16 September 2010

Day 1

1. Hari pertama masih dalam keadaan pening. Pening lalat. Tidur semalam memang lena, terima kasih banyak banyak kepada housemate Mar, Anna yg menyambut ketibaan kami dari Malaysia dgn masakan yg sangat enak = ayam masak merah + sayur campur + tat nenas unik dari johor (dessert, bukan lauk ye).

2. Rumah Mar memang cantik dan luas. 3-half story erm..studio, ke apartment. tak pasti. tuan rumahnya pun tak sure apakah jenisnya rumah mereka. Tapi memang lengkap dengan 2 living hall, 2+1 room, 1 toilet + 1 bathroom, dapur, balcony + penyidai kain, tingkap dan pintu. Tempat ni memang kawasan perumahan awam, yg dikatakan ramai penduduk Islam. Kira-kira 100 meter dari rumah ada Pasaraya Besar "Inter-Marche" yg di dalamnya terdapat kedai Asia dan Kedai Filipino.

Pemandangan waktu syuruk dari tingkap rumah

very green in green city of Besancon

3. Walaupun masih berada dalam musim panas sehingga penghujung bulan September, namun penduduk setempat mengatakan cuaca agak luar biasa dan lebih sejuk daripada kebiasannya. Suhunya adalah purata 17°C. Lebih kurang suhu maksimum air-con di Malaysia kan. Tapi bila datang angin kering dan kencang, maka air-con di Malaysia kalah teruk. Tidur pun sodapp..

4. Perjalanan ke sekolah Mar @ UFR Sciences tidaklah jauh. Cuma 10 minit dengan menaiki bas no. 2 dan akan berhenti-henti sebanyak 8 kali. Tambangnya? 1.20eur = RM4.80 bagi orang awam untuk tempoh 1 jam. Jumlah ni macam celah gigi ja bagi orang France. Tapi untuk rakyat Malaysia boleh makan sepinggan nasi ayam + ayam lebih, kuah asing-asing.

Tiket bas 1 jam; dikendalikan oleh Syarikat Ginko Sdn. Bhd.

5. Jadi, untuk menaiki bas di sini, yang diperlukan adalah tiket (boleh dibeli dengan pakcik driver) dan kasut yg sesuai untuk berlari mengejar bas. Bas di sini sangat luar biasa efficient dan tepat pada masanya. Sebab itulah Syarikat Ginko Sdn. Bhd. dengan konfiden meletakkan jadual perjalanan bas dengan detail timing e.g. 11:47am, 11:59am, 12:04pm di semua bus stop. Di situ juga terdapat papan tanda elektronik yang menyatakan jumlah minit lagi yang perlu ditunggu sebelum bas tiba. Jadi kalau sakit perut sempatlah selesaikan dulu. ;)

6. Sesampai aje di bus stop University mata terpegun melihat kehijauan pemandangan di sini. Memang lebih pokok dan rumput daripada bangunan. Sangat kondusif untuk pelajar dan orang yang bercuti :) Biarlah gambar-gambar ni yang menjadi bukti..

Tangga naik ke fakulti

Fakulti Sains dan Teknologi

Hijau lagi belakang Fakulti..

7. Akhirnya, kelas pun bermula untuk Mar seawal 9.30 pagi. Good Luck Mar!

Classmates!

-Did-

No comments:

Post a Comment