28 October 2010

Macam hanya sesuai dibace oleh perempuan saje

THE GIFT

Selepas bergelar isteri, saya seperti diserang 2 penyakit yang datang secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka.

Pertama, teramat gemar dengan baby.
Hah, Nini minat baby? Sungguh kelakar jenaka ini buat yang benar-benar mengenali saya.
Kamu tahu, dulu-dulu, terdengar bunyi rengekan baby pun boleh buat saya naik darah. Rasa nak marah. Rimas.

Dan kalau ada baby depan mata, sekelumit pun tak terasa ingin bermain-main dengannya. Entah, tak pandai mungkin.
Terasa seperti membodohkan diri sendiri, bilamana akhirnya baby-baby itu hanya pandang 'slack' pada saya.

Oh, mungkin baby juga tak suka pada saya. Dan barangkali mereka ada sixth sense yang boleh mengesan manusia-manusia yang juga tak gemarkan mereka.

Tapi hari ini, saya sudah insaf.
Dan sejak beberapa bulan ini, saya sering menjengah ke blog ibu-ibu muda. The proud mummys, yang saban hari mempertontonkan keletah anak-anak kecil mereka.

Terhibur. Terubat rindu pada suami. *Oh, ada kaitankah? Ada ada.*

Dan hampir menjadi kewajipan untuk saya belek archive di blog mereka, mencari entry yang mereka tulis tentang pengalaman sulung mereka melahirkan zuriat dengan kudrat sendiri.

Setiap kali itu, pasti akan ada manik-manik jernih meluncur laju di pipi.
Terharu yang amat sangat. Membayangkan diri berada di tempat yang getir itu.

Ini baru sekadar membaca, belum betul² merasa, kan?
Hurm, tiba-tiba rasa tak sabar pula.

Oooh! Tukar topik please!

Genap sepurnama tak menyentuh tanganmu.

CINTA DUNIAKAH INI?

Penyakit kedua, saya semakin suka melihat dan membeli perabot.
Demi Allah, ini juga sama kroniknya dengan penyakit pertama.

Suami juga tersedar tentang perubahan diri saya yang satu ini. Mata menjadi ralit bila ada naskhah-naskhah katalog dari kedai-kedai perabot seperti IKEA, Conforama, dan apa-apa saja.

Walaupun tak dibeli, namun dapat menatap dan berangan-angan seorang diri pun sudah cukup buat saya happy tak terperi! Astaghfirullah, mengucap Nini.

Setiap hari, pasti saya akan singgah ke laman web LeBonCoin, di mana perabot-perabot second hand dijual dengan murah.

Dan sudah pasti, ada saja yang berkenan di mata, apatah lagi dalam keadaan baru berpindah rumah. Semangat untuk menata-hias rumah amat membara-bara. Wohh.

Maka bermujahadahlah saya menulis emel untuk tawar-menawar, membuat janji temu dan sebagainya.
Alhamdulillah, hari ini, kebanyakan perabot yang saya beli semuanya sudah sampai di rumah.

Moga-moga teman serumah yang kini sedang bercuti tak 'terkejut beruk' melihat rumah kami nanti. *Matilah saya. Huhu*

Ooh, bunyinya macam banyak saja bukan?

Jangan risau.
Walaupun sedang kronik sakit dan gila perabot, tapi saya masih berjaya diwaraskan oleh suami.
Setiap kali sebelum membeli, saya akan usulkan dahulu kepadanya.

Walaupun setiap kali, butir yang pertama keluar dari mulutnya adalah, "Ya Allah, tak habis-habis lagi isteri abang ni?"
Dan disusuli ketawa berpanjangan. Tidak percaya, dan masih dalam proses belajar pe'el manusia kaum hawa yang menjadi teman hidupnya kini.

Oh, tak bolehlah. Tak boleh tak boleh.

Alangkan sebelum kahwin pun saya sangat 'pantang' melihat barang tak tersusun. Inikan pula selepas menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Naluri keibuan mula merasuk sikit-sikit. *Ceeeeeeeeeeewah, yelah tu.*

Tapi ini serious. Kalau melihat barang bersepah, normalnya kamu mungkin sakit mata. Tapi saya boleh sakit jiwa.

Kalau tak percaya, boleh tanya pada emak saya. Kalau tiba-tiba melihat bilik disepahkan oleh adik-adik pun boleh buat saya tension sampai menangis.

Dan saya pernah menangis geram seorang diri hanya kerana seorang tetamu rumah saya terlupa lap air yang memercik di lantai selepas mengambil wudhuk di sinki.

Kronik kan?

Kalau masih tak percaya juga, boleh datang dan cuba sepahkan rumah saya.
Kita lihat apa yang akan jadi nanti.
*Haha, better janganlah!*

Cuma tolong doakan, moga-moga saya tak terlalu berlebih-lebihan dalam hal ini, hingga menyusahkan orang lain pula nanti. InsyaAllah, saya sendiri sedang berusaha memberi sedikit ruang untuk kompromi dan memahami.

WOW! CANTIKNYE!!

Hakikatnya saya kini sedang cuba mencungkil rahsia-rahsia dan misteri yang Allah selitkan dalam naluri seorang wanita

Pembaca-pembaca Destiny ini rata-ratanya perempuan kan?
Maka mari tolong saya temui kekunci rahsia ini.

Disclaimer : Apa yang akan saya tulis selepas ini adalah pengalaman sendiri semata-mata. Maka sewajarnya, tidak perlu sesiapa terasa ya.

Sewaktu usia menginjak ke pengakhiran belasan tahun, saya melalui satu fasa kritikal, yang mungkin biasa dilalui oleh siapa-siapa yang sedang mencari jati diri.

Fasa aktif berfriendster.
Fasa suka ambil gambar depan cermin dengan gaya yang masyaAllah, perasannye!
Fasa suka letak gambar banyak-banyak dalam friendster.
Fasa tak hiraukan kata-kata nasihat.

Macam-macam lagilah kalau nak dinyatakan. Kamu boleh bayangkan sendiri.
Dan buat siapa-siapa yang pernah menjadi kenalan di friendster saya dahulu, pasti kamu masih ingat kan?

Penuh gambar. Macam-macam gaya, yang memualkan mungkin.
Gambar En Mas pun ada.
Dan yang pasti, setiap kali meletak gambar-gambar terbaru saya di situ, akan muncul perasaan puas dan bangga.
Sambil ternanti-nanti komen-komen yang memuji dan memuja.

Cakaplah apa saja! Saya rasa bahagia tau, kamu apa tahu.
Bila saya sering letak gambar-gambar seperti itu, maka automatik saya dikelilingi kawan-kawan yang cantik, walaupun hanya dalam ruang maya.
Kenalan-kenalan cantik, yang buat saya semakin bersemangat untuk menjadi lebih cantik, dan post gambar-gambar yang cantik dan menawan.

Tak kisahlah. Walaupun waktu itu, bakal suami sendiri sering menasihati, suruh berhenti.
Kurangkan gambar-gambar, banyak mata yang memandang free-free katanya.

Tapi semua nasihat itu tak berjaya mendapat tempat dalam hati, walaupun saya dengar sepenuh-penuh hati.

Saya masih 19-20 tahun waktu itu. Maka pastinya kamu boleh bayangkan bagaimana naluri keremajaan saya yang sedang merajai diri kan.

Hurm. Hurm.
Kalau ditanya, kenapa saya terdorong untuk buat begitu dahulu? Maka ini jawapan saya.

Pertama-tama sekali, sebab saya rasa saya comel. Dululah. *Allahuakbar, mengucap panjang.*

Atau dalam erti kata yang selayaknya, perasan comel. *Hah, ini baru betul!*

Keduanya, sebab saya nampak perempuan lain semuanya cantik. So saya jadi sedikit jealous dan tercabar di situ. Maka saya pun berusaha untuk tampil cantik.

*Biasalah kan, perempuan kan memang kuat jealousnya!*

Berhabisan juga membeli lipstik, blusher, foundation, pelentik bulu mata, maskara.
Dan yang paling-paling penting, kamera!
Kamera pula mestilah yang dapat menghasilkan imej yang paling fotogenik.
Baru berbaloi ok.

Maka, bila gambar ditempek sebanyak-banyaknya di page sendiri, dan dipublish untuk tontonan umum, komen dari lelaki dan perempuan pula berduyun-duyun masuk,
Di saat itu, tiada lain yang lebih membahagiakan!

Percayalah.

**********************

Walaupun waktu itu kamu mungkin nampak saya teruk, sedang dalam kesesatan dan jahiliah yang memekat, tiada prinsip dan pegangan diri, tapi saya tetap minat dengar nasyid tau. Huhu.

Sekurang-kurangnya, adalah juga satu ruang yang dapat menyalurkan kebaikan dalam hati yang tengah 'sakit' dan 'tenat' itu. Nak diharap pada bacaan Al-Quran dan memahami rahsia-rahsia hidup di sebalik ayat Allah, mungkin sangat jauh, waktu itu.

Maka, hampir 2 tahun juga saya tenggelam dan asyik dalam lautan 'syok sendiri' dan 'perasan cantik', hingga satu hari, saya terdengar satu lagu ini.

Nak tahu? Tekan sini. Dengar baik-baik ya.

TITIK ITU

Kali pertama dengar, dengan tak semena-mena, airmata mengalir laju-selajunya. Hati bagai direntap-rentap. Kuat sangat.

Saya masih ingat, banyak saya menangis hari itu. Saya tak ingat tarikhnya, tapi yang pasti, bulan Oktober 2007.

Pendek cerita, itulah dia, turning point yang pertama Allah hadirkan.
Sedikit-sedikit, saya delete gambar-gambar yang saya rasa keterlaluan dan tak berpatutan ditayangkan.
Lagu yang Allah hadirkan sebagai penghantar hidayahNya itu, membawa saya mengenali seribu erti tentang makhluk Allah bernama wanita.

Hebat. Sangat tinggi dan mulia kedudukan seorang wanita.
Hingga Allah melarang dia dipertontonkan pada sebarangan mata.

Dan alhamdulillah, selepas itu, menyusul satu persatu turning point yang lain, yang Allah hadirkan dengan bermurah hati.
Hingga akhirnya bersih page friendster saya dari gambar yang tak sepatutnya.
Dan hingga kemuncaknya, saya dipertemukan pada satu dunia yang terpaling indah di atas dunia yang fana ini.
Dunia tarbiyyah.

VIRUS

Bohonglah, kalau saya bisa memadamkan sehabisnya secebis naluri kewanitaan yang terselit sejak azali lagi.

Cantik.
Tiada siapa akan menolak kecantikan. Jangan hanya memandang wanita, tetapi lelaki juga serupa.
Kerana Allah juga amat sukakan kecantikan.

Hingga kini, setiap kali saya melihat kenalan-kenalan di facebook yang sedang melalui fasa kritikal itu, saya sendiri terasa terpanggil-panggil semula.

Terasa teringinnya untuk jadi cantik seperti mereka.
Ya Allah, cantiknya mereka. Bidadarikah mereka ini? Sungguh cantik dipandang mata.
Kalau saya yang juga hawa pun boleh kelabu mata, bagaimanalah agaknya di mata lelaki ya?
Pasti terlalu sempurna.

Dan kadang-kadang, memang hampir terjatuh semula ke dalam lembah yang dahulu itu.

Oh, dunia ini sangat menggoda!

Apa yang boleh saya katakan, 'penyakit' ini sangat cepat berjangkit. Seakan-akan virus yang cukup merbahaya.

Masakan tidak, lihat saja kenalan-kenalan perempuan di laman sosialmu.
Ramai sekali yang terkena penyakit ini.
Baik yang masih sekolah, sedang menuntut di universiti, sudah berkerjaya, seorang isteri, mahupun seorang ibu.

Dan penyakit ini juga tak mengenal profesionmu.
Baik kamu seorang pelajar.
Baik kamu seorang guru yang memikul amanah dan tanggungjawab besar.
Baik kamu seorang selebriti.
Baik kamu seorang yang biasa-biasa saja.

Asal lahirmu sebagai wanita, dan dikurniakan rupa paras yang menarik.
Awas, kamu memang target utama penyakit ini.

Penyakit menunjuk-nunjuk cantik. Walau hakikatnya kamu memang cantik tertarik debomm debomm. Heh.
Hingga yang melihat turut kagum dan tertawan, saban hari melihat dan mendekatimu,
Dan akhirnya terjangkit!

RAHSIA

Bermacam-macam rasa. Tapi yang pasti, saya langsung tidak mengeji mereka.
Apatah lagi memandang jijik atau hina.

Kerana saya pernah melalui rasa 'bahagia' dengan penyakit itu.
Dan memang bukan mudah untuk tinggalkan, saya tahu.

Kalau bukan kerana pengasihnya Allah yang mencampakkan hidayah melalui lagu itu, rasanya mungkin hari ini saya masih seperti dulu.

Saya mohon maaf, kalau ada yang terasa. Sesungguhnya demi Allah, itu bukan sama sekali niat saya.
Maafkanlah kata-kata saya, dan anggaplah itu cuitan hati dari Tuhanmu.

Dan saya bukanlah orang yang layak untuk mengatakan ini betul, ini salah.
Cukuplah kamu rujuki kembali kata-kata Allah dan Rasulullah.
Moga-moga kamu beroleh sinar hidayah.

Dan saya akan turut berdoa
Setiap kali saya menyinggah masuk page mereka yang terkena, saya takkan lupa melangsungkan doa.
Moga-moga ia melangkaui langit dunia kepada yang Esa.
Ameen.

LASTLY

Lagi satu bedtime story yang inspirational, yang pernah dikongsi oleh suami satu masa dulu.

Saya hadiahkan buat kamu yang membaca hari ini.
Untuk renungan, refleksi diri, dan pemula langkah baru untuk bulan November ini.

Pernah dengar cerita tentang Christian The Lion?

Nah. Lihat video ini. Selami dan hayati betul-betul ya.
Rugi besar kalau kamu miss walau sesaat.

Lagi sekali, ini kisah benar.




Ia hanya seekor singa, tercipta dengan fitrah yang ganas dan liar.
Tapi berjaya dijinakkan sedemikian rupa.

Bagaimana dengan nafsu kita? Mampukah dijinakkan?
Pastinya ada jalannya.

**********************************************

Kalaulah perlu dihantar tulisan entry saya ini untuk disemak, pastinya akan dikoyak-koyak.
Panjang, dan tak berfokus.

Maaf ya. Inilah hasilnya bila terlalu banyak untuk dicerita, tetapi tidak sama banyaknya masa yang tersedia.

Terima kasih kepada yang sudi habiskan membaca.
Memang kamu sungguh mujahadah.

Salam sayang,
Nini The Lion?

Kau rasa kau dah cukup baik untuk ini?

CERITA SATU

Beberapa minggu lepas, saya dan housemate baru membeli mesin basuh first hand di kedai perabot terkemuka, Conforama.

Cuma masalahnya, tiada cara untuk membawa angkut pulang ke rumah. Mahu ambil servis penghantaran, perlu menunggu lama. Hampir 2 minggu baru sampai giliran kami.

Maka dibiarkan saja dulu mesin basuh itu bermalam di Conforama. Bermalam-malam jugalah, sementara saya dan Ana mencari penyelesaian.

Plan kedua, mahu menyewa kereta.
Maka bersungguh-sungguhlah saya membuat tempahan di FordRent, untuk lori kecil, berharga 65euro sehari.
Tapi Allah tak izinkan. Macam-macam pula songeh mereka, tak mahu menerima lesen Malaysia. Mahu lesen Europe saja. *Ceiss*

Tertangguh lagi.
Dan di satu petang Jumaat, semasa di kelas, saya terima satu SMS dari Ana.

"Nini, dah dapat lori! Pinjam kat pakcik kebab. Ni tengah otw nak amik mesin basuh."

Alhamdulillah. *Dapatlah basuh baju hari ni.*
Saya terus call Ana, excited nak tahu cerita detail, bagaimana semudah itu Allah temukan solusi buat kami yang hampir give-up.

Dan memang, semudah itu saja. Digerakkan hati Ana melangkah ke kedai kebab untuk bertanya hanya by chance. Tertakdir pakcik kebab memiliki lori kecil, dan digerakkan hatinya untuk meminjamkan pada kami tanpa sebarang syarat!

Mudah saja.
Bilamana Allah ingin permudahkan, sekelip mata jadi lancar, dan sekali lagi, mudah!

CERITA DUA

Semalam mendapat bed-time story yang sungguh inspirational daripada suami. Cerita benar yang dibacanya dalam sebuah blog, dikisahkan semula kepada saya, sambil-sambil memandu ke tempat kerja.

Suatu hari, ada seorang hamba Allah ini, katakan namanya Ahmad, memandu dalam keadaan yang sungguh sesak. Jammed merata-rata.

Dan kamu-kamu yang sering memandu, terutamanya di ibu kota, pasti sudah faham benar dengan kerenah manusia yang bermacam-macam di atas jalan.

Maka hamba Allah ini hanya mengalah saja hari itu. Malas untuk bertekak seorang diri dalam kereta menambahkan tension. Setiap kereta yang ingin mencelah di hadapan, diberi saja laluan. Kereta yang dari lane lain tapi tiba-tiba menyibuk masuk ke lanenya, turut diberi peluang.

Biarlah, biarlah. Masuklah, masuklah. Tiada apa yang rugi. Alah, setakat beberapa saat mereka mendahului, apalah sangat. Balik-balik tersekat dalam jammed juga. Mengalahlah.

Setelah berjaya meloloskan diri dari jammed, maka dia memandu seperti biasa di atas highway. Masih mengekalkan kesabaran dan formula yang sama; Nak potong, potonglah. Nak lalu dulu, silakanlah. Nak masuk lane, masuklah.

Tiba-tiba, ditakdirkan, Ahmad terlepas exit highway yang sepatutnya diambil. "Alamak! Kalau terus lagi mahunya jauh lagi baru dapat masuk balik exit ni."

Serta-merta dia memperlahankan kenderaannya ke lorong kecemasan di sebelah kiri, sambil menukar gear ke arah reverse.

Reverse. Di atas highway. Sambil kenderaan lain meluncur laju ke arah bertentangan.
Memang satu kerja gila. Bahaya.

Dengan kehendak Allah, tiba-tiba dia terlihat satu kereta berhenti agak jauh di belakangnya. Dan pemandu kereta itu pun keluar. "Ya Allah, ada apa ni? Janganlah orang jahat."

Kamu tahu apa yang berlaku?

Pemandu kereta di belakang itu tiba-tiba bertindak seperti polis trafik. Diberi signal kepada Ahmad supaya terus reverse dan reverse, sambil dia memberi signal dengan satu tangan lagi kepada pemandu-pemandu lain supaya memberikan laluan kepada Ahmad.

Dan akhirnya, Ahmad berjaya memasuki semula lorong exit yang terlepas itu dengan selamat.

******************************************

Sewaktu mendengar cerita ini dari suami, airmata saya bergenang. Bukan kerana powernya kuasa cerita ini, bukan kerana feelingnya En Mas bercerita. Tapi kerana kisah pendek ini membawa saya ke satu alam lain, memberi laluan kepada hati berinteraksi dengan Tuhan. Alam muhasabah dan refleksi.

Lihat. Kebaikan yang dibuat oleh Ahmad, kalau dilihat dengan skala mata manusia, hanya kecil sekali. Cuma mengizinkan beberapa saatnya dicuri oleh pemandu-pemandu lain yang mungkin lebih urgent daripadanya. Mungkin mereka lebih memerlukan saat-saat yang bernilai itu. Berkorban untuk orang lain, sedikit sahaja. Apalah sangat yang dirugikan.

Tapi cuba kamu lihat bagaimana Allah membalas? Allah bayar cash, di hari yang sama juga. Dan dengan jumlah yang lebih berkali-kali ganda besar.

Kalau kamu tak pernah hadapi situasi sesukar itu, apatah lagi kalau tak pernah memandu di highway seperti saya, mungkin kamu tak dapat bayangkan besarnya bantuan yang Allah hadirkan itu.

Dan mungkin ada yang tertanya-tanya, masih ada ya pemandu sebaik itu? Tiada kena-mengena tapi sanggup berhenti untuk membantu. Siap keluar dari kereta lagi. Biar betul?

Tak perlu susah-susah fikir tentang itu. Ini semua kan 'kerja Tuhan'. Tak mustahil juga kalau hamba Allah itu bukan manusia, cuma utusan Allah untuk menyampaikan ganjaran dunia ini kepada Ahmad. Tak mustahil kan?

*Woh, tiba-tiba meremang bulu roma sendiri.*

CERITA HARI INI

Demi Allah yang nyawaku di tangannya, hari ini sungguh fenomenal buat saya.

Kalau mahu diceritakan detail satu-persatu perjalanan hari ini, akan menjadi terlalu berjela entry ini. Cukuplah saya garap kesimpulannya untuk dikongsi bersama.

Hari ini, saya menerima kebaikan yang terlalu banyak dari manusia di sekeliling saya. Walaupun manusia itu tak pernah saya kenali, tak pernah pun hadir dalam hidup saya. Cuma yang menyatukan kami, dia adalah saudara seakidah saya.

Seorang saudara ini, anak kepada pemilik kedai di belakang rumah saya. Saya datang ke kedainya semalam, bertanya, "Awak tahu tak siapa-siapa yang ada lori kecil di sini?"

"Ada, saya." Katanya sambil tersenyum.

"Saya perlu bantuan sekarang. Saya ada reserve satu almari di internet. Tapi tuannya tinggal di bandar, dan dia minta saya ambil sendiri. Tapi saya tak ada kereta, dan tak boleh drive di sini. Awak boleh tolong saya?"

"InsyaAllah boleh boleh. Apa alamatnya?"

*Terkejut. Terus minta alamat? Cepatnya.

"Err, saya tak ada lagi alamatnya, sebab belum confirm dengan tuan almari. Tapi kalau awak setuju, saya bagi alamat esok boleh?"

"InsyaAllah, boleh boleh. Esok lepas tutup kedai, saya pergi ambil."

"Pukul berapa ya? Nanti saya bawak seorang lagi teman."

"Eh tak payah. Awak tunggu saja di rumah. Saya akan carikan almari awak tu. Boleh?"


MasyaAllah, mudahnya? Biar betul, mudahnya dia bersetuju untuk tolong saya? Bukan sikit ni saya minta tolong. Banyak! Tolong drive ke bandar. Tolong ambil almari, berat tau. Dan dia hanya suruh saya tunggu di rumah?

Dan kata itu dikota. Tadi selepas maghrib, saya menyaksikan sendiri saudara itu bersusah payah angkat almari dari van, hingga masuk ke dalam rumah. Tak lepas almari itu di tangannya, hinggalah diletakkan betul-betul di tempat yang saya inginkan.

Saya hulurkan sekeping duit sebagai upah. Namun ditolak. Rupanya hanya ucapan 'barakallahu feek' yang dia lebih hargai, sambil tersenyum dan ucapkan, "Assalamualaikum my sister". Seraya berlalu.

Allahuakbar.

APAKAH?

Lama saya terduduk. Mata tertumpu ke satu arah. Hati tak berhenti beristighfar sambil memuji Allah. Bagai mimpi, hal yang saya fikirkan sejak minggu lepas ini, sekelip mata sempurna terlaksana.

Mahu meneruskan study, tak dapat fokus. Hati bergetar dengan dahsyat. Saya rasa hati sedang menangis sekarang. Maka saya buka komputer, buka Destiny. Saya hanya ingin mahsyurkan pada satu dunia, apa yang Allah beri saya rasa malam ini.

And here i am. Tudung juga masih bersarung di kepala. Masih fresh dengan peristiwa tadi.

Ligat kotak fikiran memutar kembali jalan-jalan kehidupan yang saya lalui baru-baru ini. Ya Allah, kebaikan apa yang saya telah buat, hingga Engkau membalas sebesar ini?? Apa layaknya aku terima kebaikan sehebat ini dari seorang hambaMu?

Fikir dan fikir lagi.
Adakah kerana 50 sen yang pernah aku hulurkan pada pakcik peminta sedekah di tepi supermarket minggu lepas?

Tapi itu hanya 50 sen! Sedangkan di tanganku ada berkali-kali ganda lagi. Aku hanya berikan 50 sen saja. Ooh!

Adakah kerana baju-baju dan tudung-tudung lama yang aku berikan kepada adik-adik junior beberapa minggu lepas? Oh Tuhan, aku sedekahkan barang-barang lama kepunyaanku. Barang yang aku sendiri tak mahu memakainya, maka aku beri pada orang. Sedekah kononnya!

Allahuakbar. Serasanya, hanya itu saja kebaikan yang aku pernah lakukan. Itupun malu untuk aku claim sebagai kebaikan. Bila difikir sekarang, dan dibandingkan dengan kebaikan yang aku terima, terasa amat malu dengan 'kebaikan' yang aku lakukan itu.

BERILAH KEPADA DIRI

Masa untuk membuka mata hatimu seluas-luasnya.

Mungkin kebaikan yang saya terima ini bukan sebagai ganjaran kepada kebaikan saya. Kerana kebaikan saya amat-amat sedikit sekali.

Mungkin Allah berikan kebaikan ini sebagai sindiran, sebagai pembuka hijab di pandangan, betapa manusia lain terlalu ringan menghulurkan kebaikan, sedangkan saya terlalu kedekut untuk memberi bantuan.

Kedekut. Takut. Rugi.

Come on lah.

Kalau begini bentuknya sebagai sindiran Allah, maka saya cukup bertuah. Kerana sindiranNya penuh kasih sayang, bukti zatNya yang Maha Penyayang. Indah dan nyaman menyisir hati.

Kalau ia hadir sebagai balasan kebaikan, maka tiadalah lagi daya untuk saya nafikan.

Di mata manusia, kebaikan kita terlalu kecil. Tetapi di pandangan Allah, tiada siapa tahu betapa besar skalanya. Lihat saja balasan kebaikan yang Allah beri semula. Itu baru di dunia. Belum lihat gedung pahalamu yang Allah tambahkan berganda. Belum lihat kantung dosamu yang Allah buang isi-isi kotornya begitu saja.

Yet. Manusia masih terasa berat untuk memberi kebaikan.
Walaupun di saat itu, hanya kau yang dapat hulurkan bantuan.
Hati tetap berkira-kira menghitung kerugian.

Tiada yang peliknya. Kalau dimensi pandanganmu hanya terbatas pada dunia, maka kerugianlah yang nampak di mata.

Ruginya. Ruginya. Kalau kedekut memberi.

Sedangkan apabila kita memberi kepada manusia, sebenarnya kita memberi kepada diri sendiri.
Memberi kepada diri dengan begitu banyaknya. Langsung tidak dirugikan, walau sedikit pun.

Mudah saja. Kalau kau sentiasa bermurah hati untuk memberi, maka kau sedang bermurah hati dengan dirimu sendiri. Dan jika kau kedekut, bererti kau kedekut dengan diri sendiri.

Sekali lagi yakinlah, kau tak akan pernah terkurang dengan memberi kepada manusia.
Sebaliknya, inilah formula untuk kau kaya. Kaya jiwa di dunia, kaya pahala kelak di sana.

Berilah. Apa-apa saja kebaikan yang kau ada. Berilah, jangan berkira apa-apa. Kau tahu, Tuhan yang kau sedang melihat pemberian dan pengorbananmu itu sungguh amat adil, pemurah, kaya, penyayang.

Boleh kau bayangkan bagaimana kehidupan ini kalau setiap manusia punya mindset untuk memberi?

Saya tak mampu menancapkan keyakinan dalam hati kamu yang membaca, bahawa gelombang hidup di dunia ini sentiasa memerlukan kamu untuk memberi semampu yang ada.

Maafkan aku Tuhan, kemampuanku menulis amat terbatas, dan ilmu bahasaku tidak meluas.

Maka sudilah terima hidangan kata-kata Dia ini, mudah-mudahan kamu semakin yakin.

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebaikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar di sisinya." (An-Nisa : 40)

Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.

Itulah kata-kata idola penulisan saya, yang tak pernah putus menyampaikan inspirasi dari Allah menerusi tintanya, Ustaz Pahrol.

Setelah sehari sarat dengan pelajaran yang kau lalui, setelah sehari berlimpahan kebaikan kau perolehi, apakah kau masih ingin bersedih dan lemah dengan kesusahan yang kau diuji?

Soalan untuk pemilik hati yang sedang menulis maya. Dan baru ingin menoktahkan kata.
Di rumahnya, Hujurat, Besancon.
Jam 1.18 pagi.

Jawablah.

-Nini-

25 October 2010

Ini entry emo. Jangan baca kalau tak suka.

Setiap malam rasa nak tulis something kat sini. Entah, sunyi mungkin. Tak, takde mungkin-mungkin. Memang sunyi sangat-sangat. Setiap malam sangat menyeksakan sebenarnya, terutama tengah² cuti begini. Nak melalui saat² di waktu malam, sambil tunggu masanya suami bangun dari tidur. Ah, benci rasanya perbezaan waktu yang memisahkan kami 6 jam ini.

Tadi pukul 11 pm sini, bersamaan 5am sana.
Tiba-tiba ringtone BBM berbunyi. Terus terlompat dari katil untuk capai BB yang tengah dicaj. Abg!! Ya Allah, dia terasa mungkin saya tengah sungguh tak tenang begini.

Selang beberapa saat, telefon rumah berdering. Terpampang namanya. Tak sempat saya biarkan deringan kali kedua, terus saya angkat. Dan succumb di situ. Menangis. Lagi.




********************************************************

TERSERAH PADAMU

Harapnya pembaca tak terasa bosan bila setiap kali saya menulis, mesti ada terselit juga tentang henyakan perasaan terhadap suami yang jauh.

Sikit² je ni. Dah cukup bertapis saya rasa. Bukan nak menjadikan blog ini sebagai tempat meluahkan rasa rindu-rinduan itu, tapi somehow, at one point, ada kelegaan yang menyelinap masuk di ruang hati seraya menendang keluar kuat-kuat *dush dush dush* rasa sedih, setiap kali selepas menghamburkan rasa di sini.

Mungkin sebab itu saya rasa terpanggil untuk menulis setiap malam. Sebab malam adalah sinonim kepada sedih dan sakit untuk saya sekarang. Tak dapat berinteraksi dengan suami selama 6 jam ketidurannya.

Mungkin ada yang terasa menyampah dan bosan. Entah, taktahulah. Yang memandang mungkin akan terlintas di hati,

"Ek eleh... Dah kahwin pun nak lemah² lagi. Come on la, at least u dah kahwin. Bersyukurlah sikit. Jangan ikut sangat rasa sedih tu.. Keccoww aa minah ni."

Jangan risau, ini sekadar imaginasi saya semata². Saya yakin di kalangan pembaca saya tak ada yang sezalim ini tergamak menghadiahkan saya kata-kata sebegini.

Malam ni taknak menulis skema² macam semalam. Dan semalam semalam.

Saya minta ampun banyak² pada Allah, sebab kadang² memang tak mampu nak lawan rasa sedih. Menjelang sabtu ni, genap 28 hari saya terpisah dari suami. Dah sebulan. Tapi masih susah nak overcome ya. Hurm.

Memang betullah cakap orang, berpisah selepas kahwin lainn sangat rasanya dari sebelum kahwin.

Mak cakap, lepas kahwin ni, kawan² yang dulu rapat akan jauh sikit dari kita. Urm, macam ada betulnya cakap Mak. Adalah juga rasa macamtu. Seolah² tak ramai yang mempedulikan. Tak macam dulu lagi.

Eh ke saya yang lari dari orang? Ke saya yang tak pedulikan orang macam dulu?
Mungkin.

Sebab itulah, saya akan ingat sampai bila² satu persatu manusia bergelar sahabat yang tetap sudi menegur dan bertanya khabar saya. Walau hanya sekadar 2 patah, "Nini ok?"

Bagi saya, apa yang mereka lakukan itu sudah cukup besar mujahadahnya. Iyalah, dalam keadaan macamni, saya jadi kurang fikir tentang orang lain. Kurang nak berjumpa orang lain. Automatik tersisihkan diri. Jadi bila mereka yang memulakan langkah menegur dan membasahkan semula ukhuwwah, saya jadi sangat delighted sebenarnya. Of course, bukan saya seorang saja yang suka, Allah lagi² suka. Sebab Allah suka pada orang yang memulakan langkah dalam berukhuwwah.

Terima kasih kerana masih ada saya dalam hati kamu. Saya akan ingat kamu² yang sudi tegur saya dan tanya khabar. Di emel, call, chatting, facebook..
Tak ramai. Memang tak ramai. Boleh kira dengan jari tangan sahaja. Sebab tu saya akan ingat sampai bila².

Yang lain², siapalah saya untuk mengharap huluran tangan manusia. Dalam keadaan sekarang yang terlalu overwhelming, saya jadi tak berdaya nak bangkit menegur manusia yang lalu di hadapan saya. Hanya terduduk meluku.

Selfish? I don't think so. InsyaAllah.

Siapa yang hulurkan tangan, saya sambut dengan terharu dan bersyukur. Yang tidak sudi, saya pun hanya dapat memerhatikan mereka berlalu saja. Dan kemudian menundukkan semula muka yang penuh hina ini.

Lebih mengharukan, ada huluran tangan dari jauh. Memang jauh merentas benua. Dari tangan yang saya tak sangka² pula tu, kerana rasanya hanya baru beberapa kali tangan kami bersalaman.

Orangnya JAUH, tapi ukhuwwahnya JAUH lebih hebat. Subhanallah. Moga Allah merahmatimu sahabat² dan adik²ku.

Tak apalah, sekurang²nya apa yang berlaku ini membuka mata saya tentang nilai ukhuwwah. Samada benar² dilestarikan atau hanya laung-laungan semata-mata.

Things are always easier said right?

SUSAHNYA!!

Wahai yang memegang hati,
Terangkanlah hati ini,
Seterang mentarimu menyimbah bumi..

Saya takut menjadi manusia yang tak bersyukur. Atau kurang bersyukur. Atau selalu terlupa bersyukur.

Yang pasti, memang tak pernah cukup bersyukur. Kalau banyak bersyukur, mesti semua gundah akan lebur.

Bila diputar kembali jarum kenangan lama, mengimbas kembali detik² perkenalan hingga pernikahan, terlalu banyak sebenarnya nikmat dari Allah yang berlimpahan. Terlalu banyak yang dipermudahkan.

Saya sepatutnya bersyukur, kerana at the first place, Allah telah mengabulkan permintaan hati saya, yang saya simpan sejak menginjak usia remaja.

No couple-couple masa sekolah. (Lagipun tak ada siapa yang nak.) Dan ternyata masa sekolah saya kategori budak nerd dan skema. Terutama ketika 17 tahun, menjelang SPM. Berkepit buku 24 jam. Sebelum tidur setiap malam, akan diselak kamus bahasa Perancis sampai tertidur. Baca kamus ok, memang sah skema. (Bahasa perancis memang passion saya ya, sampai sekarang.)

Saya simpan dalam hati, selalu doa. Minta pada Allah, moga lelaki pertama yang akan memiliki hati saya, adalah bakal suami saya. Bukan kekasih yang tak tahu hala tuju.

Dan permintaan itulah yang Allah kabulkan, waktu saya masuk ke MMU. Masih sangat mentah lagi waktu itu, baru 18 tahun. Slip result SPM pun masih hangat lagi.

Tapi kan tapi kan, ini memang betul ya. Saya ingat lagi, masa hari pendaftaran tu, waktu kereta yang dipandu Bapak baru nak masuk pagar MMU, tiba-tiba terdetik kuat di hati saya,

"Rasanya macam akan jumpa bakal suami kat sinilah."

Hoho. Awal² dah pasang niat macam tu eh? Demi Allah, itu bukan memasang niat, tapi tiba² hati terdetik terlintas begitu.

Jeng jeng jeng. As it is destined, tak sempat habis minggu orientasi, tiba² terjumpa seorang abg fasilitator final year ini. Oooh!

Bagaimana bermula, cinta pandang keberapa, itu biarlah tersimpan rapi dalam lipatan rahsia kami ya. Kurang sesuai diceritakan secara terbuka di sini. Ada kawan² rapat yang tahu tu, tahulah.

Lagipun bukan itu motif saya menulis malam ini.

Dan saya patut² lagi bersyukur, kerana tak sampai 2 minggu berkenalan tanpa berjumpa, saya telah firm di hati saya lantas berdoa, "ya Allah, izinkanlah dia menjadi suamiku."

Dan saya patut bersyukur, bila kali pertama dia meluahkan rasa sayang dan cintanya, adalah melalui ibu saya di telefon. Mak yang mengandung dan melahirkan saya. Mak yang tahu dahulu semuanya.

Dan saya patut bersyukur, kerana setahun selepas itu, saya dipertemukan dengan kedua orang tuanya yang tercinta. Bertemulah dua keluarga, memberi izin dan restu.

Semuanya telah sempurna di situ. Dan detik² selepas itu, hanyalah dalam perjalanan mencari keredhaan Allah untuk melangsungkan pernikahan.

Dan jarak inilah yang ditakdirkan Allah menjadi ujian utama. Di bahagian lain dipermudahkan, namun di sebelah ini ternyata banyak kesukaran!

4 tahun puas berusaha bermacam-macam cara, tapi telah tertulis, hanya di tahun kelima baru Dia mengizinkan pernikahan kami.

Namun manusia tetap manusia. Dicipta dengan fitrah untuk mengeluh dan tak pernah merasa cukup. Maka ujian yang sebesar ini lebih diingati daripada nikmat dan kesenangan besar yang Allah sentiasa beri tanpa berkira, tanpa minta dibayar dan dibalas. Hanya syukur dan terima kasih yang diharapkan. Tapi itupun, susahnya!!

PANDANG DIRIMU

Inilah DESTINY untuk kami. Inilah yang tertulis sejak sebelum bumi diciptakan lagi, bahawa saya yang bernama Marini dan dia yang bernama Mas Aidiff, akan melalui perjalanan kehidupan sebegini.

Ya, kami redha. But again, things are easily said.

Masing² ada suratan perjalanannya di atas bumi Allah ini. Ada yang merasa bertuah, kerana terjaga daripada fitnah² dunia akibat cinta sebelum pernikahan. Tertakdir melalui jalan yang penuh syariat dan redha hingga ke gerbang pernikahan. Alhamdulillah.

Ada yang merasa kurang bertuah kerana hingga kini masih belum bertemu siapa-siapa sebagai pendamping dunia akhiratnya. Rasa kecewa, helpless dengan lemahnya diri dan betapa hebatnya kuasa Allah yang merancang dan menentukan. Segala-galanya dalam percaturan kalimah Kun fayakun. MasyaAllah.

Tapi tolong, jangan membanding² takdir dirimu dengan sesiapa. Itu akan lebih melunturkan syukur.

Kami bukanlah pasangan yang layak menjadi contoh dalam melakar cinta berpaksikan keredhaan Allah. Mungkin lebih banyak yang patut dijadikan sempadan daripada tauladan.

Jalan-jalan yang dilalui sepanjang lima tahun itu ada titik-titik hitamnya. Biarlah hanya kami dan Allah yang tahu. Dan kini kami dalam pecutan mengejar keampunan dan keredhaan, takut² titik-titik hitam itu tak sempat dipadamkan habis-habisan.

Namun, walau di landasan manapun takdir hidupmu dihamparkan, pasti Allah turut menyediakan 'track' yang sesuai untukmu berlari mendapatkan Dia. Saya yakin.

Lain orang, lain 'track' yang dilalui. Tapi semua orang boleh berlari. Itu pasti.

Dan tak penting siapa lambat siapa ke hadapan, yang penting kau sentiasa dalam perlarian.

"Sungguh, ini adalah peringatan. Maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan untuk dirinya), tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya." (Al-Insan : 29)

Pilihan ada dalam tangan.
Genggamlah atau lepaskan.

-Nini, again-

24 October 2010

Semuanya tentang Facebook.

AHAD YANG LEMAH

Agak mengecewakan prestasi diri hari ini. Selain tak terbuat apa² yang produktif, badan juga amat² layu. Kepala macam berpusing laju². Pening amat² ya Allah, rasa sangat² nak uwekk tapi bila berlari ke tandas tiba² okey semula. Uhuh, mengada-ngada kau yea. Ohh, mungkin badan ini sengaja beri isyarat pada saya untuk banyak²kan berlari. Dah lama tak exercise. Urm, ada juga keinginan untuk berjogging pagi² di padang belakang, tapi dalam cuaca sejuk begini, oh apakan daya! *Yess ada alasan!*

Oh tidak². Saya tahu apa kemungkinan besar yang anda terfikir. Saya belum ada tanda untuk 'itu'. Cuma pening begini saya pun taktahu puncanya.

Lebih meresahkan, suami di Malaysia juga sedang tak sihat. Dalam telefon juga payah untuk bercakap. Hanya terbatuk² yang heavy sampai tak tergamak saya nak dengar lama². Sedih. Helpless. Tak mampu buat apa-apa dari sini selain doa yang tak pernah putus. Di waktu² yang sukar begini, tidak dinafikan kami berdua amat lemah untuk mempertahankan kekuatan emosi dan mental. Saya tahu dia sedang memerlukan isterinya. Dan saya amat² ingin berada di samping suami, apatah lagi ketika dia kurang sihat. Oh Tuhanku.

Bertabah dan teruskan langkah. Saya hanya mampu serahkan dia dalam jagaan Allah. Hanya itu saja yang tinggal buat kami.

MALAYSIA BOLEH!

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang satu kajian yang dibuat baru² ini mengenai pengguna dan kepenggunaan Facebook. Saya sendiri pun baru saja tahu hari ini. Rupa²nya, rakyat Malaysia menduduki tangga pertama untuk kategori pengguna FB yang mempunyai paling ramai kawan. Berapa statistik yang dikeluarkan saya pun tak ingat. Tetapi memang pasti, Malaysia tangga pertama, untuk kajian meliputi seluruh dunia! Wowwy! Cayalah.

Bukan itu saja, ada yang lebih 'membanggakan'. Rakyat malaysia sekali lagi muncul juara dalam kategori pengguna FB yang paling lama meluangkan masa di laman sosial itu, dengan purata 9 jam sehari. Ya ya, tolonglah percaya. Malaysia nombor satu. Kalau masih curiga dengan kenyataan ini, boleh buat pencarian sendiri di Google. Khabar ini siap memasuki Berita Utama Perancis lagi beberapa hari lepas.

Selaku pengguna FB yang agak aktif di waktu² tertentu, ya saya sendiri malu. Taktahulah kalau ada yang berbangga dengan fakta ini. Dari aspek mana agaknya boleh kita cuba tafsirkan hasil kajian ini dari sudut yang positif ya? Rakyat Malaysia ternyata paling pandai bersosial kerana paling ramai kawan? Rakyat Malaysia paling cekap multitasking kerana di sebalik kesibukan harian pun masih boleh meluangkan 9 jam sehari di Facebook? Uhh. Hebat.

Sesuatu perlu diubah. Sekurang²nya dalam skala paling kecil, iaitu masing² berusaha untuk diri sendiri. Saya akui, saya selalu saja biarkan laman FB saya aktif, bilamana komputer sedang ON. Walaupun ketika itu saya sedang di dapur memasak, sedang buat homework, sedang makan, sedang macam² lagilah, FB tetap dibiarkan aktif. Saya sendiri tak tahu apa motifnya. See Nini, dah terjelas satu aktiviti yang dilakukan tanpa tujuan yang jelas.

Memang memalukan.
Jadi kalau ada siapa² di sini yang seperti saya, yang tak teringin pun nak melekat di FB tapi sentiasa biarkan akaun FB anda aktif di laman browser internet, silalah hentikan. Malu rasanya bila memikirkan saya pasti turut menyumbang sama ke dalam statistik yang dikeluarkan, walaupun hakikatnya taklah seperti yang dibayangkan. Memang tak ada kerja yea nak melekat dengan FB, tengok status kawan² setiap masa.

Ooh Malaysia, sudilah kiranya maafkan kecuaian saya. Saya dapat rasakan, selepas membaca berita memalukan tadi, dan rasa amat² malu dengan diri sendiri, dah mula timbul bibit² kebencian saya pada Facebook. Oooh, sekali lagi tolonglah! Facebook tak salah. Yang salah tu awak.

PICISAN

Masih tentang Facebook, cuma dalam perkembangan yang lain.

Kepada kawan² dalam FB, kalau anda terlihat butang di sebelah nama saya itu hijau, tak bermakna saya sedang available ya. Macam saya katakan tadi, saya mungkin sedang masak, tidur, study dan lain². Jadi saya mohon maaf sangat² kerana banyak chatting² yang tak terlayan. Banyak yang terabaikan.

Lagi satu, ini paling penting. Jujurnya, saya sangat² rasa berat dan malas untuk melayan message² dan chatting yang dihantar kepada saya melalui FB. Kalau posting di wall itu mungkin saya layan, sekadar beramah-mesra dan menyuburkan semula ikatan hati. Jadinya, kalau ada apa² yang penting, sila panjang²kan kepada emel saya ya. Kalau private message di FB, benda yang penting pun saya akan baca dengan nada yang tak penting. Akibatnya, banyak sangat message² yang saya baru 'perasan' pagi tadi. Yang dah sampai 5 bulan, yang urgent, semua dah jadi basi basa hari ini.

Ada beberapa message daripada junior² yang pernah rapat dengan saya. Terkilan sungguh bila saya baca;

"Hye Kak Nini! Ingat saya lagi tak? Lamanya tak dengar cerita. Haritu ada message akak tapi takde balas pun. Nak merajuklah macamni. Huhu."

Dan message itu bertarikh 13 Februari 2010.

Ooooh la la, mesti dah remuk redam hati awak merajuk dengan akak kan. Lama sungguh² dah tu. Jenuh la akak nak pujuk. Minta maaf ya. My bad.

Jadinya, tolong ya kawan² dan adik². Saya bukan sombong, sama sekali tidak insyaAllah. Apa² saja, tolong hantar kepada emel yea. Lagi mendapat perhatian insyaAllah. Ini alamatnya : nini.marini267@gmail.com

JANGAN MIMPI

Juga masih berkaitan Facebook. Nampaknya entry kali ni memang untuk meleraikan banyak kekusutan yang timbul akibat FB saja.

Dalam chatting² dan message² yang diterima, banyak benar soalan yang berbunyi,

"Abgmas takde facebook eh?"

Haha! Soalan bernilai 50 juta ringgit nih. Mesti tersenyum kelat suami yang sedang membaca entry ini. Biar saya cuba jawab.

Kalau anda memerlukan jawapan ringkas, jawapannya, ya, abgmas tak ada facebook.

Kalau anda memerlukan penjelasan, ini pula penjelasannya.

Suami saya memang sejak kecil, remaja mahupun sudah dewasa, tak pernah berminat untuk melibatkan diri dengan mana² laman sosial yang tumbuh bak cendawan. Baik Friendster, MySpace, Facebook, ataupun MyFace. (Haha, ada kisah kelakar di sebalik MyFace ini)

Ooh baru saya ingat. Dulu En Mas pernah buka akaun Friendster. Tapi ketahuilah, itupun setelah dipujuk dan dirayu berkali² oleh bakal isterinya yang masih kebudak-budakan ketika itu. Rasanya waktu itu masih di tahun 2006. Saya baru 19 tahun. Al-hasil, akaun itu terkubur begitu saja setelah beberapa hari dibuka. Dah cakap, orang memang tak minat. Jangan disuruh-suruh atau dipaksa-paksa.

Itu saja yang boleh saya katakan. Tak perlulah saya hurai²kan. Sangat picisan rasanya persoalan ini. Entah² En Mas sendiri pun tak berminat hendak menjawabnya.

PERAIBESI

Tapi kan, saya rasa ada kebaikannya bila hanya isteri atau suami saja yang punya akaun FB. Atau kalaupun kedua²nya memang peminat setia FB, buka satu saja akaun bersama.

Kenapa? Cuba fikirkan apa akan jadi bila kedua²nya punya akaun.

Suami dan isteri akan lebih cenderung untuk berkomunikasi di situ. Apatah lagi dengan 'kemanggihan' laman sosial sekarang, perbincangan antara 2 orang pun boleh diintai seluruh dunia. Akibatnya, ruang privasi yang menjadi tonggak kestabilan rumahtangga 'diceroboh'. Or should i say 'sengaja didedahkan?'

Maka terhidanglah satu dunia dengan pementasan kehidupan sang suami dan isteri yang sepatutnya terkunci rapi.

"Sayang, sayang dah makan? Jom keluar lunch yang! Yayang tunggu dekat OU yea. Kul 1 tau! Jangan lambat okeh. Luv muah muah muah."

"Mucuk, bibi rindu mucuklah. Balik cepat ye. Bibi boringlah duduk rumah sowang².."
Oh kesiannya sang suami dipanggil busuk. Atau mungkinkah 'mucuk' itu kurang busuk daripada 'busuk'? Heh apa²lah.

*Macam berpengalaman aje ye saya tulis dialog² di atas. Oh no no. Haha!*

Lebih mengundang bahaya, bila tercetusnya konflik, maka ruangan FB yang sepatutnya menjadi wadah sosial (read : berbatas) antara rakan² jauh dan dekat, tiba-tiba bercampur aduk dengan 'hempukan emosional' suami isteri akibat penunjukan perasaan masing². Facebook menjadi tempat luahan, sedangkan pasangan hanya bersebelahan, cuma masing² ego tak mahu meredakan. Ooh Tuhan, saya rasa amat bahaya kalau jadi begini. Minta²lah dijauhkan baik saya mahupun kamu² juga.

Maaf ya. Harap tidak ada yang terasa. Saya yakin ada ramai pasangan yang kedua²nya ada FB. Tapi kalau kedua²nya tahu batas, tahu apa yang boleh dan tidak boleh, maka tiada masalahnya. Terpulang pada kefahaman dan pendirian masing².

Cuma, kami suka untuk memilih jalan yang lebih selamat. Saya akur dengan kehendak suami yang selama²nya takkan berminat dengan benda² ini. Dan dia juga akur dengan permintaan saya yang ingin tetap membiarkan akaun FB aktif demi kepentingan² yang telah saya terangkan padanya.

Komunikasi maya kami hanya melalui emel dan sudah tentunya Blackberry Messenger, yang ternyata mudah, murah, cepat dan mengunci rapat pintu privasi. *Hehe, promote promote.*

Oh! Syaitan itu memang makhluk yang terlalu kreatif. Kreatif laknatullah. Kita tutup pintu sebelah ini, dia cuba juga buka pintu sebelah lain. Di BBM juga ada ruangan untuk menulis status tanpa batasan. Dan sudah tentunya status akan dilihat oleh kawan² yang ada dalam senarai contact kamu.

Bukankah membuka pintu bahaya juga?
Ya. Dan kerana itulah saya mengehadkan contact saya. Kalau boleh tak mahu ramai² di situ. Tak perlulah add saya yea kalau rasanya tiada apa². Macam kurang jelas kepentingannya. Saya beli BB pun memang semata² untuk mendekatkan jarak dengan suami. Tiada sebab lain.

Finally,

Harapnya tiada yang tersalah tafsir dengan kenyataan² saya hari ini. Bukan sombong, bukan mengada. Cuma mahu menjelaskan dan berkongsi pandangan. Hanya berkongsi, tak semestinya betul dan diterima kan? Maka jangan ambil hati yea.

Love and peace. Assalamualaikum.

Nini
00h48
Hujurat yang sunyi,
Besancon bandar terindah. Heh.

23 October 2010

Macam-macam lagi. Haihh.

Semalam jumpa En Mas dalam mimpi. Tapi mimpi sedih. Boringnya! Sudahlah dalam realiti hati diulit sedih, tak bolehkah sekurang²nya dalam mimpi saya diberi peluang untuk happy? Atau sekurang²nya tenang² saja bermimpikan suami yang jauh. Dasar syaitan! Kalau memang dah jahat dan dilaknat, memang takkan sekali² senang dengan kebaikan walau sesaat.


Kami di airport, berempat. Saya tak ingat di mana precisely, tapi seemingly macam di Paris. Ada saya, En Mas, Mak dan Bapak. Wah!! En Mas datang Paris? Saya bersama parents saya perlu mengambil flight entah ke mana saya pun tak ingat, dan En Mas terpaksa ditinggalkan di situ. Pulak dah. Orang susah² datang Paris dari Malaysia (walaupun hanya dalam mimpi), kenapalah waktu tu juga kena naik flight tinggalkan dia. Nampak kan? Saya dah bagitahu awal². Dalaman saya memang selalu swing macam buayan sekarang ni. Inilah hasilnya. Mimpi pun dah pening dengan perasaan saya.

Rasa²nya saya tahu kenapa tiba² mimpi macamni.


Lagi beberapa hari mak bapak akan berangkat ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah, semakin hampir saat yang akan meninggalkan sejarah paling indah dalam hidup mereka berdua. Saya bersyukur kerana mereka dipilih Allah pada usia 46 tahun, untuk melunaskan rukun islam kelima itu. Bukan mudah nak dapat peluang ini kan? Malah ramai juga yang tak berkesempatan, ajal lebih mendahului impian yang tersimpan.


Bapak ada cakap, selesai Haji nanti, mungkin nak singgah Paris. Woh? Katanya nak buat surprise untuk anakanda tercinta. Halamak, kalau macamtu, dah bukan surprise lagi dah pak. Tapi tak apalah, pandai²lah saya buat² terkejut dan menangis terharu nanti. Jangan risau, anak dara pak ni pandai berlakon. Mak Bapak datang saja ok. Tolonglah datang. Nini nak surprise. Nini nak surprise. Uhu.


Kalaulah jadi, waktu tu cuti bulan 12. Winter!! Heh, apalah yang excited sangat winter ni. Awal² dulu sukalah, waktu masih hingus-hingusan sebagai junior baru sampai. Diterjah angin sejuk sikit sudah seronok senyum seorang diri. Lepas tu mulalah seorang² buat perangai tak senonoh hembus² nafas sebab nak tengok 'asap' putih keluar dari mulut. Orang tengok pun sambil senyum kambing aje. Kisah apa? Negara kami panas tau. Hembus nafas dalam peti sejuk pun belum tentu dapat tengok 'asap' kepul² macamni.


Masih di penghujung oktober, baru sebulan berlalu musim luruh. Tapi Besancon sudah sejuk tak terkira. Suhu layaknya seperti musim sejuk. Sudah mencecah negatif. Nak pergi sekolah pun sudah perlu pakai sarung tangan dan muffler. Long john dah mula terburai dari lipatan kemas dalam almari. Nak keluar rumah untuk beli telur pun kena fikir sampai 10 kali.


Sejuk pun sejuklah labu, asalkan mulai hari ini, tak payah lagi keluar awal² pagi membelah kabus tebal untuk ke sekolah. Ya, kami sudah cuti sekolah! Weehuw. Kalau campur wiken, mencecah 10 hari jugalah. Ooh, siapalah yang tak suka cuti sekolah kan?


Hurm, apa agaknya nak buat masa cuti sekolah ni ya? Ceh, buat² macam tak ada kerja. Sedangkan ada 2 report perlu dibuat. Dan revision yang wajib wajib wajib sangat² diselesaikan. Buka sekolah ni, mesti akan ada exam lagi. Konnnnfemmm! Walaupun cikgu tak cakap apa². Tapi sebagai student kenalah pandai anticipate kan? Kadang² cikgu saja taknak beritahu sebab malas nak dengar keluhan² budak² yang tak mahu cutinya diganggu. Orang² perancis ni selalu saja begitu. Kalau tak puas hati memang dilepaskan kata² tak bercover depan² cikgu. Cikgu jugalah yang kena mengalah nanti. Hurm, suka hatilah labu.


Ooh ya, penghujung oktober ni sangat ditunggu² juga. Apa lagi kalau bukan kemasukan elaun setiap 3 bulan oleh penaja tetap, JPA. Tapi andai ditakdirkan terlewat (setakat ni belum pernah lagilah), harapnya masih cukuplah baki simpanan yang masih bersisa dalam akaun. Taklah banyak mana, tapi insyaAllah mampu rasanya untuk menampung lagi beberapa bulan. Moga² Allah percukupkan.

Bila bercakap tentang biasiswa, saya agak sensitif sedikit tentang satu hal. Dari pemerhatian singkat saya, berapa ramai student² atau lebih bertanggungjawab bunyinya jika digelar 'pemegang biasiswa', terlupa bahawa biasiswa itu bukan sama sekali milik mereka. Ya, bukan milik saya juga. Bila ditambah tolak, bukan sedikit ya jumlah perbelanjaan bulanan yang diperolehi oleh seorang pemegang biasiswa luar negara. Tak perlu saya ceritakan amaunnya, tapi kalau diconvert kepada mata wang negara, memang melebihi pendapatan bulanan emak saya sebagai cikgu, malah melebihi juga pendapatan seorang PTD yang sudah berkhidmat 4-5 tahun.

Cukup ke tak sebenarnya? Demi Allah, sangat² cukup. Malah CUKUP juga untuk disimpan separuh setiap bulan. Bukannya ada tanggungan isteri atau anak di sini. Bohong sangat kalau masih ada pemegang biasiswa yang claim ketidakcukupan elaun yang mereka terima. Saya bukanlah seorang yang paling cekap menguruskan kewangan, adakalanya terbelanja juga apa yang melebihi keperluan. Normal.

Cuma kadangkala puas saya memikirkan kenapa masih ada sesetengah yang sudah kehabisan simpanan sebelum masuk elaun bulan seterusnya. Malah ada yang sampai negatif. Kenapa ya? Serious, saya memang benar ingin tahu. Apa agaknya perbelanjaan² besar yang harus mereka lakukan sebagai student? Bukanlah menidakkan kecenderungan siapa² untuk pergi bercuti luar negara masa cuti sekolah, atau keperluan membayar harga sewa rumah yang adakalanya tinggi, but still, sukar dicerna akal saya kalau yang tinggal dalam akaun boleh mencecah negatif.

Pokok pangkalnya, semua berbalik kepada pilihan masing². Kalaupun suka pergi bercuti, tapi jika bijak membuat bajet dan berdisiplin dengan bajet yang dikira, maka takkan timbul soal kehabisan duit. Lagipun kita cuti bukannya setiap bulan. Hanya 2 bulan sekali. Dan elaun dimasukkan ke dalam akaun dengan jumlah menyamai 3 bulan, untuk perbelanjaan 3 bulan juga.

Maaf kerana saya agak serious bercakap tentang hal ini. Mungkin kerana dah lama bersarang dalam kepala memikirkan punca dan solusi. Terlalu kerap rungutan² kedengaran di telinga oleh orang² terdekat tentang wang yang sudah menghampiri negatif, walaupun jauh lagi kemasukan seterusnya. Sangat normal, bila hal ini yang terjadi, maka sebarang kelewatan elaun akan menimbulkan masalah yang amat besar kepada si pemegang biasiswa aka student itu sendiri. But then, fikirlah baik², takkan setiap kali mahu disalahkan si pemberi. Mungkin memang ada insiden² yang akan menyebabkan kelewatan, malah menjangkau sebulan. Tapi kalau kita bijak berbelanja, bertanggungjawab dengan amanah rakyat dan kerajaan, masalah kehabisan wang ini takkan timbul.

Hah, kan saya dah mula bercakap macam ahli politik. Ada bakat terpendam rupanya. Inilah dia bila jadi isteri PTD. Heheh.

Bukalah mata. Terlalu banyak duit yang dibelanjakan untuk kita seorang sebenarnya. Dan tiada seorang pun manusia yang bermurah hati ingin berikan wang sebesar itu free-free. Jangan buat² lupa, yang datang lengkap dengan pakej adalah tanggungjawab. Banyak yang diterima, maka besarlah tanggungjawab yang hadir bersama. Banyak yang dinikmati, maka sama banyaklah juga perlu dibayar nanti. Prinsipnya mudah saja.

Tanggungjawab dengan yang memberi, apakah sudah cukup disempurnakan? Walaupun masih student, tapi jangan deny bahawa kita sudah punya kerja, sebab kita ada gaji bulanan' yang mahsyukk. Dan di mana layaknya untuk claim bahawa 'aku sudah buat kerja', kalau masih ada rasa senang hati ponteng kelas, dan masih boleh tersenyum berpuas hati dengan keputusan yang biasa², setakat cukup² makan. Sedangkan dalam bab gaji kita terlebih² makan pula.

Itu baru tanggungjawab dunia, dengan pemberi biasiswa. Bagaimana pula dengan Pemberi sebenar? Sumber sebenar duit yang kita terima. Ooh. Terasa tidak cukup layak untuk bercakap tentang ini. Rasa mahu menangis. Diri sendiri masih serba kekurangan, maka saya tak mahu menambah dosa bersyarah kepada yang lain. Pandai²lah cuba fahamkan maksud yang ingin disampaikan.

Belum sampaikah waktunya untuk berhenti mengeluh dan bersyukur?

Cakap apa saja.
Saya memang boleh jadi skema bila perlu.

21 October 2010

Siapa suruh kawin masa belajar...

Disebabkan En Mas kekurangan masa untuk menulis kembali, maka biarlah saya yang take over. Tambah² lagi, dengan mood yang agak tak menentu, memang memerlukan sesuatu yang mampu mencuri perhatian saya, untuk buat saya 'ralit'. Ralit daripada rasa sedih. Bila tengah sedih, macam² boleh fikir. Bila fikir macam², dalam keadaan cranky, terhasillah luahan² perasaan yang tak berpatutan.

Maka baik saya diam² saja menulis di sini. Ada yang berminat nak baca, dipersilakan.
Kalau tak berminat, terpulang nak buat apa saja. Saya tak berminat nak halau sesiapa.

Orang kata, bila dah kahwin ni, emosi akan stabil. Akan terlahir ketenangan yang dipanggil 'sakinah' dalam bahasa arabnya. (Eh, betul ke ustazah?) Bak kata biras saya, Abg Taufik, merangkap abg ipar En Mas, yakni suami kepada kakaknya (pandai²lah faham sendiri yea),

"Kawan² Abg Taufik kan nini, makin kawin result makin power. Makin dapat anak makin power result!"

Oh, makin dapat anak boleh faham, sebab anak memang bertambah. Tapi makin kawin tu macam silap ayat ja. Apa² pun, sila faham mesej yang disampaikan ya. Kesilapan tatabahasa silalah maafkan.

Saya percaya kata²nya. Malah sebelum diberitahu oleh Abg Taufik lagi, saya dah melihat bukti kebenarannya dalam keluarga sendiri. Sebab Mak dan Bapak juga kahwin masa belajar. Lagi awal okey! Umur 20 tahun! (Haha, sila baca dengan nada tak puas hati.) Tapi iyalah, waktu tu mereka dua² di US. Bukan macam kami sekarang ni, seorang terperosok di Perancis untuk habiskan pengajian tajaan kerajaan malaysia, seorang lagi terpaksa bergelut dengan alam pekerjaan di bawah kerajaan Malaysia. Dua² bawah JPA. Yes! 1 Malaysia!

Untuk dipendekkan cerita, selepas kahwin, result Mak meningkat mencanak². Walaupun setahun selepas kahwin, dah kedengaran bunyi uweeek uweeek di rumah. (Betulkan baby menangis bunyi macamni?) Dapat anak masa belajar? No problemm. Mak saya seorang superwoman. Dengan kekangan duit (elaun biasiswa dulu mana sama dengan sekarang), mak terpaksa bangun pagi² setiap hari masak nasi lemak untuk dijual. Tapi jual kat siapa ya? Takkan orang amerika breakfast nasi lemak jugak. Lupa pulak nak tanya mak. Yang pasti, mak bukan buat² cerita. Kan mak kan? Heee.

Result bapak pulak, tak meningkat². Nak meningkat macamana, bapak memang dah top student. Haha. Itulah payahnya jadi top student ye, tak boleh nak progress. Samada maintain atau risiko merundum. So jangan sedih ye siapa² yang belum jadi top student. Boleh tambah bekalan pahala dengan kerja kuat² lagi. Bila dapat result yang lebih baik, nampaklah cantik kan graf result kite. Hehe.

Eh eh. Macam dah masuk cerita mak bapak aje. Takpe, nanti mak bapak ceritakan sendiri ye. Bukak blog baru, nama Destiny MakPak Nini. Mesti lagi berderet² orang nak baca. Pengalaman hidup bermacam² rencah selama 46 tahun. Sangatlah berpatutatn untuk dishare.

Kejap kejap. Nak scroll atas balik. Tadi nak cerita pasal apa entah.

Haaaa.
Berbalik kepada cerita Abg Taufik. Memang betul kan, lepas kahwin ni kita akan rasa sakinahnya. Hati jadi tenang setenang² Besancon. (Nak jugak. Memang penyakit obsessed dengan tempat sendiri.) Nak buat apa² pun sentiasa ada motivation yang sangat² kuat. Memasak, kemas rumah, berhias diri (dalam rumah aje ye), sentiasa didorong rasa cinta yang menusuk kalbu bak sembilu. Pergh.

Tapi macam lainlah pula ceritanya bila dah kahwin tapi duduk jauh². Motivation tetap ada, cuma luntur sikit. Sikitlah. Sebulan lepas, masa En Mas ada sini, setiap hari bersengkang mata memasak pun tak kuhirau. Balik² sekolah, bukak kasut, baling beg sekolah, campak tudung, terus pakai belt hitam bernama apron untuk bersilat di dapur. Order apa saja, daripada tak pernah buat tup² hasilnya, WOW!! Memang macam orang baru first time buat! Itu kalau order benda² yang tak pernah dibuatlah kan, contohnya char koay teow yang saya janji untuk masak pada Bapak saya sejak habis SPM lagi tapi tak terbuat-buat sebab tak pernah cukup bahan. (Alasan yang dah penuh berkumpul dalam telinga bapak). Tapi nak cerita, itulah dia kekuatan yang datang, bila bersama² yang tersayang.

Sekarang ni, erm... erm... Malulah nak cakap. Untuk keterangan lanjut, sila tanya pada housemate saya Hanna, tentang perkembangan kerajinan saya memasak di dapur.

Memasak satu hal. Emosi laaagi satu hal. Sepatutnya tenang sebab dah kahwin, tapi lain jadinya sebab duduk jauh². Kejap² okey, kejap² tak. Kadang² happy, kadang² sedih sangat²! Bila time happy tu mesti kejap je, dan tak bersangat². Tapi bila sedih memang over! Sampai rasa taknak jumpa siapa² pun. Nak duduk dalam bilik aje, sambil belek² gambar suami. Lepas tu marathon baca qur'an sampai penat tercungap² terus tertidur atas sejadah. Baca qur'an kena lebih daripada tahap kesedihan, barulah boleh tenang dan stabil semula.

Setiap hari macamni, menyaksikan perubahan angin monsun saya yang macam graf sinusoidal. Yang jadi mangsanya, tak lain tak bukan adalah housemate kesayangan saya, Cik Hanna. Mujur dia kuat penyabar juga orangnya. Kalau orang lain, mungkin dah lama saya kena halau suruh pindah cari rumah lain. Menyusahkan emosi orang saja budak ini.

Kadang² saya nak solat jemaah di surau rumah kami. Kadang² saya rasa nak solat sendiri, untuk lebih privacy dengan Allah. Boleh menangis² tanpa rasa malu. Maka saya amatlah menghargai housemate saya yang memahami keadaan saya nih.

Oh ye, tadi masa bukak laci meja, baru ternampak kamera Nikon kami yang baru dibeli bersama² masa honeymoon. Ala, kamera kecik ja, tapi cukuplah untuk kami berdua aje kan. Bukan nak suruh masuk ramai² pun dalam kamera tuh. Kamera besaq² mahai² pun tapi penuh gambaq kami dua ja pun tak guna. Eh pasai pa tiba² masuk utagha nih.

(retuning)

Rupa²nya dah lama tak guna kamera tu. Dulu masa En Mas ada, sangatlah berjasa Nikon pinky kami. Sebab tak sangka juga suami saya ni suka mengambil gambar. Huih, sangat 'kena'lah dengan isterinya yang sangat suka diambil gambar dan memberikan pose² yang bermacam². Alah, standard perempuan. Asal klik aje, buat² muka comel sambil dua tangan digenggam di bawah dagu dan badan dibengkokkan sedikit untuk menghasilkan imej secomel teletubbies. Kadang² kaki pula dibengkokkan ala² model tak cukup tinggi. Pendek kata, semua gaya pun bolehlah bila ada orang sudi mengambil gambar. Cuma dalam banyak² pose, saya memang tak pernah buat pose melompat. Satu, sebab saya tak suka tengok gambar yang ada aksi orang melompat. Sangat takde motif dan cliché. Dua, sebab saya berat. Tak perlu explain.

Maka lepas ni, bolehlah saya bawa kamera ke mana² saja sambil tangkap² gambar untuk diletakkan dalam blog. Gambar² pemandangan cantik di Besancon, gambar kucing, gambar cikgu tengah mengajar ke, semua kita sumbat saja. Asalkan emosi saya tidak dibiarkan melayani kesedihan.

Haii, sedih tau. Orang yang tak rasa bolehlah cakap apa². Nanti rasa sendiri tahulah kamu.*Haa kan dah emo. don't start don't start.*

Ini sedikit gambar yang tak sempat letak, diambil semasa En Mas ada di sini beberapa minggu lepas.

Lagi 5 minit sebelum kelas start.
Kalau boleh nak usung suami masuk kelas sekali tapi nanti kesian sebab tak faham apa.


Nampak tak saya tengah berlari² anak ke arah bangunan sebab dah terlewat 7 minit?
Tak nampak kan? Sorry, saya memang kecik orangnya.*Huh*


Besancon memang cantik kan?


Suami saya ni, kalau dihulurkan baguette, kereta audi lalu depan mata pun boleh tak nampak.
Bersinar² matanya kegembiraan.

p/s : Taubat saya taknak menulis sedih² dah. Saya tahu di sini ada kawan² dan pembaca yang boleh hilangkan sedih saya. Kan?

Selamat malam Besancon!
Selamat pagi Bentong!

Macam seirama aje yea.
(*_*)

8 October 2010

Seminggu lalu

Tadi aku melalui lagi jalan itu. Hakikatnya, setiap hari pun aku lalu di situ. Masakan tidak, jalan itulah yang paling pintas untuk menghantar langkah kakiku, terkedek² berlari mengejar bas setiap hari. Tapi saat tadi tak seperti kebiasaan yang aku rasa hari² sebelum ini.

Kenangan yang terakam genap seminggu yang lalu tiba² bertandang semula. Lama aku berdiri tadi, tepat di titik aku dan dia duduk berdua-duaan pada jumaat malam sabtu yang lepas. Masih terngiang² esak tangisku yang berpanjangan, sangat sukar untuk kuusir kesedihan, tatkala aku dan dia berdakapan, masing² tenggelam dalam perasaan.

Hari ini, sekali lagi jumaat malam sabtu bertandang, melengkapi sunnah alam yang tiada pincang. Tapi hari ini berbeza dengan hari itu. Hari itu yang paling berat aku rasakan. Hari itu, aku hilang arah tujuan. Dia yang dalam genggaman harus aku lepaskan. Dan aku tak pasti mampu bertahan.

Hari ini? Nah untukmu satu senyuman. Setenang-tenang lautan hati ini aku hamparkan. Redha di hati kian bercambah. Dan aku memang telah total pasrah. Alangkah syukurnya diriku padaMu Allah. Yang menguatkan kakiku mengatur langkah.

Alhamdulillah.

p/s : Untuk suamiku AbgMas, tolonglah kembalikan keceriaan di Destiny kita. Jangan biarkan adindamu terus menyuramkan suasana di sini. Ramai yang dah rindu dengan tulisanmu.

5 October 2010

Cakap memang senang kan? Cakaplah lagi.

Pagi selasa di Besancon bermula dengan nyaman, angin sejuk² kuku yang tak terlalu mencengkam, menemani perjalanan sepanjang ke kelas. Tambah² lagi, sebelum ke kelas, dapat panggilan hangat dari bapak, dengan khabar paling gembira untuk mereka. Alhamdulillah, akhirnya penantian mak pak yang berteka-teki sejak awal tahun untuk menunaikan haji tahun ini dikabulkan Allah. Status daripada waiting list berubah bertukar menjadi confirmed.


Ooh, kegembiraan berjangkit sampai ke Besancon. Bolehlah Nini kirimkan segunung doa dan pengharapan, untuk mak panjatkan pada Allah di bumi suci itu ya. Melalui mak mungkin lebih mustajab. Dari anak mak yang banyak dosa ni mungkin banyak yang terhijab.

Hari ini masuk hari ketiga suami selamat pulang ke malaysia. Hari ketiga juga saya struggle melawan perasaan sedih, sunyi, hiba, rindu yang amat, dan macam² lagi. Alhamdulillah, hari ini, semuanya telah terubat. Tak tahulah dari mana datangnya kekuatan ini. Mungkin berkat doa dari keluarga, dan juga sahabat² yang mendoakan dalam diam. Terima kasih banyak² ya. Moga Allah kurniakan yang sama juga, malah lebih baik lagi untuk kamu.


BACK TO REALITY


Enjin sudah lama dipanaskan. Hari ini barulah gear betul² dimasukkan. Minggu ini bakal menyaksikan saya agak terkejar² dengan lab report dan juga exam. Oh ya, bagus juga sistem universiti saya sekarang, berbanding ketika di Rouen dulu. Kalau dulu, exam hanya setahun 2 kali, dengan kuiz² kecil silih berganti. Tapi sekarang, evaluation hampir setiap minggu. Habis satu, satu lagi menunggu.

Ini baru sekelumit daripada luasnya ilmu Tuhan. Untuk satu² hamba, diturunkan ujian mengikut keadaan. Mungkin nampak membebankan bila disebut ada exam setiap minggu. Tapi saya yakin, mengikut piawaian Ilahi yang tepat dan hebat, inilah kondisi terbaik buat saya yang setiap saat dilambung rindu. Sekurang²nya dapatlah berpijak pada bumi nyata. Lupakan seketika rasa duka, lihatlah lajunya putaran dunia, maka berlarilah mengejar masa.

Hari ini juga suami tercinta akan kembali ke lapangan tugasnya di INTAN Bukit Kiara. Selamat kembali bertugas, Tuan Aidiff! Apa² masalah sila hubungi saya di nombor biasa ya. Kalau tiada masalah pun silalah call juga. Saya bersedia melayani panggilan tuan 24h/24. Hehe.


Angin lalu
sampaikan salam rindu pada Encik ini di Intan Bukit Kiara ya.


Dengan Blackberry Messenger, jarak kita cuma 2 saat.
Tak perlu berangin² lalu.
BERANEKA


Pembaca Destiny semakin berkembang polanya. Kalau dulu hanya dikunjungi sahabat² maya, baik kenalan baru mahupun lama, tapi sekarang menjadi bacaan saudara² tersayang juga. Cikgu² sekolah mak pun ada juga. (Selamat pagi cikgu. Cikgu sihat? Hehe.)

Dalam ramai², ada yang ikhlas ingin tahu cerita diri, ada yang sekadar menghabiskan masa membaca di sini, ada yang memang pengunjung setia sejak awal kemunculan Destiny (yang ini paling disayangi). Sesetengah mungkin suka, sebahagian lagi mungkin biasa² saja.

Kalau ada putih, pasti ada juga hitamnya. Tak kurang juga, mungkin ada yang mengeluh bila membaca di sini. Mencebik, mengeluh, rasa mual dan loya dengan cerita² cinta yang menghiasi sebelum ini. Senyum² sinis mungkin terbit melihat pemilik blog yang dua orang ini sedang dilamun cinta tak bertepi.

Lantas saya tertanya, agak²nya berapa ramai yang berdoa?


BERCAKAPLAH


Teruskanlah bercakap, kalau hanya itu yang kau tahu lakukan sekarang.

Kalau hanya assumption yang terus membayangi fikiran² kamu tentangku, maka kurasa adalah lebih baik kamu berdiam dan berdoa, dari terus mengutuk dan mengata bertopengkan alasan 'berbincang'.

Aku masih percaya dan yakin dengan Tuhanku, yang melimpahkan rezeki dan nikmat, mendatangkan kebahagiaan berselang-selikan ujian, menghadirkan penawar dan penyelesaian. Segala²nya ada pada Dia, Tuhan aku dan kamu.

Dan segala²nya antara aku dan Tuhanku, tiada satu pun yang kau tahu. Maka tak perlulah kau memerhati, menganalisa diriku yang hanya kau nampak dari luar, seolah² kau tahu semua agenda hidupku.

Sahabat, (kalau aku masih bisa memanggilmu sahabat) satu saja pesanku. Kau sendiri tahu benar, aku pernah bersama² denganmu dalam bahtera pelayaran dahulu. Dan dengan tiba², tanpa apa² sengketa, kau lihat aku semakin condong ke bibir kapal, terjun ke laut dan akhirnya semakin menjauh. Hingga ada ketikanya, kelibatku tak kelihatan, dan kau nampak aku hanyut dibawa arus ganas dan jahat.

Kau cuba selamatkanku, dengan anak² kapal yang lain, beserta nakhoda yang mengepalai, untuk menarik aku semula. Puas segala tali kau lempar, berharap aku menyambutnya.

Tapi ombak terlalu ganas! Kau hanya melihat, tapi aku yang merasa. Aku yang sedang dihempas gelora, hingga hampir mati.

Maka kau pun berputus asa. Hingga kau rasa seperti membuang masa.

Dan kerana masa yang memaksa, kau terpaksa meneruskan pelayaran. Dan aku tertinggal di belakang, tak lagi bersama kamu. Dan dengan nada pengecut tak mampu melawan, aku relakan kau pergi meneruskan jalan.

Sesekali kau toleh ke belakang, kelihatan aku masih seperti itu, cuba berenang² sendiri dengan segala kudrat yang terbuku. Agaknya, dengan pandangan apa kau sepatutnya memandang aku?


DESTINASI


Walau apa pun yang berlaku, ingatlah, perjalanan hidupku masih mengenal tujuan yang satu. Walau keadaan memisahkan kita, tapi bukankah destinasi akhir masih kekal sama?

Dan aku yakin, Allah tuhanku terlalu luas rahmatnya. Masih ada ruang untukku menyelit menghirup madu kasihNya.

Hari ini hari ujian untuk aku. Siapa tahu setahun depan mungkin giliranmu? Aku tak doakan, tapi ini semua rencana Tuhan. Maka jika benar² ditakdirkan, aku doakan kau dapat bertahan.



-Nini-

3 October 2010

Bila malam je sedih. Bila sedih je malam.

Waktu matahari mula beransur turun memberi laluan kepada senja, tiba² hati terusik sangat². Aduh, tak tahannya sakit. Hati sakit sebab sedih sangat sangat. Siang tadi macam okey, masih boleh gelak² and senyum pada tetamu tetap yang datang ke rumah saban weekend. Tambah pula dapat cakap² dengan mak, bapak, mama, and especially suami yang dah selamat kembali ke pangkuan family.

Ingatkan airmata dah kering, tapi rupanya ada lagi bekalan tersimpan. Taktahulah banyak mana lagi yang akan keluar. Pagi tadi pun keluar sikit, bila abgmas call sebaik saja tiba di KLIA, disambut mak bapak yang kebetulan datang ke KL untuk urusan kenduri kawan pak. Happy sebenarnya dapat dengar suara abgmas yang ceria dah tiba di malaysia. Tapi tak tahan mengenangkan pagi ni sangat lain berbanding pagi² sebelum ni. Selalu setiap hari, buka² mata ada orang di sisi.

Duduk dalam bilik, pandang mana² sudut nampak abgmas. Tengok tingkap kat luar, pandang ke bawah, lagi jelas bayang² abgmas tengah berdiri sambil tengok² handphone macam 2hari lepas, jumaat. Sepatutnya ambil train ke paris petang tu, dah plan baik² nak bermalam di paris, makan nasi briyani, hotel pun dah tempah. Alih² rupanya Allah tak setuju dengan perancangan kami. Petang jumaat tu sangat²²² sesak sampai jalan ke bandar jammed terus! Terus decide ambil teksi. Tunggu punya tunggu teksi pun tak datang, walhal dah call berkali².

Tension memuncak, terus hilang sekejap rasa sedih nak berpisah. Maka saya bergegas naik ke atas, buka komputer tergesa² untuk cancel tiket train. Waktu tu dah tinggal lagi 10minit sebelum departure. Nasib baik sempat cancel. Kalau terlepas waktu departure, habislah burn tiket, habislah juga burn 100euro. Alhamdulillah. Selesai urusan cancel, jengah ke tingkap, nampak abgmas tengah duduk mencangkung tepi jalan, sambil kiri kanan penuh beg, dan di tangan ligat surf internet untuk cari tiket train esok paginya. Alahai, kesian abg. Adik mampu senyum je pandang dari tingkat 12 bangunan ni.

Sampai sekarang ternampak² lagi scene tu di tempat yang sama. Kenangan yang buatkan kejap² rasa nak senyum, kejap² nak nangis.

Esok kelas pukul 11 pagi. Kalau ikutkan awal lagi malam ni, baru pukul 8. Tapi rasa dah tak mampu nak biarkan hati terseksa dengan perasaan sendiri. Baik tidur je. Abgmas pun tengah tidur terlena yang amat di Malaysia sana. Mesti penat sangat² sebab abgmas dapat lena 2 jam je, over 13 hours of flight + 3h transit di Dubai.

Nak isyak dulu, lepas tu tidur. Kejap lagi tengah² malam mesti abgmas call sebab dah pagi di malaysia. Tak sabarnye!

Sorry ye kalau ada yang rasa tak selesa. Tak berniat nak mewarnakan blog ni dengan mood yang cengeng. Cuma masih culture shock. Dulu sebelum kahwin, rasa sangat yakin boleh lalui ujian ni dengan tabah. Bila dah sampai masanya, hurm, rupanya sangat payah.

Sesiapa yang ada tips, pernah lalui saat berjauhan dengan suami, care to share?

p/s : Terima kasih abg sebab tinggalkan baju abg untuk teman tidur adik. Sumpah adik takkan basuh sampailah abg datang sini semula.


Rindu dalam redha. Redha dalam rindu.