3 October 2010

Bila malam je sedih. Bila sedih je malam.

Waktu matahari mula beransur turun memberi laluan kepada senja, tiba² hati terusik sangat². Aduh, tak tahannya sakit. Hati sakit sebab sedih sangat sangat. Siang tadi macam okey, masih boleh gelak² and senyum pada tetamu tetap yang datang ke rumah saban weekend. Tambah pula dapat cakap² dengan mak, bapak, mama, and especially suami yang dah selamat kembali ke pangkuan family.

Ingatkan airmata dah kering, tapi rupanya ada lagi bekalan tersimpan. Taktahulah banyak mana lagi yang akan keluar. Pagi tadi pun keluar sikit, bila abgmas call sebaik saja tiba di KLIA, disambut mak bapak yang kebetulan datang ke KL untuk urusan kenduri kawan pak. Happy sebenarnya dapat dengar suara abgmas yang ceria dah tiba di malaysia. Tapi tak tahan mengenangkan pagi ni sangat lain berbanding pagi² sebelum ni. Selalu setiap hari, buka² mata ada orang di sisi.

Duduk dalam bilik, pandang mana² sudut nampak abgmas. Tengok tingkap kat luar, pandang ke bawah, lagi jelas bayang² abgmas tengah berdiri sambil tengok² handphone macam 2hari lepas, jumaat. Sepatutnya ambil train ke paris petang tu, dah plan baik² nak bermalam di paris, makan nasi briyani, hotel pun dah tempah. Alih² rupanya Allah tak setuju dengan perancangan kami. Petang jumaat tu sangat²²² sesak sampai jalan ke bandar jammed terus! Terus decide ambil teksi. Tunggu punya tunggu teksi pun tak datang, walhal dah call berkali².

Tension memuncak, terus hilang sekejap rasa sedih nak berpisah. Maka saya bergegas naik ke atas, buka komputer tergesa² untuk cancel tiket train. Waktu tu dah tinggal lagi 10minit sebelum departure. Nasib baik sempat cancel. Kalau terlepas waktu departure, habislah burn tiket, habislah juga burn 100euro. Alhamdulillah. Selesai urusan cancel, jengah ke tingkap, nampak abgmas tengah duduk mencangkung tepi jalan, sambil kiri kanan penuh beg, dan di tangan ligat surf internet untuk cari tiket train esok paginya. Alahai, kesian abg. Adik mampu senyum je pandang dari tingkat 12 bangunan ni.

Sampai sekarang ternampak² lagi scene tu di tempat yang sama. Kenangan yang buatkan kejap² rasa nak senyum, kejap² nak nangis.

Esok kelas pukul 11 pagi. Kalau ikutkan awal lagi malam ni, baru pukul 8. Tapi rasa dah tak mampu nak biarkan hati terseksa dengan perasaan sendiri. Baik tidur je. Abgmas pun tengah tidur terlena yang amat di Malaysia sana. Mesti penat sangat² sebab abgmas dapat lena 2 jam je, over 13 hours of flight + 3h transit di Dubai.

Nak isyak dulu, lepas tu tidur. Kejap lagi tengah² malam mesti abgmas call sebab dah pagi di malaysia. Tak sabarnye!

Sorry ye kalau ada yang rasa tak selesa. Tak berniat nak mewarnakan blog ni dengan mood yang cengeng. Cuma masih culture shock. Dulu sebelum kahwin, rasa sangat yakin boleh lalui ujian ni dengan tabah. Bila dah sampai masanya, hurm, rupanya sangat payah.

Sesiapa yang ada tips, pernah lalui saat berjauhan dengan suami, care to share?

p/s : Terima kasih abg sebab tinggalkan baju abg untuk teman tidur adik. Sumpah adik takkan basuh sampailah abg datang sini semula.


Rindu dalam redha. Redha dalam rindu.

5 comments:

  1. Sabar teman hayat. Masa pengubat jiwa dan lara..

    Salam maya,
    AbgMas

    ReplyDelete
  2. Kak,thia pun sedang mengalami keadaan yg sama. Huhu

    ReplyDelete
  3. hye salam kenal :)

    beshnya g parisss!
    nampak sgt cantik..

    nak tips rindu merindu hubby datanglah belog kak yat :)

    ReplyDelete
  4. sbr ye marini..alhamdulillah makin kuat kn skrg?..=)
    insyaallah bile dh bz kurg la rse 'cengeng' tu..hehe
    kite pn prnh jauh 2bln..xtrthn rsenye tp Allah kn dekat..=)


    Miza
    (kite nh jumpe kt notts)

    ReplyDelete
  5. Wahai anak-anak pak! Kuatkan semangat menghadapi hidup. Pak dah kata anak-anak berdua akan menghadapi cabaran baru. Tapi disebalik setiap cabaran ada kemanisan di hujungnya. Oleh itu, jangan fokus pada cabaran. Fokus pada penghujung cabaran. Pak akan sentiasa berdoa.

    ReplyDelete