27 September 2010

From Paris With Love 3 - Final

1. Pagi itu Paris sangat sejuk. Berita di TV Hotel, satu-satunya siaran yang saya faham iaitu BBC menunjukkan 8°C ! Patutlah berair dan berwap tingkap bilik. Tapi bila matahari mula meninggi, suhu mula menaik sehingga 23°C. Pakai baju-t saja sudah mencukupi.

2. Perjalanan pagi itu dimulakan dengan menaiki bas no. 24 dengan kod warna jingga (purple) di atas peta. Bas ini membawa penumpang lalu di Bercy Village dan berhenti di Stesen Metro Cour St-émilion. Di sana, ambil metro no. 1, berhenti di Chatelet dan terus ke Notre Dame, bangunan gereja yang dibina sejak tahun 1163 lagi. Marvelous !

3. Cadangan asal hendak terus ke Eiffel Tower tapi perut sakit meragam minta diisi sehingga berjangkit ke kepala berdenyut dan tangan terketar. Jadi, Parisian breakfast seperti gambar di dalam post sebelum ini menjadi santapan pagi.

Makan bersungguh-sungguh jaket pun lupa nak bukak

4. Cathedral Notre Dame de Paris (maksudnya: Our Lady) mula dibina sejak tahun 1163 atau 847 tahun yang lalu! Ia dibina semasa zaman pemerintahan Raja Louis VII dengan mengambil kira keperluan keagamaan yang lebih besar dan gereja-gereja di Paris menjadi tempat persinggahan raja-raja Negara luar atau mereka gelarkan “Parisian church of the kings of Europe”. Tetapi secara efektifnya gereja ini hanya siap dibina pada tahun 1345, pembinaan yang mengambil masa 182 tahun setelah mengambil kira perubahan-perubahan senibina oleh pemerintah yang silih berganti dan para arkitek yang power!

Notre Dame; pandangan dari bot cruiser

5. Terus teringat kepada cerita kartun kegemaran adik bongsu saya, Amir iaitu The Hunchback of Notre Dame yang diinspirasikan dari novel Victor Hugo, sasterawan Perancis yang diterbitkan pada tahun 1831. Victor Hugo ini pula kampungnya di Pekan Besancon dan jalan di mana beliau dilahirkan diberikan namanya. Kalau nak lihat suasana Paris abad ke 14 tonton lah kartun tu. Boleh menitis air mata tengok Quasimodo, the bell ringer kat church tu, yang cacat dan pekak kena tindas dan dihina masyarakat waktu itu. Hehe, dah lama tak tengok kartun.

6. Berbalik pada cerita Paris tadi. Sepanjang di sana, kami singgah di perkarangan Palace of Justice (macam di Putrajaya tu), Kementerian Ekonomi dan Kewangan, Bangunan Economic and Social Counsel, Muzium Louvre, ke Eiffel Tower 2 kali untuk makan airkrim home-made di taman, dan acara kemuncak di Paris…………….. River Seine Cruise! Tak payah susah-susah, naik cruise dia lalu kat semua tempat yang best, Kementerian Luar Negeri, Military Square, Akademi Seni Paris, dan lain-lain tempat yang sangat cantik bangunannya. 1 jam 10 minit sampai tersengguk-sengguk, mesti pakcik dan makcik dari England yang duduk belakang kami bengang sebab kami galak sakan bergambar. Sorry ye pakcik dan makcik.

Stesen untuk menikmati River Cruise

Pandangan dari dalam bot

7. Tapi yang wajib saya ceritakan adalah tentang Restoran Bhai Bhai Sweet yang terletak di Chateau de Eau. Namanya saja tidak langsung menggambarkan apa yang anda akan alami di dalamnya. Kedai ini telah menerima anugerah pencapaian terbaik dalam hidangan ayam tandoori peringkat Negara Perancis, MSSP (serius!). Tapi pemilik kedai tersebut, Encik Ramdas atau lebih selesa dipanggil ‘Bhai’ saja, masih belum menerima gelaran Datuk atau Tan Sri. Bhai berasal dari Delhi, India.

Restoran Beriyani terbaik di dunia..

8. Untuk santapan malam itu, kami memilih nasi beriyani udang dan kambing. (Lamb and shrimp beriyani, boleh dicampur atau dimakan asing-asing, tapi di dalam perut bercampur jua). Nasi yang dihidangkan sangat banyak dan ikhlas! Kandungan rempah ratusnya sangat original dan tidak pernah dirasai kehangatan rempah sebegitu di dalam nasik di Malaysia. Sangatlah India. Baunya saja menusuk hidung sejak di dalam dapur lagi. Ia dihidangkan dengan kuah kari yang sangatlah pekat. Mengingatkannya saja boleh mengecurkan mulut dan berpeluh dahi. Begitulah kuatnya aroma kari Bhai Bhai. Kambing yang dihidangkan sangatlah lembut, belum dicubit lagi sudah terpotong! (memang tipu la).

Udang dan kambing bergaduh di dalam nasik

9. Di Jelebu Negri Sembilan dahulu ketika sedang mengikuti satu aktiviti kemasyarakatan, saya pernah menemui seorang doktor berbangsa India di klinik beliau. Saya sedang demam dan menyalahkan makanan menjadi punca utama. Entah macam mana termasuk topik tentang nasi beriyani. Saya kata pada beliau, nasi beriyani yang terbaik di dunia ada di timur tengah. Tiba-tiba dia menjeling saya dengan tajam dan mata berkaca-kaca seraya berkata.. “No, the best briyani in the world is in India!”.

Kini, saya faham maksud beliau! Doktor Rani, kata-kata mu memang tepat.

10. Kedai ini agak cosy walaupun sempit. Dengan dendangan muzik Hindustani yang sayup-sayup, restoran agak tenang. Yang paling penting, tempahlah Mango Smoothies untuk diminum selepas makan nasi beriyani untuk menghilangkan kepanasan dan kepedasan peringkat antarabangsa nya itu.

Ala restoran berbintang

11. Sekian sahaja setakat ini. Jumaat ini saya akan ke Paris lagi. Sudah pasti akan berkunjung ke Restoran ini. “Bhai, Briyani Kambing campur Udang satu!!”

(Terima kasih Mar sebab bawak abang makan kat kedai ni..God Bless You)

Salam untuk ma, ba, mak n pak di Malaysia!

Mak, jangan jeles ye..hehe (Mar yang cakap)

-Did-

26 September 2010

Basel


1. Belum sempat cerita ke Paris dihabiskan, terpaksa diselit kisah ke Basel pula. Ini stesen (bahnof) SBB di Basel. SBB, syarikat keretapi Switzerland seperti SNCF di Perancis merupakan rangkaian keretapi terbesar Switzerland yang bertanggungjawab membawa 327.5 juta penumpang setahun dan 50 juta tan kargo setahun dari Point A ke Point B. Jalan keretapinya merangkumi 3011 kilometer, kerana Swiss negaranya kecik saja. Walaupun kecik, 9000 biji keretapi beraksi setiap hari. Awesome!

2. Hisy..Ini bukan cerita pasal syarikat keretapi. Ini cerita jalan-jalan ke Basel. Tengah hari itu hujan lebat di Basel. Tengok peramal cuaca di TV katanya begitu juga untuk Jumaat dan Sabtu. Tiada keretapi terus ke sana dari Besancon, terpaksa singgah sekejap di pekan Mulhouse yang comel. Dari Mulhouse dah dekat sangat, cuma 10 minit je train. Al-maklumlah, baru pertama kali nak ke sana, baru ja nak lelapkan mata..."ting tong..tuan-tuan dan puan-puan, stesen Basel. keretapi akan berhenti 2 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Colmar dan Strasbourg" (dialih suara dari bahasa Perancis yang pekat). Siott! dekat gilaa..

3. Minggu lepas hari-harinya agak sibuk untuk Mar dan saya. Sentiasa on the move. Mar sibuk dengan kelas dan ujian awal tahun nya yang bertubi-tubi. Saya pula sibuk memberikan semangat :) Telefon buat dajjal. Internet bukan main susah nak connect. Hari ini From Paris With Love 3 akan diselesaikan. Nanti akan diceritakan lagi ada apa di Basel. Nak kemas beg baju dulu, baru sampai dari Basel malam semalam. ;)

Wassalam.

-Did-

21 September 2010

From Paris With Love 2

Hari ini kisah perjalanan ke Paris disambung. Kali ini dalam 3 siri. Ikuti sambungannya..

1. Dari tingkap hotel pemandangannya indah. River Seine betul-betul lalu di hadapan hotel, tapi di seberang sungai adalah kawasan perindustrian atau dipanggil Porte de Bercy. Maka banyaklah cerombong asap dan kontena-kontena di gudang menunggu giliran logistik. Eiffel Tower sayup-sayup kelihatan di kejauhan.

Dari tingkap hotel..


2. Sementara menunggu malam, kami berjalan menghirup udara petang Paris. Dengan tak semena-mena kami terpegun dengan keunikan Bercy Village. Kebetulan kami lalu saja untuk ambil Metro di situ. Begitu banyak terrace (café), kedai-kedai souvenir, galeri-galeri seni, gerai-gerai ais krim dan crepe (ala lempeng) dan churros (cakoi perancis) di sepanjang lorong seakan Colmar itu. Senibina bangunannya sangat cantik, memang kampong. Cuma bau tahi kambing dan lembu saja yang tiada. Jalannya berbatuan. Pohon-pohon rendang melitupi jalan daripada sinaran matahari petang. Cukup menenangkan. Lama kami di situ makan cakoi (churros).

Selamat Datang ke Bercy Village

Jom lepak pekena teh tarik..

Macam kat One Utama je..

3. Menurut Pakcik Zamri yang menjual Churros, Churros ni diperbuat daripada adunan tepung, telur, dan gula secukup rasa (cuba cari di internet dan boleh dibuat sendiri untuk santapan minum petang bersama teh wan atau kopi). Dipenyekkan dengan mesin acuan, keluar melalui lubang acuan bercorak, dipotong mengikut kepanjangan yang standard dan digoreng di dalam minyak panas. Hasilnya cakoi masak perang keemasan. Ditabur dengan gula halus yang generous dengan pilihan untuk dimakan dengan lepa coklat Nutella. Cuma tambah saja 1.50euros untuk merasai keenakan rasa coklat atau beli sendiri di kedai-kedai runcit berhampiran dengan harga 5 ringgit 50 sen sebotol kecil.

Menunggu Pakcik Zamri (berbaju putih) menyediakan adunan churros..

Churros Pakcik Zamri..aduh..lemak empuk berkrim..

4. Hujan renyai-renyai di Place de la Concorde. Seakan mahu tidak mahu. Sinaran matahari petang masih ada ketika kami sampai di sana. Kami singgah melepak di taman yang sangat cantik bersebelahan Galeri Nasional. Tindak balas hujan dengan cahaya matahari menghasilkan pelangi tujuh lapis yang sangat terang macam aiskrim PaddlePop. Sudut pelangi selari dengan pancutan air di kolam taman. Ahh..romantiknya.. heheh, gatal. Itik-itik hitam dan putih menari-menari mengikut dendangan lagu-lagu gesekan biola exhibitionist. Kami duduk tertunduk menghayati keindahan alam ciptaan Allah Subhanahu wa Taala.

Pelangi di taman..

5. Ingin merasai makan malam ala Perancis, Bistro Romain yang menghidangkan Pasta Baked Salmon menjadi pilihan. Kafe yang terletak di Avenue Des Champs Elysees ini agak sesak kerana harganya yang berpatutan dan dihias indah. Di seberang jalan, butik Louis Vitton tersergam mewah. Mama mesti suka jalan kat sini. Limousin silih berganti berhenti di depan butik. Ada satu limousine tu warna pink, hurm..mesti Paris Hilton menyinggah tu, takpun Madonna.

Jalan Champs Elysees (sebut: shon ze li ze)

6. Kami berjalan sehingga lah bateri kamera kehausan. Terlepas peluang untuk merakamkan gambar Arch de Triomphe di waktu malam. Indahnya..

Bersambung..

-Did-

20 September 2010

Pardon @ Forgiveness

1. Orang pribumi Perancis hidungnya besar dan tajam ke hadapan. Tengok saja Presiden dan bekas-bekas Presiden mereka. Banyak udara yang boleh dihirup, banyak juga udara yang boleh disimpan untuk mengekalkan suhu badan. Atau adakah mereka orang yang sombong (arrogant) kerana berhidung tinggi? Asal peribahasa melayu ini juga maksudnya menuding kepada orang putih.

2. Daripada first impression setelah berada di sini lebih seminggu, bersopan juga mereka ini, dan tahu menghormati orang lain. Pintu ditahan untuk orang yang lalu selepas mereka, tempat duduk di dalam metro (keretapi bawah tanah) atau bas ditawarkan kepada orang-orang tua atau ibu mengandung. Jika kita terlanggar mereka, mereka dulu yang ucapkan 'pardon' dengan ikhlas sebelum kita sempat mengucapkan 'sorry'. Sebelum masuk ke bangunan di universiti, saya melihat mereka mengesat kaki di alas kaki yang disediakan supaya tidak mengotorkan lantai fakulti.

Pekan Besancon yang tenang..

Taman di tebing Sungai Doubs

Bangunan-bangunan lama sepanjang jalan..

3. Tapi bukanlah semuanya begitu. Itu di Besancon bandar hijau. Banyak yang berubah bila sampai di Paris. Orangnya ramai yang suka mendengus dan menunjukkan muka yang ketat. Tekanan hidup lebih tinggi di kota metropolitan ini. Semuanya ingin cepat. Berjalan cepat, makan cepat, semuanya mengejar dunia takut tercicir. Peduli apa orang lain. Siapa lambat akan ditolak, yang menghalang laluan akan dimarahi dan dikutuk. Sangat sombong mereka ini. Memang sepatutnyalah sejarah mereka tertulis sebagai penjajah. Hanya orang yang sombong boleh bertindak kurang ajar.

Champs-Elysees sesak sepanjang tahun

Parisian Breakfast di Notre Dame

4. Tekan saja di Google, French Behavior. Begitu banyak analisis yang sangat jujur ditulis tentang mereka. Sudah tentu yang paling banyak American vs French. Berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di dunia. Cuba pula taip Malay Behavior :-)

5. Apapun, saya suka perkataan 'pardon' atau forgiveness yang diucapkan selalu. Ia melambangkan kerendahan hati dan rasa hormat kepada orang lain. Pardon jika tersilap tafsir. Pardon juga kerana termasuk toilet perempuan di Paris!

-Did-

19 September 2010

Besancon, Selamat Kembali

1. Alhamdulillah, kami selamat kembali ke Besancon. Setelah berpakej percutian selama 3 hari 2 malam di kota Paris. Rasa seronok amat dan letih silih berganti. Tapi yang pasti ianya akan terakam dalam kenangan yang terindah. Selepas ni akan ke Paris lagi, tapi untuk ambil flight kembali ke Malaysia. Tak mahu diingat, cuma ingin menghayati dan menghargai sementara masih ada masa-masa di sini bersama isteri tercinta.

waktu senja di Sungai Seine..syahdu..

2. Waktu menulis jam 0128. Mar dah lama terlena. Apa tidaknya, bukan main ramai yang beratur tadi menunggu teksi untuk ke rumah masing-masing. Kami terpaksa ambil bas saja balik ke rumah. Ikut jalan jauh pula tu sebab bas malam kurang, kena kerja lebih lah. Sampai di rumah jam 0040. Train penuh, maklum saja Ahad malam. Orang akan berlumba-lumba untuk menaiki train yang terakhir sebelum berpisah dengan kota Paris, atau dengan orang-orang yang tersayang. Barulah berbaloi beli tiket train.

Jumpa lagi menara besi Eiffel..

3. Sekian dulu, tilam dah memanggil-manggil. Bantal melambai-lambai. Adoi, mengantuk + letih. Nanti disambung lagi dengan cerita menarik sekitar percutian di Paris, original Indian Beriyani Bhai Bhai Sweet dan al-kisah tersilap masuk toilet perempuan kat Gare de Lyon! (hampeh betul..)

Bon nuit!




Wassalam.

-Did-

18 September 2010

From Paris With Love

1. Tajuk macam filem lakonan John Travolta dan Jonathan Rhys Meyers. Penuh dengan aksi dan keganasan. Tapi ini bukan kisah ganas. Cerita jambu saja. Kisah perjalanan kami di bumi Perancis. Hari ini kami dah selamat sampai di Paris! Siapa yang tak kenal Paris. The most visited city in the world (rasanya Makkah Al-Mukarramah lagi ramai). The most romantic city in the world. The most fashionable city in the world. Bla bla bla..

Planning the trip..

Travel agent..(nasib baik tak sesat heheh)

2. Kami tiba di Paris tepat jam 1333 di Gare de Lyon dengan keretapi laju TGV. Keretapi lancar, cuma bas nak ke Stesen Keretapi Besancon Viotte tadi buat hal. Tak sampai-sampai. Mungkin ada mogok kata Mar. Jadi kami ambil bas lain, dan terpaksa jalan kaki / lari-lari anak 1km ke Stesen Siotte tu (ek elehh..dekat je). Tapi jalan tu berbukit bukau. Sampai ngam ngam 9 minit sebelum keretapi bertolak. Mengah jugak, hidung kembang kempis. Lapar..

3. Apa yang menjadi motivasi ialah mee goreng basah yg dicampur ayam, sayur capsicum, kobis cina, dan lada hijau. Awal pagi lagi Mar masak untuk dijadikan bekalan ke Paris. Satu bekas besar at least dapat menampung makan tengah hari kami. Jimat sikit oii..

Mee goreng Simpulan Kasih Masmar..(Mar yang bagi nama,adoi..)

4. Pagi tadi dah breakfast dengan sup ayam yg Mar masak malam semalam. Di ’improvise’ dengan menambah nasi ke dalam sup ke dalam mangkuk bulat. Sup ini pula mengandungi su’un, fucuk, ayam dan lobak merah manis. Nyum..nyum..ala Jepun. Di Jepun, sup diminum di dalam mangkuk bertelinga. Minum sup seolah-olah meminum air di dalam cawan dan tidak menggunakan sudu. Bila kita minum sup, lebih kuat kita slurping, bermakna lebih sedap sup tersebut!  Jika di tempat lain mungkin dianggap kurang sopan.

5. Tanpa membuang masa, kami landing kat dataran depan Gare (stesen). Duduk sopan bersila, bukak bekalan, dan makan dengan tak mempedulikan mata-mata yang memandang. Bukan pandang kami tapi memandang mee goreng basah yg menggiurkan tu + bau yang bisa menggugurkan bulu-bulu hidung. Licin satu Tupperware + dessert raspberry tart yg dibeli kat Brioche Dorée dengan harga 3 euro. Manisan perlu untuk menghilangkan keloyaan disebabkan duduk terbalik dalam train.

Piknik atas jalan..

Tart Raspberry..pergh..

6. Usai makan kami ke hotel Etap di Port de Bercy di pinggir Paris untuk solat dan berehat. Petang mahu berjalan-jalan pulak. Tempahan dibuat awal bagi mengelakkan ketiadaan atap untuk berteduh selama 2 malam. Alhamdulillah, biliknya tidaklah mewah, tapi sangatlah selesa bagi hotel bertaraf 3 bintang (rasanyalah..ke takde bintang, ke berbintang-bintang).

Hotel Atap Paris

7. Kehampaan hanyalah apabila gelombang wifi tidak dapat sampai ke bilik kami, kerana kami dapat bilik yang paling hujung. Dekat dengan tangga kecemasan. Senangla kalau apa-apa hal terjadi. Elok sangatlah untuk orang yang honeymoon. Tapi, tak dapatlah kami update kan blog ni. Tertangguh 1 hari suntuk.

8. Sekian dulu setakat ni. Bas ke hotel dah dekat nak sampai ni kat bus stop Terroirs de France, berdepanan stesen Cour St Emilion, kat depan Bercy Village (nanti kami cerita apa ada kat Village ni!) . Suhu sekarang 15°C. Or maybe slightly colder. Sejuk semacam. Pipi dah merah. Hidung dah berair. Kaki dah sakit. Peha dah lenguh. Mata dah berat.

Good night n Bon nuit!!

"From Paris With Love"

"From Etap Hotel with Love"

-Did-

16 September 2010

Nini Panini?

1. Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai paling ramai penduduk yang beragama Islam iaitu lebih kurang 6-10% daripada jumlah penduduknya yang seramai 65.5 juta orang setakat 1 Januari 2010. Itu menjadikan jumlah orang Islam sangat ramai, iaitu 4-5 juta orang.

2. Orang Islam semakin ramai di Perancis selepas Perang Dunia Ke II, paling ramai datangnya dari negara Maghribi sebagai buruh kasar. Kemudian datang juga dari negara-negara bekas jajahan Perancis yang budaya, bahasa dan adatnya telah menerima pengaruh French yang kuat. Negara-negara seperti Algeria, Morocco, Tunisia, Turki, Afrika dan lain-lain lagi. Statistik penduduk Islam boleh didapati daripada Kementerian Dalam Negeri Perancis.

3. Jadi pastinya pasaran makanan halal mendapat sambutan daripada segmen pengguna Islam. Jika tidak masakan akhbar "Le Figaro" membuat anggaran nilai pasaran halal di Perancis sebanyak 5.5 billion euros! Walaubagaimanapun, makanan halal pun tidak terlepas daripada menjadi sasaran 'jahilist' Islam.

Untuk mengetahui cerita, sila klik di link ini http://halalfocus.net/2010/08/20/france-controversy-over-french-halal-fast-food-restaurants/

(jika terdapat perkembangan cerita bolehlah berikan komen ye)

4. Itu hanya sekadar intro. Saya nak ceritakan tentang makanan yang pertama kali saya dengar atau dah lupa dengar kat mana. PANINI. Ye, macam nama isteri saya. Rasa lapar sangat mencengkam pada tengah hari semalam. Mulanya bercadang nak rasa kebab Besancon. Kepala dan selera pun dah ditetapkan untuk makan kebab ayam bersama sayuran segar salad, tomato ala salsa, bawang dipotong rangup. Dipadan pula dengan french fries dilimâhi sos tomato masam dan mayonis segar. Tiba-tiba Mar bersuara, "Kita makan panini nak?". Apa tu??Bergenangan air mataku, melepaslah nak rasa kebab Besancon. Tapi..........

Inilah rupanya Panini..

5. Panini ni adalah roti lembut leper yang panjangnya kira-kira 2 jengkal /12 inci. Wow,besar tu walaupun leper. Leper itu adalah kerana dihempap oleh pemanas roti sebelum dihidangkan. Dalam nya, jeng jeng jeng... ikan salmon segar berasap berlada hitam dan sulah bersama keju anjal bila ditarik macam iklan pizza hut. Kejunya melekat-lekat di badan ikan, meleleh di atas roti dan pastinya mencair di dalam mulut si pemakan. Very generous I tell you! Rasa rangup roti panas dan rasa lembut salmon segar silih berganti bergaul mesra di dalam mulut..aduhai..

Gerai yang menjual panini.."Magic Kebab"


Mak, gerai kepunyaan orang Kelantan pun ada kat sini! Mak Doné..

6. Adoi, lapar la pulak. Mar, nak makan nasik...

-Did-

p/s: bila Mar nak menulis nih..


Day 1

1. Hari pertama masih dalam keadaan pening. Pening lalat. Tidur semalam memang lena, terima kasih banyak banyak kepada housemate Mar, Anna yg menyambut ketibaan kami dari Malaysia dgn masakan yg sangat enak = ayam masak merah + sayur campur + tat nenas unik dari johor (dessert, bukan lauk ye).

2. Rumah Mar memang cantik dan luas. 3-half story erm..studio, ke apartment. tak pasti. tuan rumahnya pun tak sure apakah jenisnya rumah mereka. Tapi memang lengkap dengan 2 living hall, 2+1 room, 1 toilet + 1 bathroom, dapur, balcony + penyidai kain, tingkap dan pintu. Tempat ni memang kawasan perumahan awam, yg dikatakan ramai penduduk Islam. Kira-kira 100 meter dari rumah ada Pasaraya Besar "Inter-Marche" yg di dalamnya terdapat kedai Asia dan Kedai Filipino.

Pemandangan waktu syuruk dari tingkap rumah

very green in green city of Besancon

3. Walaupun masih berada dalam musim panas sehingga penghujung bulan September, namun penduduk setempat mengatakan cuaca agak luar biasa dan lebih sejuk daripada kebiasannya. Suhunya adalah purata 17°C. Lebih kurang suhu maksimum air-con di Malaysia kan. Tapi bila datang angin kering dan kencang, maka air-con di Malaysia kalah teruk. Tidur pun sodapp..

4. Perjalanan ke sekolah Mar @ UFR Sciences tidaklah jauh. Cuma 10 minit dengan menaiki bas no. 2 dan akan berhenti-henti sebanyak 8 kali. Tambangnya? 1.20eur = RM4.80 bagi orang awam untuk tempoh 1 jam. Jumlah ni macam celah gigi ja bagi orang France. Tapi untuk rakyat Malaysia boleh makan sepinggan nasi ayam + ayam lebih, kuah asing-asing.

Tiket bas 1 jam; dikendalikan oleh Syarikat Ginko Sdn. Bhd.

5. Jadi, untuk menaiki bas di sini, yang diperlukan adalah tiket (boleh dibeli dengan pakcik driver) dan kasut yg sesuai untuk berlari mengejar bas. Bas di sini sangat luar biasa efficient dan tepat pada masanya. Sebab itulah Syarikat Ginko Sdn. Bhd. dengan konfiden meletakkan jadual perjalanan bas dengan detail timing e.g. 11:47am, 11:59am, 12:04pm di semua bus stop. Di situ juga terdapat papan tanda elektronik yang menyatakan jumlah minit lagi yang perlu ditunggu sebelum bas tiba. Jadi kalau sakit perut sempatlah selesaikan dulu. ;)

6. Sesampai aje di bus stop University mata terpegun melihat kehijauan pemandangan di sini. Memang lebih pokok dan rumput daripada bangunan. Sangat kondusif untuk pelajar dan orang yang bercuti :) Biarlah gambar-gambar ni yang menjadi bukti..

Tangga naik ke fakulti

Fakulti Sains dan Teknologi

Hijau lagi belakang Fakulti..

7. Akhirnya, kelas pun bermula untuk Mar seawal 9.30 pagi. Good Luck Mar!

Classmates!

-Did-

15 September 2010

The enthralling journey of 21 days

The New Beginning

1. Akhirnya, penantian selama 5 tahun untuk menjenguk isteri ke France berakhir semalam. Jika sebelum ni, kekangannya adalah kerana belum berkahwin. Sekarang tidak lagi. Kekangannya lain pulak. Ongkos ya pak ! 


2. Perjalanan kami pada malam Raya ke-3, 13 September 2010 bersamaan Isnin jam 2.05 pagi dengan menaiki pesawat dari UAE merangkap penaja pasukan Arsenal , Emirates Airlines. Ini bukan direct flight, kami akan menyinggah di Kota Dubai. Walaupun baggage allowance Emirates sgt generous iaitu 30kg/passenger, namun kami tetap terlebih. Thanks to Emirates’ staff En Azlan, excess baggage kami sebanyak 3kg dipejamkan mata. Jasamu dikenang! Kalau tidak melayang lah RM294/kg x 3kg = RM882!!!


Terima kasih semua : pasukan pengiring..our beloved Family


3. Sangatlah excited sebab Mar cakap sangat best naik Emirates ni. Tambahan pulak ini first time naik Emirates selain pengalaman menaiki pesawat nasional Malaysia Airlines , Saudi Air, Swiss Air, British Airways, Singapore Airlines, Thai Airways, dan tidak dilupakan AirAsia dan Fireflyz. 


4. First round; KL-Dubai. Pesawat: Boeing 777-300. Duration: 7 jam 10 minit. Aktiviti: Tido…….


Muka mengantuk dalam plane..


5. Second round; Dubai-Paris. Pesawat: Airbus A380-800 (kapal 2 tingkat macam bas ekspress Durian Burung). Duration: 6 jam 40 minit. Aktiviti: Movies, Makan, more Movies… Emirates dilengkapi dengan sistem hiburan dalam kapal (in flight entertainment system) atau dipanggil “ICE” dengan touchscreen dan remote controller yang canggih manggih. Boleh tengok Channel Movies, Sports, News, Drama, Music, Games, Flight Info etc macam Astro. Tempat duduk yang lebih luas 2 inci dari kelas ekonomi penerbangan lain (trust me it makes a lot of difference). Dan macam-macam lagi. Best kan ?? (jakun betul..)


Airport Dubai yg tak pernah tidur..


6. Disebabkan kami terpaksa duduk depan belakang on the next flight to Paris, bukannya sebelah sebelah, maka in flight call service digunakan. Setiap 5 minit saya akan call telefon Mar. just key in no seat n tekan call. Voila! Cakapla puas-puas dengan iTalk 


Terpaksa berpisah 6 jam..


7. Akhirnya, Alhamdulillah, jam 1330 kami selamat mendarat di Charles de Gaulle Airport Terminal 2C, Paris. Proses Imigresen sangatlah lembab. Untuk 800 penumpang, hanya 2 kaunter yg dibukak ! Tapi, penglipur lara di depan mata, yg lama jadi sekejap, yg panas menjadi sejuk, yg marah pun jadi tenang..hehe. you know what i mean.


Dah sampai CDG !


8. Dari CDG, kami ambik train ke Paris city centre. Destinasi ; Paris Gare de Lyon (nama stesen utk ambil keretapi laju ke Besancon). Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit. Tapi nak angkat beg naik turun tangga sangat mematahkan pinggang disebabkan ada gap&staircase antara platform dan train. Countdown 15 seconds sebelum pintu train tertutup dan BYE BYE beg kalau tertinggal. So kena pantas.

Beli tiket dulu ke Gare de Lyon (Stesen ke Timur Perancis)


9. Sesampai di Gare de Lyon, kami validate tiket di mesin yang disediakan, tengok departure time n platform kat giant screen, duduk rest n belasah Spicy Chicken McDeluxe yg Mar beli kat McD Dubai Airport dgn harga 3 euros. Seolah-olah tak cukup je Lamb Briyani panas yg kami makan sebelum flight ke Paris tadi kat kedai Good to Go kat Dubai lepas semayang subuh. Pergh..lapar sebab banyak weight lifting! Flight ke Paris plak tak dihidangkan lunch a.k.a. nasik, cuma roti dan chicken tikka aje.


Stesen Keretapi Tanah Melayu Paris (KTMP)


10. Tepat jam 1728 TGV train bergerak dengan kelajuan purata 270 km/jam ke arah Besancon dan akan berhenti kat stesen Dijon. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam setengah, sejauh 413km. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat awesome! Lembu gemok putih bertompok hitam khusyuk di padang ragut, kambing biri-biri pun bergembira di padang-padang hijau, bukit bukau yang menawan hati, ladang-ladang jagung yg kehijauan sebab jagung belum masak, rumah-rumah dgn binaan batu bata yg tipikal menghiasi ruang tingkap tren laju. Mengingatkan kepada kebesaran Allah Taala yang menghamparkan muka bumi ini. Subhanallah..Mar terlentok tido, tak heran sangat sebab dah boring 5 tahun tengok view yg sama. Tapi tak dapat posting gambar sebab train laju amat gambar jadi blurry. Kena pakai DSLR la lepas nih. Hum..hum..


On board TGV


11. Finally n finally, kami selamat sampai di Stesen Besancon Viotte tepat jam 2035. Sekali lagi binaan tangga menjadi obstacle yg paling mencabar. Kenapa perlu diletakkan tangga di situ??Letak lah gelongsor.. Argh..why??why??Rasa nak terberak angkat beg 60kg. Dari situ kami ambil teksi ala 4WD jenama Citroen ke rumah baru Mar. Esok Mar akan memulakan pengajian tahun ke-6 di Perancis dan tahun pertama di Université Franche Comté, Besancon. Tak sabar tunggu esok untuk temankan Mar ke kampus. Mar pun tak sabar nak mulakan kelas. Good Luck dearest Mar, serlahkan kegeniusan mu. Begitulah perjalanan kami dengan total travelling time 24 hours n 45 minutes.. zzzzz….

To be continued…

-Did-