5 October 2010

Cakap memang senang kan? Cakaplah lagi.

Pagi selasa di Besancon bermula dengan nyaman, angin sejuk² kuku yang tak terlalu mencengkam, menemani perjalanan sepanjang ke kelas. Tambah² lagi, sebelum ke kelas, dapat panggilan hangat dari bapak, dengan khabar paling gembira untuk mereka. Alhamdulillah, akhirnya penantian mak pak yang berteka-teki sejak awal tahun untuk menunaikan haji tahun ini dikabulkan Allah. Status daripada waiting list berubah bertukar menjadi confirmed.


Ooh, kegembiraan berjangkit sampai ke Besancon. Bolehlah Nini kirimkan segunung doa dan pengharapan, untuk mak panjatkan pada Allah di bumi suci itu ya. Melalui mak mungkin lebih mustajab. Dari anak mak yang banyak dosa ni mungkin banyak yang terhijab.

Hari ini masuk hari ketiga suami selamat pulang ke malaysia. Hari ketiga juga saya struggle melawan perasaan sedih, sunyi, hiba, rindu yang amat, dan macam² lagi. Alhamdulillah, hari ini, semuanya telah terubat. Tak tahulah dari mana datangnya kekuatan ini. Mungkin berkat doa dari keluarga, dan juga sahabat² yang mendoakan dalam diam. Terima kasih banyak² ya. Moga Allah kurniakan yang sama juga, malah lebih baik lagi untuk kamu.


BACK TO REALITY


Enjin sudah lama dipanaskan. Hari ini barulah gear betul² dimasukkan. Minggu ini bakal menyaksikan saya agak terkejar² dengan lab report dan juga exam. Oh ya, bagus juga sistem universiti saya sekarang, berbanding ketika di Rouen dulu. Kalau dulu, exam hanya setahun 2 kali, dengan kuiz² kecil silih berganti. Tapi sekarang, evaluation hampir setiap minggu. Habis satu, satu lagi menunggu.

Ini baru sekelumit daripada luasnya ilmu Tuhan. Untuk satu² hamba, diturunkan ujian mengikut keadaan. Mungkin nampak membebankan bila disebut ada exam setiap minggu. Tapi saya yakin, mengikut piawaian Ilahi yang tepat dan hebat, inilah kondisi terbaik buat saya yang setiap saat dilambung rindu. Sekurang²nya dapatlah berpijak pada bumi nyata. Lupakan seketika rasa duka, lihatlah lajunya putaran dunia, maka berlarilah mengejar masa.

Hari ini juga suami tercinta akan kembali ke lapangan tugasnya di INTAN Bukit Kiara. Selamat kembali bertugas, Tuan Aidiff! Apa² masalah sila hubungi saya di nombor biasa ya. Kalau tiada masalah pun silalah call juga. Saya bersedia melayani panggilan tuan 24h/24. Hehe.


Angin lalu
sampaikan salam rindu pada Encik ini di Intan Bukit Kiara ya.


Dengan Blackberry Messenger, jarak kita cuma 2 saat.
Tak perlu berangin² lalu.
BERANEKA


Pembaca Destiny semakin berkembang polanya. Kalau dulu hanya dikunjungi sahabat² maya, baik kenalan baru mahupun lama, tapi sekarang menjadi bacaan saudara² tersayang juga. Cikgu² sekolah mak pun ada juga. (Selamat pagi cikgu. Cikgu sihat? Hehe.)

Dalam ramai², ada yang ikhlas ingin tahu cerita diri, ada yang sekadar menghabiskan masa membaca di sini, ada yang memang pengunjung setia sejak awal kemunculan Destiny (yang ini paling disayangi). Sesetengah mungkin suka, sebahagian lagi mungkin biasa² saja.

Kalau ada putih, pasti ada juga hitamnya. Tak kurang juga, mungkin ada yang mengeluh bila membaca di sini. Mencebik, mengeluh, rasa mual dan loya dengan cerita² cinta yang menghiasi sebelum ini. Senyum² sinis mungkin terbit melihat pemilik blog yang dua orang ini sedang dilamun cinta tak bertepi.

Lantas saya tertanya, agak²nya berapa ramai yang berdoa?


BERCAKAPLAH


Teruskanlah bercakap, kalau hanya itu yang kau tahu lakukan sekarang.

Kalau hanya assumption yang terus membayangi fikiran² kamu tentangku, maka kurasa adalah lebih baik kamu berdiam dan berdoa, dari terus mengutuk dan mengata bertopengkan alasan 'berbincang'.

Aku masih percaya dan yakin dengan Tuhanku, yang melimpahkan rezeki dan nikmat, mendatangkan kebahagiaan berselang-selikan ujian, menghadirkan penawar dan penyelesaian. Segala²nya ada pada Dia, Tuhan aku dan kamu.

Dan segala²nya antara aku dan Tuhanku, tiada satu pun yang kau tahu. Maka tak perlulah kau memerhati, menganalisa diriku yang hanya kau nampak dari luar, seolah² kau tahu semua agenda hidupku.

Sahabat, (kalau aku masih bisa memanggilmu sahabat) satu saja pesanku. Kau sendiri tahu benar, aku pernah bersama² denganmu dalam bahtera pelayaran dahulu. Dan dengan tiba², tanpa apa² sengketa, kau lihat aku semakin condong ke bibir kapal, terjun ke laut dan akhirnya semakin menjauh. Hingga ada ketikanya, kelibatku tak kelihatan, dan kau nampak aku hanyut dibawa arus ganas dan jahat.

Kau cuba selamatkanku, dengan anak² kapal yang lain, beserta nakhoda yang mengepalai, untuk menarik aku semula. Puas segala tali kau lempar, berharap aku menyambutnya.

Tapi ombak terlalu ganas! Kau hanya melihat, tapi aku yang merasa. Aku yang sedang dihempas gelora, hingga hampir mati.

Maka kau pun berputus asa. Hingga kau rasa seperti membuang masa.

Dan kerana masa yang memaksa, kau terpaksa meneruskan pelayaran. Dan aku tertinggal di belakang, tak lagi bersama kamu. Dan dengan nada pengecut tak mampu melawan, aku relakan kau pergi meneruskan jalan.

Sesekali kau toleh ke belakang, kelihatan aku masih seperti itu, cuba berenang² sendiri dengan segala kudrat yang terbuku. Agaknya, dengan pandangan apa kau sepatutnya memandang aku?


DESTINASI


Walau apa pun yang berlaku, ingatlah, perjalanan hidupku masih mengenal tujuan yang satu. Walau keadaan memisahkan kita, tapi bukankah destinasi akhir masih kekal sama?

Dan aku yakin, Allah tuhanku terlalu luas rahmatnya. Masih ada ruang untukku menyelit menghirup madu kasihNya.

Hari ini hari ujian untuk aku. Siapa tahu setahun depan mungkin giliranmu? Aku tak doakan, tapi ini semua rencana Tuhan. Maka jika benar² ditakdirkan, aku doakan kau dapat bertahan.



-Nini-

2 comments:

  1. salam buat nini sayang,

    rugilah pada mereka yg tak suka membaca blog nini ni.. atas justifikasi apa mereka membuat kesimpulan² melulu tu..biarkanlah, manusia memang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka. kalau mereka tak suka, mereka tak perlu singgah ke sini lagi kan. biar akak & the geng yg suka je yg slalu tunggu cerita² dpd nini & baca sampai abis.. jgn berhenti menulis ye nini! take care.. ;)

    ReplyDelete
  2. sayang, mak sentiasa mendoakan kesejahteraan, kejayaan n kekuatan walau di mana mak berada. Nini selalu di hati mak, dan blog ini juga peneman mak dikala hati ini sangat merinduimu. Nini seorang yang kuat semangat...

    ReplyDelete