25 October 2010

Ini entry emo. Jangan baca kalau tak suka.

Setiap malam rasa nak tulis something kat sini. Entah, sunyi mungkin. Tak, takde mungkin-mungkin. Memang sunyi sangat-sangat. Setiap malam sangat menyeksakan sebenarnya, terutama tengah² cuti begini. Nak melalui saat² di waktu malam, sambil tunggu masanya suami bangun dari tidur. Ah, benci rasanya perbezaan waktu yang memisahkan kami 6 jam ini.

Tadi pukul 11 pm sini, bersamaan 5am sana.
Tiba-tiba ringtone BBM berbunyi. Terus terlompat dari katil untuk capai BB yang tengah dicaj. Abg!! Ya Allah, dia terasa mungkin saya tengah sungguh tak tenang begini.

Selang beberapa saat, telefon rumah berdering. Terpampang namanya. Tak sempat saya biarkan deringan kali kedua, terus saya angkat. Dan succumb di situ. Menangis. Lagi.




********************************************************

TERSERAH PADAMU

Harapnya pembaca tak terasa bosan bila setiap kali saya menulis, mesti ada terselit juga tentang henyakan perasaan terhadap suami yang jauh.

Sikit² je ni. Dah cukup bertapis saya rasa. Bukan nak menjadikan blog ini sebagai tempat meluahkan rasa rindu-rinduan itu, tapi somehow, at one point, ada kelegaan yang menyelinap masuk di ruang hati seraya menendang keluar kuat-kuat *dush dush dush* rasa sedih, setiap kali selepas menghamburkan rasa di sini.

Mungkin sebab itu saya rasa terpanggil untuk menulis setiap malam. Sebab malam adalah sinonim kepada sedih dan sakit untuk saya sekarang. Tak dapat berinteraksi dengan suami selama 6 jam ketidurannya.

Mungkin ada yang terasa menyampah dan bosan. Entah, taktahulah. Yang memandang mungkin akan terlintas di hati,

"Ek eleh... Dah kahwin pun nak lemah² lagi. Come on la, at least u dah kahwin. Bersyukurlah sikit. Jangan ikut sangat rasa sedih tu.. Keccoww aa minah ni."

Jangan risau, ini sekadar imaginasi saya semata². Saya yakin di kalangan pembaca saya tak ada yang sezalim ini tergamak menghadiahkan saya kata-kata sebegini.

Malam ni taknak menulis skema² macam semalam. Dan semalam semalam.

Saya minta ampun banyak² pada Allah, sebab kadang² memang tak mampu nak lawan rasa sedih. Menjelang sabtu ni, genap 28 hari saya terpisah dari suami. Dah sebulan. Tapi masih susah nak overcome ya. Hurm.

Memang betullah cakap orang, berpisah selepas kahwin lainn sangat rasanya dari sebelum kahwin.

Mak cakap, lepas kahwin ni, kawan² yang dulu rapat akan jauh sikit dari kita. Urm, macam ada betulnya cakap Mak. Adalah juga rasa macamtu. Seolah² tak ramai yang mempedulikan. Tak macam dulu lagi.

Eh ke saya yang lari dari orang? Ke saya yang tak pedulikan orang macam dulu?
Mungkin.

Sebab itulah, saya akan ingat sampai bila² satu persatu manusia bergelar sahabat yang tetap sudi menegur dan bertanya khabar saya. Walau hanya sekadar 2 patah, "Nini ok?"

Bagi saya, apa yang mereka lakukan itu sudah cukup besar mujahadahnya. Iyalah, dalam keadaan macamni, saya jadi kurang fikir tentang orang lain. Kurang nak berjumpa orang lain. Automatik tersisihkan diri. Jadi bila mereka yang memulakan langkah menegur dan membasahkan semula ukhuwwah, saya jadi sangat delighted sebenarnya. Of course, bukan saya seorang saja yang suka, Allah lagi² suka. Sebab Allah suka pada orang yang memulakan langkah dalam berukhuwwah.

Terima kasih kerana masih ada saya dalam hati kamu. Saya akan ingat kamu² yang sudi tegur saya dan tanya khabar. Di emel, call, chatting, facebook..
Tak ramai. Memang tak ramai. Boleh kira dengan jari tangan sahaja. Sebab tu saya akan ingat sampai bila².

Yang lain², siapalah saya untuk mengharap huluran tangan manusia. Dalam keadaan sekarang yang terlalu overwhelming, saya jadi tak berdaya nak bangkit menegur manusia yang lalu di hadapan saya. Hanya terduduk meluku.

Selfish? I don't think so. InsyaAllah.

Siapa yang hulurkan tangan, saya sambut dengan terharu dan bersyukur. Yang tidak sudi, saya pun hanya dapat memerhatikan mereka berlalu saja. Dan kemudian menundukkan semula muka yang penuh hina ini.

Lebih mengharukan, ada huluran tangan dari jauh. Memang jauh merentas benua. Dari tangan yang saya tak sangka² pula tu, kerana rasanya hanya baru beberapa kali tangan kami bersalaman.

Orangnya JAUH, tapi ukhuwwahnya JAUH lebih hebat. Subhanallah. Moga Allah merahmatimu sahabat² dan adik²ku.

Tak apalah, sekurang²nya apa yang berlaku ini membuka mata saya tentang nilai ukhuwwah. Samada benar² dilestarikan atau hanya laung-laungan semata-mata.

Things are always easier said right?

SUSAHNYA!!

Wahai yang memegang hati,
Terangkanlah hati ini,
Seterang mentarimu menyimbah bumi..

Saya takut menjadi manusia yang tak bersyukur. Atau kurang bersyukur. Atau selalu terlupa bersyukur.

Yang pasti, memang tak pernah cukup bersyukur. Kalau banyak bersyukur, mesti semua gundah akan lebur.

Bila diputar kembali jarum kenangan lama, mengimbas kembali detik² perkenalan hingga pernikahan, terlalu banyak sebenarnya nikmat dari Allah yang berlimpahan. Terlalu banyak yang dipermudahkan.

Saya sepatutnya bersyukur, kerana at the first place, Allah telah mengabulkan permintaan hati saya, yang saya simpan sejak menginjak usia remaja.

No couple-couple masa sekolah. (Lagipun tak ada siapa yang nak.) Dan ternyata masa sekolah saya kategori budak nerd dan skema. Terutama ketika 17 tahun, menjelang SPM. Berkepit buku 24 jam. Sebelum tidur setiap malam, akan diselak kamus bahasa Perancis sampai tertidur. Baca kamus ok, memang sah skema. (Bahasa perancis memang passion saya ya, sampai sekarang.)

Saya simpan dalam hati, selalu doa. Minta pada Allah, moga lelaki pertama yang akan memiliki hati saya, adalah bakal suami saya. Bukan kekasih yang tak tahu hala tuju.

Dan permintaan itulah yang Allah kabulkan, waktu saya masuk ke MMU. Masih sangat mentah lagi waktu itu, baru 18 tahun. Slip result SPM pun masih hangat lagi.

Tapi kan tapi kan, ini memang betul ya. Saya ingat lagi, masa hari pendaftaran tu, waktu kereta yang dipandu Bapak baru nak masuk pagar MMU, tiba-tiba terdetik kuat di hati saya,

"Rasanya macam akan jumpa bakal suami kat sinilah."

Hoho. Awal² dah pasang niat macam tu eh? Demi Allah, itu bukan memasang niat, tapi tiba² hati terdetik terlintas begitu.

Jeng jeng jeng. As it is destined, tak sempat habis minggu orientasi, tiba² terjumpa seorang abg fasilitator final year ini. Oooh!

Bagaimana bermula, cinta pandang keberapa, itu biarlah tersimpan rapi dalam lipatan rahsia kami ya. Kurang sesuai diceritakan secara terbuka di sini. Ada kawan² rapat yang tahu tu, tahulah.

Lagipun bukan itu motif saya menulis malam ini.

Dan saya patut² lagi bersyukur, kerana tak sampai 2 minggu berkenalan tanpa berjumpa, saya telah firm di hati saya lantas berdoa, "ya Allah, izinkanlah dia menjadi suamiku."

Dan saya patut bersyukur, bila kali pertama dia meluahkan rasa sayang dan cintanya, adalah melalui ibu saya di telefon. Mak yang mengandung dan melahirkan saya. Mak yang tahu dahulu semuanya.

Dan saya patut bersyukur, kerana setahun selepas itu, saya dipertemukan dengan kedua orang tuanya yang tercinta. Bertemulah dua keluarga, memberi izin dan restu.

Semuanya telah sempurna di situ. Dan detik² selepas itu, hanyalah dalam perjalanan mencari keredhaan Allah untuk melangsungkan pernikahan.

Dan jarak inilah yang ditakdirkan Allah menjadi ujian utama. Di bahagian lain dipermudahkan, namun di sebelah ini ternyata banyak kesukaran!

4 tahun puas berusaha bermacam-macam cara, tapi telah tertulis, hanya di tahun kelima baru Dia mengizinkan pernikahan kami.

Namun manusia tetap manusia. Dicipta dengan fitrah untuk mengeluh dan tak pernah merasa cukup. Maka ujian yang sebesar ini lebih diingati daripada nikmat dan kesenangan besar yang Allah sentiasa beri tanpa berkira, tanpa minta dibayar dan dibalas. Hanya syukur dan terima kasih yang diharapkan. Tapi itupun, susahnya!!

PANDANG DIRIMU

Inilah DESTINY untuk kami. Inilah yang tertulis sejak sebelum bumi diciptakan lagi, bahawa saya yang bernama Marini dan dia yang bernama Mas Aidiff, akan melalui perjalanan kehidupan sebegini.

Ya, kami redha. But again, things are easily said.

Masing² ada suratan perjalanannya di atas bumi Allah ini. Ada yang merasa bertuah, kerana terjaga daripada fitnah² dunia akibat cinta sebelum pernikahan. Tertakdir melalui jalan yang penuh syariat dan redha hingga ke gerbang pernikahan. Alhamdulillah.

Ada yang merasa kurang bertuah kerana hingga kini masih belum bertemu siapa-siapa sebagai pendamping dunia akhiratnya. Rasa kecewa, helpless dengan lemahnya diri dan betapa hebatnya kuasa Allah yang merancang dan menentukan. Segala-galanya dalam percaturan kalimah Kun fayakun. MasyaAllah.

Tapi tolong, jangan membanding² takdir dirimu dengan sesiapa. Itu akan lebih melunturkan syukur.

Kami bukanlah pasangan yang layak menjadi contoh dalam melakar cinta berpaksikan keredhaan Allah. Mungkin lebih banyak yang patut dijadikan sempadan daripada tauladan.

Jalan-jalan yang dilalui sepanjang lima tahun itu ada titik-titik hitamnya. Biarlah hanya kami dan Allah yang tahu. Dan kini kami dalam pecutan mengejar keampunan dan keredhaan, takut² titik-titik hitam itu tak sempat dipadamkan habis-habisan.

Namun, walau di landasan manapun takdir hidupmu dihamparkan, pasti Allah turut menyediakan 'track' yang sesuai untukmu berlari mendapatkan Dia. Saya yakin.

Lain orang, lain 'track' yang dilalui. Tapi semua orang boleh berlari. Itu pasti.

Dan tak penting siapa lambat siapa ke hadapan, yang penting kau sentiasa dalam perlarian.

"Sungguh, ini adalah peringatan. Maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan untuk dirinya), tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya." (Al-Insan : 29)

Pilihan ada dalam tangan.
Genggamlah atau lepaskan.

-Nini, again-

15 comments:

  1. salam kak nini.

    saya tak tahu jika saya berada di tempat akak saya akan menempuhnya dengan kuat dan tabah atau pun tak.

    tak layak saya katakan sabar kepada kak nini sebab ternyata kita berada dalam keadaan yang berbeza. namun begitu, saya doakan semoga Allah sentiasa teguhkan keimanan dan keyakinan kepadaNYa, semakin berasa semakin bertambah2 keimanan kepadaNYa.

    salam sayang

    p/s: dah lama tak baca dan komen tulisan kak nini. ternyata dah berbeza berbanding dulu. take care :)

    ReplyDelete
  2. nini, sebak baca post ni. tapi akak suka. sebab dpd post ni, akak nampak nini yg dulu. yg akak kenal melalui tulisan² nini dlm blog lama, 2-3 tahun yg lalu. nini yg tabah. sangat tabah. yakinlah perancangan Allah itu maha cantik. akak doakan nini terus kuat.. insyaAllah.. teruskan menulis, sedih atau gembira atau apa sahaja. insyaAllah akak akan ada kat sini, terus membaca & berdoa. :) *hugss*

    تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال

    ReplyDelete
  3. Salam Nini,

    Walaupun tidak berapa mengenali nini, bt sudah cukup merasakan ukhuwwah itu. Being far away from zauj is always a challenging task. Bersabarlah yea. Allah tahu kuat utk menghadapinya.Otherwise He won't let such things happen kt anti. and I believe u can overcome these.Bnykkn doa n insyaAllah Allah pasti permudahkan

    ReplyDelete
  4. Salam Nini Sayang...

    Bila akak baca entri nini.. akak jadi lebih bersyukur. Akak tak tahu nak cakap apa dah.. Akak speechless sangat ni..

    Be strong nini..

    love u

    ReplyDelete
  5. Kak nini.Xde sapa yg tak suka baca entry kak nini.=) Semoga tetap tabah, sbb ramai yg mendoakan.

    ReplyDelete
  6. Liyana,
    Terima kasih banyak² atas doa awak dik. sangat bermakna untuk akak. dan moga² Allah membalas dengan berkali² ganda buat awak.

    p/s : dah lain macamane ye tulisan akak? harapnye ke arah lebih baik. kalau sebaliknye, tolong beritahu akak eh dik. boleh akak baiki.


    Kak izzah,
    Kakakku sayang, kalaupun pembaca destiny tinggal akak sorang, nini tetap akan tulis. sebab nini tahu akak membaca dengan hati.

    Nini masih nini yg dulu kak.insyaAllah.love u.:)

    Kak haizi,
    Berjumpa dengan akak cuma sekali, tapi akak remain dalam hati nini. jazakillah for ur doa kak. nini sll baca blog akak dan luahan² hati akak di ym. moga akak juga diberi kekuatan di medan akak.

    ReplyDelete
  7. izyan,
    ye dik. meh² sini teman akak meh.:)

    kak nadia,
    Akak, setiap kita mesti akan diuji sesuai dengan kemampuan dan keadaan masing² kan. dan akak dah melaluinya dulu. it was painful. n u deserve this happiness now. moga terus bahagia berkekalan kak.

    love u too.

    diyana,
    terima kasih doakan akak ye adikku.sayang adik² akak sgt².may Allah bless you yana.

    ReplyDelete
  8. salam nini,
    semoga terus di beri kekuatan dan ketabahan melayari hidup ini..
    amin..
    ~feeza~

    ReplyDelete
  9. salam from germany kak nini.

    kita tak pernah berjumpe. but i stumbled across this blog.
    keep yourself busy kak. insyaAllah masa tak banyak melayang menanggung sakit rindu. Grenoble ade program kan sekarang :)

    ReplyDelete
  10. salam k nini :)
    selalu bce blog k nini..
    it does make me smile n envy of u..
    keep being strong ok..

    p/s: xthu k nini ingt sye ke x..hehe

    ReplyDelete
  11. feeza,
    thank u dear. insyaAllah, akan semakin² semakin kuat berkat doa sahabat yang jauh.:)

    Anonyme,
    Hehe, siape ni ye? sudi²lah perkenalkan diri ye, leh tambah kawan.terima kasih utk pesanan adik. yes, akak tengah getting myself extra busy skrg. and it helps. alhamdulillah.:)

    izati,
    sumpah akak ingat lagi kat awak tau. ni anak sedare kak scha kan rupenye? hehe

    Takde ape nak di'envy' nye dik.:)

    ReplyDelete
  12. Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

    ReplyDelete
  13. salam nini.enjoy reading blog nini,salam ukhwah :) suke baca experience nini..hehe..

    ReplyDelete
  14. salam nini.. semoga sht n ceria sentiasa. dengan izin Allah, saat tgh buntu dgn masalah , Allah temukan akak dgn page Nini.. raser bersyukur sgt. Jika dihitung masalah akak hanyalah kecil berbanding apa yg Nini hadapi. N Nini sgt tabah. Insya-Allah Nini, jika kita terus menghitung kesyukuran, hidup kita pasti tenang dan bahagia. :)))

    ReplyDelete