19 September 2010

Besancon, Selamat Kembali

1. Alhamdulillah, kami selamat kembali ke Besancon. Setelah berpakej percutian selama 3 hari 2 malam di kota Paris. Rasa seronok amat dan letih silih berganti. Tapi yang pasti ianya akan terakam dalam kenangan yang terindah. Selepas ni akan ke Paris lagi, tapi untuk ambil flight kembali ke Malaysia. Tak mahu diingat, cuma ingin menghayati dan menghargai sementara masih ada masa-masa di sini bersama isteri tercinta.

waktu senja di Sungai Seine..syahdu..

2. Waktu menulis jam 0128. Mar dah lama terlena. Apa tidaknya, bukan main ramai yang beratur tadi menunggu teksi untuk ke rumah masing-masing. Kami terpaksa ambil bas saja balik ke rumah. Ikut jalan jauh pula tu sebab bas malam kurang, kena kerja lebih lah. Sampai di rumah jam 0040. Train penuh, maklum saja Ahad malam. Orang akan berlumba-lumba untuk menaiki train yang terakhir sebelum berpisah dengan kota Paris, atau dengan orang-orang yang tersayang. Barulah berbaloi beli tiket train.

Jumpa lagi menara besi Eiffel..

3. Sekian dulu, tilam dah memanggil-manggil. Bantal melambai-lambai. Adoi, mengantuk + letih. Nanti disambung lagi dengan cerita menarik sekitar percutian di Paris, original Indian Beriyani Bhai Bhai Sweet dan al-kisah tersilap masuk toilet perempuan kat Gare de Lyon! (hampeh betul..)

Bon nuit!




Wassalam.

-Did-

4 comments:

  1. enche did,

    ader kim salam tak kat abg arab kat kedai souvenir kat bir hakeim tu..???!!

    enjoy ur holiday!!!
    am having fun reading ur writings & journey ;)

    *saya boring di opis sobss*

    ReplyDelete
  2. to che ina;

    alamak!mamat tu dah pegi beniaga kat rivoli la. tak jumpa. yang ada mamat pakistan kat 'chicken spot'. saya kim salam kat dia je lah. dia kata "i know her but she doesnt know me". hahaha..dia kim salam balik.

    ReplyDelete
  3. Tengok comment pak dalam email pak hantar

    ReplyDelete
  4. Tengok comment pak dalam email pak hantar

    ReplyDelete