8 October 2010

Seminggu lalu

Tadi aku melalui lagi jalan itu. Hakikatnya, setiap hari pun aku lalu di situ. Masakan tidak, jalan itulah yang paling pintas untuk menghantar langkah kakiku, terkedek² berlari mengejar bas setiap hari. Tapi saat tadi tak seperti kebiasaan yang aku rasa hari² sebelum ini.

Kenangan yang terakam genap seminggu yang lalu tiba² bertandang semula. Lama aku berdiri tadi, tepat di titik aku dan dia duduk berdua-duaan pada jumaat malam sabtu yang lepas. Masih terngiang² esak tangisku yang berpanjangan, sangat sukar untuk kuusir kesedihan, tatkala aku dan dia berdakapan, masing² tenggelam dalam perasaan.

Hari ini, sekali lagi jumaat malam sabtu bertandang, melengkapi sunnah alam yang tiada pincang. Tapi hari ini berbeza dengan hari itu. Hari itu yang paling berat aku rasakan. Hari itu, aku hilang arah tujuan. Dia yang dalam genggaman harus aku lepaskan. Dan aku tak pasti mampu bertahan.

Hari ini? Nah untukmu satu senyuman. Setenang-tenang lautan hati ini aku hamparkan. Redha di hati kian bercambah. Dan aku memang telah total pasrah. Alangkah syukurnya diriku padaMu Allah. Yang menguatkan kakiku mengatur langkah.

Alhamdulillah.

p/s : Untuk suamiku AbgMas, tolonglah kembalikan keceriaan di Destiny kita. Jangan biarkan adindamu terus menyuramkan suasana di sini. Ramai yang dah rindu dengan tulisanmu.

2 comments:

  1. alhamdulillah, happy dengar berita positif dari nini. semoga nini n suami terus tabah.

    tulis banyak2 ye nini.suke bace.*_*

    ReplyDelete
  2. Mak yakin dgn ketabahan Nini. Kuatkan semangat, teguhkan iman, redha dgn ketentuan Allah & berdoalah padaNya selalu.

    ReplyDelete