mercredi 7 mars 2012

False alarm lagi

Alhamdulillah, contraction yang mengganggu saya tulis entri petang tadi dah berhenti. Lamalah juga, sejak pukul 3 petang lagi sebenarnya. Berlarutan sampai ke malam. Regular, setiap 4-5 minit, cuma tak berapa sakit. Kadang-kadang saja saya mengerang bila sakit memuncak. Sekarang dah berselang 20 minit. Memang false alarm lah. Nasib baik tak terburu-buru pergi hospital. Walaupun jarak rumah saya dengan hospital cuma 10 minit jalan kaki, tapi tak sanggup rasanya nak lalui rasa kecewa kalau disuruh pulang selepas datang dengan harapan. Lebih baik habiskan masa tu baca surah Maryam ke, exercise atas bola pregnancy ke, buat latihan push ke, makan aiskrim Ben&Jerry ke. Lagi berfaedah. Ben&Jerry pun dah habis sekotak. Esok boleh beli flavour baru.

Setiap hari saya membayangkan macamana hari kejadian nanti. Apalah agaknya yang Allah takdirkan untuk saya ya. Jangan tak tahu, saya pun ada impian untuk hari bersalin yang ideal. Kalau boleh, biar turun tanda di rumah. Selalunya akan bermula dengan keluar stain darah. Kalau boleh juga, saya nak minta pada Allah supaya air ketuban pun pecah sendiri di rumah. Lepas tu boleh panik sambil senyum-senyum dengan suami sambil siapkan beg (oh ya, beg saya belum habis letak baju lagi!). Kalau dah pecah air ketuban, memang sangat-sangat nak dekat bersalin dah, mak cakap. Lepas tu jalan kaki sama-sama pergi hospital. No way dah nak berlengah-lengah di rumah. Midwife cakap, kalau pecah je air ketuban, dalam masa sejam kena terus sampai hospital. Kalau tidak, risiko baby kena infection sangat tinggi. Tapi merepeklah nak jalan kaki lagi. Dengan air yang turun mengalir macam air terjun, ada hati lagi nak jalan kaki. Nanti apa orang ingat, kencing dalam seluar ke makcik ni.

Lepas tu sampai hospital dah dilated. Lepas tu sakit contraction sampai nak patah pinggang. Tak lama lepas tu push 3-4 kali baby pun keluar uweek uweek. Lepas tu peluk baby ketat-ketat dalam dakapan taknak lepas. Lepas tu dapat call dari mak bapak mama baba di Malaysia. Lepas tu update gambar baby dalam facebook. Lepas tu three. Habis dah mimpi.

Banyak sungguh lepas tu. Banyaklah kau punya hari bersalin yang ideal Nini. Kalau macam tu mesti ramai orang tak kisah kena bersalin setiap tahun. Saya tahu, realitinya tak semudah itu. Jauh lagi sakit dan menguji. Tak terbayang dek akal sakitnya, sampai Allah boleh janjikan ganjaran terhapus semua dosa untuk ibu yang bersalin. Macam dilahirkan semula, putih bersih dari dosa. Bertuahnya jadi wanita. Sudahlah dapat hadiah newborn, diri sendiri pun Allah lahirkan semula sebagai reborn.

Hari ni pecah rekod. Pertama, langsung tak keluar rumah. Padahal baru petang tadi saya tulis entri yang setiap hari kami mesti keluar berjalan ambil angin 15 minit. Macamana nak keluar, contraction sepanjang petang. Walaupun taklah sakit sangat sampai meringkuk berguling atas katil, tapi sampai mengaduh-aduh jugalah saya. Berjalan nak ke dapur pun terbongkok-bongkok sambil tampung perut yang makin hari makin jatuh. Rekod kedua, disebabkan langsung tak keluar, maka pengaliran wang keluar adalah zero. Makan semua masak sendiri, dari breakfast, lunch sampai dinner. Tapi janganlah tanya siapa yang masak, jatuh air muka saya sebagai perempuan nak jawab. Paham-paham sajalah. Heyyy tapi 2 hari lepas saya masak nasi lemak tau. (Nak jugak bagitahu.)

Maka hari ini, tak ada beli cookies di Subway. Tak ada beli donat coklat di restoran fastfood Quick. Tak ada duduk-duduk saja melepak minum Capuccino di kedai kopi. Yang ada cuma habiskan sebekas aiskrim Strawberry Cheesecake Ben&Jerry. Tak boleh tidak, setiap hari mesti memenuhi keperluan dan tuntutan badan terhadap gula. Dah jadi wajibul-ghunnah. Tapi kira okeylah, tak ada keluar duit sesen pun hari ni. Suami pun ucapkan syabas pada saya tadi. Oh, terima kasih abang. Terharu.

Dulu saya sangat memilih bab makan. Nak yang sedap di tekak aje. Bertentangan dengan suami yang langsung tak kisah pasal makan. Semua dia makan, sedap atau tak, tak pernah komen. Prinsip suami, kita tak tahu bila kita tak akan ada makanan. Jadi sementara ada makanan sekarang, makan sajalah.

Tapi selepas 30 hari hidup berdua, alhamdulillah, saya dapat rasakan sifat suami mula berjangkit kepada saya. Sedap atau tak dah jadi soal kedua, ketiga, keempat. Bila lapar, ada saja makanan depan mata, tak kisah favourite atau tak, bismillah, makan. Makan sampai habis pula tu. Sangatlah bukan saya sebelum ni. Bila masak apa-apa, jadi atau tidak, makan juga. Tetap habiskan. Terasa sayang nk buang apa-apa lebihan makanan dalam tong sampah. Tambah-tambah di saat krisis dunia yang tak sudah, di mana-mana pun ada orang yang sangat kelaparan.

Sebenarnya, tak payah pergi jauh-jauh pun, tak payah pergi sampai ke timur tengah untuk muhasabah soal makan ni. Depan rumah saya sendiri setiap hari ada orang-orang tanpa rumah yang tidur di tepi-tepi jalan, bertemankan anjing-anjing mereka yang kadang-kadang bising dan menguji kesabaran. Setiap hari saya tengok mereka makan baguette saja. Itu belum lagi kalau cuaca tengah sejuk dan suhu jatuh sampai -15. Macam 3 minggu lepas. Boleh menangis tengok mereka dari tingkap rumah. Selesanya rumah sendiri, sedapnya ada heater, ada makanan bertimbun dalam peti, ada air panas untuk mandi. Haa, kan saya dah masuk mode ustazah pilihan ni.

Tengahari tadi kami makan nasi goreng lebihan masak waktu breakfast. Nasi pun lebihan 3 hari lepas. Alhamdulillah masih elok. Alhamdulillah habis juga nasi. Tak ada sebutir pun masuk tong sampah atau singki. Untuk dinner masak nasi baru dengan lauk baru. Ala kadar saja. Tapi bila dimasak dan makan berdua, jadi sangat sedap dan istimewa. Bak kata suami, boleh gugur bulu hidung. Yelah tu.

Kadang-kadang, bila makan nasi atau lauk lebihan sebelumnya, terasa sangat sikit. Selalu saya tanya suami, "eh cukup ke ni bang? Nampak sikit je ni. Kita masak lainlah." Tergaru-garu perut saya dibuatnya, risau sungguh tak cukup untuk kami bertiga (yang dalam perut jangan dilupa). Tapi setiap kali, memang kami akan kagum bila makanan yang nampak sikit dan merisaukan tu sebenarnya sangat cukup, malah lebih lagi! Cukup kenyang untuk kami berdua, tak perlu tambah pun. Pelik juga saya dengan diri sendiri, selalunya saya seorang saja makan 3 kali tambah. Alhamdulillah, moga-moga inilah berkat yang Allah turunkan. Yang sikit jadi banyak dan cukup.

Banyak berkat Allah yang turun bila bernikah. Lagi banyak berkat yang turun bila hidup bersama suami isteri. Itu baru berkat kan, belum lagi rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, perjalanan 30 hari yang dilalui berdua setakat ini cukup banyak mengajar. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Setiap hari belajar ilmu dan kemahiran hidup yang baru. Setiap hari ada saja yang buat kami amazed. Rasa tenang, bahagia, dan seronok tu jangan tanyalah. Sampaikan ikat plastik sampah dapur pun buat kami rasa seronok. Seronok tengok yang dibuang memang betul-betul sampah, bukan yang disampahkan saja-saja. Seronok tengok plastik betul-betul penuh dan berbaloi untuk dicampak masuk tong sampah di bawah rumah. Buang sekotak penuh botol-botol plastik untuk recycle pun rasa seronok. Rasa berjasa pada alam. Haha, apelah. Semua benda pun nak seronok ke? Betullah. Bukan setakat seronok. Dua ronok, tiga ronok, beronok-ronok... Sorry sorry, merepek lagi. Pengaruh suami sebagai teman tak sebaya sangat kuat meracuni pemikiran saya. Ish².

Tidurlah. Esok kita tengok apa pula yang boleh diseronokkan sama-sama.


Disember 2011
Honeymoon bersama mama baba.
Paris-Colmar-Interlaken

Alam berdua sebelum bertiga

Cuma tinggal lagi 9 hari sebelum due date yang dinanti-nanti. Beberapa hari saja lagi, akan tamatlah perjalanan 9 bulan mengandungkan anak pertama kami. Sebetulnya saya masih dalam keadaan tak sabar-sabar nak bersalin sekarang. Tapi hati sudah redha kerana tak dapat bersalin awal seperti yang saya target. Kini cuma perlu lalui hari-hari yang tinggal sambil menikmati, merakamkan setiap gerakan si kecil supaya terus kekal dalam kenangan. Lepas ni dah tak dapat lagi rasa tendangan ganas dia di tengah-tengah malam. Tak dapat lagi excited tengok perut berombak-ombak. Semua itu pasti saya akan rindui sangat-sangat, sepertimana kawan-kawan saya yang sekarang ini merindui semula kenangan mengandung di saat melihat anak membesar di depan mata.

Waktu yang tinggal ini juga saya cuba luangkan semaksimum mungkin untuk menikmati saat indah berdua bersama suami. Selama ni masa kami untuk berdua selalu saja terbatas. Sejak berkahwin dan melalui PJJ, cuma dapat berjumpa 3-4 bulan sekali. Itupun maksimum 2 minggu, sebelum menyaksikan drama bersiri penuh airmata yang hampir sama saja setiap kali. Bila tiba bulan 5 barulah episod indah berbunga-bunga cinta datang, saya dapat pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas, dan tinggal dengan suami di Kuala Lumpur. Waktu inilah kami mengqadha sebanyak mungkin aktiviti yang diidamkan untuk dilalui bersama. Suami akan bawa saya jalan-jalan cari makan di tempat-tempat yang telah dia senaraikan selama berbulan-bulan penantian. Kalau suami terlupa, saya pula yang tak segan-segan akan tuntut. Nak makan di Soeul Garden, Sushi King (macamkan France tak ada kedai sushi), ikan bakar, sotong celup tepung fresh dari laut, Subway (dah puas makan sandwich tuna dengan vegetarian saja), dan macam-macam lagi pe'el mengada-ngada untuk dipenuhi dengan hati yang redha.

Sejak suami berhijrah ke France untuk sambung belajar dan tinggal bersama saya sebulan lepas, alhamdulillah kami dapat lalui setiap hari bersama-sama, walaupun rutin harian kami hampir sama saja. Kadang-kadang sampai terasa bosan juga tak buat apa-apa. Kalau saya larat, saya cuba juga pergi kelas. Tapi selalunya memang duduk rumah sebab tak larat nak berjalan. Setiap hari hanya dapat berjalan maksimum 30 minit. Lepas tu dah lelah, asyik cari tempat duduk. Sekarang ni kalau keluar nak ke mana-mana, suami akan bimbit kerusi besi lipat yang tempat duduk bulat tu. Maka bolehlah saya berjalan dengan senang hati, especially bila ke supermarket nak beli barang dapur. Bila penat, almost setiap 5 minit, mulalah merengek "abang, nak duduk..." Hehe, macamanalah baby nak turun dan keluar awal, ibu asyik nak duduk saja. Entahlah. Sejak masuk 8 bulan, memang merosot sangat-sangat kadar keaktifan badan saya. Kalau dulu, walaupun dah 7 bulan mengandung, saya masih boleh berlari kejar bas. Sampai pernah kena tegur dengan ayah mertua sebab dengan suka hatinya saya berlari turun tangga dengan kandungan 29 minggu, waktu mereka datang ziarah Disember lepas.

Apa aktiviti harian kami selama hampir sebulan ni? Ringkasnya, duduk rumah saja sambil menunggu hari bersalin. Cuma saya akan pastikan setiap hari akan keluar berjalan minimum 15 minit, supaya badan tak terlalu lemau. Lemak memang sah-sah dah banyak. Bila keluar jalan-jalan ambil angin, kadang-kadang terjumpa dengan adik-adik Besancon yang jadi tempat bergantung saya sebelum kedatangan suami. Waktu dulu tu, rumah sendiri pun saya dah tak balik. Tidur rumah adik, makan pun adik-adik yang sediakan. Kadang-kadang lunch rumah lain, dinner rumah lain pula. Semua sangat helpful dan baik hati. Sampai saya rasa nak pinang seorang dua buat adik ipar. Nak jadi kakak ipar pun boleh, tak kisah walaupun lagi muda. Oh sudikah? Hehe.

Bila terjumpa adik-adik ni, sambil jalan dengan suami, kadang-kadang terbit rasa malu dan segan juga. Sebab sekarang dah tak datang rumah untuk mengadu, minta tolong dan menagih simpati. Sekarang sudah ada tempat bergantung, dah ada orang tolong masakkan setiap hari. Harap sangat adik-adik tak kecil hati. Sebab hakikatnya saya bukanlah di fasa bulan madu pun. Memanglah setiap saat bersama pasangan itu adalah bulan madu yang sangat berharga. Tapi sebenarnya hidup kami biasa-biasa saja di sini.

Aktiviti paling best bila dapat masak sama-sama, untuk makan berdua. Selalunya memang Chef Mas lah yang masak. Saya cuma duduk sebelah sambil potong-potong, pantau apa yang patut dan bagi tips masakan yang saya tahu. Sekarang suami dah terror masak sendiri. Aktiviti kedua terbest, jalan-jalan berpegangan tangan keliling bandar seround, sambil curi-curi tengok dalam pushchair orang yang lalu lalang. Punyalah kemaruk nak tengok baby. Ketiga terbest, shopping barang dapur sama-sama. Keempat terbest, uih, sampai esok pun tak habis kalau nak buat senarai. Pendek kata, biasa-biasa saja kan setiap hari? Minggu lepas cuti sekolah seminggu, tapi kami tak dapat menikmati sangat cuti tu. Sama saja cuti ke tak, saya tetap duduk rumah tak pergi kelas.

Jealous sebenarnya dengar cerita ada yang pergi Mesir, satu group lagi pergi Istanbul. Budak lelaki buat road trip ke German. Fuh, bestnya! Saya yang tergedik-gedik nak pergi Paris je pun dah kena fikir 10 kali, apatah lagi nak cross border. Walaupun Paris cuma 2 jam by train dari Besancon, dan saya yakin takkan bersalin dalam train, tapi risiko sangatlah besar untuk bersalin di Paris! Lupakan sajalah niat tu, kita duduk rumah saja tunggu baby keluar, kata suami. Memanglah best kalau lahir di situ, boleh buat rekod family; abah lahir di Cardiff, ibu lahir Los Angeles, baby lahir Paris gitu. Tak apalah baby, Besancon pun best juga.:)

Selepas sebulan hidup berdua, saya dapat perhatikan banyak perubahan corak hidup kami dan juga dalam diri saya, suami, kami berdua. Walaupun ini bukanlah kali pertama kami hidup berdua di bawah satu bumbung, tapi lain sungguh waktu di Malaysia dan di sini. Tentunya, setiap saat membawa kami lebih mengenali dan memahami, walaupun rasa macam dah cukup kenal selama 7 tahun ini. Sebelum kami memulakan hidup bersama sebulan lepas pun, bapak sangat banyak berpesan tips-tips rumahtangga. Memang lain antara hidup berjauhan dan hidup bersama. Orang selalu cakap, kalau duduk jauh-jauh, perasaan rindu sentiasa meluap-luap. Kasih sayang semakin kuat.

Tapi tak bermakna kalau hidup bersama rindu tak meluap-luap kan? Hidup bersama lagilah istimewa, sebab rindu, kasih sayang dan rasa cinta yang meluap-luap tu dapat dikongsi serta-merta. Mungkin orang akan pandang saya masih mentah untuk bercakap tentang ni. Kahwin baru nak masuk 2 tahun. Baru saja hidup bersama, semuanya masih indah. Tapi saya lebih suka untuk berpegang pada keyakinan, tiada yang lebih baik dan lebih indah untuk pasangan suami isteri melainkan hidup bersama dan berdua. Sepertimana saya sangat suka pada kata-kata Rasulullah, tiada yang lebih baik dilihat pada dua orang yang saling mencintai melainkan bernikah. Saya tak ingat sangat tapi begitulah bunyinya. Betulkan kalau saya salah.

Oh ya, saya masih ingat lagi. Seorang pakcik yang berikan kursus nikah exclusive untuk kami berdua pun berpesan, "untuk tahun-tahun pertama perkahwinan, usahakanlah untuk hidup bersama. Usahakanlah."

Nak tulis lagi tapi sambung lepas ni ya. Terasa makin sakit pula contraction ni. Adehh!

lundi 5 mars 2012

Random : Hari hari terakhir

Assalamualaikum wbt.

Entry terakhir saya waktu kandungan 24 minggu. Sekarang sudah minggu ke-39. Baru cari laptop yang seriously dah berhabuk terselit bawah timbunan buku-buku. Segan-segan nak tekan butang ON. Lagi segan nak masuk blog sendiri yang dah 4 bulan saya tak jenguk.

1. Update terkini : masih menunggu bila si kecil ni nak keluar. Setakat ni memang tak ada apa-apa tanda. Sepanjang pregnancy saya sangat target untuk bersalin awal, kalau boleh, ngam-ngam masuk minggu 37 nak terus bersalin. Sememangnya, sejak minggu 36 saya dah sangat kepenatan, tahap tak mampu nak bawa badan sendiri untuk berjalan lama. Naik tangga pun kena papah dengan suami. Bukan mengada-ngada, betul-betul punya tak larat. Dan minggu itu juga saya dapat surat dari hospital supaya berhenti pergi kelas. Duduk rehat di rumah saja. Minggu yang sama, dapat surat daripada universiti. Saya dapat kebenaran dan pengecualian rasmi dari pihak uni daripada menghadiri kelas, tutorial dan amali makmal. Cuma perlu hadir ke exam final bulan May sebagai penilaian untuk semester ini. Alhamdulillah, kelegaan yang besar. Boleh berehat dengan tenang. Cuma perlu selalu contact classmate untuk up-to-date dengan kelas dan nota.


Minggu 38
Makcik ni dah naik 14 kilo
Syabas!

2. Kalau bersalin awal, dapatlah saya kurangkan tak pergi kelas. Alang-alang dah kena rehat, tambah pula dengan jadual kelas antenatal selama 16 jam jumlahnya, jadual check-up, ujian darah, rendez-vous anesthesiste, hampir setiap hari saya ke hospital. Alangkah baiknya kalau dapat bersalin terus. Then rehat 2-3 minggu untuk pantang, bolehlah saya ke kelas semula. Pelan-pelan, supaya tak banyak tertinggal. Sekarang pun dah berat kepala memikirkan jenuh juga nak kejar nanti. Nak kena study sendiri. Dengan baby baru lahir lagi. Huuu. Tapi malaslah nak berat-beratkan kepala dulu. Saya tetap yakin boleh kejar semula. Lagipun insyaAllah saya akan dikelilingi cukup assistant. Buat masa ini, saya cuma mahukan peace of mind, prepare mental dan fizikal untuk melalui proses bersalin secara natural.

3. Dah masuk hujung-hujung ni, sangat ramai yang concern bertanya bila due date. Kalau ikut kiraan doktor di malaysia, 40 minggu kehamilan, due date saya jatuh weekend ini, 10 Mac. Tapi di Perancis kiraan standard untuk normal pregnancy adalah 41 minggu. Makanya due date saya jatuh 17 Mac, sabtu lagi satu. Saya pun tak tahu nak pegang yang mana. Dan tambah keliru macamana boleh wujud dua kiraan berbeza mengikut negara. Since saya menetap di France, rasanya lebih baik pegang due date France lah kan. Selepas hampir 7 tahun, mungkin badan saya pun dah accustomed ikut cuaca dan keadaan di sini. Hehe, macamlah ada kena-mengena dengan pregnancy.

4. Tak lupa juga, sangat ramai yang bertanyakan nama baby. Yang itu saya terpaksa minta maaf awal-awal dululah ya. Nama penuh anak ini sudah pun ready, insyaAllah confirmed. Tak mahu tukar-tukar lagi. Cuma buat masa ni terpaksa dirahsiakan dulu, permintaan si ayah. Nanti bila dah selamat lahir baru suami nak mahsyurkan nama putera sulungnya. Orang kata, bagi nama anak ni hak si ayah. Betul ke? Takpelah, apa-apa pun, kita bagi can lah ye.

5. Masuk hari ini, genap 30 hari suami tiba di France. Kali ini kedatangannya cukup berbeza. Yang ini pun saya tak ceritakan panjang lebar pada sesiapa. Apatah lagi mahu hebohkan di facebook atau blog. Cukup pada sesiapa yang bertanya, dan adik-adik Besancon yang selalu ambil berat menjaga saya sebelum kedatangan suami. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan cantiknya perancangan Allah. Sudah sebulan melayari kehidupan sebagai suami isteri yang normal, tak ada lagi jarak yang memisahkan, melainkan beberapa jengkal cuma (hehe!). Tak ada lagi masa berseorangan, kecuali setiap hari Jumaat bilamana suami pergi solat. Penantian sangat lama, hampir 7 tahun. Tapi bila tiba masanya, bila Allah nak izinkan, semua jadi lancar. Dari semua sudut dipermudahkan. Macam mimpi. It's just a matter of time. Betul kata orang, kalau kita nak sangat sesuatu benda, sudah ikhtiar berbagai cara, tapi masih belum dapat, maknanya memang belum masanya. Bila dah tiba masanya, bila Allah nak bagi, semuanya sekelip mata!

6. Sejak hidup berdua inilah, saya makin-makin tak ada selera mahu bercerita di facebook atau blog. Kalau dulu semua benda nak canang satu dunia kan. Sekarang ni rasa lebih reserved. Kalau dulu setiap kali ambil gambar berdua mesti nak post dalam facebook. Annoying sungguh! (Hehe, sedar pun!) Sekarang ni semua gambar untuk tatapan 4 mata saja. Main buetooth untuk hantar gambar antara handphone berdua saja. Update status facebook pun statistically sangat kurang berbanding dulu. Sampai mak pun pelik, kenapa makin senyap. Mak pun boring masuk facebook kalau saya tak update apa-apa. Entah, nak kata kejutan budaya tak juga. Rasanya macam ini lebih baik. Memang patut macam ni kan. Buat apa nak cerita satu dunia. Dulu tu mungkin saya dilanda sindrom kurang kasih sayang. Tak cukup perhatian. Yelah kan, duduk jauh-jauh. Alhamdulillah, it's over now. Sekarang semuanya cukup, lengkap dan saling-melengkapi.

7. Saya ada banyak lagi nak kongsikan di sini. Dari pengalaman mengandung secara keseluruhan, kelebihan mengandung di France (sambungan entry lepas), dan macam-macam lagilah. Tengoklah kalau sempat akan diupdate lagi blog ni. Kalau boleh memang nak abadikan cerita pahit manis sepanjang pregnancy yang saya lalui di sini. Nanti bila baby dah lahir mesti dah terlupa. Sekarang pun dah lupa sikit-sikit. Nanti akan sibuk dengan pengalaman bersalin, dan hal-hal post-natal pula. Harap-harap saya sempat dan larat tulis lagi. Ada benda-benda yang saya rasa perlu share dan rugi kalau simpan sorang-sorang. Macam persediaan nak bersalin ni contohnya. Tapi part tu kena tunggu saya selamat bersalin lah, baru boleh tulis testimoni. InsyaAllah, mohon doa semua ya! Mana tahu esok dah masuk labour room. Manalah tahu kan. (dalam hati : ameeeeeenn)

Buat keluarga, saudara-mara dan sahabat yang merindui dan dirindui.
Doakan kami di sini ya.
(Macam salam perantauan pulak! Heh.)
:)

jeudi 17 novembre 2011

Updates baby + ibu

Gambar pagi semalam

1. Assalamualaikum. Hai, lama tak jumpa kan. Dekat 2 minggu saya tak tulis apa-apa di sini. Oh, macam-macam terjadi. Rasa nak cerita semuanya, tapi nantilah bila ada masa ya.

2. Sebenarnya sekarang saya sangat penat. Tak larat. Badan dah berat. Pipi dah bulat. Dagu pun dah nak masuk lapisan kelima. Padan muka. Mana taknya, setiap hari telan berkilo-kilo gula. Kalau tak hidup rasa tak sempurna. Eh kenapa tiba-tiba saya tulis macam pantun berima-rima. Annoyingnya.

3. Walaupun penat, tetap nak update juga sedikit sebanyak. Macam saya update di status facebook, pagi tadi temujanji saya untuk scan baby. Di france ni ada 3 scan yang wajib, satu setiap trimester. Bayarannya jangan tanyalah, boleh buat makan sushi 2 bulan. Mujurlah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Perancis. Tapi kena dahulukan duit sendiri dululah. Habis melayang 80 euro saya tadi untuk scan baby semata-mata. Lagi 2 bulan barulah duit 80 euro saya tu akan terganti semula.

4. Alhamdulillah, baby membesar dengan normal, sihat dan sempurna serba-serbi. Syukur, itu yang paling saya harapkan. Walaupun selama ni agak excited juga nak tahu jantina baby, tapi itu tetap soal kedua. Oh ya, cakap pasal jantina, betul rupanya motherly instict saya. Eceh, mother lah sangat. Sejak awal-awal mengandung lagi saya dapat rasa dengan kuat, saya mengandung anak lelaki. Atuk dan nenek yang meneka pun semuanya spontan dan yakin cakap lelaki. Dan tadi, terang-terang dapat nampak kelelakian anak sulung saya ni. Banyak kali doktor pusing-pusing satu perut, dari macam-macam angle, memang sah lelaki. Tergelak-gelak saya. Hahaha. Taktahulah apa motif rasa nak gelak sangat bila tengok 'bird' anak sendiri. Eh, saya bukan nak cakap lucah. Tapi serious, lucu sungguh rasanya tadi. Macam tak percaya. Comel.

5. Orang paling happy, tak lain tak bukan, Abgmas lah. Berdegar-degar sungguh dia ketawa dalam telefon tadi. "Wahahahaha, boy!!!! Boy!!! Hahahaha!!!" Ya, macam itulah bunyinya tuan-tuan dan puan-puan. Dah lama tak dengar Abgmas gelak bahagia macamtu. Bahagia sungguh saya rasa, ruginya tak sempat rakam moment tu. Sampai saya pun confuse sekejap. Sebelum ni setiap kali tanya, abang nak lelaki ke perempuan, mesti dia bagi jawapan skema - 'Abang tak kisah, yang penting baby kita sihat dan sempurna.' Tapi happy sungguh nampaknya suamiku tadi bila dapat tahu anak lelaki. Agaknya kalau anak perempuan mungkin lagi bertambah-tambah happy sebenarnya? Apa-apa pun, alhamdulillah. Sudah cukup semuanya.

6. Esok genap 24 minggu kandungan saya. Dah masuk lebih kurang 6 bulan. Perut belum besar mana lagi. Bahagian-bahagian lain yang tengah membesar dengan sihat sekarang. Tadi saya tanya doktor - 'doktor, doktor tak rasa ke perut saya ni kecik?'. Doktor senyum dan cakap - 'tak kecik, normal.' Okey, lega. Walaupun tak besar macam orang lain yang tengah 6 bulan, tapi saya dapat rasa perut saya makin hari makin membesar. Classmate pun dah perasan. Semalam masa saya buat presentation English, saya nampak mata-mata classmate banyak kali tengok dekat perut saya. Tak apalah, bagi mereka peluang.

7. Semalam juga hari yang membahagiakan. Awal-awal pagi ada classmate french datang cari saya dan minta nak jadi partner project saya. Tak tahulah kenapa saya rasa happy dan bermakna. Maybe sebab tahun-tahun sebelum ni, semasa zaman kegelapan saya, saya jenis kurang keyakinan diri. Bila nak kena cari partner untuk apa-apa projek, mesti tak ada orang french nak offer partner dengan saya. Yelah kan, kita ni foreigner. Lagipun dulu saya sangat down dalam study. Markah memang nyawa-nyawa ikan. Nama pun zaman kegelapan kan. Alih-alih saya yang kena tebalkan muka tanya orang - boleh saya jadi partner awak? Itupun belum tentu ada orang nak terima. Serious sebiji rasa macam Betty dalam cerita telenovela. Tapi sejak pindah ke Besancon semuanya dah berubah. Orang yang datang cari saya. Tapi saya juga tak terima sesiapa sewenang-wenangnya. Tahun lepas ada seorang classmate saya, Sulaiman. Lelaki, muslim, tapi sedihnya, pemalas. Asyik ponteng kelas. Dia nak partner dengan saya. Saya cakap no, saya prefer buat sendiri. Sepanjang semester saya buat amali lab tanpa partner. Classmate lain semua ada partner, kecuali Sulaiman. Cikgu pun pelik kenapa kami berdua tak berpartner sama-sama. Saya cakap pada cikgu, saya lebih selesa sendiri, tak terikat dengan sesiapa. Alhamdulillah. Walaupun subjek tu susah, terpaksa belajar seorang, tapi saya dapat markah keseluruhan 15.75/20 untuk subjek itu. Moral of the story : Keadaan akan berubah bila kita dulu ambil langkah untuk berubah. Kedua, jangan biarkan sesiapa manipulate kerajinan dan kelebihan diri kita. Ada beza antara menolong orang dan memberi peluang pada orang sampai merugikan diri sendiri.

8. Sekarang tidur saya makin tak menentu. Ada hari, rezeki baik, dapatlah saya tidur lena dan nyenyak. Rezeki kurang baik, memang berjam-jam baring pun tak lena. Macam semalam, saya start baring di katil pukul 6 petang. Dah melepek penat, tak larat. Alih-alih sampai 12 tengah malam pun tak tertidur-tidur lagi. Sampai saya menangis-nangis sambil tepuk-tepuk bantal. Nak tidur, nak tidur. Nak bangun buat kerja, seluruh tubuh badan dah tak ada daya langsung. Seolah-olah badan saya saja yang tidur. Last-last, suami terpaksa masuk campur, bila tengok saya dah menangis sebab tak boleh tidur. Dia bacakan Qur'an, sampailah saya terlelap. Saya tidur pun dalam airmata, tapi sebab lainlah pula. Nampak suami depan mata, dalam video di skype, tengah khusyuk bacakan Qur'an untuk saya. Terharunya. Mujur ada Samsung Galaxy s2. Marilah beli beramai-ramai.

9. Sekarang saya sedang disiplinkan diri untuk baca Qur'an sehari sekurang-kurangnya 4 mukasurat. Bukan untuk baby semata-mata, tapi untuk keperluan dan makanan jiwa saya terutamanya. Alhamdulillah, sangat banyak kesannya. Walaupun taklah banyak mana pun kan. Kalau nak ikut kemampuan diri sendiri, saya tahu saya boleh buat banyak lagi. Masa bulan ramadhan lepas, satu hari saya mampu baca sampai 50 mukasurat. Habis 2 juzuk. Tanpa laju-laju, tanpa tergesa-gesa. Tapi itu lainlah kan, syaitan semua tak ada. Saya pula duduk rumah saja, suami yang pergi kerja. Jadi kepada anda-anda yang ada masalah jiwa, tertekan, bacalah Qur'an beb. Biarlah kalau merangkak ke, baca tak berlagu ke, atau berlagu tapi tak sedap ke. Bukannya nak suruh masuk pertandingan tilawah Al-Qur'an pun. InsyaAllah hati akan tenang dan nyaman. Mukjizat tu beb. Macamana pun mesti akan tenang punya kalau baca. Bila hati dah tenang, maka anda tak perlu lagi memalukan diri sendiri 'meroyan' sorang-sorang di Facebook.

10. Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis. Tapi untuk hari ni setakat ini sajalah dulu. Anggap macam panaskan enjin selepas 2 minggu saya idle. Sorry kalau tulisan saya hari ni agak kosong dan merapu. Nak jugak tulis sebab rindu. Saya masuk tidur dulu. Nanti kalau dah tak boleh tidur saya jugak yang berbulu. Dahlah esok banyak kelas menunggu.

11. Okey dah mula dah pantun annoying dia. Maafkan sajalah ya. Dulu masa sekolah tak berpeluang masuk pertandingan pesta pantun. Dah tua-tua baru sedar ada bakat juga rupanya.

mercredi 2 novembre 2011

Bisik-bisik dengan baby

Baby sayang,
Hari ni ibu dah mula kelas semula. Lama ibu cuti hari tu. Sebab doktor suruh ibu rehat dalam rumah, tak boleh pergi kelas seminggu. Orang lain cuti seminggu lebih je. Ibu sampai 3 minggu. Kawan ibu pun jealous dengan ibu. Tapi banyak yang berlaku masa ibu cuti 3 minggu ni. Yang paling ibu takkan lupa sampai bila-bila, waktu itulah ibu dapat rasa buat kali pertama baby tendang ibu. Detik yang sekian lama ibu nantikan. Maybe selama ni ibu banyak sangat bergerak, aktif lupa diri macam tak bawak baby. Bila dah rehat di rumah, baru ibu dapat menikmati baby dalam perut ibu. Dan dalam waktu cuti itulah, baby mula membesar dengan pesat sampai perut ibu dah obvious pun sekarang. Sukanya ibu.


Ibu pakai baju sejuk baru beli, untuk orang-orang mengandung macam ibu.
Kat sini semua barang untuk ibu mengandung mahal-mahal tau.
Jaket ni je dah 70 euro. Tapi inilah yang paling murah.
Jealous ibu tengok kawan-kawan ibu dapat beli baju sejuk cantik-cantik, 20 euro je.
Tapi takpe, ibu pejam mata ajelah.
Eh, yang dekat belakang tu bukan bilik ibu tau.
Bilik ibu cantik sikit. Ngeh ngeh.

Baby sayang,
Dua minggu lepas baby macam malu-malu lagi nak gerak. Kalau nak rasa baby gerak, ibu kena letak tangan dekat perut, tutup semua bunyi bising, diam-diam, tunggu lama-lama, baru dapat rasa. Itupun sikit-sikit je. Tapi sekarang, ibu dah boleh rasa semua pergerakan baby. Ibu dah boleh bezakan pun bila baby tengah pusing, atau baby tendang, atau baby tengah hiccup. Hee, kesian baby. Selalu sangat sedu malam-malam bila ibu nak tidur. Banyak tertelan air ketuban ye sayang? Takpe, ibu dah baca banyak-banyak, itu normal sayang. Tapi semalam risau betul ibu bila baby tak gerak-gerak. Puas ibu tepuk-tepuk perut, ibu pasang lagu baby, pun baby diam je. Ibu rasa nak menangis sangat-sangat dah waktu tu. Dalam hati tak henti-henti ibu berzikir merayu pada Allah, selamatkan baby ibu. Tak lama lepas tu, ibu rasa baby gerak macam tengah pusing badan. Menitis airmata ibu. Syukur ya Allah. Baby ibu tidur nyenyak rupanya tadi. Susah jugak ye nak kejut baby bangun. Ikut siapa lah ni kan. Hehe, tanya lagi.


Baby sayang,
Sekarang baby semakin berat. Kalau ikut congak dan teori dalam buku, baby sepatutnya dah lebih 300g sekarang. Lagi berat daripada seketul mentega yang ibu selalu beli nak buat kek tu. Hehe, ibu pun taktahu kenapa. Sejak baby bernyawa dalam rahim ibu, ibu sangat suka buat kek. Tapi nak masak ibu malas. Auntie Angosh lah yang setiap hari masakkan untuk ibu. Tadi auntie Angosh masuk bilik ibu, dia cakap dah nampak baby bump! Haa. Esok auntie Angosh exam. Kita doakan auntie dapat jawab baik-baik ya. Allah mesti tolong auntie punyalah. Sebab auntie banyak tolong ibu.


Baby sayang,
Tadi ibu baca Qur'an, surah Luqman. Ibu jumpa ayat ni, ibu suka sangat-sangat.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah..." (31:14)

Sekarang ibu dah mula rasa sakit-sakit. Lenguh-lenguh perut dan pinggang. Kalau ibu duduk bersila pun dah sakit. Sebab tu ibu suka sangat bila terjumpa ayat ni. Rupanya Tuhan dah cakap awal-awal lagi, memang keadaan fizikal ibu akan semakin lemah. Semakin menginjak masa, semakin baby membesar dalam rahim ibu, semakin melemah daya ibu. Tapi ibu janji, ibu akan pastikan jiwa ibu makin kuat. Ketahanan dalaman ibu mesti makin hebat. Makin kuat bergantung pada Tuhan. Sebab hanya itu satu-satunya mata air kekuatan ibu untuk bertahan.


Baby sayang,
Sebab ibu makin lemah, jadi ibu dah tak larat nak berdiri lama-lama. Tapi masalahnya ibu tetap suka pergi shopping. Setiap hari mesti nak beli something. Dapat singgah supermarket belakang rumah beli bawang pun boleh buat ibu senyum dan happy. Taktahulah apa kena dengan ibu sekarang. Haritu ibu nak beli bantal, sebab ibu susah sangat nak tidur sekarang. Ibu kena ada 4 bantal kalau nak tidur lena. Satu alas kepala, satu peluk dekat kaki, satu peluk dekat tangan, satu lagi support belakang badan ibu. Macamanalah bila dengan abah nanti kan. Mesti tak muat katil abah nak tidur.


Tengah-tengah nak pilih bantal, ibu lenguh sangat. Nak cari tempat duduk, tapi mana ada kerusi untuk rehat-rehat dalam tu. Sofa untuk dijual ada lah. Kalau ibu duduk nanti mesti kena marah. So ibu duduk je atas lantai dekat tengah-tengah supermarket tu. Dengan beg sekolah ibu yang besar gabak tu, sambil bersila urut-urut pinggang. Sebiji macam makcik jual sayur dekat pasar. Mujur ibu tak pakai kain batik. Ramai orang tengok ibu. Tapi ibu peduli apa. Ibu yang sakit, bukan diorang. Kalau ada orang boleh tolong ibu tak apalah kan. Ini tolong tengok je. Mesti semua orang pelik kenapa ibu macam orang tak betul tiba-tiba duduk bersila tengah-tengah supermarket. Sebab orang tak nampak perut ibu, ibu pakai jaket tebal. Orang ramai taktahu ibu bawak baby. Tapi tak kisahlah kan. Yang penting ibu bahagia bawak baby pergi mana-mana.


Ibu ambil gambar ni nak tunjuk kat abah.
Kesian terseksa batin abah tengok ibu macamni.
Tapi bukan niat ibu.
Sorry ye abah.


Bantal baru ibu. Abah belanja.

Baby sayang,
Walaupun abah jauh, tapi abah selalu rindukan baby tau. Setiap hari mesti abah tanya pasal baby. Abah teringin sangat nak cakap-cakap dengan baby dekat perut ibu. Abah sangat risau pasal kita berdua. Tengah-tengah tidur abah boleh mengagau terjaga terus telefon ibu, setiap kali ibu lupa BBM abah yang ibu dah selamat balik rumah. Tadi balik sekolah, ibu terjatuh dalam bus. Ibu baru berdiri siap-siap nak turun, tapi driver tu brek kuat sangat. Terus ibu tercampak dari belah kiri bas piuuuuu terlanding belah kanan bas. Mujur sangat-sangat ibu sempat tahan tangan dekat seat bus. Ibu jatuh ke depan, dan perut ibu selamat. Ibu bagitahu abah. Abah sedih, marah, geram sangat bila dapat tahu. Sampai abah tendang pintu dekat rumah. Kesian abah. Abah rasa helpless. Maybe lepas ni ibu kena sorok-sorok cerita dari abah. Selagi tak jadi apa-apa, kita jangan bagitahu abah okey? Nanti abah risau.


Ibu selalu cakap kat abah. Ibu yakin, Allah hantar malaikat special jaga ibu dan baby kat sini. Sebab abah kan dah serahkan kita untuk Allah jaga. Lagipun ibu tengah mengandung, Allah bagi perhatian special kat ibu. Sebab tu ibu rasa banyak kali miracle berlaku. Yang terjatuh dalam bas pun macam ada malaikat penjaga yang tahan ibu dari terjatuh teruk. Bulan lepas lagilah. Tengah ibu jalan-jalan balik dari supermarket belakang rumah, ada motor berhenti sebelah ibu. Pembonceng motor tu nak turun, tapi dia libas kaki dia kuat sangat. Punyalah besar libasan dia tu, sampai dia tersepak kaki ibu. Kena dekat lutut. Adoii. Sakit tau. Ibu terjatuh terpeleot sebelah kaki. Mujur ibu tengah bawak troli, dapatlah ibu berpaut dekat troli. Kalau tak mesti dah terduduk terhentak dah dekat situ. Orang pelibas tu tolong ibu, dia minta maaf sangat-sangat. Tapi bila abah tahu, abah marah sangat dekat orang tu. Abah cakap, "Kalau abang ada dekat situ, abang libas-libas kaki dia sampai patah." Haha. Emo lah abah ni.


Inilah abah baby. Handsome kan?
Tengokla siapa yang pilih. Hahaha.
Kalau baby ikut muka abah mesti comel sangat.
Kalau ikut muka ibu mesti lagi comel sangat-sangat.
Hahahaha. Tak kelakar la ibu.

Baby sayang,
Sejak Allah letak baby dalam perut ibu, banyak sangat rezeki ibu dapat. Dalam bentuk duit, hadiah, mudah urusan, bantuan, senyuman, ingatan, doa, dan kasih sayang orang-orang sekeliling. Minggu ni je bertimpa-timpa rezeki Allah turunkan dari langit. Semalam ada 2 orang kawan ibu datang melawat ibu, auntie Pipah dengan auntie Matun. Diorang bawak churros, sejenis donut favourite ibu. Lepas tu auntie Pipah kasi ibu coklat dengan nota ingatan. Ibu dah tampal dekat meja study pun.


Nota kasih sayang yang terkena minyak churros.
Makin kuatlah aura kasih sayangnye.


Hari ni pun banyak sangat rezeki sampai. Auntie Ain dengan auntie Shitek ajak ibu dinner sama-sama, makan nasi dengan ayam masak kurma. Alhamdulillah, lega ibu tak payah makan kebab lagi malam ni. Dapat makan nasi dengan lauk sedap. Lepas tu auntie Shitek kasi dark chocolate favourite ibu, dia beli dekat Swiss masa cuti hari tu. Melompat-lompat ibu dalam hati. Nak melompat betul-betul tak boleh. Bila balik rumah, dapat lagi coklat Swiss dari Auntie Ana, ex-housemate ibu. Siap dengan 6 botol air mineral favourite ibu dan sebiji buah delima untuk ibu makan buat tambah darah. Dah setahun ibu tinggal serumah dengan auntie Ana. Dia tahu sangat yang ibu takkan minum air kosong selain air mineral. Air mineral pun pilih yang sedap dan mahal je. Kalau air masak mesti ibu takkan minum banyak. Segelas pun berminggu nak habis.


Terima kasih auntie Ana.
Sweetlah.


Balang coklat ibu atas meja study.
Sukanya tengok dah nak penuh dah.
Auntie-auntie lain kalau nak penuhkan balang ni sangatlah dipersilakan.
Tengok balang ni je dah boleh buat ibu happy.
Belum makan lagi.
Mesti senyum-senyum sampai pejam-pejam mata sepet ibu.


Baby sayang,
Esok ibu ada rendez-vous dekat hospital dengan midwife ibu, untuk pregnancy check-up bulan kelima. Minta-mintalah midwife tak gatal tangan nak buat ujian ginekologi dekat ibu lagi. Ibu risau je kalau ibu tertendang orang esok. Huhu, ibu fobia tau. Esok auntie Ika dengan auntie Malin nak ikut sekali. Diorang nak tengok dan at the same time nak ambil pengalaman. Yang lagi best, diorang nak rakam masa ibu kena check-up tu. Nanti bolehla ibu send video dekat abah, dekat maktok, tokwan, atuk nenek semua. Lagi 13 hari pulak, turn ibu untuk scan. Lagilah ibu tak sabar. Ibu nak mintak doktor buat 3D/4D scan, nak tengok muka baby. Abah mesti lagi nak tengok. Nanti baby jangan tutup muka tau. Dekat 'part tu' pun jangan tutup tau. Tangan letak dekat perut je tau macam orang tengah semayang. Ibu nak tengok baby ibu ni lelaki ke perempuan. Tapi tak kisah mana-mana. Lelaki atau perempuan dua-dua pun syukur alhamdulillah. Yang penting baby sihat dan sempurna sampai masanya baby keluar ke dunia. Ameen.


Baby sayang,
Jum tidur baby. Dah nak dekat pukul 11 malam pun. Ibu penat. Baby pun mesti penat kan teman ibu pergi merata-rata hari ni. Kejap lagi mesti telefon bunyi, abah bangun tidur. Nak sembang-sembang dengan abah lagi, nak quite moment sambil tendang-tendang ibu lagi. Okey sayang, say goodbye to everybody. Ramai yang sayang baby ni. Esok lusa kita sembang-sembang lagi k. Assalamualaikum semua.. Mmuah!


*Letak gambar anak sedara dulu lah ye.*
Kakak inash, ibu cakap ibu rindu kakak sangat.
Nanti adik keluar kita main sama-sama sambil pegang tangan ye.
Kakak tunggu adik ye.


#1 : Terima kasih pada semua yang drop kata-kata penguat di entri lepas. Saya sedang cuba balas sikit-sikit ya.

samedi 29 octobre 2011

Tak semudah yang disangka. *Emotional entry. Mind you.*

Seminggu tak tulis blog. Kejap sungguh. Rasa macam baru 2-3 hari lepas aku publish latest entry. Ooh ya, jangan terkejut bila masuk blog ni tiba-tiba keluar music baby. Aku saja pasang lullabies ni sebab baby suka nampaknya. Aku rasalah dia suka, sebab dia respond lebih bila pasang lagu ni dekat perut. Tapi kalau kau tak suka, tolong off sendiri ya. Ada dekat sidebar sebelah je, nampak butang pause kan? Aku tahu ada orang tak suka membaca sambil dengar apa-apa bunyi. So tekan je pause k. Tak susah pun. No muss no fuss. Tak payah susah-susah mengeluh dalam hati. Tak payah tulis status marah-marah dekat fb. Hoho, ade ke orang macamni?


Hari ni genap 21 minggu aku bersama baby dalam perut, melayari kehidupan seharian bersama-sama. Eheh, melayari tu. Apa-apa pun, alhamdulillah syukur nikmat. Minggu depan kena pergi check-up untuk bulan ke-5 dengan midwife di hospital. And the next week, saat yang paling ditunggu-tunggu. Second trimester scan! Tak sabar rasanya nak tahu jantina baby. Orang-orang sekeliling pun dah mula bertanya-tanya ni. Sabo ek. Nanti aku buat pengumuman ekslusif di sini. Itupun kalau baby tak segan-segan nak tunjuk jantina dia. Kalau tak, tunggulah lagi 2 bulan.


Sempena meraikan 21 minggu ni, dan cuti Easter yang tinggal lagi 3-4 hari saja, hari ni aku keluar shopping sikit-sikit. Tapi sorang-sorang jewww lewww *oh gediknya*. Dah lama betul aku tak spend untuk manjakan diri sendiri. Asyik-asyik habis duit dekat barang rumah, perabot, deko. Ataupun dekat travelling yang tak sebanyak mana tu. Tapi paling banyak habis dekat makanlah. Tidak ragu-ragu lagi. Untuk diri sendiri, dah 4 tahun tak terbuat. Sampai aku lupa taste diri sendiri masa nak beli baju tadi. Canggung okey rasa.


Sedikit snapshot untuk hari ni. Tapi ambil gambar sendiri je. Nama pun shopping sorang kan.


Untuk 5 bulan pregnancy, aku rasa perut aku kategori kecik.
Kan, macam tak nampak pregnant pun kan.
Kena pakai baju ketat baru nampak baby bump sikit.


Sekali.. haa amik kau. Baru sedar diri.
Kalau kembang setaman cantik lagi. Ini kembang sebakul.
Rasa macam pakai bakul dekat pinggang.
Waistline memang dah totally out.
Silhouette anak dara lagilah, dah lama pupus ditelan zaman.
It's ok baby, ibu is still very happy to have you no matter what.


Tapi baju tu cantik kan? Murah pulak tu. Tapi tak jadilah ambil. Kalau beli, tahun depan punya autumn baru boleh pakai. Bulan 4 nanti dalam pantang, bukan boleh keluar pun. Jauh sekali nak melaram melawa bagai. Bulan 5 pulak dah panas, nak masuk summer. Memang mengadalah nak pakai baju macamni. Bulan 6 dah balik Malaysia. Lagilah mengundang senyuman kambing orang kalau pakai baju ni tengah-tengah panas terik tu. Jadi, terpaksalah buat muka tebal letak balik baju ni lepas test dan ambil gambar. Bengkek je muka makcik kedai tu.


********************************************************


Just so you know, tulisan aku lepas ni penuh dengan emosi. Kalau tak suka, lebih baik jangan teruskan baca. Nak baca juga, terpulang. Jangan cakap aku tak warning.


Seminggu ni, sangat banyak emotional swing yang berlaku. Sebab tu aku withhold dulu tulis apa-apa di blog. Takut entri aku berbaur mereng. Nanti orang yang baca pun jadi mereng sekali. The worst part is, i've reached the highest peak of my emotional turbulence. The boiling point. The climax. It was spiraling out of control, believe me. This week in history.


Tiga hari lepas, aku menangis sedahsyat-dahsyatnya pada suami. Rasanya itu kali pertama aku menangis seteruk itu sejak berpindah ke Besancon, pertengahan tahun lepas. Sebelum pindah sini, waktu aku di Rouen, memang selalu jugalah menangis macamtu. But that is another untold story. Tiga tahun dalam kegelapan. The darkest side of me. Belum bersedia untuk cerita. Nantilah bila aku dah grad tahun depan, bolehlah aku cerita. Buat pedoman dan pengajaran.


Selama ni aku sedaya upaya control diri. Jangan burst, jangan burst. Susah macamana pun, tahanlah. Ingat Allah, ingat suami, ingat baby, ingat mak bapak, dan semua yang menyayangi. Simpan dalam hati, lama-lama hilanglah. Jangan dilayan sangat, mainan perasaan je semua ni. Serious, aku memang buat effort untuk contain semua ni sorang-sorang. Dengan suami pun aku tak cakap sangat pasal ni, nanti aku boleh burst. Dengan mak bapak pun tak. Aku taknak mak bapak risau. Aku tak suka menangis depan orang. Aku benci tunjuk lemah depan orang. Pantang airmata aku jatuh depan orang, kecuali suami aku. Dia seorang saja.


Lagi satu, aku taknak orang kaitkan stress aku dengan pregnancy ni. Walaupun mungkinlah sebenarnya ada sedikit kesan dari pregnancy, tapi aku tak pernah menyesal. Sekelumit pun aku tak pernah terfikir atau berharap untuk undur masa dan start all over again. I want this baby. Aku sangat kecewa, sedih, terkilan, tak suka, panas hati bila orang sindir-sindir yang aku tak beringat sebelum dapat baby ni. Come on, please, show some support. Baby ini tak pernah bersalah atas apa-apa. Memang, kami tak merancang untuk halang pregnancy sebelum aku habis belajar, walaupun itulah yang sebaiknya pada pandangan kasar semua orang. Tapi kami pun tak merancang untuk cepat-cepat dapat zuriat. Buat biasa-biasa saja. Dan bila baby ini datang, kami anggap ini memang purely rezeki dari Allah. And we are so thankful.


Aku ingat lagi, sebulan sebelum aku disahkan pregnant, selama sebulan penuh aku lihat suamiku solat dhuha. Setiap hari, sebelum pergi kerja. Solat dhuha kan memang pembuka rezeki dari langit. Walaupun aku rasa niat sebenar Abgmas memang mengharapkan rezeki dari Tuhan dalam kerjayanya, tapi aku tahu dia tak menghadkan apa-apa expectation dari Allah. Cuma berusaha untuk ditambahkan lagi rezeki kami, yang mungkin banyak tertahan di langit kerana dosa-dosa kami. Dan aku ingat sangat, setiap kali selepas solat bersama, suami pasti akan doa kuat-kuat begini, "Ya Allah, berilah kami zuriat yang soleh, pada waktu dan keadaan yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, dan kami tidak mengetahui." Aku aminkan saja, kerana aku pasti itu doa terbaik. Tidak meminta-minta, tapi serahkan semuanya pada kuasaNya.


Tanpa sedar, 'tangan' Allah sudah pun mula bekerja dalam rahim aku waktu kami berdoa dan berusaha begitu. And a month later, much to our surprise, i found myself pregnant. Kami percaya, Allah menjawab doa kami dan inilah masa yang terbaik untuk kami berdua membina keluarga. Jadi masih adilkah untuk disalahkan kami atau baby ini?


Orang nampak aku okey. Tapi dalam hati sangat-sangatlah terseksa sebenarnya. The fact that aku simpan semua rasa sedih dan susah sorang-sorang dan berlagak cool dan steady memang makan diri aku balik. At this moment, baru aku rasa. Tak semudah yang disangkakan apa yang aku kena lalui di sini. Selama ni aku banyak bagi kekuatan pada diri sendiri, aku boleh lalui semua ni. Aku sangat yakin dengan kekuatan aku. I know i am a strong woman. I am gifted, i am lucky. I have everything that anyone else could ever want, that any girls out there could envy me. I am actually more than i thought i could be.


Jangan kata aku bangga diri. Itu cuma kata-kata penguat yang aku bisikkan pada hati. Bila kau seorang diri, perlu sebenarnya untuk kau self-motivate begini. Supaya hati terus bertahan. Supaya tak mudah tersungkur walau macamanapun ujian.


Untuk tambahkan kekuatan, aku selalu membayangkan. Kurang dua tahun dari sekarang, kalau semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, insyaAllah aku akan graduate dengan master degree. Waktu tu, aku boleh berbangga dengan milestone yang aku lalui selama 8 tahun di France ini. Dan waktu tu, aku boleh tersenyum dan menangis kesyukuran menggenggam ijazah master, sambil dipeluk suami, dan mendukung anak aku yang dah berumur setahun lebih, waktu itu. Mak bapak pun akan sangat bangga dengan satu-satunya anak perempuan mereka. Sekarang mungkin nampak macam angan-angan saja, tapi aku dapat inner drive yang luar biasa setiap kali terbayangkan begini. Sebab tak semua orang Allah bagi peluang macamni.


Tapi, semua kekuatan yang aku usahakan ini hancur lebur berkecai tiga hari lepas. Aku kalah akhirnya dengan diri sendiri. I have finally come to realize, this is NOT as easy as anyone could ever imagine. Not easy babe, being alone miles apart from your husband and family, having to struggle and survive all by yourself. Hampir 40 minit aku di telefon bersama suami, cuma menangis tanpa sepatah kata. Semua beban di hati aku hamburkan dengan airmata saja. Dah tak ada kata-kata. Semua benteng kekuatan aku musnah. Punah. Aku hanya mampu menangis mengongoi, sampai terlupa aku sedang mengandung. Baby pun mungkin terdengar ibunya menangis tak berhenti. Oh, poor my little angel. Abgmas hanya terdiam dengar rintihan aku. Setiap kali dia bersuara memujuk makin kuat aku menangis. Aku rindu Abgmas, aku sangat-sangat perlukan Abgmas, especially di saat-saat kerapuhan begini.


Waktu itu, dalam kepala aku, memang aku give up. Give up sesungguh-sungguhnya. To such an extent that I was thinking of sending an email to JPA, telling them that i quit. Definitively. Aku hanya mahu masuk internet, beli tiket untuk first flight out to Malaysia esok harinya. Aku rasa marah dan berdendam dengan kawan-kawan yang buat tak peduli pasal aku. Yang langsung tak bertegur sapa dan bertanya khabar. Aku hanya mahu delete orang-orang begini dari friendlist FB aku. Plainly stalker. Tak kisahlah siapa pun kau. Orang usrah ke, orang kuat dakwah ke, aku peduli apa. Sikit pun aku tak terpukau dengan janji-janji manis 'ukhuwwah fillah abadan abada' tapi hakikatnya habuk pun tak ada.


Aku selalu cemburukan kawan-kawan yang bernasib baik, ada classmate sama-sama malaysian di universiti. Sebab aku tak pernah dapat peluang macamtu. Mereka sangat bertuah, sangat patut bersyukur, ada teman untuk bincang sama-sama kalau tak faham. In any case if you can't attend class, ada kawan untuk tolong update kau, pinjamkan nota. Kalau dalam kelas cikgu tiba-tiba tanya soalan nak test, kau boleh bisik dengan kawan sebelah minta dia tolong jawab. Boleh jeling nota dia di sebelah cari jawapan. Oh, bestnya. Kenapalah aku tak pernah rasa nikmat tu. Semua ni kau takkan dapat dengan kawan french, walau sebaik manapun kawan french tu. Lain. Apatah lagi bila kau seorang saja malaysian dalam course kau. Dan aku, bukan saja the only malaysian, tapi juga seorang saja perempuan dalam 30 orang lelaki. Gila.


Maybe ini antara penyumbang terbesar aku burst. The aftermath of my one-week bedrest. Aku dah cakap dah, nak jugak pergi kelas. Tapi semua orang tak bagi. Semua orang risaukan aku dan baby. Tak apalah, ada betulnya. Lebih baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa. Bila dah habis bedrest, aku contact seorang kawan untuk pinjam nota, Florent. Dia dah janji untuk tolong aku catch-up kelas, aku sempat tunjukkan surat doktor pada dia sebelum off for a week. Dia nampak concern, betul-betul boleh tolong. Sudahnya, lepas habis bedrest, 3 hari aku call tanya bila dia nak bagi nota, katanya esok. Esok jadi lusa, lusa jadi tulat, tulat jadi kulat. Last-last panggilan aku tak berjawab, sms aku tak dibalas dah. Classmate yang lain semuanya pergi bercuti, tak ada di Besancon. Habis tu aku nak harap pada siapa sekarang? Tell me.


Memang terketar-ketar dan basah mata aku tahan geram. Kalau aku tak kena rehat seminggu, no way lah aku nak kena mengemis pinjam nota pada orang. Ya Allah, tak tertahan betul rasanya. Tapi betul kata suami, tak boleh nak disalahkan diorang juga. Diorang lelaki, umur pun baya-baya awal 20-an. How on earth could you expect immature guys to understand the reality in pregnancy? Jangankan harap simpati, empati pun belum tentu kau dapat dari lelaki-lelaki hingusan macamni.


I was thinking, it would be different, kalau aku di malaysia, dan suami aku yang terpaksa merantau mencari rezeki. It would be much better, maybe. Sebab di malaysia, at least aku ada family. Biarlah susah pregnant macamana pun, aku ada mak bapak yang akan jaga aku. Yang ambil berat sungguh-sungguh dan bersusah payah untuk aku. Aku mungkin ada kereta, tak ada masalah untuk commute settlekan keperluan harian aku. Bukan perlukan kereta besar-besar pun. Cukup untuk muat dua orang pun jadilah. Tak payah naik bas, seksa. Especially dengan baby dalam perut, dan manusia-manusia tak sensitif yang selamba badak duduk di seat orang kurang upaya. Perut aku pulak kecil lagi, orang tak nampak aku pregnant dan perlu duduk. Takkan aku nak menjulur hulur perut sambil mintak duduk. Biarlah, lantak kau lah. Tak mati pun kalau aku tak duduk. Paling-paling pun aku terpusing tergelincir sambil berpaut pada handle bila driver bus brek tiba-tiba. Memang ramai driver bus yang suka menggila macamni. Kalau kau dapat duduk pun boleh tertonggeng dibuatnya. Serius.


Di sini, memang tak ada keluarga. Tapi aku ada kawan. Walaupun bukanlah kawan baik atau BFF yang pergi ke mana pun akan sama-sama, travel pun sama-sama, tapi aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada adik-adik yang ambil berat. Merekalah keluarga aku. Tapi of course, takkan sama dengan family sendiri. Setakat manalah kawan-kawan sanggup nak bersusah payah untuk kita kan? Dan setakat mana kita sanggup nak susahkan kawan-kawan untuk kepentingan kita, walaupun kita sangat-sangat memerlukan? Aku tak sanggup, tengok orang berkorban susah payah untuk aku. Aku tak suka berharap pada orang. Sebab tu aku akan cuba settlekan semua benda sendiri, sampai lelah dan sakit-sakit badan. Sampai kena bedrest seminggu. Sampai hati dah tak tahan then give up. Padan muka.


Awal-awal tahun begini, sangat banyak urusan admin yang memerlukan aku bergerak. Hal pregnancy, subsidi rumah, student visa, cukai pendapatan, macam-macam hal. Tambah pula dengan public service di France ini taklah lebih baik dari Malaysia pun. Opening hour to public sangat restricted. Hari sabtu tutup. Setiap hari buka sampai pukul 12 tengahari saja. Sangat lousy! Sebab tu aku panas hati juga bila ada orang tak habis-habis complain pasal public service di Malaysia. Abgmas sendiri observe dan perhati, and he said, it is wayyy better in our country. Cukup-cukuplah kutuk negara sendiri. Kalau tak puas hati sangat, bawak-bawaklah keluar tengok tempat orang. Tengok sendiri, tak ada lebihnya sangat pun negara orang ni. Walaupun sehebat-hebat France. Kononnya lah. Puuiii.


Tiga hari lepas aku menangis dekat suami. Petang tadi akhirnya aku menangis atas sejadah, dalam solat maghrib. Tengok, sombong gila kan aku. Nak tunggu tiga hari baru aku cari Allah. Aku rasa memang ini yang Allah nak dari aku sebenarnya. Nak dengar rintihan aku, mengadu dan mengaku kelemahan aku depan Dia. Dah lama aku tak merendah diri depan Allah macam tadi. Maybe aku terlebih sombong selama ni, itu yang aku diuji dari setiap arah. Sampai aku hilang arah. Aku menangis minta pada Allah, tolong jangan tinggal aku. Jangan lupakan aku. Aku lemah sangat-sangat. Aku tak ada siapa, tak ada kekuatan yang boleh bantu aku melainkan Dia.


Yang paling aku minta, tolonglah ya Tuhan, kembalikan nikmat tidur pada aku. Dah seminggu aku tak dapat tidur macam orang normal. Setiap malam sekurang-kurangnya ambil masa 2 jam untuk aku terlena. Puas aku pusing, berguling, meniarap, angkat kaki sebelah, sembam muka dalam bantal, tutup telinga, and whatnot. You tell me, semua posisi aku dah cuba. Sampai katil yang untuk dua orang tu pun aku rasa sempitnya! Dua hari lepas aku start baring pukul 12 tengah malam, pukul 5 pagi baru terlena. Sebelum ni memang aku taknak rungutkan sangat pasal tak cukup tidur ni, sebab memang normal untuk pregnant mums. Tapi sekarang memang dah serius, dan akan bertambah serius sebab cuti sekolah dah nak habis. Baru pertama kali aku rasa seksanya insomnia. Sleep disorder ni boleh bawak mental disorder kalau tak kuat iman. Uhh, na'uzubillah. Aku tak mahu kena darah tinggi, sebab time pregnant memang sangat prone untuk dapat high blood dan diabetes. Dan aku sangat tak mahu bedrest untuk kali kedua. Noo wayy doctor!


Alhamdulillah, sekarang, at this hour, aku tenang-tenang saja. Walaupun masih ada baki-baki kerisauan dan stress fikir macamana aku nak catch up kelas yang seminggu aku tertinggal, dengan tak ada siapa nak tolong. Tak apalah, aku dah serahkan pada Allah. Aku yakin Dia dengar dan akan tolong. Kalau tak ada juga, aku akan minta lagi sampai Allah tolong. Tapi Allah tak pernah berkira dan kedekut. Tambah dengan doa-doa mustajab dari mak bapak dan kawan-kawan yang kirimkan doa dalam diam. InsyaAllah, adalah nanti keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba ada malaikat berupa manusia hulurkan nota seminggu untuk aku ke. Hoho. Beranganlah.


Dengan tercatatnya semua dalam entri ni, insyaAllah hati dan fikiran aku dah clear. Aku nak buang semua-semua negative thinking dan najis lembu (baca dalam english) ni. Tapi memang sengaja aku nak abadikan semua bebelan, rungutan, rintihan penuh emosi ni di sini, sebelum aku tutup buku dan buka buku baru esok. Supaya ada kenangan pahit untuk diflashback bila aku dah berjaya lepasi semua ni nanti. Waktu tu, semua kepahitan ni akan jadi kenangan manis. As for now, i will move on. Tiada give up. I will finish this race. I will make my husband, my parents, my in-laws all proud of me. Walaupun keadaan moral aku belum betul-betul kuat lagi sekarang, tapi insyaAllah aku akan bina semula kekuatan sikit-sikit. Biarlah cuma sekali itu saja aku crack. Aku tak mahu lagi ada boiling point yang kedua. Cukup sekali mata aku bengkak dan sepet macam orang naik ketumbit seribu.


Dah banyak kali sangat aku cakap. Tapi aku memang berterima kasih sangat-sangat pada semua yang concern dan ambil berat. Yang bertanya khabar, tegur-tegur di facebook atau BBM, yang calling-calling. Tak kisahlah kau buat dengan ikhlas atau terpaksa, it is NONE of my business. Yang penting ingatan dan effort kau buat aku rasa makin sayang pada kau. Dan aku nak selalu berdoa untuk kau. Ramai sebenarnya yang sayang dan disayangi aku. Tak tersebut nama-nama di sini. Kalau kira dengan jari tangan campur jari kaki aku memang confirm tak cukup. Kalau campur jari kaki dan tangan Abgmas pun tak cukup jugak. Kena campur jari-jari baby baru cukup kot. Ke tak jugak. Tak tahulah. Tak larat nak kira.


Kepada yang rasa tak senang dengan entri ini, rasa aku plainly mengada-ngada and being nothing more nothing less than emotional, aku minta maaf sebab terambil beberapa minit dari hidup kau untuk habiskan baca sampai sini. Untuk kebaikan bersama, lepas ni jangan masuk sini lagi. Aku tak tulis blog ni untuk kau. Kalau kau ada dalam friendlist FB aku, tolong unfriend aku. Tolong ya. Itu saja aku minta.


Dahla. Aku malas nak emo. Pikir-pikir sendiri. Penat dah menulis ni.


Abgmas cakap, aku nampak manis macamni. Hahaha. Sukalah tu.
Aku mahu terus tersenyum melangkah ke depan.
Walaupun hidup semakin berat.
But at least, it is worth trying and worth dying for.
A second chance.
Bismillah.
Hupppp.
*Ambil nafas dalam-dalam*


#1 : Kalau tak ada aral, dan tak penat sangat, i'm going to Paris this monday. Masih cuti lagi di sini. Saja mahu ambil angin sedikit sebelum mula kelas hari rabu. Thinking of makan nasi biryani yang famous itu, dan hirup udara di Eiffel Tower sambil tengok gelagat tourist. Oh ya, mahu pergi jalan-jalan champs elysees juga. Abgmas dah bagi greenlight dalam keterpaksaan. Kalau tak ada siapa sudi teman, memang pergi seorang jugalah nampaknya. Eh tak, baby kan ada. :)

dimanche 23 octobre 2011

Jangan sedih. Rezeki kita tak sama.

Esok cuti sekolah. Di Malaysia cuti deepavali seminggu, di France cuti Easter 10 hari. Besancon pun dah semakin sunyi. Ramai adik-adik ambil peluang untuk merantau ke luar France, sementara cuaca belum sejuk sangat. Tapi ini pun dah kira sejuk, dah macam winter. Padahal baru nak masuk hujung bulan 10. Weather forecast pun cakap, tahun ni winter is coming very-very soon. Hurm, cuaca tahun ni sangat merisaukan. Awal oktober hari tu, masih ada bahang-bahang panas summer. Hujung oktober sudah sejuk macam winter. Within a month, drastic changes take place.


Housemate saya merantau ke 3 negara selama seminggu. Prague, Vienna, dan tak ingat lagi satu. Ada adik yang ke London, sakanlah bershopping you all! Ada yang ke German, Istanbul. Hurm, bisa melelehkan air liur kalau dengar cuti-cuti mereka. Saya? InsyaAllah akan ke tempat idaman bersama suami. Mana lagi kalau bukan New Zealand! Tapi bukan sekaranglah. Lagi 2 tahun mungkin. Hehe. =p


Nak bercuti ke mana sangatlah, dalam keadaan macamni. Hari tu ada tergerak nak pergi Ireland, walaupun dah banyak kali pergi. Entah, hati macam tertinggal di situ. Suka sangat. The people, the scenery, the weather. Tapi suami tak kasi. Sebab saya nak pergi seorang diri. Ahah! Beranganlah nak dapat keizinan suami. Saya berani saja nak bawa diri dan baby dalam perut ni. Dah pernah pergi kan, so insyaAllah tak ada masalah. Di ireland sana nanti pun ramai kawan. Cuma yelah, fahamlah kan. Tengah-tengah pregnant ni nak pergi holiday sorang-sorang. Semua orang takkan kasi kot.





Ooh, how can i not love you Ireland.


Tahun ni masuk tahun ke-7 saya belajar di France. Tapi kalau nak dikira negara-negara luar yang saya pernah lawati, boleh dikira dengan jari tangan saja. Itupun sebelah tangan dah mencukupi. UK, Ireland, Germany (Berlin). Okey, 3 jari saja nampaknya. Oh, menyedihkan sungguh! Orang kata, bila belajar oversea ni, waktu inilah patut ambil peluang sebanyak-banyaknya untuk merantau. Keluar tengok tempat orang. Luaskan pandangan, tambah pengalaman. Jangan duduk tempat sendiri saja. Rugi rugiii. Apatah lagi bekalan duit memang sangat cukup untuk holiday setiap bulan pun. Nanti bila dah balik Malaysia, dah berkeluarga dan berkerjaya, susah sangat dah nak cari peluang begini. Duit satu hal, masa lagi.


Tapi bukanlah saya sengaja tak mahu ambil peluang keemasan begini. Sekarang ni pun dah terasa rugi. 7 tahun, tapi baru pergi 2-3 negara. Cemburu jangan cakaplah. Meluap-luap setiap kali dengar plan holiday orang lain. Tengok gambar-gambar di facebook. Tengok poskad, fridge magnet, keychain, yang dikumpul. Dah masuk 20-30. Jeaaalousnya!


Cuma, entahlah. Maybe saya selalu ketinggalan bila kawan-kawan dan adik-adik sedang buat plan untuk bercuti. Dari tahun pertama sampai sekarang, saya memang jenis lone ranger. Batch JPA saya pun cuma ada 4 perempuan daripada hampir 30 students kesemuanya. Bila masuk universiti, masing-masing terpisah ke tempat lain-lain. Survive lah seorang diri. Automatik saya jadi sangat independent di sini. Tak bergantung pada sesiapa. Pergi ke mana-mana pun kebanyakan masa seorang diri. Discover setiap ceruk dan selok-belok Paris pun dah banyak kali seorang diri. Waktu malam pun pernah menyendiri di lorong-lorong Paris.


Tak apalah. Small matter saja. Rasanya memang rezeki saya tak memihak di bahagian ini. Ataupun, memang Allah akan bagi saya peluang untuk menjelajah ke setiap pelusuk tempat ini di masa depan. Bukan sekarang, maybe in the near future. Dan yang lebih indah, mungkin dengan suami dan anak sendiri. Dapatlah kami rakamkan potret keluarga bertiga, atau berempat di setiap negara. Memang itupun impian saya dan suami. Untuk bina keluarga, terutama di tahun-tahun awal ini, di luar negara. Kami berdua pun pasang cita-cita yang sama, untuk belajar sampai peringkat Phd, di oversea juga. Mungkin akan berPhd sama-sama, atau mungkin bergilir-gilir, seorang study dan seorang lagi jaga anak. Haha. Tengoklah macamana takdir hidup menyusun langkah kami seterusnya. Kalau ada rezeki, adalah.


Oh, kenapa di oversea? Mestilah kan, siapa taknak hidup di luar negara. Walaupun saya rasa dah lama sangat saya bermastautin di sini, tapi masih, rasa tak bersedia nak tinggalkan tempat ini. Masih lagi tamak dan dahaga. Walaupun banyak susah dan kepahitan yang pernah dilalui, tapi pengalaman dan nilai-nilai yang saya belajar, itu sungguh tak ternilai. Tak boleh dijual beli. Dan lagi satu sebab, mungkin kerana saya dan suami dua-dua dilahirkan di luar negara. Saya di California US, suami di Cardiff UK. Jadi hati kami macam terpanggil-panggil untuk explore life di sini. Tapi jangan salah faham, kami tetap anak malaysia. Walau macamanapun, tetap akan kembali ke tanahair tercinta. Anak yang mungkin membesar di sini tetap akan dididik dengan nilai-nilai agama dan budaya kita.


************************************************


Makin lama blog ini dah jadi macam blog ibu-ibu pulak ya. Balik-balik dengan cerita baby, pregnancy. Itu belum baby keluar lagi. Maaflah ya, kalau ada yang rasa tak selesa. Buat masa ini, memang inilah kecenderungan saya bila menulis blog. Kalau blogwalking pun, lebih tertarik dengan blog ibu-ibu. Nak baca kisah-kisah bersalin, pengalaman besarkan anak, tips-tips untuk semester ketiga nanti. Boleh saja baca di website yang lain. Tapi pengalaman real life ini lebih terasa 'kick'nya dan dekat di hati. Dan saya mahu menceduk ilmu-ilmu ini sebanyak-banyak mungkin.


Banyak sungguh yang saya belajar dari tulisan ibu-ibu di blog mereka. Most of the time, mesti menggugurkan airmata. Sampai bengkak mata jugalah saya menangis tersentuh. Hebat betul kuasa Allah yang meniupkan naluri keibuan yang penuh kasih sayang, sanggup berkorban apa saja untuk si anak, walaupun masih lagi dalam kandungan. Bukan saja manusia, binatang pun Allah kurniakan naluri keibuan. Subhanallah. Hebat hebat.


Dan bila saya banyak membaca, makin terjelaslah di mata betapa setiap manusia akan diuji dengan macam-macam cara. Beraneka ujian dan rencah kehidupan. Ada ibu yang selamat mengandungkan dan melahirkan anak. Ada yang kematian anak beberapa bulan kemudian, kerana kecuaian manusia. Ada yang kematian anak semasa bertarung maut untuk melahirkan. Tak kurang yang kematian anak dalam kandungan, cuma menunggu masa untuk dilahirkan. Dan ada ibu yang menanti sekian lama untuk mendapat zuriat tapi rezeki masih belum memihak padanya.


Lain-lain ujiannya. Yang pasti, Allah sudah pun tahu awal-awal kemampuan masing-masing. Maka diturunkanlah ujian mengikut kemampuan setiap orang.


Tapi kuasa Allah pasti mengatasi segala-galanya. Baru saja tadi saya baca blog seorang ibu. 6 tahun mendirikan rumahtangga dan berusaha untuk mendapatkan zuriat bersama suami. 6 tahun pasti bukan singkat, tapi kagumnya saya dengan kesabaran dan usahanya serta doanya yang tak putus-putus. Akhirnya, dengan kemurahan dan kasih sayang Allah, selepas 6 tahun penantian, dihadiahkan buat pasangan ini zuriat yang diingin-inginkan. Bukan seorang, bukan dua, tapi kembar tiga! Kalau sesiapa mahu baca, boleh jenguk ke blog kakak ini di SINI. Boleh selak tulisan-tulisan lama beliau. Dan kalau sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, bolehlah tanya-tanya pengalaman dan treatment yang dilalui. Pasti banyak yang boleh dikongsikan.

Maaf ya Kak Linda, saya promote blog akak tanpa bagitahu awal-awal. Semoga ramai yang dapat manfaat dan semangat dari kisah akak. InsyaAllah.


Oh, lagi satu kisah hebat bukti kekuasaan Allah. Seorang ibu yang kematian anak di dalam kandungan, beberapa hari sebelum due date. Sedih tak terkata. 9 bulan dikandung penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi tanpa sempat mendengar tangisannya. Hanya hati yang tabah dapat melalui semua ini. Tapi alhamdulillah, selang beberapa bulan, Allah gantikan semula anaknya dengan berita kehamilannya lagi. Dan kali ini, kembar sepasang! Subhanallah. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya yang membaca. Tapi maaflah, saya pun tak ingat link blog akak ini. Puas digodek-godek history tapi tak jumpa. Huhu.


Pokoknya, kita atas dunia ini masing-masing punya jalan cerita kehidupan yang tak sama. Ujian kita berbeza. Kerana di waktu Allah menciptakan kita, setiap seorang telah diukur kemampuannya. Sebab itulah ada orang diuji lebih berat dari yang lain. Kadang-kadang kita nampak orang lain sungguh bernasib baik, melimpah-melimpah rezekinya. Kita saja yang buruk, yang bodoh dan hodoh, yang malang, yang tak bernasib baik, seolah-olah Allah tertinggal dan 'terlupa' tentang kita. Oh, jangan macamtu.


Teruskan bersangka baik dengan Tuhan. Teruskan berusaha. Rezeki kita pasti ada. Cuma rezeki kita tak sama. Atau mungkin kita belum jumpa. Atau tak cukup berusaha. Dalam Quran banyak kali Allah tekankan, memang Allah sengaja lebihkan rezeki satu golongan berbanding golongan yang lain. Bila menyebut tentang rezeki kita, ia sebenarnya telah lama tertulis di Luh Mahfuz, sebelum kita tercipta lagi. Dan Allah menulis rezeki kita dengan ilmuNya yang luas, serta kehendakNya yang tak dapat dihalang oleh apa-apa kuasa dan kudrat sekalipun. Kalaupun memang Dia berkehendak kita dengan rezeki setakat itu, apalah daya kita untuk menolak atau mempersoalkan.


Buat hati yang kecewa, yang membentak dan memberontak, yang putus harapan, yang mencari-cari bukti keadilan Tuhan, beleklah Al-Quran. Dalami maknanya. InsyaAllah, di situ semua jawapan terbentang. Dan hati pasti akan kembali tenang.


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki, dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki).
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat." (Ar-Ra'd : 26)

Years went by. But this song remains my most favourite song of all.





p/s : Saya tahu ada beberapa kenalan yang bersedih kerana belum dikurniakan zuriat. Saya faham perasaan itu, walaupun tidak melaluinya. Pastinya kekuatan kalian jauh lebih hebat dari saya, kerana itu kalian dipilih untuk diuji. Apalah yang boleh saya katakan, melainkan berdoa dalam hati untuk kalian . Sungguh saya tak tipu. Memang saya sebut nama kalian dalam hati saya pada Allah. Kerana kalian memang dekat di hati saya. Moga Allah mendengar dan mengkabulkan doa ini. Ameen.