27 September 2010

From Paris With Love 3 - Final

1. Pagi itu Paris sangat sejuk. Berita di TV Hotel, satu-satunya siaran yang saya faham iaitu BBC menunjukkan 8°C ! Patutlah berair dan berwap tingkap bilik. Tapi bila matahari mula meninggi, suhu mula menaik sehingga 23°C. Pakai baju-t saja sudah mencukupi.

2. Perjalanan pagi itu dimulakan dengan menaiki bas no. 24 dengan kod warna jingga (purple) di atas peta. Bas ini membawa penumpang lalu di Bercy Village dan berhenti di Stesen Metro Cour St-émilion. Di sana, ambil metro no. 1, berhenti di Chatelet dan terus ke Notre Dame, bangunan gereja yang dibina sejak tahun 1163 lagi. Marvelous !

3. Cadangan asal hendak terus ke Eiffel Tower tapi perut sakit meragam minta diisi sehingga berjangkit ke kepala berdenyut dan tangan terketar. Jadi, Parisian breakfast seperti gambar di dalam post sebelum ini menjadi santapan pagi.

Makan bersungguh-sungguh jaket pun lupa nak bukak

4. Cathedral Notre Dame de Paris (maksudnya: Our Lady) mula dibina sejak tahun 1163 atau 847 tahun yang lalu! Ia dibina semasa zaman pemerintahan Raja Louis VII dengan mengambil kira keperluan keagamaan yang lebih besar dan gereja-gereja di Paris menjadi tempat persinggahan raja-raja Negara luar atau mereka gelarkan “Parisian church of the kings of Europe”. Tetapi secara efektifnya gereja ini hanya siap dibina pada tahun 1345, pembinaan yang mengambil masa 182 tahun setelah mengambil kira perubahan-perubahan senibina oleh pemerintah yang silih berganti dan para arkitek yang power!

Notre Dame; pandangan dari bot cruiser

5. Terus teringat kepada cerita kartun kegemaran adik bongsu saya, Amir iaitu The Hunchback of Notre Dame yang diinspirasikan dari novel Victor Hugo, sasterawan Perancis yang diterbitkan pada tahun 1831. Victor Hugo ini pula kampungnya di Pekan Besancon dan jalan di mana beliau dilahirkan diberikan namanya. Kalau nak lihat suasana Paris abad ke 14 tonton lah kartun tu. Boleh menitis air mata tengok Quasimodo, the bell ringer kat church tu, yang cacat dan pekak kena tindas dan dihina masyarakat waktu itu. Hehe, dah lama tak tengok kartun.

6. Berbalik pada cerita Paris tadi. Sepanjang di sana, kami singgah di perkarangan Palace of Justice (macam di Putrajaya tu), Kementerian Ekonomi dan Kewangan, Bangunan Economic and Social Counsel, Muzium Louvre, ke Eiffel Tower 2 kali untuk makan airkrim home-made di taman, dan acara kemuncak di Paris…………….. River Seine Cruise! Tak payah susah-susah, naik cruise dia lalu kat semua tempat yang best, Kementerian Luar Negeri, Military Square, Akademi Seni Paris, dan lain-lain tempat yang sangat cantik bangunannya. 1 jam 10 minit sampai tersengguk-sengguk, mesti pakcik dan makcik dari England yang duduk belakang kami bengang sebab kami galak sakan bergambar. Sorry ye pakcik dan makcik.

Stesen untuk menikmati River Cruise

Pandangan dari dalam bot

7. Tapi yang wajib saya ceritakan adalah tentang Restoran Bhai Bhai Sweet yang terletak di Chateau de Eau. Namanya saja tidak langsung menggambarkan apa yang anda akan alami di dalamnya. Kedai ini telah menerima anugerah pencapaian terbaik dalam hidangan ayam tandoori peringkat Negara Perancis, MSSP (serius!). Tapi pemilik kedai tersebut, Encik Ramdas atau lebih selesa dipanggil ‘Bhai’ saja, masih belum menerima gelaran Datuk atau Tan Sri. Bhai berasal dari Delhi, India.

Restoran Beriyani terbaik di dunia..

8. Untuk santapan malam itu, kami memilih nasi beriyani udang dan kambing. (Lamb and shrimp beriyani, boleh dicampur atau dimakan asing-asing, tapi di dalam perut bercampur jua). Nasi yang dihidangkan sangat banyak dan ikhlas! Kandungan rempah ratusnya sangat original dan tidak pernah dirasai kehangatan rempah sebegitu di dalam nasik di Malaysia. Sangatlah India. Baunya saja menusuk hidung sejak di dalam dapur lagi. Ia dihidangkan dengan kuah kari yang sangatlah pekat. Mengingatkannya saja boleh mengecurkan mulut dan berpeluh dahi. Begitulah kuatnya aroma kari Bhai Bhai. Kambing yang dihidangkan sangatlah lembut, belum dicubit lagi sudah terpotong! (memang tipu la).

Udang dan kambing bergaduh di dalam nasik

9. Di Jelebu Negri Sembilan dahulu ketika sedang mengikuti satu aktiviti kemasyarakatan, saya pernah menemui seorang doktor berbangsa India di klinik beliau. Saya sedang demam dan menyalahkan makanan menjadi punca utama. Entah macam mana termasuk topik tentang nasi beriyani. Saya kata pada beliau, nasi beriyani yang terbaik di dunia ada di timur tengah. Tiba-tiba dia menjeling saya dengan tajam dan mata berkaca-kaca seraya berkata.. “No, the best briyani in the world is in India!”.

Kini, saya faham maksud beliau! Doktor Rani, kata-kata mu memang tepat.

10. Kedai ini agak cosy walaupun sempit. Dengan dendangan muzik Hindustani yang sayup-sayup, restoran agak tenang. Yang paling penting, tempahlah Mango Smoothies untuk diminum selepas makan nasi beriyani untuk menghilangkan kepanasan dan kepedasan peringkat antarabangsa nya itu.

Ala restoran berbintang

11. Sekian sahaja setakat ini. Jumaat ini saya akan ke Paris lagi. Sudah pasti akan berkunjung ke Restoran ini. “Bhai, Briyani Kambing campur Udang satu!!”

(Terima kasih Mar sebab bawak abang makan kat kedai ni..God Bless You)

Salam untuk ma, ba, mak n pak di Malaysia!

Mak, jangan jeles ye..hehe (Mar yang cakap)

-Did-

7 comments:

  1. jelesnyeeeeee! Next time mak pi, nak naik cruise dgn pak.

    ReplyDelete
  2. Mak,
    Hehe. takpala mak, sementara tu pi la naik cruise kat sungai dua. dekat ja tak jauh pun, belakang rumah tok ja.jadila nooo. hehe

    nini promise mak pak mai france next time, nini tggu kat cdg dengan kapai kruihh utk kita tiga orang ja na!

    ReplyDelete
  3. Eleh! Tak jeles! Walaupun cruise kat Paris, tapi sebenarnya bot tu Made in Malaysia. Program pertukaran. Depa beli bot kita, kita beli kapal selam depa.

    ReplyDelete
  4. Amboi pekena mak ek? Tengok kita jawab lagi best!

    ReplyDelete
  5. Did sangat pandai menulis dengan gaya bahasa yg ringkas n menghiburkan ! Balik sekolah, mak mesti baca dulu blog did. Tahniah, jangan berhenti menulis ya!

    ReplyDelete
  6. dekat melaka pon ade river cruise jugak..

    ReplyDelete
  7. nak datang balik France ni kena usyar poket duit dan perancangan masa depan dulu kak. Lagipun dah dua kali datang lepak Paris a.k.a poket pun dah nak kering. huhu. Tengok lah nnti, mana tahu kot2 boleh ikut jejak langkah kak mar ngan abang did honeymoon sini. who knows~ hehe. ;p

    ReplyDelete