20 September 2010

Pardon @ Forgiveness

1. Orang pribumi Perancis hidungnya besar dan tajam ke hadapan. Tengok saja Presiden dan bekas-bekas Presiden mereka. Banyak udara yang boleh dihirup, banyak juga udara yang boleh disimpan untuk mengekalkan suhu badan. Atau adakah mereka orang yang sombong (arrogant) kerana berhidung tinggi? Asal peribahasa melayu ini juga maksudnya menuding kepada orang putih.

2. Daripada first impression setelah berada di sini lebih seminggu, bersopan juga mereka ini, dan tahu menghormati orang lain. Pintu ditahan untuk orang yang lalu selepas mereka, tempat duduk di dalam metro (keretapi bawah tanah) atau bas ditawarkan kepada orang-orang tua atau ibu mengandung. Jika kita terlanggar mereka, mereka dulu yang ucapkan 'pardon' dengan ikhlas sebelum kita sempat mengucapkan 'sorry'. Sebelum masuk ke bangunan di universiti, saya melihat mereka mengesat kaki di alas kaki yang disediakan supaya tidak mengotorkan lantai fakulti.

Pekan Besancon yang tenang..

Taman di tebing Sungai Doubs

Bangunan-bangunan lama sepanjang jalan..

3. Tapi bukanlah semuanya begitu. Itu di Besancon bandar hijau. Banyak yang berubah bila sampai di Paris. Orangnya ramai yang suka mendengus dan menunjukkan muka yang ketat. Tekanan hidup lebih tinggi di kota metropolitan ini. Semuanya ingin cepat. Berjalan cepat, makan cepat, semuanya mengejar dunia takut tercicir. Peduli apa orang lain. Siapa lambat akan ditolak, yang menghalang laluan akan dimarahi dan dikutuk. Sangat sombong mereka ini. Memang sepatutnyalah sejarah mereka tertulis sebagai penjajah. Hanya orang yang sombong boleh bertindak kurang ajar.

Champs-Elysees sesak sepanjang tahun

Parisian Breakfast di Notre Dame

4. Tekan saja di Google, French Behavior. Begitu banyak analisis yang sangat jujur ditulis tentang mereka. Sudah tentu yang paling banyak American vs French. Berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di dunia. Cuba pula taip Malay Behavior :-)

5. Apapun, saya suka perkataan 'pardon' atau forgiveness yang diucapkan selalu. Ia melambangkan kerendahan hati dan rasa hormat kepada orang lain. Pardon jika tersilap tafsir. Pardon juga kerana termasuk toilet perempuan di Paris!

-Did-

No comments:

Post a Comment