik. Memang betul kan, lepas kahwin ni kita akan rasa sakinahnya. Hati jadi tenang setenang² Besancon. (Nak jugak. Memang penyakit obsessed dengan tempat sendiri.) Nak buat apa² pun sentiasa ada motivation yang sangat² kuat. Memasak, kemas rumah, berhias diri (dalam rumah aje ye), sentiasa didorong rasa cinta yang menusuk kalbu bak sembilu. Pergh.

Tapi macam lainlah pula ceritanya bila dah kahwin tapi duduk jauh². Motivation tetap ada, cuma luntur sikit. Sikitlah. Sebulan lepas, masa En Mas ada sini, setiap hari bersengkang mata memasak pun tak kuhirau. Balik² sekolah, bukak kasut, baling beg sekolah, campak tudung, terus pakai belt hitam bernama apron untuk bersilat di dapur. Order apa saja, daripada tak pernah buat tup² hasilnya, WOW!! Memang macam orang baru first time buat! Itu kalau order benda² yang tak pernah dibuatlah kan, contohnya char koay teow yang saya janji untuk masak pada Bapak saya sejak habis SPM lagi tapi tak terbuat-buat sebab tak pernah cukup bahan. (Alasan yang dah penuh berkumpul dalam telinga bapak). Tapi nak cerita, itulah dia kekuatan yang datang, bila bersama² yang tersayang.

Sekarang ni, erm... erm... Malulah nak cakap. Untuk keterangan lanjut, sila tanya pada housemate saya Hanna, tentang perkembangan kerajinan saya memasak di dapur.

Memasak satu hal. Emosi laaagi satu hal. Sepatutnya tenang sebab dah kahwin, tapi lain jadinya sebab duduk jauh². Kejap² okey, kejap² tak. Kadang² happy, kadang² sedih sangat²! Bila time happy tu mesti kejap je, dan tak bersangat². Tapi bila sedih memang over! Sampai rasa taknak jumpa siapa² pun. Nak duduk dalam bilik aje, sambil belek² gambar suami. Lepas tu marathon baca qur'an sampai penat tercungap² terus tertidur atas sejadah. Baca qur'an kena lebih daripada tahap kesedihan, barulah boleh tenang dan stabil semula.

Setiap hari macamni, menyaksikan perubahan angin monsun saya yang macam graf sinusoidal. Yang jadi mangsanya, tak lain tak bukan adalah housemate kesayangan saya, Cik Hanna. Mujur dia kuat penyabar juga orangnya. Kalau orang lain, mungkin dah lama saya kena halau suruh pindah cari rumah lain. Menyusahkan emosi orang saja budak ini.

Kadang² saya nak solat jemaah di surau rumah kami. Kadang² saya rasa nak solat sendiri, untuk lebih privacy dengan Allah. Boleh menangis² tanpa rasa malu. Maka saya amatlah menghargai housemate saya yang memahami keadaan saya nih.

Oh ye, tadi masa bukak laci meja, baru ternampak kamera Nikon kami yang baru dibeli bersama² masa honeymoon. Ala, kamera kecik ja, tapi cukuplah untuk kami berdua aje kan. Bukan nak suruh masuk ramai² pun dalam kamera tuh. Kamera besaq² mahai² pun tapi penuh gambaq kami dua ja pun tak guna. Eh pasai pa tiba² masuk utagha nih.

(retuning)

Rupa²nya dah lama tak guna kamera tu. Dulu masa En Mas ada, sangatlah berjasa Nikon pinky kami. Sebab tak sangka juga suami saya ni suka mengambil gambar. Huih, sangat 'kena'lah dengan isterinya yang sangat suka diambil gambar dan memberikan pose² yang bermacam². Alah, standard perempuan. Asal klik aje, buat² muka comel sambil dua tangan digenggam di bawah dagu dan badan dibengkokkan sedikit untuk menghasilkan imej secomel teletubbies. Kadang² kaki pula dibengkokkan ala² model tak cukup tinggi. Pendek kata, semua gaya pun bolehlah bila ada orang sudi mengambil gambar. Cuma dalam banyak² pose, saya memang tak pernah buat pose melompat. Satu, sebab saya tak suka tengok gambar yang ada aksi orang melompat. Sangat takde motif dan cliché. Dua, sebab saya berat. Tak perlu explain.

Maka lepas ni, bolehlah saya bawa kamera ke mana² saja sambil tangkap² gambar untuk diletakkan dalam blog. Gambar² pemandangan cantik di Besancon, gambar kucing, gambar cikgu tengah mengajar ke, semua kita sumbat saja. Asalkan emosi saya tidak dibiarkan melayani kesedihan.

Haii, sedih tau. Orang yang tak rasa bolehlah cakap apa². Nanti rasa sendiri tahulah kamu.*Haa kan dah emo. don't start don't start.*

Ini sedikit gambar yang tak sempat letak, diambil semasa En Mas ada di sini beberapa minggu lepas.

Lagi 5 minit sebelum kelas start.
Kalau boleh nak usung suami masuk kelas sekali tapi nanti kesian sebab tak faham apa.


Nampak tak saya tengah berlari² anak ke arah bangunan sebab dah terlewat 7 minit?
Tak nampak kan? Sorry, saya memang kecik orangnya.*Huh*


Besancon memang cantik kan?


Suami saya ni, kalau dihulurkan baguette, kereta audi lalu depan mata pun boleh tak nampak.
Bersinar² matanya kegembiraan.

p/s : Taubat saya taknak menulis sedih² dah. Saya tahu di sini ada kawan² dan pembaca yang boleh hilangkan sedih saya. Kan?

Selamat malam Besancon!
Selamat pagi Bentong!

Macam seirama aje yea.
(*_*)

5 comments:

  1. salam nini yg sokmo comel, tak salah utk bersedih tapi tak salah juga kalau kita ceria & gembira kan, sebab kita tahu suami kita pasti tak gundah gulana bila tau kita tenang & gembira, kan..
    faham, memang sedih bila baru berpaut tiba² terpisah (sedangkan akak oustation 1 week je pun dah rindu gile ngan hubby..hehe..tu dah kawen 4 thn tu..huhu) tapi insyaAllah, sabar itu manis dipenghujungnya.. ajak la abgmas menulis balik kat blog ni.. biar dedua menulis, terasa 'live' nye.. ;) jaga diri nini, may Allah bless.. ♥

    ReplyDelete
  2. nini..be strong ok!erm k.dla pon xdpt nak bygkan klu k.dla kat tmpat nini...:(

    focus on ur study k..btw betul ke nini peknen?hehe..bc kat fb mcm tu je..klu betul tk good care of urself...=)

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum nini sayang..be strong ye..Allah sentiasa ada kat sisi diri kita kan?...kuatkan diri kerana Dia,insyaAllah sedih tuh Dia akan hilangkan...mungin may tak boleh nak paham totally apa yg nini rasa,tapi apa yg may tahu rasa kita adalah milik Dia ,Dia yg memegangnye..Dia juga yg mampu menenagkan dan hilangkan gundah tuh..Sakinah tuh akan dtg ngan seniriknye,selagi kita mintak pada Dia yg bersabar...hehehheheheh
    sabar ye nini sayang!! caiyok!!

    ReplyDelete
  4. kak nini, kita berdua sama2 kuat kan.

    kalau realitinya tak kuat mana pun, tapi kena buat-buat kuat jugak. mana tahu ada orang jadi kuat, sebab tgk kita kuat. hu huuuuuuu

    take care my dear kakak !

    ReplyDelete
  5. kak izzah,
    nini selalu ajak abgmas nulih sini, tapi die bizi sgt. tapi tadi die cakap nak tulis!nini sndiri suke baca tulisan die, dah rindu.

    kak,nini dah tenang² skrg. mesti berkat doa akak juga kan. cuma ombak kecil² tu biasela kan.


    kak dilla,
    baik kak! mmg itulah tumpuan utama skrg, study study!! btw, nini belum peknen lagi. saje je menyebarkan propaganda sambil berdoa.kalau dapat, alhamdulillah.. adelah reason abgmas kene datang sini.hehe


    May,
    I lap u lah may!!! mehla dtg besancon, nini nak cembang² ni. bowing aaa.kalau may ade nnti nini kuat.tau.


    Thia,
    itulah harapnye thia. akak pun banyak curi kekuatan org bila bace blog org lain. thia pun nampak lagi kuat dari akak. meh kongsi.

    ReplyDelete