21 September 2010

From Paris With Love 2

Hari ini kisah perjalanan ke Paris disambung. Kali ini dalam 3 siri. Ikuti sambungannya..

1. Dari tingkap hotel pemandangannya indah. River Seine betul-betul lalu di hadapan hotel, tapi di seberang sungai adalah kawasan perindustrian atau dipanggil Porte de Bercy. Maka banyaklah cerombong asap dan kontena-kontena di gudang menunggu giliran logistik. Eiffel Tower sayup-sayup kelihatan di kejauhan.

Dari tingkap hotel..


2. Sementara menunggu malam, kami berjalan menghirup udara petang Paris. Dengan tak semena-mena kami terpegun dengan keunikan Bercy Village. Kebetulan kami lalu saja untuk ambil Metro di situ. Begitu banyak terrace (café), kedai-kedai souvenir, galeri-galeri seni, gerai-gerai ais krim dan crepe (ala lempeng) dan churros (cakoi perancis) di sepanjang lorong seakan Colmar itu. Senibina bangunannya sangat cantik, memang kampong. Cuma bau tahi kambing dan lembu saja yang tiada. Jalannya berbatuan. Pohon-pohon rendang melitupi jalan daripada sinaran matahari petang. Cukup menenangkan. Lama kami di situ makan cakoi (churros).

Selamat Datang ke Bercy Village

Jom lepak pekena teh tarik..

Macam kat One Utama je..

3. Menurut Pakcik Zamri yang menjual Churros, Churros ni diperbuat daripada adunan tepung, telur, dan gula secukup rasa (cuba cari di internet dan boleh dibuat sendiri untuk santapan minum petang bersama teh wan atau kopi). Dipenyekkan dengan mesin acuan, keluar melalui lubang acuan bercorak, dipotong mengikut kepanjangan yang standard dan digoreng di dalam minyak panas. Hasilnya cakoi masak perang keemasan. Ditabur dengan gula halus yang generous dengan pilihan untuk dimakan dengan lepa coklat Nutella. Cuma tambah saja 1.50euros untuk merasai keenakan rasa coklat atau beli sendiri di kedai-kedai runcit berhampiran dengan harga 5 ringgit 50 sen sebotol kecil.

Menunggu Pakcik Zamri (berbaju putih) menyediakan adunan churros..

Churros Pakcik Zamri..aduh..lemak empuk berkrim..

4. Hujan renyai-renyai di Place de la Concorde. Seakan mahu tidak mahu. Sinaran matahari petang masih ada ketika kami sampai di sana. Kami singgah melepak di taman yang sangat cantik bersebelahan Galeri Nasional. Tindak balas hujan dengan cahaya matahari menghasilkan pelangi tujuh lapis yang sangat terang macam aiskrim PaddlePop. Sudut pelangi selari dengan pancutan air di kolam taman. Ahh..romantiknya.. heheh, gatal. Itik-itik hitam dan putih menari-menari mengikut dendangan lagu-lagu gesekan biola exhibitionist. Kami duduk tertunduk menghayati keindahan alam ciptaan Allah Subhanahu wa Taala.

Pelangi di taman..

5. Ingin merasai makan malam ala Perancis, Bistro Romain yang menghidangkan Pasta Baked Salmon menjadi pilihan. Kafe yang terletak di Avenue Des Champs Elysees ini agak sesak kerana harganya yang berpatutan dan dihias indah. Di seberang jalan, butik Louis Vitton tersergam mewah. Mama mesti suka jalan kat sini. Limousin silih berganti berhenti di depan butik. Ada satu limousine tu warna pink, hurm..mesti Paris Hilton menyinggah tu, takpun Madonna.

Jalan Champs Elysees (sebut: shon ze li ze)

6. Kami berjalan sehingga lah bateri kamera kehausan. Terlepas peluang untuk merakamkan gambar Arch de Triomphe di waktu malam. Indahnya..

Bersambung..

-Did-

7 comments:

  1. kak.nini..bestnye..bertuah kak nini

    ReplyDelete
  2. erm..ape yg bestnya tu..?churros eh? heee..

    ReplyDelete
  3. baca blog ni, saya dah rindu paris ngan besoncon balik. huhu

    ReplyDelete
  4. serius ke nama pakcik tu pakcik zamri mas?!hehe..

    ReplyDelete
  5. to ainul arina;

    bila nak datang melawat semula? :)


    to anonyme;

    serius, orang segamat. dulu jual cakoi kat pasar malam.nama penuh jean piere zamri jusoh (tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati).

    ReplyDelete
  6. salam kak nini..ini ke blog baru akak? teringat destiny.

    ReplyDelete
  7. wslm liyana.
    ye ye, ini blog baru akak n suami. tapi buat mase ni belum berkesempatan nak menulis lagi.=)

    ReplyDelete